Bab 14

Family Series 8576

Dilla memerhati gambar 'Syadilla' yang berada di barisan hadapan, pertama dari kiri. Kemudian, ditatapi pula wajah Syadurra di sebelahnya.

"Kakak Durra... Kakak Syifa... Dilla rindukan kakak....." kata Dilla seorang diri. Dia perlu beritahu ibunya. Dia yakin, dia mengenali hampir kesemua orang yang terdapat di dalam gambar ini. Termasuk Imran.

"Kaklong, kaklong cakap dengan siapa tu?" tegur Najihah, adik bongsu Dilla yang berusia 13 tahun. Dilla segera menyembunyikan album yang berada di tangannya. "Buku apa tu kaklong?" tanya Najihah.

"Tak ada apa-apalah.... Jiha, pergilah bersiap. Harini kan Jiha nak masuk sekolah baru... Tak happy ke?" balas Dilla.

"Eh, tengok jam pukul berapa. Baru 11 pagi. Jiha ni bukan sekolah agama macam kakak tu, kena masuk sekolah lebih awal dari sekolah biasa. Lagi satu, kakak seronoklah, dah tak sekolah. Jiha dengan angah kena sekolah lagi!" ujar Jiha sambil memuncungkan mulutnya. Ish, muncung sangat tu. Boleh gantung hanger nanti.

"Hish, memanglah kakak dah tak sekolah, tapi nanti kakak nak sambung belajarlah. Budak ni, menyibuk je..."

"Ok. Sorry.... Tak menyibuk.... Bye....." kata Najihah sambil keluar dari bilik mereka berdua. Memang mereka berdua berkongsi bilik sejak kecil lagi atas sebab kekurangan bilik.

"Bye..." kata Dilla sambil menutup pintu bilik itu. Tidak mahu ada orang mengganggunya termasuk adiknya sendiri. Ini masa untuk bersendirian. Ini masa untuk mengembalikan memori yang telah hilang sekian lamanya.

Kini Dilla sendirian di dalam bilik itu. Dilla membuka semula album lusuh itu. Memang sukar untuk mengembalikan memori lama yang telang hilang, tetapi dia cuba.

"Kak Syifa.... Kak Durra...." Dilla menyeru dua nama itu. Bukan mahu memanggil roh, tetapi hanya untuk mengingati kembali peristiwa lama itu. Lagipun, takkan kak Durra sudah meninggal dunia juga... "Ah, aku sudah ingat!"

*flashback*

"Kakak Syifa, kita nak pergi mana ni? Kenapa kena naik bas?" tanya Dilla kepada Syifa.

"Ooo, kita nak pergi bercuti... Best... Mandi pantai, duduk hotel.. Seronok tau!" jawab Syifa. Comel sungguh adik saudaranya ini. Rasa mahu dicubit-cubit sahaja.

"Mandi pantai? Duduk hotel? Bestnya...."

"Haah.. Nanti kita mandi sama-sama tau!" kata Syifa sambil tersenyum.

"Okey!" Dilla yang berusia lima tahun itu melompat gembira. Tidak sabar mahu mandi pantai.

"Syifa, Dilla, jom tunggu sini.. Sekejap lagi bas dah nak sampai.. Kita dah nak bertolak ni..." panggil Rokiah sambil memegang tangan anaknya dan anak saudaranya. Sememangnya mereka berdua memang rapat seperti adik beradik, tidak seperti Durra dan Dilla, walaupun adik beradik tetapi hubungannya seorang ke utara, seorang pula ke selatan. Durra pula asyik sibuk dengan sepupu kesayangannya Luqman. Kalau sekadar hubungan dengan sepupu tak mengapa, tetapi ini lebih-lebih pula.

"Kau nak apa?" soal Luqman kepada Durra yang duduk bersebelahannya. Meluat sungguh dengan perempuan ni. Asyik mahu berkepit saja..

"Nak duduk dengan Luqman lah..." jawab Durra. Luqman cuba ke tepi bagi mengelakkan dirinya tersentuh si Durra itu. Meluat tahu tak!

"Ish, kau ni Durra, tak malu ke... Tengok adik kau tu. Elok je dengan kak Syifa. Yang kau ni suka sangat kawan dengan lelaki apasal?" Soal Imran pula.

"Entah. Pi lah kawan dengan kak Syifa ke, adik-adik aku ke... Ini tak. Kau nak jugak berkepit dengan aku. Tahu tak dosa?" ujar Luqman.

"Tahu... Tapi.... I love you...." luah Durra dengan suara yang tergedik-gedik.

"Euwwwww... Disgusting tahu tak!" balas Luqman dan Imran lalu meninggalkan Durra sendirian di situ.

"Tak apa... Tunggu tunggu.... Aku akan pastikan kau jadi milikku Luqman...." bisik Durra sendiri. Apa hendak jadilah pada budak ni.. Umur baru setahun jagung dah fikir pasal kahwin. Teruk sangat ke cinta tu?

"Bas dah sampai!" jerit Sarah apabila melihat sebuah bas yang disewa oleh keluarga itu sudah sampai.

"Ha, jomlah. Beratur semua..." Arah Aziah, mak long dan menantu kepada seluruh ahli keluarganya. Sebentar sahaja lagi percutian indah ini bakal bermula.

"Yaaay..." Dilla melompat keriangan.

"Sebelum tu, kita ambil gambaar beramai-ramai lah dulu... Barulah ada kenangan...." ajak Aziah.

"Mak long, kenapa kita kena ambil gambar?" soal Hajar kepada mak longnya.

"Sebab... Nanti kalau satu hari nanti salah seorang daripada kita sudah tiada, bolehlah kita tengok gambar untuk melepaskan rindu..." balas Aziah lalu mereka semua beratur beramai-ramai untuk mengambil gambar. Tetapi tiada siapa pernah tahu, gambar itulah gambar terakhir yang sempat dirakam sebelum tragedi itu berlaku...

*flashback tamat*

Dilla merenung gambar yang berlatar belakangkan bas itu. Tanpa disedari air matanya perlahan-lahan menitis. Rindu sangat.

"Kakak.... Tak sangka ini gambar terakhir kita.... Dilla rindu kakak..." rintih hati Dilla. Dirinya turut berada di dalam gambar tersebut. Perlukah dia memberitahu Zureen bahawa hampir kesemua orang di dalam gambar ini dikenalinya?

*

Khairiah yang baru pulang daripada pasar raya menolak troli yang berisi barangan dapur yang baru dibelinya tadi. Kawasan ini agak sunyi berbanding tempat parkir kereta yang lain. Tak apalah, janji tidak perlu bersesak-sesak untuk berebut tempat letak kereta.

Tanpa disedari, ada seseorang yang asyik memerhatinya dari tadi. Menunggu sahaja masa yang sesuai untuk membuat kerjanya...

"Sekarang mungkin masa yang sesuai... Suami dia tengah outstation kat luar negara... Jadi tiada siapa yang boleh tolong dia...." kata seorang lelaki yang ditugaskan membuat kerja haram tersebut kepada dirinya sendiri.

Mata Khairiah ditutup dengan sehelai kain hitam. Ingin sahaja dijerit untuk meminta tolong namun suaranya bagaikan tersekat di kerongkong. Kalau boleh jerit pun, siapalah yang bole

"Kau ikut aku!" bisikan itu bergema di gegendang telinga Khairiah. Ke mana pula dirinya hendak dibawa kali ini? Tolonglah... Jiwanya benar-benar pasrah.

*

Khairiah membuka matanya berat. Dia di mana ni? Tempat itu asing baginya. Dikurung di dalam sebuah bangsal gelap. Tangan dan kakinya berikat. Dia benar-benar takut. Fobia dengan kegelapan. Rasanya hari masih siang, tetapi mengapa suasana begitu gelap seperti malam?

"Tolong!!!" Khairiah menjerit sekuat hati. Berharap akan muncul manusia berhati mulia yang akan membantunya. Namun tiada siapa yang sudi. Dia masih kekal sendiri. Di dalam kegelapan.

"Ayah, dia dah bangun." Suara seorang lelaki bergema di dalam ruangan bangsal itu. Tidak pasti ia datangnya dari mana.

"Good boy. Biar ayah yang uruskan dia. Afiq pergilah layan madu tiga kau tu." Suara lelaki lain pula kedengaran. Lebih kuat dari sebelumnya. Tetapi yang peliknya, suara ini seperti pernah didengari.

"Tolong!!" jerit Khairiah lagi. Dia tidak rasa suara lelaki tadi kepunyaan seorang yang baik. Pasti dia ada niat jahat. Segala memori lama yang telah cuba dipadam muncul kembali. Oh, janganlah perkara yang sama berulang kembali...

"Hello. Kita bertemu kembali setelah 12 tahun tak berjumpa....." Suara lelaki yang kedua itu kembali lagi. Bertemu kembali? 12 tahun tidak berjumpa? Siapa?

"Siapa kau?" Khairiah cuba memberanikan dirinya walau sebenarnya sedang takut. Suasana masih gelap gelita, jadi masih belum boleh melihat si pemilik suara.

"Kau tanya siapa aku? Kau lupa ke?...."

"Siapa kau?..." Oh ya, Khairiah teringat semula. Tak mungkin! Tetapi dia amat yakin dan pasti, ianya milik si lelaki durjana tersebut!

"Eh kejap. Sorry, dah 13 tahun rupanya... Lupa dah tahun baru..." jawab lelaki itu. Lampu suluh dibuka. Khairiah dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu. Ya, memang tepat sekali tekaannya.

"Kau.... Kau nak apa lagi dari aku? Lepaskan aku!!"

"Hey, aku pernah lepaskan kau dulu. Dengan syarat. Tapi kau langgar syarat tu!" bentak Azizul.

"Salahkah aku mahu berjumpa dengan anak sendiri?" soal Khairiah kepada Azizul. Dia perlu berani menghadapi semua ini.

"SALAH!" Jawab Azizul dengan kuat sekali. "Sekarang, kau harus terima balasannya!" kata Azizul lagi.

"Kenapa? Kenapa kau halang aku nak jumpa Imran? Kenapa?" soal Khairiah dengan emosi.

"Kau tanya kenapa? Ingat balik. Aku nak kau rasa, bagaimana kesakitan yang aku rasa!"

"Kalau ya pun, mengapa aku yang kau hukum? Aku tak bersalah! Apatah lagi Imran dan Syifa! Kalau dendam pada Rahmat, kenapa aku yang jadi tempat untuk kau balas dendam? Kenapa kau tak balas dendam pada Rahmat?" soal Khairiah.

"Aku nak kau yang tanggung. Aku rasa macam Rahmat tu cepat sangat mati, permainan ni tak best... Aku nak seluruh keluarga dia tanggung semua kesalahan dia termasuk kau! Aku tak kiralah korang dah bercerai ke, belum bercerai ke... Yang pasti, kau ada anak dengan Ramli kan?"

"Kenapa kau sanggup buat semua ni? Kau tu dah tua. Bawa bertaubatlah.. Kalau kau nak hukum aku sekalipun, hukumlah. Tolonglah jangan libatkan Imran... Dia langsung tak tahu apa-apa tentang kita..." ujar Khairiah.

"Okey, mungkin kau belum faham... Hutang duit kenalah bayar duit, tetapi hutang kasih kenalah bayar mengikut caranya... Kan?..." kata Azizul sambil membelai-belai kepala Khairiah. Kini wanita itu sudah bertudung, tiada lagi peluang mengugut cara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience