Bab 12

Family Series 8708

Imran lari ke rumahnya dengan penuh linangan air mata kesedihan. Berjalan tanpa tujuan bagaikan hilang arah. Biarlah apa orang mahu kata sekalipun. Jantan lembut ke, lelaki menangis ke, pondan ke.. Mereka tidak faham apa yang dia rasa. Mereka tak duduk di tempatnya.

Akhirnya tiba juga ke rumahnya. Imran terus meluru masuk kedalam rumah itu tanpa memberi salam.

"Im, kenapa ni? Im kena halau dengan pakcik Alias ke?" soal Ramli lembut. Dia sudah agak. Pasti keluarga itu takkan dapat menerimanya dengan baik.

Imran menggeleng. "Tak..."

"Habistu, kenapa Im menangis? Diorang buat apa dekat Im?" soal Ramli lagi. Dia betul-betul hendak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi sehingga menyebabkan anaknya menangis sampai begitu sekali.

Tiada jawapan. Hanya tangisan yang bergema.

"Im.... Ceritalah pada abah. Abah sudi mendengar...." rayu Ramli. Kasihan kepada anaknya.

"Mama... Halau Im..." jawab Imran. Pendek dan ringkas.

"Mama ke orang lain? Ke pakcik Alias?"

"Tak... Mama sendiri yang halau Im.. Im tak jumpa langsung pakcik Alias."

"Betul? Mama cakap apa dekat Im?" Soal Ramli lagi. Serius.

"Mama suruh Im balik....."

"Lagi?"

"Tu je..."

Ya Allah, geramnya pada bekas isterinya itu. Kenapalah sanggup layan anak kandungnya sendiri begitu? Kalaulah benci padanya sekalipun, janganlah pernah benci anak sendiri. Anak kandung sendiri. Darah daging sendiri.

Ramli bergegas keluar dari rumah tersebut. Ingin pergi ke suatu tempat.

"Abah nak pergi mana tu?" tanya Imran sambil melihat ayahnya yang sedang tergesa-gesa.

"Jangan tanya." Ramli keluar dari rumah tersebut lalu pergi ke suatu tempat. Tempat yang baru sahaja dikunjungi oleh anaknya sebentar tadi.

Blok C, tingkat 2, nombor 6.

"Asssalamualaikum!!!"

"Waalaikumussalam..." Pintu dibuka dari dalam. Seorang gadis muda menjawab salam Ramli. Dia kenal sangat akan gadis itu. Zehra Munirah, anak tirinya. Atau lebih tepat, anak bekas isterinya dengan suami sekarangnya. "Pakcik ni siapa?"

"Boleh pakcik nak jumpa dengan ibu kamu?" Tanya Ramli kepada gadis itu. Gadis itu mengagguk lalu memanggil Khairiah.

"Mama, ada orang nak jumpa..." kata Zehra sambil mengetuk pintu bilik mamanya.

"Siapa?" tanya Khairiah kepada anaknya. Zehra mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Khairiah berjalan menuju ke pintu rumah. Siapalah pula yang nak datang waktu-waktu macam ni...

PANG!!!!

Khairiah terkejut. Belum apa-apa lagi sudah ditampar. Lelaki itu,... Ah, tak mungkin dia ni lagi!

"Berani awak layan anak awak sendiri macam sampah!"

Khairiah terdiam. Tidak tahu menjawab apa-apa kepada tetamu yang tak diundang ini. Menyibuk je datang.

"Awak ingat ye, kita memang dah bercerai. Talak tiga. Dah tak boleh rujuk balik dah pun. Lagipun awak dah kahwin. Saya memang bekas suami awak. Tapi ingat, apa sekalipun yang terjadi, Imran tetap anak kandung awak. Tiada istilah 'bekas anak'!"

"Awak, saya halau ada sebab... Tolonglah..." Khairiah merayu.

"Kalau macam tu awak jangan berani pergi ke majlis anak saya. Awak rasa tu bukan anak awak kan?" Kata Ramli lalu beredar dari situ. Geram sungguh!

'Majlis? Majlis apa?' bisik Khairiah. Dia terlupa tentang sampul tadi.

Tanpa mereka sedari, ada mata yang memerhati mereka...

"Sayang! Apa sayang buat dengan si Ramli tu hah?" soal Alias kepada isterinya. Dia benar-benar sedang marah. Marah kepada isterinya. Sudah berjanji, takkan jumpa lagi bekas suaminya. Tetapi mungkiri janji pula.

"Tak ada apa-apa pun..." jawab Khairiah. Geram betul dengan suaminya. Masa ini pula hendak cemburu buta.

"Betul ke tak ada apa-apa? Ni apa?" Alias menunjukkan bukti rakaman kepada Khairiah.

"Tak... Kami bincang......."

"Bincang apa! Nak saya ceraikan awak lepastu awak nak kahwin dengan dia? Macam tu? Ni semua rancangan awak kan?"

"Tak, bukan macam tu.. Tolonglah dengar penjelasan saya..." rayu Khairiah.

"Penjelasan apa?"

"Okey, sebenarnya... Saya nak jumpa dengan anak saya... Itu je. Dan lagi satu, Imran yang awak cakap jadi imam di surau itulah anak saya! Puas hati abang?"

Alias terkedu seketika. Bagaimana dia boleh lupa pula... Lagipun memang wajahnya ada iras-iras isterinya Khairiah. Tidak sangka, orang yang disangkakan berada jauh daripadanya, rupanya ada dekat.

*

Hari ini aku akan menyambung semula pembongkaran rahsiaku. Hari ini aku tidak perlu risau lagi tentang pelajaran kerana semuanya sudah tamat. Semuanya sudah berakhir.

Helaian keenam.

'Imran, mama minta maaf anakku sayang... Mama langsung tak pernah bezakan kasih sayang mama terhadap anak-anak mama sama ada dengan Ramli atau Alias. Kedua-duanya sama sahaja. Cuma, keadaan yang memaksa sayang... Mama sayangkan keempat-empat anak mama. Mama tak ada niat pun mahu memisahkan kasih seorang ibu dan anaknya. Langsung tidak ada... Tapi mama sudah tererangkap dan tidak boleh lari lagi. Satu hari nanti apabila keadaan sudah kembali selamat, mama akan cari Im, peluk Im. Walaupun di mana sahaja Im berada, mama sentiasa akan doakan kebahagiaan Im....'

Air mataku menitis. Tidak sangka, memang Ustaz Imran itu abangku. Kecil sungguh dunia ini. Aku yakini. Patutlah aku terasa dekat dengannya. Rupanya aku ialah adik beradik seibunya. Mungkin itulah yang hendak dikatakannya semasa dia bertanyakan namaku tempoh hari.

Aku tak pasti. Mengapa mama simpan segala rahsia ini daripada pengetahuan kami? Mengapa mama tak jujur sahaja pada kami? Mengapa rahsiakan?

Aku perlukan kepastian. Kali ini aku perlu berterus terang. Sampai bila mama hendak rahsiakan semua ini? Sampai bila? Biarlah mama akan marah sekalipun jika aku memberitahu aku yang mencuri album ini. Aku cuma nak tahu, apa sebenarnya hubunganku dengan Ustaz Imran itu.

*

Akhir Disember.

Perkahwinan itu bakal dilangsungkan dalam tempoh lebih kurang tiga minggu lagi. Bakal mempelai sudahpun tiba di sebuah butik pengantin untuk sesi mencuba busana perkahwinan.

"Selamat datang... Ini Encik Imran dan Cik Jannah kan? Ok, sila masuk dan pilih baju yang suka ya.. Ada macam-macam pilihan." kata pemilik butik itu yang memakai tag nama Laili. Memang sudah dikenali pasangan ini kerana sudah biasa berurusan di atas talian, namun kali ini kali pertama mereka bersua muka.

"Ya..." jawab Imran dan Jannah. Banyak sungguh pakaian pengantin yang cantik-cantik belaka. Rambang mata dibuatnya. Ada yang berasaskan songket, ada juga gaun kembang yang lebih sesuai untuk tema english wedding.

Namun, ada sepasang baju yang membuatkan hati Jannah tertarik. Sepasang baju kebaya songket berwarna hijau zamrud menarik hatinya. Rekaannya cuma sederhana dan tidak terlalu sarat. Sesuai untuk majlis yang sederhana.

"Imran, saya suka yang tu..." kata Jannah sambil menuding jarinya ke sepasang persalinan songket berwarna hijau zamrud.

"Yang tu? Cantik.... Cubalah dahulu." balas Imran. Laili mengambil baju itu lalu diberi kepada Jannah. Jannah masuk ke dalam bilik persalinan. Dibuka bajunya lalu disarungkan baju pengantin tersebut.

Jannah merenung dirinya sendiri di hadapan cermin. Cantik... Sesuai sekali.

Pada masa yang sama, Imran pula sedang mencuba busana baju melayu berasaskan songket berwarna hijau zamrud atas pilihan bakal isterinya, Jannah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience