Bab 1

Family Series 8576

"Kenalkan, Ustaz Imran. Guru praktikal baru kamu semua." Ada beberapa pelajar perempuan yang mula menunjukkan gaya gatal maksima memandangkan ustaz baharu itu super kacak. Eh, ye ker super kacak? Bagiku, super hodoh adalah.

Super hodoh? Bolehlah. Asal lah diorang tergedik-gedik sangat dengan ustaz tu. Hensem sangat ke? Ke sebab ustaz tu muda dan tak jauh beza umur dan boleh dibuat suami.

"Hensem kan ustaz baru tu." Bisik Ermi kepadaku. Ah, hensem? Biar betul. Firdaus 2 kali ganda lagi hensem daripada ustaz praktikal ni.

"Haah." Aku terpaksa menipu Ermi. Biarlah. Tak penting pun semua ni.

*

"Zureen, kau nak tahu tak, ustaz hensem tu kan, satu pangsapuri dengan kau." Kata-kata Dilla membuatkanku terkejut. Aku seolah-olah tidak percaya dengan kata-katanya. Aulia yang berada di situ turut terkejut. Zureen-Aulia-Dilla. Kami kawan baik sejak tingkatan satu lagi.

"Serius la..." Biar betul. Ustaz baru itu satu pangsapuri denganku? Aku bagaikan tidak percaya. Yang pastinya bukan blok C. Aku mengenali semua jiran-jiran ku di blok C. Lagipun tak pernah nampak pun ustaz baru itu di situ. Kalau betul sekalipun, mesti blok lain.

"Serius la.. Takkan nak main-main pula." jawab Dilla. Aku masih tidak percaya dengan apa yang ku dengari. "Aku nampak masa haritu."

"Ooo." Malas hendak menjawab panjang. Takde lah kisah pun tapi dalam banyak-banyak taman perumahan yang berada di taman ini, situ juga yang dipilhnya.

"Dah lah tu, jom kita masuk kelas." Ajak Aulia. Aku melihat jam tanganku. Oh tidak, lagi sepuluh minit sahaja pelajaran mahu bermula. Kami bergegas menuju ke kelas.

Semasa dalam perjalanan..

Ada seorang lelaki lalu dihadapanku. Tetapi jauh lagi lah. Berbaju kemeja biru awan, bertali leher kelabu serta bersongkok kemas. Aku tak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana jauh. Siapa dia tu. Boleh ku katakan, memang super-handsome!

"Zureen." Dilla menegurku. Lamunanku terhenti. Aku mengelamun ke tadi? Tapi pasal apa ye?...

"Kenapa?" Soalku kembali.

"Zureen, aku tengok kau perhati je Ustaz Imran tu. Dah ada yang berkenan ke?..." Eh, tadi tu Ustaz Imran ke? Macam mana aku boleh tercakap dia 'handsome'? Biar betul ni...

"Mana ada." Jawabku ringkas. "Kau fikir aku nak jatuh cinta dekat ustaz tu..."

"Iye ke... Cinta tak pernah mengira umur..." Kata Dilla lagi. Apa perlu aku jawab ni...

"Kalau ye pun, salah ke..." Alamak, kenapalah jawapan itu keluar dari mulutku. Sudah....

"Tak sabarnya nak makan nasi minyak..." Kata Aulia sambil ketawa nakal. Aku faham sangat apa maksud 'nasi minyak' yang dimaksudkan Aulia. No, no, no!!

"Takpela. Lagi setahun je. Kau tunggu lah." Kali ini giliran Dilla pula bersuara. Memang benar, lagi setahun sahaja umur kami bakal menginjak 18 tahun. Ketika itu, hidup baru bakal bermula. Saat itu kaki bebas melangkah sendiri ke mana-mana. Dan boleh berkahwin juga.

Silapku. Siapa suruh jawab begitu kan dah kena. "Korang fikir aku ni boleh jatuh cinta kat ustaz tu ke? Hish, tak mahulah." Ini sahaja yang boleh menutup maluku.

"Boleh je. Kalau dah jodoh, tak ke mana." Kata Aulia. Masih lagi tidak henti-henti ketawa nakal dari tadi.

"You shut up!" Memang tak puas hati. Boleh pula mereka mempermainkan aku ni. Malu aku dibuatnya.

"Sorrylah my friend. Gurau je..." Balas Aulia dan Dilla. Aku tahu korang gurau. Tapi janganlah gurau sensitif. Aku dah lah baru kehilangan Firdaus. Oh ya, Aulia dan Dilla memang tak tahu langsung pasal perasaanku pada Firdaus.

*

"Lepas raya ni, ada kem jati diri pengawas tau. Korang nak join?" Tanya Aulia. Dilla mencebik seakan-akan merajuk. Tak apa, memang setiap tahun pun macam tu.

"Boleh je. Berapa bayarannya?" tanyaku pula.

"RM50, tiga hari dua malam. Termasuk baju." Oh, okey lah tu. Murah juga.

"Bolehlah. Nanti aku tanya mama aku dulu." jawabku. Dilla, macam biasalah, cemburu dengan kami berdua. Kesian juga.

"Korang, aku nak ikut juga... Kita kan sahabat sejati till jannah, Dilla-Zureen-Aulia. So, kenapa aku tak boleh ikut..." Kata Dilla separa merayu. Kali ini biarlah Aulia yang jawab. Aku sudah buntu. Tiap-tiap tahun Dilla tanya soalan yang sama.

"We are sorry to you. Nanti lain kali kalau ada kem yang terbuka pada semua murid kami ajak Dilla tau." Huh, Aulia pun sama je. Jawapan cliché setiap tahun. Ingatkan dengan mengharapkan Aulia boleh dapat jawapan yang elok sikit, tapi sama je. Aku faham sangat perasaan Dilla. Yelah, tapi kami pergi bukannya untuk berseronok bergembira pun. Bayangkanlah benda yang paling aku geram ini. Sampai sekarang otakku ligat berfikir.

Kenapa dia mesti sentuh tentang ibu dan ayah?

Kalau ikhlas, tak apa. Tapi masalahnya bukan sedikit pakar motivasi zaman sekarang yang hanya mahu duit sahaja. Bukannya ikhlas pun!

Okey, tak apalah. Satu hari nanti aku harap Dilla diberikan peluang untuk bersama kami...

"Tak apa." Di balik wajah Dilla ku tahu ada tersemat kesedihan dan kekecewaan. Namun apalah yang boleh ku lakukan.

*

"Oleh kerana tahun ni tak ramai penyertaan, cikgu nak buka lagi kuota untuk sepuluh orang. Cubalah tanya kawan-kawan kamu, mana tahu ada yang nak ke." Ucap Cikgu Hanisah kepada para peserta perkhemahan yang bakal belangsung dua minggu lagi.

Inilah yang paling ku tunggu. Kuota lebih diberikan kepada murid biasa. Makbul juga doa Dilla ye. Aku mengenyitkan mataku ke arah Aulia yang berada di barisan selang sebelahku. Kumpulan telah dibahagikan. Aulia kumpulan 1 manakala aku kumpulan 3. Kami berdua tidak sama kumpulan tetapi tidak bermakna tiada geng. Rakanku Syaida dari kelas sebelah turut sekumpulan denganku. Aulia pula, ditemani Sufiah dari kelas sebelah juga dan junior Balqis si adik Nizar yang pernah disukai Aulia.

"Nanti kamu semua bari saiz baju kepada saya ye. Sekian, terima kasih. Boleh masuk ke kelas masing-masing sekarang. Perhimpuan kecil ini bersurai. Sekarang kami perlu memberitahu Dilla pula.

Setelah memberitahu, memang benar sangkaan kami. Dilla terkejut. Gembira. "Oh my god dear, tak sangka doa Dilla makbul..."

"Alhamdulillah, dah memang rezeki Dilla." Balasku pula. Tidak dapat disembunyikan lagi rasa gembira seorang sahabat ini. Gembira melihat sahabat sendiri gembira.

"Thanks. Harini Dilla ada bawa nasi goreng lebih. Memang niat nak bagi pun. Jom makan sama-sama." Pelawa Dilla. Aulia sudah terbayang-bayang nasi gorang yang dimaksudkan Dilla. Oh, pasti sedap! Ini biasa, dah nama pun Aulia kalau bab makan mesti nombor satu.

"Nasi goreng... Wah, sedapnya... Perut Aulia dah lapar ni.." Aku dan Dilla ketawa kecil. Aulia ni macam budak 3 tahun. Tapi yang peliknya, Aulia tidak pernah gemuk walaupun orangnya makan banyak dan pelahap.

"Sabarlah Lia, lagi berapa jam je nak rehat. Nanti dah rehat, kita makan puas-puas sampai kenyang!"

Inilah persahabatan. Antara kami bertiga. Doakan ianya kekal hingga ke syurga...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience