Bab 24

Family Series 8576

Akhirnya sampai juga ke tempat yang ingin aku tuju. Rumah Dilla. Aku mahu mengambil semula album milik mama yang berada di tangannya.

"Assalamualaikum...." Aku memberi salam. Berharap ada orang di rumah ini. Lalu pintu dibuka dari dalam. Puan Nazira keluar daripada rumah tersebut.

"Waalaikumussalam.... Eh, Zureen... Kawan Dilla kan... Nak jumpa Dilla ke? Biar makcik panggilkan.... Jemputlah masuk..." Kata Makcik Nazira sambil mempelawaku masuk ke rumahnya.

"Eh, tak apalah... Saya nak jumpa Dilla sekejap je..." jawabku. Tidak mahulah menyusahkan mereka. Lagipun aku ke mari hanya untuk mengambil album itu sahaja.

"Dilla! Zureen datang ni...." Makcik Nazira memanggil Dilla yang berada di dalam rumah. Entah mengapa aku takut pula hendak berjumpa Dilla. Rasa seperti Dilla tidak mahu berjumpa denganku.

Dilla keluar dari rumah. Dilla seperti terkejut melihatku. "Dilla." Aku memanggilnya.

Dilla tidak menjawab panggilanku. Aku perlu menyatakan jua hasratku. Tidak kiralah apa yang bakal terjadi.

"Zureen."

"Dilla... Boleh aku nak minta balik album yang kau ambil haritu...." pintaku.

"Tak boleh!" balasnya kasar.

"Dilla, please... Album tu mama punya..." pintaku separa merayu.

"Tak, tu aku punya!"

Aku sungguh pelik. Mengapa dengan kawanku ini. Apa yang menyebabkan dirinya begitu mahu album tersebut. Apa yang istimewanya...

"Please..... Give me back the book..." rayuku.

"No, I said no!" kata Dilla kasar sambil menunjukkan satu gambar daripada telefon pintarnya.

Gambar itu....

Ah, tak mungkin....

Aku terus berlari ke rumahku. Tak mampu aku melihatnya. Hatiku benar-benar bagai ditusuk-tusuk dengan pisau tajam. Tak mungkin Zureen. Tak mungkin!

*

"Adik, makanlah dulu. Mama dah masak ni." suruh mamaku. Aku mengangguk lalu mengambil nasi di dapur. Sedia maklumlah, rumah ini tiada orang gaji atau dayang-dayang istana yang akan menghidangkan makanan di atas meja. Di rumah ini semuanya layan diri.

Setelah mengambil nasi, aku duduk di atas kerusi meja makan untuk menikmati makanan. Meja makan dirumahku tidakalah sebesar mana, cukuplah untuk empat orang yang tinggal di dalam rumah ini. Hanya ada jambangan bunga sebagai hiasan.

Tetapi hari ini,...

Eh?

Apa benda pula tu? Aku mencapai sampul putih tersebut lalu dibuka untuk melihat isinya.

"Ya Allah......" Luruh hatiku melihatnya. Sekeping kad kahwin. Pasangan mempelai Imran dan Jannah. Tahu-tahulah Imran yang mana....

Hatiku sakit untuk kali kedua hari ini. Pertama, gambar yang ditunjukkan Dilla. Yang kedua, kad kahwin ini. Pelik. Bagaimana boleh ada di sini.. Yang pasti kedua-duanya saling berkaitan. Mungkin....

Perempuan yang aku lihat pada beberapa hari yang lalu adalah isterinya? Isterinya yang bernama Jannah? Ini tidak boleh jadi....

Aku menyorokkan kad kahwin tersebut di balik bajuku. Aku yakin, ini milik mama. Namun aku mahu menyimpannya. Hatiku benar-benar luruh. Terus hilang selera makanku. Meskipun amat mustahil untuk aku mendapatkannya, aku tetap rasa sakit. Sakit seperti dilukai. Entahlah. Sama ada benar atau tidak dia abang tiriku, aku mengakui, aku pernah jatuh hati padanya. Aku pernah merasa cinta. Aku yang cinta padanya. Bukan dicintai olehnya. Cinta ini bukan cinta monyet atau yang sewaktu dengannya. Tetapi ianya lain. Lain dari yang lain. Jujur.

Aku sudah tidak larat mahu pendam. Semakin aku pendam, semakin diriku sakit. Adakah ini takdir Allah buatku? Aku tak pasti bagaimana dan mengapa aku boleh jatuh hati dengannya. Kalau nak kata hensem, bukan kerana itu. Kerana hati dan sifatnya. Penyayang, comel, lemah-lembut, mesra, sopan santun dan segalanya lah. Adakah diriku sedang belajar apa ertinya cinta?..

Aku mengakui, aku cemburu! Aku cemburu dengan siapa yang mendapat dia. Aku cemburu dengan siapa yang ditakdirkan untuknya. Kerana ianya sepatutnya untukku, bukan dia!!!

Kenapa aku harus cemburu? Persoalan itulah yang tertanya-tanya di mindaku sejak hari pertama perasaan ini muncul. Sejak aku dikenakan oleh Aulia dan Dilla. Sejak kem jati diri pengawas tahun lepas. Saat itu aku cemburu melihat dia bersama orang lain. Maksud aku kumpulan lah...

Dan hanya kerana bunga kekwa. Aku akan ingat sampai bila-bila. Bunga kekwa. Cemburu hanya kerana perkataan 'kekwa'. Menyimpan seribu rahsia antara kami. Dilla beruntung sekali.

Oh ya, cakap pasal Dilla, aku rasa macam Dilla ada menyimpan sesuatu daripadaku. Mengapa dia perlu menyimpan album itu sekiranya tiada apa-apa yang berkaitan dengannya? Pelik kan? Aku masih ingat, pada hari pertama diriku menemui album tersebut, aku ada bertanyakan pada Aulia dan Dilla tentang gambar mamaku dan kanak-kanak kecil serta bayi lelaki itu. Dilla mengatakan kanak-kanak perempuan itu ialah kak Syifa. Aku yakin ianya tepat. Kalau tidak, mengapa mama pergi ke kubur itu. Nama yang sama.

Lagi satu, di dalam gambar yang berkumpul ramai-ramai tu, ada seorang budak yang bernama Syadilla. Persoalannya, itu Dilla ke?...

Hari ini, aku melepaskan segalanya. Aku pernah cuba untuk melupakan, namun ia tidak berjaya. Mengapa semua ini terjadi... Bukan mahu salahkan takdir, tetapi aku......

Aku....

Tak mampu....

*

"Laura, biar betul? Biar betul dia ayah kandung kau?" Nafisya dan Ilyana terkejut dengan kenyataan yang dibawa Laura. Bekas suami makcik Khairiah adalah ayah kandung bagi madunya ini. Mereka berdua seakan-akan tidak percaya.

"Ya..." jawab Laura lalu disambung lagi; "Masalahnya, macam mana kita nak lari daripada lelaki tak guna ni... Kalau kita lari sekalipun, dia akan cari balik...."

"Entahlah Laura. Kenapa kita bertiga dapat suami macam ni ya...." luah Nafisya. Tiada lagi air mata. Kering sudah semuanya. Puas sudah dirinya menangis. Kerana seorang lelaki. Kerana seorang lelaki yang sanggup menipunya. Merelakan diri menjadi isteri kedua dengan harapan akan membawa bahagia walaupun terpaksa berkongsi. Namun dirinya salah. Dirinya sudah tersalah pilih seorang suami.

Hakikatnya, kebahagiaan dibina sendiri dengan madu-madu sendiri. Tiada masa untuk bergaduh jauh lagi cemburu. Sama-sama bersepakat untuk lari dari dunia ini. Namun harapan hanya tinggal harapan. Tiada siapa yang sudi membantu mereka. Hiduplah di dalam bangsal gelap yang menjadi mahligai mereka berempat. Itu belum berlima tau!

"Jadi, apa yang pakcik Ramli boleh tolong kita?" soal Nafisya kepada Laura.

"Entahlah. Tapi, dia cakap, suruh rahsiakan dulu. Takut anak dia tahu.... Tak tahu lah anak yang mana. Lagi satu, dia beritahu aku ni ada kakak. Tua setahun daripada aku. Tapi, tak dapat dikesan lagi...." jawab Laura.

"Berapa anak yang dia ada? Berapa adik beradik yang kau ada? Pelik lah... Sama je macam keluarga makcik Khairiah tu, terbelit-belit." ujar Ilyana.

"Cakap pasal makcik Khairiah, kita dah lama tak jumpa dengan dia. Dia dah tak nak tolong kita ke...." balas Nafisya.

"Entahlah. Aku pun tak tahu... Aku tak sangka langsung, bakal madu kita semua anak dia. Aku tak sangka langsung." ujar Laura.

"Yang kau ni asyik cakap 'entahlah' tu kenapa? Entahlah, entahlah, entahlah.... Tak habis-habis..." balas Ilyana.

"Hey, aku dah dengar segalanya... Korang jangan fikir korang boleh lari... Korang tetap hamba nafsu aku selama-lamanya!!!"

Laura, Nafisya dan Ilyana terkejut lalu menoleh ke belakang. Segala perbualan mereka sudah didengari oleh si lelaki durjana yang bernama Afiq bin Azizul.

Suami mereka.

Suami tak guna.

***Sedikit coretan hati dari author***

~Taknak baca pun tak apa

Kalau rajin, bolehlah komen ye... Nak promote novel anda pun boleh.... Bosan lah Deena tak ada sesiapa nak komen....

Btw, memang kisah ini kisah benar tapi tak semualah. Adalah sikit plot twist untuk tambah emosi haha. Tapi kalau watak dan kisah Zureen, Imran, Jannah, Aulia dan Dilla tu memang wujud di alam nyata ye... Ok, lagi satu. Novel ni antara yang paling terpanjang Deena pernah buat (dalam novelplus). Yang lain semua terbengkalai kan... Tujuan menulis kali ini sebenarnya untuk lupakan kisah lama Deena dengan seorang lelaki ni.. Kisah lebih kurang sama dengan perjalanan Zureen & Imran. Tapi pada 1 Syawal haritu, Deena tertengok pula gambar raya dia (real Imran & kak Jannah) dengan baby baru depa...

SADISSSS SUNGGUH...

Sekian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience