45

Short Story Series 18705

Sebulan sudah berlalu, Hania menghubungi Yusuf untuk datang ke hospital kerana Zulaikha jatuh sakit. Demam panas.

Yusuf yang baru pulang ke rumah terus kembali semula ke hospital, Sakinah juga dibawa bersama.

" Kenapa boleh jadi macam ni?" Tanya Yusuf pada Hania ketika Yusuf dan Sakinah baru tiba didepan bilik kecemasan.

" Saya ingatkan demam biasa saja. Tapi, makin hari makin teruk. Malam tadi dia tak larat makan dan terus pengsan. Badan dia panas sangat." Cerita Hania pada bekas suaminya. Wajah Hania nampak sugul. Sakinah hanya duduk dikerusi menunggu tidak jauh dari Yusuf dan Hania.

" Hmm, dahlah.. awak duduk. Awak tu dah makan belum." Tanya Yusuf prihatin. Hania tersenyum nipis dan menggeleng.

" Macam mana saya nak makan, kalau anak saya tak selera makan." Ucap Hania dengan sedih.

" Awak duduk sini, saya belikan makanan." Ujar Yusuf. Kelibat kekasih Hania tidak kelihatan, tidak teringin pula ingin bertanyakan keberadaannya. Yusuf berlalu pergi membeli makanan, roti dan air milo kotak diserahkan pada Hania yang duduk menyandar dikerusi menunggu.

" Siapa tu?" Tanya Hania pada gadis yang tidak jauh dari tempat duduk mereka. Sakinah dari tadi hanya diam dan tidak mendengar apa-apa. Bukan dia pekak, tapi telinganya diletakkan headphone. Selepas bersalaman dengan Hania ketika baru tiba tadi terus dia mengasingkan diri. Malas mahu masuk campur.

" Itu Sakinah, awak dah lupa ke?" Soal Yusuf pada Hania.

" Sakinah? adik sepupu awak yang duduk sebelah rumah tu ke?" Soal Hania pula meminta kepastian.

" Betul..." Jawab Yusuf sambil matanya memerhati Sakinah yang tertutup matanya.

" Lainnya...." Seakan berbisik suara Hania tapi masih boleh didengari Yusuf.

" Apa yang lain?"

" Sebab dia cantik sangat. Dulu masa jumpa dia, dia rendah, ni tinggi.. muka dia matured sangat. Macam bukan budak-budak. Tak perasan langsung itu dia." Luah Hania, secara langsung memuji kecantikan Sakinah. Yusuf tersenyum bangga.

" Dia bukan lagi adik sepupu saya." Ujar Yusuf.

" Maksudnya?"

" Dia isteri saya, awakkan tahu saya dah nikah lagi sekali." Ujar Yusuf lembut.

" Oh..." Itu saja yang keluar dari mulut Hania. Cantiknya dia, padanlah Yusuf senang-senang lupakan aku. Bodohnya aku lepaskan permata hanya kerana kaca tak berguna.

Ketika dia mengambil Zulaikha tempoh hari mereka berjumpa di shopping kompleks kerana itu dia tidak pernah melihat wajah Sakinah.

Tiba-tiba doktor keluar dari bilik kecemasan itu.

" Macam mana doktor keadaan anak saya?" Tanya Hania cemas. Wajah Doktor yang sedih itu menakutkan Hania.

" Maaf puan, anak puan tidak dapat diselamatkan. Anak puan mengalami demam panas yang sangat tinggi, sehingga tubuhnya tidak lagi berfungsi seperti biasa, sekiranya anak puan selamatpun anak puan bisu." Hania dan Yusuf terkejut. Sakinah juga terkejut dengan berita itu. Tidak semena-mena Hania terus meratap sedih. Hania terus memeluk tubuh Yusuf dan menghamburkan tangisannya pada dada lelaki yang telah dilukainya. Sakinah terdiam. Weh, tu laki aku...

Sakinah terus berlalu pergi, setelah melihat tubuh Zulaikha yang sudah ditutup dengan kain putih. Damailah disana saya, ibu sayang Zulaikha.

Sakinah pulang ke rumah dengan menaiki teksi, dia memberi Yusuf menenangkan Hania. Zulaikha akan dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan rumah mereka, Sakinah harus menyelesaikan setiap perkara yang berkenaan dengan pengebumian dan menjemput jiran-jiran untuk datang membaca yassin.

Yusuf dan Hania pula menyelesaikan urusan jenazah untuk dibawa pulang ke rumah agam Yusuf dan Sakinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience