Bab 23

Family Series 8576

"Kenapa adik abang tu macam lari je... Macam tak nak jumpa abang. Abang bergaduh dengan dia ke?" soal Jannah.

"Tak... Sebab dia tak kenal abang... Mama belum bagitahu dia agaknya... Biasalah... Mungkin dia terkejut kot abang tersentuh dia... Abang tak sengaja tadi..." jelas Imran. Susah untuk diterangkan. Mungkin mengambil masa untuk isterinya faham dan mengenali ahli keluarga yang sedang terpisah ini.

Tanpa disedari, ada orang yang sentiasa memerhatikan mereka. Ramli. Bahagia melihat anaknya kembali ceria. Tetapi kehidupan rumahtangga ini bukanlah sesuatu yang mudah... Takkan ada satu pasangan pun yang akan terlepas daripada ujian. Seperti dirinya dan Khairiah, yang diuji dengan penceraian. Setelah berkahwin dengan Sofia, diuji pula dengan kematian isteri.

Kerana Imran lain. Lain setelah berkahwin. Tiada lagi air mata kesedihan. Semua kerana wanita yang bernama Jannah. Cinta pertamanya. Cinta halal.

*

"Sampul apa ni?" Khairiah mencapai sesuatu di atas meja sisi di tepi katilnya. Sampul putih kosong bersaiz 4 kali 6 inci. Dibuka isinya.

Isi yang terkandung di dalam sampul itu begitu mengejutkannya. Sekeping kad kahwin. Bukan kad kahwin yang membuatkannya terkejut, tetapi nama yang tercetak di kad itu.

Imran & Jannah.

"Ya Allah....." Khairiah cuba mengingatkan kembali dari mana dia dapat sampul berisi kad undangan tersebut.

*flashback*

"Imran, balik! Tolonglah Imran, balik!" Kali ini suara Khairiah semakin kuat. Bukan niatnya mahu menghalau anaknya, tetapi keadaan yang memaksa. Bukan dia tidak tahu perisik-perisik upahan Azizul masih setia mengekorinya sehingga kini. Kini dia tidak boleh lari. Dia sudah terjerat dengan ugutan ini.

"Mama, Im minta maaf sekali lagi kalau Im mengganggu mama. Im tak kisah kalau mama dah taknak jumpa Im lagi lepas ni. Tetapi satu je Im minta, tolong restui........."

"IMRAN, BALIK!!" Suara paling maksimum dikeluarkan. Biarlah apa jiran-jiran mahu kata sekalipun. Itu semua tidak penting. Nyawa lebih penting dari segalanya.

Sampul yang berada di tangan Imran dijatuhkan ke lantai lalu beredar dari situ. Air mata seorang ibu tumpah jua. Sendiri tidak pasti mengapa sanggup dilakukannya begini terhadap anak kandung sendiri.

*end flashback*

Khairiah melihat tarikh di bahagian bawah pula. Majlis resepsi, 19 Januari. Sudah lepas. Diterbalikkan pula kad tersebut. Ada sekeping kertas kecil yang dikepil bersama. Sepatah demi sepatah perkataan dibaca.

'Majlis nikah, 18 Januari. Jemput datang ya mama. Di rumah lama kita bersama keluarga kita dahulu. Im sayang sangat mama. 12 tahun kasih tergadai tetapi sedikit pun tidak mengurangkan sayangnya Im pada mama. Hari ini Im cuba beranikan diri untuk bertemu mama. Di rumah mama. Im harap mama dapat restui perkahwinan pilihan hati Im ya...'

Air matanya mengalir. Inilah surat luahan daripada seorang anak. Seorang anak yang diabaikan kerana mengikut kehendak seseorang. Seseorang yang kejam dan tak berhati perut. Kerana dendam sanggup dibuat apa sahaja demi membalas dendam.

Sehingga menyebabkan kasih tergadai. Sehingga mengorbankan nyawa yang tidak berdosa.

Akhirnya, anak kecil yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Mengapalah harus dirinya takut pada manusia tersebut? Dia bukanlah tuhan. Khairiah, kau kuat. Takutlah hanya pada Allah. Bukan manusia.

Tetapi, bagaimana jika nyawa anaknya yang akan dijadikan korban? Bagaimana?

"Im... Dengan sesiapa pun pilihan hati Im, mama tetap doakan kebahagiaan Im. Mama restui perkahwinan kamu berdua wahai anakku... Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah... Macam nama isteri kamu...."

*

Aku yang sedang berjalan ke bilikku dari dapur terdengar sesuatu. Mama bercakap seorang diri. 'Mama restui perkahwinan kamu berdua wahai anakku?' Siapa? Kak Zehra?

Tak mungkin kak Zehra sudah kahwin pula....

Suara mama kedengaran lagi; "Muhammad Imran bin Ramli dan Nurul Syifa binti Ramli, mama sentiasa berharap agar keluarga ini akan bersatu kembali. Kalaulah Im dengar rintihan hati mama... Mama sebenarnya rindu pada Im dan Syifa....."

Dua nama itu. Aku pasti aku pernah mendengarinya. Nurul Syifa binti Ramli. Kubur yang aku pergi semalam. Muhammad Imran bin Ramli. Yang ini aku pasti.

Kerana dia adalah manusia yang pernah aku cintai, satu ketika dahulu.

Kerana dialah aku kecewa, hingga persahabatan tergadai.

Kerana dialah aku lebih tahu tentang misteri keluargaku.

Kerana dialah, aku mengerti erti kasih.

Dan kerana dialah, aku menangis kecewa.

Dan aku perlu terima bahawa dia adalah abangku.

Hati ini remuk. Kecewa. Aku telah pilih manusia yang salah. Dia bukan untukku. Aku perlu terima segalanya...

Aku menyarungkan tudung lalu keluar dari rumah. Hari ini, aku akan menuntut semula album tersebut daripada Dilla. Kalau aku tidak mengambilnya, entah sampai bila dia akan simpan album itu.

*

"Ibu, siapa sebenarnya Dilla?" soal Dilla kepada ibunya. Hari ini mungkin harinya setelah sekian lama mengingatkan kembali memori lama yang telah terpadam. Hari ini, segala kebenaran akan terbukti.

"Kenapa Dilla tanya macam tu?" soal Nazira kembali kepada anaknya. Jantungnya sudah berdegup kencang. Takut jika soalan itu ada maksud lain atau...

Rahsia sudah terbongkar?...

"Sebab.... Ni.... Dilla tak berapa ingat... Tapi.... Emmm...." kata Dilla sambil menghulurkan album lisuh yang dicuri daripada Zureen.

Nazira membelek album lusuh yang dihulurkan anaknya. Macam dikenali... Lantas dibuka satu persatu helaian di dalamnya. Terdapat beberapa keping gambar dan beberapa bait perkataan.

"Khairiah......."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience