Bab 3

Family Series 8576

"Ini tak boleh jadi..." Aku benar benar cemburu. Entahlah kenapa aku cemburu. Yang pasti aku sedang berperang dengan perasaan sendiri sekarang. Jealousy!

'Asyik-asyik dia mahu dengan kumpulan 8 tu je... Hurmmm... apa yang istimewa dengan kumpulan tu sampai asyik nak berkepit kat situ je.' Kataku di dalam hati. Okey, cuba fikir balik. Apa sebenarnya tujuan aku cemburu?

Aku masih tak boleh fikir. This is not a love. Percayalah. Jangan pernah jatuh cinta pada seorang guru. Kadang-kadang di sekolah sahaja baik, tetapi di luar siapalah yang tahu... Lagi satu, percayalah, kalau ustaz hensem macam ni, pasti banyak rebutan.

*

Dua minggu selepas itu..

Biarlah. Kejadian cemburu itu dah lama berlalu. Biarlah. Aku harus melupakannya. Rakan-rakanku pun tidak lagi mengesaki apa-apa tentangku dengan Ustaz Imran itu.

Kalau ikutkan, tiada apa yang perlu ku cemburukan pun. Itulah haknya. Pilihannya. Mungkin ada sesuatu yang istimewa yang aku tidak nampak di kumpulan itu.

"Zureen, termenung jauh ke tu.. Aku panggil banyak kali kau tak jawab pun." Aku terkejut. Sejak kebelakangan ini aku terlalu banyak termenung. Aku bertekad, aku takkan bercinta lagi. Tahun ini tahun yang penting buatku. Tahun ini bakal menentukan kehidupanku di masa hadapan kelak. Aku tak mahu lagi mengejar cinta ini. Cinta hanya memusnahkan diriku. Belum masanya lagi untuk aku bercinta.

"Sorry." balasku perlahan. Aku perlu mengembalikan kecekalanku. Tak mungkin hanya kerana cemburu yang tidak pasti mengapa itu akan memusnahkan hidupku.

"Kenapa kau selalu termenung semenjak dua menjak ni? Pelik betullah aku tengok kau. Lagi pelik bila kau termenung sambil tersenyum. Macam orang angau." ujar Aulia. Aulia pun perasan akan perubahanku.

"Angau? Aku ni pelik sangat ke?" tanyaku. Angau? Pelik betullah. Tapi kalau betullah aku angau, dengan siapa ye?..

"Takdelah pelik sangat. Tapi aku rasa angau kau lagi teruk dari angau kau dengan Firdaus." jawab Aulia. Eh, macam mana dia tahu aku pernah ada perasaan dengan Firdaus ni?..

"Macam mana kau tahu pasal Firdaus?" Aku pasal Firdaus kat aku."

"Oh ya, ingat ingat." Baru ku ingat semula apa yang ku katakan tempoh hari. Ya, memang aku ada menjelaskan perkara yang sebenar kepada Aulia. Terkejut juga dia mengetahuiku bahawa aku pernah menyukai si Firdaus.

"Macam mana kau boleh lupa? Angau eh?" Soal Aulia kepadaku. Ayat itu benar-benar menusuk jiwaku. Angau? Kalau ye pun, dengan siapa?

"La, kau tahu kan aku ni tak de suka siapa-siapa selain Firdaus. Buat masa ni aku malas nak fikir pasal cinta-cinta ni, nanti tahun depan suka hatilah nak cinta ke, nak tunang ke, nak kahwin ke, asal jangan buat dosa sudah." jawabku seloroh.

"Memanglah, tapi aku pelik dengan kau. Selalu senyum sorang sorang, macam ada yang tak kena. Lagi satu, asal kau nampak Ustaz Imran je, kau macam...." Tidak sempat Aulia menghabiskan kata-katanya, aku cepat-cepat menutup mulut Aulia apabila melihat Dilla menghampiri kami.

Dua minggu tak cakap pasal ni, sekarang cakap balik... Aduhai... Ingatkan boleh lari daripada semua ini. Tetapi nyata tidak.

"Korang ni kenapa?" Soal Dilla pelik melihatku menutup mulut Aulia.

"Err, tak ada apa-apalah." Jawabku. Tidak mahu memberitahu Dilla yang bermulut lancang itu. Kalau dia tahu, satu sekolah diberitahunya. Padahal ia cuma sekadar andaian, bukan benar pun.

"Korang ada sembunyikan sesuatu daripada aku ke?.." Soal Dilla. Kami berdua masih diam membisu.

"Tak.. Kitorang main tadi." Jawab Aulia demi menutup rahsia. Aulia pun tahu, tak mungkin hendak memberitahu Dilla si mulut tempayan itu.

"Ooo, jomlah masuk kelas. Dah lambat ni." Perbualan ditutup. Selamat.

Waktu matematik.

Cikgu Mariam langsung tidak kelihatan lagi sejak tadi. Tidak hadirkah dia?

"Assalamualaikum, cikgu Mariam suruh siapkan latihan yang cikgu bagi semalam." Jerit Aimy, ketua kelas kami kepada semua ahli kelas 5 Firdaus.

"Waalaikumussalam, cik Aimy.." Jawab beberapa orang murid.

Aku dan Aulia tidak tahu mahu membuat apa. Kami berdua sudah siap latihan yang diberikan semalam. Walaupun susah, aku meminta kak Zehra mengajarku.

"Aimy, sekarang takde orang relief ke?" tanya seorang murid kepada Aimy. Ye lah, betul juga. Selalunya akan ada guru yang mengganti sewaktu guru mengajar tidak hadir atau tidak masuk ke kelas.

"Entah." Jawab Aimy ringkas. Dia sendiri pun tidak tahu. Yang penting telah menyampaikan amanahnya daripada Cikgu Mariam agar meminta murid menyiapkan latihan semalam.

Tup tap tup tap.

Bunyi tapak kasut kedengaran. Rasanya bukan kasut tumit tinggi milik Cikgu Mariam, tetapi seperti bunyi sepatu.

Tup tap tup tap.

Bunyi itu kedengaran lagi. Kali ini semakin hampir.

Seorang lelaki muncul di muka pintu. Yang pasti bukannya murid. Ahhh... Kenapa ustaz datang sini...

Relaks Zureen. Relaks. Tak ada apa pun yang akan berlaku. Tetapi jantungku berdegup kencang. Kenapa pula ni...

Figura lelaki berumur 20-an berdiri di muka pintu. Tak perlu cakap pun dah tahu dah siapa. Ustaz Imran!

Tak perlulah tanya pasal jantungku. Ia berdegup lebih kencang dari sebelumnya! Please, no... Janganlah cakap dia yang ganti...

"Assalamualaikum. Ni kelas 5 Firdaus ke?" Suara garau kedengaran. Garau-garau pun, sedap juga tau.

"Haah." jawab Aimy. Aimy lah murid yang paling ramah dan tidak kekok untuk berbual. Jika sekadar ustaz muda yang tidak jauh beza umur ini, apalah yang jadi masalah.

"Ooo, betullah ni. First time ustaz masuk kelas perempuan. Sebelum ni kelas lelaki je." Jawab Ustaz Imran mesra. Ustaz Imran terus melangkah masuk ke kelas kami. Sekejap, kenapa mesra sangat ni.

"Ooo, ustaz relief waktu cikgu Mariam eh? Masuklah. Jangan malu-malu. Bukan nak mengorat ustaz pun." jawab Aimy. Aimy memang terkenal dengan sikap ramah mesranya terhadap semua orang termasuk guru-guru. Setakat ustaz muda yang beza umur kurang dari lima tahun ini, tiada hal lah.

"Ooo, ramahnya kamu. Terima kasih. Ustaz pun ramah juga tau." Balas Ustaz Imran semula. Perasaan cemburu itu kembali lagi. Entahlah. Malas dah hendak cakap. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.

"Hihi. Terima kasih ustaz. Mak saya pesan. Kena jadi ramah. Barulah ramai kawan." Mataku senyap-senyap melirik ke arah mereka berdua. Memanglah 'mesra' itu hanyalah sekadar mesra seorang anak murid dan guru, tetapi aku pun mahu juga dilayan sebegitu.

Yang aku perasanlah, Ustaz Imran ni lain. Lain dari yang lain. Aku lihat dia sebegitu mesra dengan anak muridnya sendiri. Adakah kerana faktor umur, kerana rindu zaman sekolah atau sebaliknya. Jarang sekali guru-guru sekolah kami ada yang mesra kecuali guru kaunseling. Semuanya garang-garang belaka terutamanya Ustaz Hamid, guru disiplin.

"Betullah kata mak kamu tu. Kena pandai bertegur dengan orang, barulah ramai suka." jawab Ustaz Imran sambil tersenyum. Senyuman itu begitu menusuk ke kalbuku. Tanpa ku sedari, ada mata nakal yang sedang memerhati tindakanku....

Ustaz Imran berjalan pula ke setiap sudut kelas kami. Ditatap satu persatu wajah ahli kelas ini. Mungkinkah ada seorang yang layak dijadikan calon isteri? Gurau je.

Tup tap tup tap.

Bunyi sepatu kedengaran dari arah belakang. Aku tak berani mahu menoleh. Aku tahu, dia sudah semakin hampir... Aku mengacah-acah menulis bagi menahan perasaan malu.

Ustaz Imran berhenti berjalan. Betul-betul di belakangku. Aku menoleh. "Muka kamu ni, macam pernah lihat. Ada iras-iras macam mama ustaz. Siapa nama kamu?" tanya Ustaz Imran kepadaku.

"Err, Zureen.." jawabku malu-malu. Tadi nak sangat ditegur kan.. Dah ditegur, malu-malu pula. Tetapi hatiku benar-benar berkata mahu. Inikah yang dinamakan 'malu tapi mahu' ?

"Nama penuh?"

"Zureen Maisara binti Alias."

"Hmm, ye lah, kamulah orangnya!" Aku terkejut dengan reaksi ustaz itu. Entah kenapa dia begitu. Rasa seperti telah dicari sekian lama. "Kamulah a...."

Tidak sempat Ustaz Imran meneruskan kata-katanya, Cikgu Mariam sudahpun berada di muka pintu. Aku betul-betul curiga. Apa sebenarnya yang Ustaz Imran ingin beritahu padaku? Dalam banyak-banyak manusia di kelas ini, kenapa dipilhnya diriku? Siap bertanya nama penuh lagi.

Lagi satu, jika aku perhati betul-betul wajah ustaz itu secara dekat, memang ada iras-iras wajah mamaku. Ini memang pelik....

Jangan-jangan ustaz itu ada bau-bau bacang dengan keluargaku tak?.... Eh, jangan nak berangan sangatlah. Perasan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience