Epilog

Family Series 8576

*Flashback*

Beberapa minggu lalu....

Surat perjanjian jual beli itu ditandatangani lalu kunci diserahkan kepada Luqman.

"Thank you Mr Woo."

"You are welcome..."

*end flashback*

Kotak kecil berwarna merah tua yang siap diikat dengan reben kuning emas itu digenggam Luqman. Saiznya tidaklah terlalu kecil, besarnya seperti rubiks cube. Tinggal menunggu masa sahaja.

Tangan isterinya digenggam erat. Ditenung wajah ayu isterinya sambil tersenyum mesra. Sudah empat hari mereka berkahwin. Ucapan selamat pengantin baharu masih lagi kedengaran. Inai di jari masih lagi belum pudar.

*

Aku melihat suamiku Luqman sedang memegang sebuah kotak kecil seperti kotak jam tetapi bukan. Luqman datang kepadaku lalu menggenggam erat tanganku. Hari ini ialah hari keempat kami berkahwin. Luqman melayaniku dengan begitu baik sekali. Buat pertama kali dalam hidupku, aku rasa disayangi, dicintai dan dihargai oleh seorang lelaki.

Lelaki itu adalah suamiku. Cinta halalku.

"Sayang....." panggil Luqman mesra. Hatiku cair mendengar panggilannya. Lembut dan mesra. Sama seperti saat pertama kali kami bertemu di sebuah restoran makanan segera.

"Kenapa abang?" soalku malu-malu. Sudah tiga malam tidur sekatil sebantal pun masih malu-malu lagi.

"Abang ada suprise untuk sayang..........."

*

Kami tiba di destinasi. Aku kenal sekali tempat ini. Luqman keluar dari kereta lalu membuka pintu untukku. Aku keluar lalu membuntuti suamiku tanpa kata.

Blok yang sama, tingkat yang sama dengan rumahku dahulu. Luqman pergi ke sebuah rumah.

Rumah itu........

"Nah. Ni untuk sayang. Bukalah." ujar Luqman sambil menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna maroon kepadaku. Kotak ini... Aku pernah lihat.

Aku membuka kotak itu lalu melihat isinya. Isinya.....

"Kunci rumah?" soalku.

"Ya... Ini rumah kita.... Mahligai baru untuk kita berdua sayang....." jawabnya.

Ya Allah, biar betul ni... Luqman.....

Luqman membuka pagar dan pintu rumah itu lalu memberi salam. Rumah ini... Masih sama seperti dahulu... Yang bezanya hanya barang-barang yang sudah tiada. Kesemuanya sudah dijual.

Ia kosong. Sama seperti semasa aku masih kecil dahulu. Semasa kami baru pindah ke rumah ini.

Banyak memori hidupku di rumah ini. Dan sekarang,... Kami akan memulakan hidup baru di rumah ini?...

Air mataku mengalir perlahan. Terima kasih Allah..............

Luqman menyeka air mataku lalu membalas dengan senyuman.

~TAMAT~

Bakal bersambung..........

~PENGHARGAAN~

Terima kasih tak terhingga kepada semua pembaca dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kisah Yes Memang Aku Stalker....

Buat Faris (Imran), Zahirah (Jannah), Zahra (Zureen), Haziqah (Zehra), Fahmi (Luqman), Aishah (Aulia), Intan (Dilla), Humairah (Laura), Qaleesya (Durra) dan Azlin (Khairiah) terima kasih banyak-banyak ya... Tak apa masa depan kamu semua masih panjang ya sayang..... Jangan pernah berputus asa.....

Buat pengetahuan semua, penulis masih di bawah 18 tahun ya...Berapa itu biarlah rahsia.... Pasal my mom, jangan risau kerana my mom tahu & benarkan... Dan dialah yang memberi galakan untuk mencungkil bakat yang terpendam ini.......

Yes Aku Memang Stalker akan ada sambungannya... Tunggu ya... Macam tergantung sikit kan... Tak apa... Keep following dan tunggu my next project ya....

Sincerely,
ARDEENA SAFIYYA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience