Bab 28

Family Series 8576

Aku memulakan hidup baruku di kampung ini. Pagi yang indah dengan udara yang segar. Hari ini, sudah masuk seminggu kehidupan baruku di sini. Mungkin ada sedikit kejutan budaya atau 'culture shock' bagiku, namun aku cuba menyesuaikannya.

Tenang. Inilah yang aku impikan. Ketenangan diri menikmati alam semulajadi tanpa perlu memikirkan masalah dunia. Mama pula perlu duduk di rumah sementara menunggu tempoh iddahnya tamat.

Aku di sini tiada kawan melainkan kak Jannah. Kami dah jadi kawan? Serius lah? Hihi, serius... Kak Jannah itu baik orangnya. Patutlah Imran memilihnya sebagai isteri. Sedikit sebanyak aku dapat melupakan kisah cinta lamaku. Kak Jannah juga banyak mecertakan tentang Imran dan sejarah rumah ini kepadaku. Rupanya pelbagai cerita yang ada termasuklah suasana di rumah ini pada suatu masa dahulu. Saat semua sanak saudara berkumpul bersama. Tinggal di bawah satu bumbung yang sama. Dan baru aku tahu, rumah ini pernah diduduki mereka termasuk mama, Imran dan Dilla. Dan barulah aku tahu Dilla sebenarnya sepupu Imran.

Ia begitu banyak menyimpan kenangan manis yang tidak dapat digambarkan. Rumah ini menjadi saksi segalanya.

Tetapi kini tiada lagi semua itu. Kenangan hanya tinggal kenangan. Ramai yang sudah pergi dijemput ilahi. Keluarga yang dulunya lengkap tetapi sekarang tidak lagi.

Antara kisah yang paling aku suka ialah kisah cinta Imran dan kak Jannah. Kisah cinta di kamar mandi. Kak Jannah yang sedang memetik daun kari di belakang rumah berdekatan dengan bilik mandi dilabel sebagai 'pengendap' oleh Imran. Dan disitulah cinta mula berputik, ibu bapa mereka membenarkan mereka bernikah.

Jannah menunjukkan sendiri gambar perkahwinan mereka berdua. Gambar yang pernah membuatkan aku menangis. Tetapi hari ini, tidak lagi. Aku bahagia melihat mereka bahagia. Siapa sangka, manusia yang pernah aku benci, kini menjadi temanku. Kerana manusia itu sentiasa berubah-ubah. Tiada yang sempurna melainkan tuhan yang maha esa.

*

Pang!

Satu pelempang diberikan kepada Laura. Si pelakunya, siapa lagi kalau bukan Afiq. Lelaki yang membinasakan masa hadapannya

"Asal kau mengandung? Aku dah cakap jangan mengandung. Ingat aku banyak duit sangat ke nak tanggung baby kau tu hah sial!"

Laura hanya menunduk. Rahsianya sudah terbongkar. Afiq sudah terjumpa UPT yang bergaris merah dua. Nafisya dan Ilyana hanya memandang simpati. Berat ujian yang diberikan kepada madunya.

"Hoi orang tanya ni jawab lah!"

"Abang... Maafkan saya......." Itu sahaja yang mampu diucapkan Laura.

"Maaf? Semua orang boleh minta maaf. Aku tak nak sekadar maaf. Aku nak kau gugurkan baby tu. Sekarang!" arah Afiq kasar.

Laura hanya menunduk takut. Dirinya pasrah kepada yang maha esa. Tidak sanggup lagi melakukan dosa besar buat kali yang kedua.

Tiba-tiba ada dua orang lelaki menekup mulut Afiq dengan kain. Ramli. Ayah kandungnya. Dan lagi seorang lelaki muda yang tidak dikenali.

"Kau buat apa dengan anak aku?" soal Ramli kepada Afiq yang mulutnya ditutup dengan kain.

"Anak kau? Siapa anak kau? Diorang bertiga isteri aku!" bentak Afiq berang.

"Isteri? Mana perginya tanggungjawab kau? Kau sanggup mahu bunuh anak kau sendiri!"

Sunyi. Tiada jawapan.

"Laura, Nafisya, Ilyana. Sini." arah lelaki yang ikut bersama Ramli. Mereka bertiga hanya mengikut suruhan lelaki itu. Lelaki itu sungguh...

Tampan...

Agaknya dia sudah beristeri atau belum? Kalau belum, layak sungguh dijadikan suami ni....

*

"Assalamualaikum..." Suara orang memberi salam kedengaran dari luar rumah. Sudah pastilah suara kak Jannah. Aku terus membuka pintu dan menjawab salam.

"Waalaikumussalam... Akak... Kenapa datang?" soalku padanya.

"Ha ni, akak nak bagi lauk kegemaran abang Im hang tu... Makanlah... Ni akak yang masak...." katanya sambil menghulurkan bekas makanan berbentuk segi empat sama kepadaku.

Aku mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Rajin sungguh kak Jannah ni beri makanan pada jiran. Bukan hanya untuk kami, tetapi untuk jiran di sebelah sana, depan, belakang juga.

Aku membuka perlahan-lahan penutup bekas makanan tersebut. Wah, berbau sedap... Isinya...

Pulut kuning beserta rendang! Sedapnya... Ini makanan kegemaranku. Maksudnya, aku dan Imran berkongsi makanan kegemaran yang sama? Begitu?

Pelik kan?..

Kak Jannah ini hebat orangnya. Cantik manis dan pandai masak juga. Biasalah, wanita kampung kan..

Aku pula siapa? Masak pun tidak tahu, tahu stalk hidup orang dan tuduh melulu sahaja. Ikut perangai siapa ye... Ikut perangai papa ke?

Tentang papa? Mama tidak membenarkan lagi aku menyebut namanya. Kata mama, biarlah dia mencari bahagia sendiri dengan wanita yang dia pilih. Kalau itu yang membuatnya bahagia...

Kalau itu yang membuatnya bahagia...

Kalau itu yang membuat kami berdua berlinangan air mata...

Kerana fitnah. Boleh terjadi kepada sesiapa sahaja baik lelaki, perempuan, orang dewasa, orang tua mahupun kanak-kanak yang belum mengetahui apa-apa.

Baru aku faham apa sebenarnya yang berlaku. Mama berjumpa dengan bekas suaminya hanya untuk membantu madu tiga itu. Laura, Nafisya dan Ilyana. Laura sedang hamil. Mereka berdua sedang memikirkan cara untuk mengubah hidup tiga gadis itu.

Bukan bercinta apatah lagi merancang untuk merujuk kembali. Ini semua salah faham. Tetapi kalau ikut hukum pun, mama sudah boleh merujuk semula bekas suami mama selepas tamatnya tempoh iddah.

Tetapi, kalau lelaki itu benar-benar mahu merujuk mama kembali, bagaimana dengan aku? Mampukah lelaki itu menerimaku dengan sebaiknya?...

Imran dibesarkan dengannya sejak berusia tiga tahun lagi dan sekarang, dia telahpun menjadi manusia yang berguna. Tentunya bekas suami mama seorang yang baik. Tetapi, apakah yang menyebabkan mereka bercerai dahulu? Apa yang digaduhkan sehingga tiada jalan lain lagi selain bercerai?

Talak. Perkara halal tetapi dibenci Allah. Jalan terakhir bagi pasangan yang tiada jalan lagi untuk berbaik.

Kalau mereka tidak bercerai, sudah pastilah aku tak akan lahir di dunia ini. Kalau adapun, pasti aku telah menjadi anak lelaki itu.

Entahlah. Malaslah aku memikirkan keluarga yang terbelit-belit ini.

*

"Dah kahwin?" Terkejut tiga gadis itu mendengar penjelasan lelaki muda lagi tampan itu. Tidak sangka, lelaki ini juga sudah punya isteri. Baru sahaja pula tu.

"Ya, saya dah kahwin. Kamu bertiga pun sudah berkahwin kan?..." balasnya lembut. Ah, menggodanya...

Laura, Nafisya dan Ilyana mengagguk. Barulah mereka tahu, hero muda yang menyelamatkan mereka tadi ialah Imran, anak Ramli dan makcik Khairiah. Bermaksud abang tiri Lauralah.

"Awak kahwin dengan siapa?.." soal mereka bertiga takut-takut. Kalau sudah berkahwin, di mana pula perginya isterinya? Batang hidungnya pun tidakkelihatan di dalam rumah ini..

"Jannah. Isteri saya." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh lelaki itu. Mungkin malu agaknya.

"Ooo.. Di mana isteri awak?" soal mereka lagi.

"Di kampung. Kami PJJ."

"Ooo..."

"Kamu bertiga bolehlah tumpang dulu di bilik tu. Nanti abah akan carikan bilik sewa." balas Imran. Segan pula mahu berbicara dengan tiga gadis ini. Walaupun Laura itu merupakan adik sebapanya, yang dua lagi tiada hubungan keluarga dengannya.

Laura, adik sebapanya yang hanya sempat dilihat sehari sahaja selepas kelahirannya sebelum diserahkan kepada keluarga angkatnya. Ibu kandungnya telah menghembuskan nafas terakhir semasa berjuang untuk melahirkan zuriatnya. Besarnya pengorbanan seorang ibu. Syurga buatmu.

Alangkah sedihnya keluarga angkat yang telah berjanji untuk menjaga dan mendidik anak ini dengan sepenuh hati kini membuang Laura dari hidup mereka.

Mungkin ini salah Laura sendiri, terlanjur dengan lelaki pada usia remaja hingga menyebabkannya hamil. Semua manusia pernah berbuat salah. Tiada seorang pun yang terkecuali.

*

"Awak buat apa tadi?" soalku kepada Jannah.

"Video call dengan abang Im lah..." jawabnya sambil tersipu malu. Manis juga ya orang yang baru berkahwin ini... Asyik-asyik mahu melekat sahaja. Harap apabila sudah mencapai usia 5 tahun perkahwinan pun sama manisnya jugalah.

"Ooo... Sorry kacau. Sambunglah." balasku.

"Tak apa... Dah habis dah pun...."

"Kak... Boleh Zureen tanya..."

"Tanya apa? Tanyalah."

"Alam perkahwinan ini, mencabar ke?..."

"Memang mencabar kalau kita tak pandai handle... Lagi-lagi masalah kewangan. Itu yang ibu dan ayah katalah. Setakt ini, rumahtangga kami belum goyah lagi..." jawabnya.

"Ooo..."

"Kenapa Zureen tanya macam tu? Zureen dah nak kahwin ke?" soal kak Jannah dalam nada bergurau.

"Eh, mana adalah... Zureen kan muda lagi... Lagipun, mana ada calon ataupun boyfriend... Baik sambung belajar daripada kahwin." balasku.

"Hihi... Jannah gurau je... Jangan marah tau... Tapi kalau jodoh datang cepat, kita tak boleh tolak tau..."

Benar kata kak Jannah. Kalau sudah ditakdirkan jodoh pada usia 20 tahun, maka pada usia itulah kita akan berkahwin. Jodoh itu rahsia Allah dan pelbagai cara ia muncul. Ada yang tersuka sama suka, ada yang bercinta sejak zaman sekolah, ada yang bertemu jodoh di dalam alam maya yang amat luas, tak juga ada yang dijodohkan oleh ibu bapa.

Kerana ianya takdir yang telah ditentukan sejak azali lagi buat semua manusia di dunia ini.

P/S: Belum tamat lagi tau.... Misteri belum selesai....
^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience