Bab 19

Family Series 8576

Tiba masa untuk melafazkannya. Imran menarik nafas sedalam-dalamnya. Tangan tok kadi digenggam erat.

"Aku terima nikahnya Nur Jannah binti Husin dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai...."

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah...." para tetamu mengucapkan kalimah kesyukuran itu kepada yang maha esa. Tetapi yang paling gembira sudah tentulah Ramli dan Asmah. Anak kesayangan telahpun bernikah. Beberapa titisan air mata gugur di pipi Asmah. Sebak. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tidak lagi di atas tanggungjawab mereka.

Jannah juga sebak. Air matanya juga menitis. Duduk di atas pelamin menanti Imran iaitu suaminya untuk menyarungkan cincin kepadanya.

Imran bangun perlahan-lahan menuju ke pelamin lalu duduk bersebelahan dengan Jannah. Perlahan-lahan disentuh tangan isterinya.

"Ish, apa awak buat ni?" soal Jannah separa berbisik. Malu lah pula. Sudahlah ramai yang melihatnya. Kali pertama seorang lelaki menyentuh tangannya secara sengaja. Tetapi lelaki ini 'halal' kan katanya....

"Saya nak sarung cincin kat awaklah." balas Imran separa berbisik. Harap tiada siapa yang mendengarinya kecuali isterinya. Boleh tahanlah malunya.

"Ish.. Betul-betullah!" Begitulah gelagat pasangan pengantin yang malu-malu kucing hendak menyarungkan cincin.

Imran menyarungkan cincin emas itu ke jari manis isterinya. Ah, berjaya juga dihadapi detik yang menyusahkan ini. Tetapi hatinya seperti masih tidak tenteram. Matanya melilau-lilau ke arah tetamu yang hadir.

"Awak... Tengok apa?" soal Jannah apabila melihat suaminya tidak lagi melihatnya namun ke arah lain.

"Eh, tak ada apa-apalah...." jawab Imran. Lain yang dikata tetapi lain yang di hati. Tujuannya hanya untuk mencari si manusia yang telah ditunggu-tunggu sekiab lama.

*

"Happy birthday Zureen!!" ucap Aulia kepadaku. Sudah lama aku tidak bertemu Aulia. Hari ini 18 Januari, merupakan hari kelahiranku yang ke-17. Hanya ada kami berempat. Mama, aku, Aulia dan Kak Zehra. Papa pula sedang bekerja di luar negara sekarang.

"Assalamualaikum...." Satu suara memberi salam kedengaran dari luar rumah. Siapa pula yang hadir ni?.. Haraplah Dilla.

Tetapi suaranya tak macam Dilla pun. Macam ramai bunyinya.

Mama lekas bangun lalu membuka pintu. Aku menatapi wajah tiga orang itu. Aku tidak mengenalinya. Mungkin rakan-rakan mama. Tetapi kalau dari sudut umur, nampak jauh benar bezanya. Macam baya-baya kak Zehra adalah.

"Masuklah.. Ni rumah makcik... Jangan malu-malu... Buat je macam rumah sendiri...." Mama menjemput masuk tiga orang itu. Mendengar mama menggelarkan dirinya 'makcik', aku sudah dapat agak ini bukan kawan.

Tetapi lebih kepada keluarga.

Tetapi, kenapa aku tidak mengenali mereka pun?

Tetapi....

Ah, banyak sungguh tetapi. Aku tak fahamlah dengan mama ni. Suka sangat berahsia. Oh, baru aku teringat. Tempoh hari mama ada menyebut tiga nama perempuan. Entah apa namanya. Mungkin ini mereka agaknya...

Tetapi, siapa sebenarnya mereka ni?

"Hai Zureen... Happy birthday... Kami dengar Zureen ni anak makcik Khairiah." ucap tiga perempuan itu kepadaku.

"Err... Siapa kamu semua ni? Kawan atau keluarga mama?" soalku.

"Oh, mama lupa hendak beritahu Zureen.... Mereka ni........"

Mama menerangkan segalanya kepadaku. Terkejut juga aku mendengarnya. Tidak sangka ada rupanya manusia yang bernasib tidak baik seperti mereka. Walau hidupku banyak masalah, namun jika dibandingkan dengan mereka kehidupanku jauh lebih baik.

Dan alam perkahwinan, bukanlah sesuatu permainan! Aku tidak sangka sekali, si Laura yang usianya lebih muda daripadaku sanggup memilih untuk berkahwin.

Yang paling pelik, aku lihat Aulia dan Laura ini serupa wajahnya. Sumpah, macam adik beradik. Aku syak mereka kenal sesama sendiri. Masing-masing tidak henti-henti melirik mata sesama sendiri.

Lagi satu, kak Zehra dengan Laura, kak Fisya dan kak Yana ni pun sama. Macam kenal sesama sendiri. Misteri haritu pun belum selesai, inikan pula hendak ditambah yang lagi satu. Pening kepalaku.

"Tak apalah, lupakan semua tu. Jom lah makan... Makcik masak nasi lemak pandan kegemaran Zehra dan Zureen. Oh, kenalkan.. Ni anak sulung makcik. Zehra. Pendiam sikit orangnya. Zehra, mama lupa nak kenalkan Laura, kak Fisya dengan kak Yana kepada kakak. Kakak pun satu, macam diam je..." ujar mama.

"Err..." Zehra menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Laura, kak Fisya dan kak Yana. Matanya membulat. Tidak pasti mengapa.

"Awak....." kata-kata kak Yana terhenti di situ.

"Awak ni...." Kak Zehra juga mengulangi perkataan yang sama.

"Awak ni.... Calon isteri keempat Afiq?"

Semua yang berada di sini terkejut termasukku. Ya Allah, rupanya teman lelaki kakakku merupakan suami kepada madu tiga ini? Dan kakakku, merupakan bakal yang keempat? Lebih tepat, yang bakal menghadapi nasib yang sama dengan tiga orang ini.

Aku melihat mama bagai hendak jatuh pengsan. Lemah. Kali ini bukan anak orang lain, tetapi anaknya sendiri.

Maksudnya, suami merekalah yang memperkosakan kakakku?... Kejam sungguh si suami itu. Tak layak untuk berpoligami! Sungguh aku katakan tak layak. Walaupun aku masih muda dan belum tahu-menahu tentang perkahwinan, tetapi aku adalah belajar sedikit.

"Ya Allah...." Laura memeluk tubuh kakakku. Mungkin kerana tak mahu ada mangsa seterusnya. Cukuplah hanya mereka yang menderita. Sebenarnya aku kasihan juga melihat mereka.

"Adik, adik kena tinggalkan Afiq... Dia lelaki tak guna... Adik nak ke jadi macam kami?" soal kak Nafisya sambil air matanya gugur satu persatu. Majlis kecil yang dirancang untuk menggambarkan memori indah akhirnya bertukar menjadi majlis yang penuh air mata....

Aulia sejak dari tadi asyik merenung Laura. Apa sebenarnya kaitan antara dua orang ini?...

Berjuta persoalan menanti di mindaku.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience