Bab 26

Family Series 8576

ALIAS: Tak perlu ambil di airport. Kawan abang ambil.

Pesanan pendek itu dibaca. Kawan? Kawan mana pula? Risau. Itulah perasaan yang sedang bergelora di hati Khairiah. Rasa seperti ada yang tidak kena. Naluri seorang isteri.

Lalu mesej itu dibalas;

KHAIRIAH: Siapa kawan abang?

ALIAS: Sibuk nak tanya kenapa?

Khairiah tersentak. Tidak pernah lagi mendengar suaminya menjawab begitu. Walaupun ianya hanya sebuah barisan ayat, ia sungguh begitu mendalam. Alias seperti lain macam. Al-maklumlah, sebulan di luar negara. Memang ada sesuatu yang tidak kena.

*

Hari ini aku teruskan misiku seperti biasa iaitu 'stalk' Fac si Jannah tu. Walaupun diri ini tidak sanggup tetapi aku gagahkan juga. Semuanya demi melihat perkembangan terbaru mereka. Entah entah sudah berisi ke...

Tak ada yang baharu. Sama saja seperti tempoh hari. Hanya ada gambar mereka berdua diatas pelamin dan gambar nikah yang aku sudah tengok sahaja.

"Hmmm......"

Jodoh itu memang rahsia Allah, tetapi salahkah jika aku pilih sendiri.... Aku tak mampu...

*

"Ibu, Dilla dah buat keputusan." ujar Dilla.

"Keputusan apa?" soal Nazira semula.

"Diorang patut tahu... Kenapa kita kena sorok? Lagipun, Dilla bukanlah anak kandung ibu...." jujur Dilla.

"Dilla dah tak sayang ibu ke?..."

"Sayang, tapi Dilla nak cari kakak Dilla.... Mungkin makcik Khairiah tahu. Lagi satu, kalau makcik Khairiah tahu segalanya, mesti dia tahu di mana kakak Dilla...."

"Sayang...." Nazira mengusap kepala anak angkatnya. Berat hati untuk membiarkan anaknya pergi. Walaupun bukan anak kandungnya tetapi kasih dan sayang tetap diberi sama rata. Syadilla Husna binti Hisham, anak yatim piatu yang hadir ketika saat diperlukan. Anak angkat yang baik, sopan dan tidak pernah mengasarinya. Rahsia yang disimpan selama 12 tahun akhirnya terbongkar jua.

"Tak apa, Dilla pergi sekejap je..... Dilla minta diri dulu ye mak... Dilla rasa bersalah dengan Zureen dan makcik Khairiah...." Dilla meminta diri lalu keluar dari rumah. Nazira pula hanya mampu mendoakan anaknya dari jauh.

Kasih seorang ibu kepada anak. Besar maknanya.

Dilla hanya melangkah ke hadapan untuk menuju ke rumah sahabat baiknya Zureen. Persahabatan itu musnah kerana dirinya. Semua kerana terlalu mengikut perasaan sendiri.

Blok C, tingkat 2, nombor 6. Rumah Zureen Maisara.

"Assalamualaikum...." ucapnya.

"Waalaikumussalam.... Eh, Dilla... Masuklah. Nak jumpa Zureen ke?" Khairiah mempelawa Dilla masuk ke rumahnya. "Zureen, Dilla datang ni..."

Zureen keluar dari biliknya. Menjeling tajam kepada Dilla. Dilla yang melihat rakannya menjeling begitu terkejut. Tidak sangka, Zureen menyimpan dendam terhadapnya.

Semua kerana seorang lelaki yang bernama Imran. Lelaki yang pernah bertakhta di hati sahabatnya. Dan lelaki itu juga ialah sepupunya. Jika Zureen bukan anak angkat atau anak tiri, bermakna....

Dia adalah adik Imran.

*

"Zureen, Dilla datang ni...." mama memanggilku dari luar. Dilla? Ah, mengapa dia datang sini... Tidak cukupkah untuk menyakitkan hatiku lagi....

Aku membuka pintu bilik. Kelihatan Dilla sedang menungguku di sofa. Aku menjeling kepadanya. Tajam.

"Zureen, we have something to talk...." ujarnya.

"About what? Tak puas lagi? Ambil lah album tu! Puaskan hati!" Aku melepaskan segala amarahku kepadanya. Terbit rasa bersalah pula di hatiku. Aku tidak sepatutnya menjadikan amarah sebagai lesen untuk aku membencinya.

Dialah Syadilla. Rakanku. Temanku. Sahabatku dunia akhirat. Yang sentiasa berada bersama ketika susah dan senang.

Tetapi hari ini, tidak lagi.

Tiada lagi tiga sahabat yang sentiasa bersama. Tiada lagi Zureen-Aulia-Dilla. Segalanya sudah musnah.

Musnah. Hancur.

Aku tidak sengaja menyebut perkataan 'album'. Mama memandangku. Aku terkantoi.

"Awak... Syadillla?" soal mama. Aku tak faham. Mama bukan memarahiku, sebaliknya bertanya nama Dilla pula.

"Ya saya. Makcik ingat saya? Dilla. Adik Durra." balasnya.

"Ya Allah...." Mereka saling berpelukan. Apa pula yang sedang berlaku pula ni... Kenapa mama tiba-tiba mahu peluk Dilla pula ni?..

Durra? Setahuku, Dilla mana ada kakak. Eh kejap, aku rasa seperti pernah nampak dua nama itu. Dilla dan Durra.

"Makcik... Dilla nak pulangkan.... Ni..." kata Dilla sambil menyerahkan album tersebut kepada mama. Mereka melepaskan pelukan. Mama langsung tidak memarahiku. Dipeluknya album tersebut.

"Dilla dah baca?" soal mama kepada Dilla.

Dilla hanya mengangguk.

"Dilla rindu mak Dilla... Dilla rindu ayah Dilla... Dilla rindu kakak Durra..." luahnya sambil mengalirkan air mata. Air mata kerinduan kepada seseorang. Adakah ini air mata cinta dan rindu? Bukan seperti diriku, membazirkan air mata untuk seorang lelaki. Lelaki yang bukan ditakdirkan untukku.

"Dilla... Mak dan ayah Dilla dah takde sayang....." ujar mama. Eh, mama memanggilnya sayang? Pelik sungguh.

"Kakak ada lagi kan?..."

"Mama tak pernah jumpa Durra. Entah siapalah yang menjaganya sekarang. Dilla rindu Durra?"

"Rindu sangat. 12 tahun kami tidak berjumpa...." jawab Dilla. Matanya memandang mama. Sedikit pun tidak memandangku.

"Dilla ingat dekat Imran?" soal mama lagi.

"Ingat...."

"Dilla tahu Imran sebenarnya ada dekat dengan kita?"

"Tahu...."

"Tolong tengok-tengokkan Imran. Makcik minta satu je. Dilla sudah baca kandungan album itu kan... Dilla tentu faham." pinta mama.

Imran? Imran lagi? Ah..... Ini tidak boleh jadi!

"Tapi makcik, kenapa makcik rahsiakan daripada Zureen? Dia berhak tahu. Mama tahu Zureen pernah jatuh cinta kepada Imran. Kelemahan Zureen adalah Imran.... Sedangkan Zureen langsung tak tahu Imran adalah abangnya...." ujar Dilla.

"Betul ke Zureen?" soal mama kepadaku. Ah sudah, soalan maut. Kenapalah Dilla ni memang mulut tempayan? Susah betul hendak menyimpan rahsia.

"Betul mama...." jujur aku. Tak mampu lagi memendam perasaan ini.

"Sebab tu Zureen koyak kad kahwin Imran?"

Soalan maut kali kedua. Memang aku koyakkan kad kahwin yang aku jumpa beberapa hari lalu. Aku tak mampu melihat dia bersama orang lain. Begitu dalamnya cintaku yang bertepuk sebelah tangan ini.

*Beberapa hari lepas...*

Setelah selesai makan, aku mengambil kad kahwin yang tersorok di bawah bajuku. Menatapnya buat kali yang terakhir. Tahu-tahulah aku hendak buat apa.

Aku hendak musnahkannya.

Kalau di rumahku ada tanah, sudah lama aku bakar. Disebabkan tiada tanahlah, aku membuat rancangan kedua.

Tong sampah siap dibuka. Berbau busuk. Namun apalah bau tong sampah jika hendak dibandingkan dengan perasaan sakit ini....

Aku mengoyakkannya dengan rakus. Tanpa disedari, mama melihat perbuatanku. Kad itu sudah hancur menjadi lapan bahagian dikerjakan olehku.

Mama berjalan ke arahku. Semakin dekat. Mama merenung cebisan kad yang hancur yang berada di tanganku. Tulisannya masih jelas ternampak.

"Astaghfirullahalazim Zureen! Kenapa koyak?"

Alamak. Mama sudah tahu. Apa yang perlu aku buat sekarang... Mama merampas cebisan kad yang sudah terkoyak lalu meninggalkan diriku sendirian.

*hari ini.*

"Ya mama... Adik minta maaf....." ucapku. Aku sendiri tidak pasti mengapa kad kahwin itu begitu berharga bagi mama. Dan, bagaimana ia boleh sampai ke sini? Siapa yang hantar?

***From Deena***

Please follow my new ig...

@ardeenasafiyya_
@ardeenasafiyya_
@ardeenasafiyya_

Kita tak ada followers pun lagi....
:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience