Prolog

Family Series 8576

Firdaus dah takde. Aku mesti terima tu. Dia takkan muncul lagi dalam hidupku. Kalau dia muncul pun, itu kira nasib lah tu. Maksud aku dia dah tak ada dari pandangan mataku. Bukan bermakna dia sudah meninggalkan dunia ini, tetapi dia sudah pergi meninggalkanku sendirian di sekolah usang ini.

Firdaus? Aku suka dengan dia dalam diam, jadi aku langsung tak pernah mengenali dia dengan sebenar. Secara jujurnya, aku mengetahui Firdaus memang ada hati dengan Sufiah, rakanku sendiri. Aku langsung tidak cenburu jauh sekali sakit hati. Bagiku, perasaanku pada Firdaus hanya kerana kecomelannya dan tak bermakna ia akan lebih daripada itu.

Oh, lupa nak beritahu. Namaku Zureen. 17 tahun. Tahun ini aku bakal mengambil peperiksaan yang besar. Memang tahu-tahulah cintaku pada Firdaus hanya cinta monyet kan... Biar aku imbas kembali apa yang berlaku kepadaku dan Firdaus.

*Flashback*

Pada suatu petang yang panas, aku meminta izin guru yang mengajarku di kelasku untuk keluar ke tandas. Guru itu mengangguk lalu aku keluar dari kelasku yang bernama 5 Firdaus. Hahaha. Nama dia juga. Macam takde nama lain dah. Nama kelasku diambil bukan daripada nama orang ye, ia diambil sempena nama-nama syurga. Selain Firdaus, ada juga kelas Naim, Makwa, Khuldi, Adnin dan Darussalam.

Aku menuruni tangga satu persatu kerana tandas di tingkat bawah sebaris dengan kelas pelajar lelaki tingkatan lima yang menempatkan Firdaus dan rakan-rakannya. Maklumlah, sekolah kami tidak mencampur kelas lelaki dan perempuan.

5 Makwa.

5 Makwa. Bukan makwe yer. Aku jalan secepat mungkin. Eh, pelik juga. Kata kelas diasingkan lelaki perempuan, kenapa tandas perempuan berdekatan dengan kelas pelajar lelaki? Ok, biarlah aku terangkan. Semakin lama semakin meningkat pelajar saban tahun. Oleh kerana pihak sekolah tak mampu menampung pelajar yang ramai kerana bangunan sekolah yang sempit, jadi diorang main sambung-sambung je bangunan yang ada. So, itulah jadinya.

Aku cuba mencuri-curi pandang Firdaus yang berada di kelas itu. Ah, dia perhatikan aku pula. Aku kena lari. Dah la dalam tu ada ustaz garang. Kalau dia nampak aku curi-curi pandang pelajar lelaki, habislah aku.

"Syukran jazilan ya Ustaz Hamid.." Ustaz Hamid keluar daripada kelas itu. Ramai pula pelajar lelaki yang berpusu-pusu keluar dari kelas itu termasuk Firdaus. Al-maklumlah, ketiadaan guru. Pelajar lelaki memang macam tu.

Aku masuk ke tandas untuk menyelesaikan diriku dahulu. Setelah itu, aku terus keluar dari tempat syaitan itu. Firdaus dan rakannya ada di betul-betul ada hadapan mataku. Tapi jauhla. Dan bukan hendak bercakap denganku pun.

"Aku kan, sebenarnya....." Itu sahaja yang aku dengar. Takut mahu mencuri-curi dengar lama-lama. Nanti terkantoi pula.

Tetapi apa yang sebenarnya ingin dikatakan oleh Firdaus? Aku masih tertanya-tanya. Rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tak tahu lah kenapa.

Dua minggu selepas itu...

Aku mencari kelibat Firdaus di tempat biasa namun tidak kelihatan. Selalunya dia ada di sini untuk lepak sebelum kelas bermula. Namun hari ini tiada.

Tempat ini. Kawasan yang dipenuhi tiang. Boleh bermain tiang-tiang. Pergilah mana-mana sekolah sekalipun, pasti ada suatu tempat yang dipenuhi tiang. Sama macam di sekolah rendahku, yang bezanya ia terletak di kantin dan di sekolah ini pula terletak di kawasan rehat berhadapan dengan pintu masuk utama.

Balik kepada cerita. Hari ini langsung aku tak nampak dia. Sudah puas aku cari tapi tak jumpa langsung. Aku tak mahu cuba tanya dengan Nizar, malu. Kalau tak boleh tanya sendiri dengan Nizar, biar aku suruh adiknya yang tanyakan. Eh, bijak juga aku ni..

Misi kedua: mencari Balqis (adik Nizar)

"Balqis!" Aku memanggil Balqis. Gadis tingkatan tiga itu menoleh memandangku. Dialah adik kandung Nizar.

"Ye kak.. Err, kenapa terburu-buru ni... Terkejut Balqis tau." Jawab Balqis sopan. Aku suka dengan Balqis ni. Sangat sopan peribadinya. Menghormatiku sebagai kakak seniornya.

"Sorry Balqis. Tolong kakak, boleh tak..." Aku merayu. Balqis mengangguk tanda faham. Hanya dia seorang yang mengetahui rahsiaku. Harap dia beramanah untuk menyimpan rahsia besarku. Kalau dia beritahu abangnya Nizar, habis pecah rahsiaku.

"Boleh. Kakak nak Balqis tolong apa? Pasal abang Firdaus kesayangan kakak tu ke..." Balqis ketawa kecil. Mukaku bertukar merah. Kalau ye pun, janganlah cakap kuat-kuat. Malu aku dibuatnya.

"Janganlah cakap kuat-kuat.. Nanti orang dengar." Kataku separa merayu. Kalaulah orang tahu aku sedang menyimpan perasaan pada Firdaus, entah apa yang akan jadi. Kalau tak ada apa apa terjadi, tak apa. Masalahnya takut terjadi macam Lisdawati dan Akif tahun lepas. Masih segar dalam ingatan apa yang berlaku semasa itu.

"Kamu ni nak belajar ke nak bercinta?" Soal Uztazah Rosmalia tegas. Mereka terkantoi. Pecah tembelang. "Kalau nak bercinta, baik saya nikahkan kamu je. Nak?" Kedua-dua mereka malu. Malu yakmat. Siapa yang tak malu jika terkantoi bercouple.

Aku tak mahu semua itu berulang kepadaku. Aku takde lah 'cinta' sangat pada Firdaus sampai tak makan, tak tidur bagai. Cukup cinta sebagai 'minat' sahaja. Tak lebih dari tu. Kalau nak ke next level, kenalah kenal hati budi dahulu.

"Kak..." Lamunanku terhenti. Aku berangan ke tadi ya?.. Tak ingat dah. Balqis masih lagi menanti tugasan daripadaku sejak tadi.

"Kakak nak Balqis tanyakan pada abang Balqis mana perginya abang Firdaus. Dah dua hari dia tiada. Dia sakit ke apa." Pintaku. Sakit apa yang sampai cuti panjang sangat ni. Harini dah masuk hari ketiga dia tidak hadir.

"Oh, senang je tu..." Balqis mengangguk tanda setuju.

Waktu pulang.

"Kak..." Ada suara menegurku dari belakang. Aku amat mengenali pemilik suara itu. Tak lain dan tak bukan, ianya Balqis. "Err, kak. Jangan marah ye kalau Balqis beritahu..."

Aku semakin pelik. Kenapa nak marah pula, sedangkan cerita pun belum. "Kenapa pula kakak nak marah. Balqis ceritalah dulu."

"Err.." Aku melihat Balqis seperti serba salah. Dah kenapa dengan dia ni? Semacam aje... "Kak... Sorry to you. Sebenarnya......"

Sebenarnya........ Apa?...

*flashback tamat*

Terima jelah Zureen. Firdaus tu dah pindah sekolah. Nak tak nak terpaksa terima. Siapa sangka, perasaanku pada dia hanya bertahan tiga bulan sahaja Itulah rancangan tuhan yang kadang-kadang kita memang tidak terjangka.

"Sufiah, kau langsung tak rindu ke dekat Firdaus tu?" tanyaku. Sengaja mahu melihat reaksi Sufiah. Mungkinkah ada perasaan rindu kepada Firdaus setelah beberapa bulan cuba dipikatnya namun tidak kesampaian. Hati Sufiah telah dimiliki orang yang bernama Rafi.

"Tak, buat apa nak rindu. Aku tak pernah suka dia pun." jawab Sufiah. Sufiah langsung tidak pernah membuka hatinya kepada Firdaus. Jadi aku ingat, aku masih ada peluang. Tetapi takdir tuhan lebih cantik, Firdaus pergi dulu meninggalkanku sendiri disaat aku sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience