Bab 15

Family Series 8576

"Kenapa dengan Dilla tu? Pelik betul perangai dia... Macam ada sesuatu tak kena...." ujar Aulia kepadaku. Sama sepertiku, aku juga berasa hairan dengan perangai Dilla yang tiba-tiba berubah. Rasa seperti Dilla mengetahui sesuatu.

"Entah. Aku pun tak tahu...." jawabku. Malas hendak memikirkan. Perutku mula berkeroncong. Lapar.

"Ha tengok.. Perut dah bunyi... Perut dah bunyi...." Hish, sempat pula budak ni nyanyi. Memanglah, pagi tadi langsung tak makan. "Kalau macam tu, biar aku belanja kau piza."

"Piza? Kau biasa makan fast food pagi-pagi ke?" tanyaku. Aku segera melihat jam tanganku. Baru pukul 11 pagi. Takkan mahu makan piza kot?

"Eh, tak... Aku jarang dapat makan fast food. Tiga bulan sekali je. Ibu kata, tak baik untuk kesihatan. Jadi, sekali sekala ni tak apa kan?" balas Aulia. Ada duitkah dia ni? Setahuku, kami bertiga masih belum bekerja lagi.

"Ada duit ke? Kalau nak payung sakan tapi kalau tak ada duit tak boleh cerita tau.. Nanti aku juga yang bayar... Tapi kali ni aku tak ada duit tau. Satu sen pun tak bawa." ujarku. Teringat semasa zaman sekolah. Aulia kata hendak belanja, tetapi dia yang tidak bawa duit. Tak pasal-pasal aku pula yang kena payung dia.

"Ada... Ibu aku bagi... 20 ringgit je... Cukuplah kalau beli piza bajet yang 10 ringgit 15 ringgit tu... Lainlah kalau beli yang mahal-mahal tu..." balas Aulia.

"Ooo... Baguslah tu kalau ada duit. Jangan jadi macam dulu. Orang yang nak dibelanja ni lah yang kena belanja orang yang patut belanja orang yang dibelanja tau!" kataku. Eh, ayat apa pula yang aku sebut ni? Terbelit-belit pula.

"Eh, apa kau cakap ni Zureen. Boleh kira dengan jari tau berapa banyak perkataan 'belanja' kau sebut." kata Aulia sambil ketawa kecil.

"Kau tunggulah sini. Biar aku yang beli." Aulia meninggalkan aku sendiri lalu pergi ke kedai piza yang terletak beberapa meter dari sini. Dekat sahaja.

Aulia terus ke kedai piza. Sudah lama rasanya tidak menikmati piza panas yang begitu menyelerakan.

Sesampai sahaja...

Aulia menolak pintu kaca untuk masuk ke dalam premis tersebut lalu melangkah masuk ke dalamnya. Sejuk. Dipasang penghawa dingin di dalam premis tersebut.

Tiba-tiba...

Buk!

Aulia terlanggar seseorang yang sedang membawa timbunan kotak piza. Seorang gadis yang tidak bertudung dan kelihatan muda. "Maaf cik.. Saya tak sengaja..." Aulia meminta maaf kepada gadis tersebut lalu membantu mengutip kotak-kotak piza yang terjatuh.

"Tak apa kak...." balas gadis itu. Nampak muda tetapi seperti ada naluri keibuan. Mungkin ibu muda agaknya.. Yang peliknya, mengapa dipanggilnya Aulia 'kak'? Nampak tua sangatkah dia? Setahunya usianya baru hendak mencecah 18 tahun.

Aulia memerhati wajah gadis itu. Terasa ada sesuatu yang tidak kena...

"Ye cik... Nak pesan apa... Boleh pilih di dalam menu ni.." Pekerja restoran makanan segera itu menghulurkan sebuah buku menu kepada Aulia.

"Saya.. Nak... Hawaian Chicken 10 ringgit, Beef pepperoni 10 ringgit."

"Cik... Boleh saya tanya nama cik?.." tanya pekerja itu dengan mesra sekali.

"Aulia..." balas Aulia. Di dalam fikirannya hanya terfikir tentang perempuan tadi. Mengapa ya..

"Err... Maafkan saya.. Cik, boleh saya tahu, perempuan yang cik terlanggar tadi cik kenal ke? Sebab... Muka kamu berdua ni... Sama lah... Macam... Adik beradik.." soal pekerja itu serba salah. Soalan ini tak sepatutnya ditanya kepada pelanggannya. Namun hatinya betul-betul ingin tahu...

"Eh, tak.. Saya anak tunggal.. Saya tak kenal pun dia..." jawab Aulia. Pelik. Bukan hanya dirinya yang perasan, tetapi pekerja restoran itu juga.

"Oh, maafkan saya. Cik boleh duduk di kerusi dulu sementara tunggu piza siap." Aulia terus mengambil tempat duduk di kerusi panjang yang terletak di tepi kaunter itu. Seperti biasa, dia sudah tahu dia perlu menunggu 20 minit untuk piza siap masak.

*

"Dah balik dah kau? Berapa banyak yang kau beli? Mentang mentanglah aku bagi kau 50 ringgit, kau boleh belanja sakan lah?" ujar Afiq kasar. "Kau ingat, bukan korang bertiga je yang nak makan.. Tu.. Orang yang kena ikat kat sana tu pun nak makan. Nanti dia mati kebuluran aku pulak yang salah."

"Ba... Baiklah abang..." Perempuan yang bernama Laura itu mengangguk lalu mengambil dua daripada lima kotak piza yang baru dibelinya tadi untuk dikongsi bersama madu-madunya. Inilah kehidupan remaja malang yang bernama Laura. Tatkala remaja lain sedang bersama rakan sebaya dan belajar bersama-sama di sekolah, dia pula dikahwinkan dengan lelaki kejam yang bernama Afiq yang tidak sedar diri. Sudahlah sengkek, tetapi mahu pula beristeri tiga. Tidak sedar diri langsung! Akhirnya si isteri yang menjadi mangsa.

Hubungan dengan madu-madunya pula, memang baik. Ketiga-tiga menyimpan niat yang sama untuk lari daripada dunia ini. Menyesal. Tetapi malang sekali, mereka tidak boleh lari. Tetaplah menjadi hamba sang lelaki buat selamanya.

Kehidupan mereka hanya di dalam bangsal gelap yang sunyi. Ditidurkan keempat-empat orang di dalam satu bilik. Maksudnya, ketiga-tiga isteri dan suami berkongsi bilik. Tidak boleh bayangkannya.

Laura, Nafisya, Ilyana. Sedap nama. Namun nasib mereka begitu malang sekali. Bernikah di selatan Thailand dan tidak didaftarkan di Malaysia. Seolah-olah perkahwinan itu tidak wujud. Tidak ada rekod. Pernah juga ditangkap basah namun itu semua sudah biasa. Tunjukkan sahaja bukti sijil nikahnya. Pernah juga disuruh cepat-cepat daftarkan perkahwinan tersebut namun tidak diendahkan oleh Afiq. Yang penting, hanyalah nafsunya. Kekallah mereka bertiga sebagai hamba nafsu kepada Afiq.

Segalanya bermula apabila Laura mendapat tahu dia mengandung anak luar nikah. Keluarganya membuang dirinya. Paling mengejutkan, dia mendapat tahu yang sebenarnya dia hanyalah anak angkat. Perasaan sedih, pedih, kecewa segalanya ada. Akhirnya Afiq mengajaknya bernikah di selatan Thailand. Disangkakan Afiq sanggup menerimanya seikhlas hati namun terbalik pula jadinya.

Nafisya dan Ilyana pula, berkongsi nasib yang sama. Kedua-dua daripada mereka adalah anak yang kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, sering dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya mereka memilih untuk berkahwin pada usia muda tanpa restu ibu bapa. Tetapi ternyata pilihannya silap.

"Kau bertiga dengar sini! Aku nak pergi jumpa bakal madu keempat pula. Korang tunggu sini. Duduk diam-diam!" arah Afiq kepada ketiga-tiga isterinya. Laura, Nafisya dan Ilyana mengangguk tanda faham. Kalau boleh hendak dielakkan supaya tidak ada lagi seorang mangsa sepertinya. Tiada masa untuk memikirkan tentang cemburu.

"Dah lah tu korang... Jom makan..." ajak Laura. Lupakanlah seketika si suami tak guna itu. Kini masanya untuk menjamah piza yang baru dibelinya tadi.

Laura menyuapkan sepotong piza ke dalam mulutnya. Rasa seperti tiada selera namun dijamah juga. Lapar. Dia terasa begitu mual. Asyik hendak termuntah sahaja.

"Uwekkk..." Laura memuntahkan segala isi perutnya. Nafisya dan Ilyana memandangnya risau. Adakah madunya ini mengandung? Apalah nasibnya nanti..

"Kau... Mengandung ke?..." tanya Nafisya dan Ilyana. Mendengar perkataan 'mengandung', terus wajahnya berubah. Dia tidak mahu kejadian dulu berulang kembali.

"Tak... Tak kot... Tak perlu risaulah... Aku okey je..." jawab Laura. Risau juga jika benar-benar dia mengandung. Tentu disuruhnya gugurkan bayi tersebut. Dia tidak sanggup membuat dosa itu lagi!

"Mual kau makin teruk lah... Jom kita beli urine test... Aku kesian kat kau..." ujar Ilyana.

"Tak payahlah... Kita bukan ada duit pun... Kalau nak minta kat abang Afiq, memang tak lah... Lagipun, aku takut...." jawab Laura.

"Kejap.. Aku tengok dalam bilik. Kot-kot ada duit ke..." Nafisya kembali ke bilik mereka lalu menyeluk tangannya ke celah-celah tilam dengan berharap ada seringgit dua ringgit yang tertinggal. "Alah, takde lah pula..." rungut Nafisya. Macam mana mahu beli alat penguji kehamilan jika satu sen pun tiada.

Melihat Nafisya masih belum keluar daripada bilik, Laura dan Ilyana memasuki bilik tersebut. Nafisya masih lagi mencari-cari duit di bawah tilam dan di dalam poket baju. Tetapi tiada satu sen pun yang dijumpai.

"Ada ke?" soal Laura. Terharu pula melihat madunya yang mengambil berat tentangnya.

"Tak...." jawab Nafisya kecewa. Kecewa tidak dapat memberikan sedikit wang kepada madunya yang mungkin sedang hamil itu.

"Tak apalah... Aku ada sikit duit...." kata Ilyana sambil mengambil sesuatu barang yang disorokkan di dalam kotak. Sebuah tabung kaca. Untuk mengambil isinya, perlu dipecahkan terlebih dahulu.

"Tabung??"

"Ya.. Tapi tak tahulah cukup ke tak..." jawab Ilyana lalu memecahkan tabung tersebut. Tiga keping not RM1 dan beberapa keping duit syiling jatuh bertaburan.

"Rupanya, kau menabung selama ni?" soal Laura kepada Ilyana. Mengapalah dia tidak bijak seperti Ilyana? Selalunya akan habiskan sahaja duit yang diberikan oleh Afiq.

"Haah. Tapi sikit je.. Bukannya banyak duit yang Afiq bagi." jawab Ilyana. "Dah lah, jom kira...."

Mereka bertiga mengira duit syiling yang bertaburan. Akhirnya selesai juga mengira. Namun jumlahnya agak menghampakan.

"Lima ringgit je? Nak beli UPT pun tak lepas. Huh. Buat penat je kira banyak-banyak." rungut Nafisya. Nampak seperti banyak syiling tetapi hanya syiling sepuluh sen.

"Tak apalah... Tak payahlah beli..." balas Laura. Malas mahu menyusahkan madu-madunya.

"Macam mana kalau kau betul-betul mengandung?" soal Nafisya. Laura tiada jawapan. Semua ini sangat menakutkan. Pasti kandungannya akan disuruh digugurkan lagi. Dia terlalu takut untuk itu. Tak mahu lagi hidup dengan dipenuhi dosa. Tidak sampai hatinya untuk membunuh anaknya sendiri buat kali yang kedua.

"Tak... Aku tak.... Aku muntah-muntah sebab tak berapa sihat kot..." jawab Laura. Memang sejak kebelakangan ini dia kurang sihat. Sejak beberapa hari lalu.

"Betul ke ni...." Nafisya dan Ilyana memandang Laura. Terbit rasa kasihan kepada remaja ini. Mengapa dipilihnya takdir untuk berkahwin sedangkan dunia masih luas dan bebas? Kalau hendak dibandingkan umur mereka dengan Laura, Lauralah yang paling muda sekali dan masih bawah umur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience