Bab 18

Family Series 8576

16 Januari.

Dua hari lagi. Dua hari lagi dirinya bakal diijabkabulkan. Persalinan nikah berwarna putih telahpun tergantung kemas di dalam almari usang itu. Sepasang baju melayu berwarna putih serta sampin putih menjadi pilihannya dan Jannah untuk nikah. Untuk majlis bersanding pula, mereka memilih untuk mengenakan sepasang persalinan songket berwarna hijau zamrud. Majlis bersanding hanya dibuat kecil-kecilan sahaja, hanya keluarga, jiran dan sahabat handai sahaja yang dijemput.

"Halus tangan kau Imran...." suara seorang lelaki menegurnya dari arah belakang. Imran menoleh.

"Ooo... Aiman.... Apa yang halusnya? Biasa je...." balas Imran. Rupanya yang menegurnya tadi ialah rakan sekelasnya semasa sekolah rendah, Aiman yang masih menetap di kampung ini.

"Halus lah... Mana ada orang lelaki gubah hantaran... Biasanya orang perempuan yang buat kerja ni...." ujar Aiman.

"Biarlah. Seronok apa gubah hantaran? Susun bunga, potong bunga, susun barang... Best... Man, kau tak tahu zaman sekarang ni banyak je lelaki yang bisnes gubah hantaran tau."

"Man? Kau ingat aku Luqman? My name is Aiman. No singkatan. Lagi satu, mana Luqman sepupu kau dunia akhirat kau tu? Takkan sepupu dia nak nikah pun tak datang..." ujar Aiman.

Apabila disebut nama 'Luqman', Aiman perasan perubahan pada Imran. Lain macam.

"Sorry... Aku tak tahu pasal apa yang terjadi...." Aiman meminta maaf namun tidak dibalas oleh Imran. "Selamat pengantin baru.... Aku harap aku yang pertama ucapkan dekat kau...."

"Tak... Kau yang ke.... Satu, dua, tiga, empat, lima...." balas Imran sambil ketawa kecil. Dilupakan seketika tentang Luqman.

"Hish, tak payah kiralah. Sampai esok pun tak habis...."

*

Aku perasan perubahan yang ketara terhadap kak Zehra. Sejak hari itu, kak Zehra langsung tidak keluar bilik kecuali hendak makan sahaja. Kak Zehra lebih suka menyendiri. Denganku pun tidak selalu berbual.

"Mama... Nak jumpa Laura, Nafisya dengan Ilyana sekejap. Kalau adik nak keluar, pastikan keluar dengan kawan tau." pesan mama kepadaku. Eh kejap, siapa pula Laura, Nafisya dan Ilyana? Peliknya nama dia...

"Siapa diorang tu? Kawan mama ke?" tanyaku.

"Emm.... Tak ada apa-apalah.." jawab mama lalu keluar dari rumah.

Mama ni masih berahsia. Aku dah agak. Siapa pula tiga orang tadi? Jangan-jangan, anak mama juga tak? Tapi tak pernah jumpa pula nama mereka di dalam album tu.. Album? Masih ada dengan Dilla. Cakap pasal Dilla, kami sudah lama tidak bertegur. Aulia pun sama. Entahlah. Tak tahu nak cakap apa.

Kalau ikutkan sudah dua minggu kami langsung tidak berjumpa apatah lagi bertegur sapa. Mengapa persahabatan ini sebentar sahaja? Nak kata bergaduh tu macam tidak. Tetapi, apa masalah sebenarnya....

Kini aku hanya ada mama. Papa sedang bekerja di luar negara. Sebulan. Kak Zehra jangan tanyalah. Mama pun satu, suka sangat berahsia.

Seperti biasa, aku asyik menatap telefon pintarku. Apa lagi selain media sosial. Oh, lupa nak cakap. Lusa adalah hari lahirku yang ke-18. Kalau tak keberatan wish la. Hihi. Gurau je...

*

"Laura, kau dengan baby kena kuat tau." ujar Nafisya dan Ilyana sambil memegang bahu madunya. Laura hanya membalas dengan senyuman namun di hatinya sudah resah memikirkan nasibnya sendiri. Kalau Afiq tahu, apalah yang bakal terjadi ya...

"Makcik.... Terima kasih.... Doakan saya kuat makcik..." ucap Laura kepada Khairiah. Andai satu hari dia mampu dia berjanji akan membalas jasa Khairiah.

"Tak apa Laura... Makcik ikhlas.... Lagipun Laura berhak hidup bahagia. Semua manusia pun berhak hidup bahagia Laura... Cuma, makcik minta maaf tak dapat tolong lebih lagi...." balas Khairiah.

"Eh, tak apa makcik... Makcik tolong ni pun kami dah gembira tau. Kalau nak lari dari hidup ni, memang jauh sekali lah...." ujar Laura sambil menunduk ke lantai.

"Kenapa cakap macam tu? Laura pasti boleh lari. Mungkin bukan hari ini, tetapi esok, manalah tahu..." pujuk Khairiah.

"Makcik....."

*

Empat buah kanopi sudah siap terpasang di jalan kecil hadapan rumah. Hanya majlis kesyukuran kecil-kecilan yang diadakan. Malam ini, malam yang bakal menjadi hari paling bersejarah buat Muhammad Imran bin Ramli dan Nur Jannah binti Husin.

"Jangan gugup sangat bro." sapa Aiman dari belakang.

"Kau cakap senanglah, kau belum kahwin lagi.... Cuba kau kahwin dulu." balas Imran. Dua jam lagi masa yang berbaki. Tolonglah...

"Eh, boleh je.... Tapi tak ada calon lagi lah...." ujar Aiman sambil menunjukkan gaya gatalnya.

Suasana begitu meriah sekali. Orang kampung dan jiran terdekat turut hadir bagi memasak bersama-sama. Kan lebih jimat..

2 jam kemudian...

"Dah siap. Minum air ni sikit hilangkan nervous hang tu." ujar Aiman sambil membetulkan sampin putih yang dipakai Imran. Tak pasal-pasal pula dia terpaksa menjadi pengapit kepada sahabat lamanya ini atau nama lainnya di dalam bahasa perancang perkahwinan ialah 'event coordinator tidak berbayar'.

"Thanks." Imran duduk di kerusi lalu meneguk air kosong yang diberikan oleh Aiman.

"Pengantin lelaki cepatlah dah nak pukul 8.30 ni... Lekas..." Seorang lelaki menerjah masuk ke dalam bilik persiapan itu. Mungkin saudara Jannah agaknya...

"Kejap...." balas Imran lalu keluar dari bilik tersebut ditemani Aiman. "Bismillahirrahmanirrahim...." Imran melangkah dari rumah kampungnya ke rumah satu lagi. Rumah Jannah. Tangan Aiman digenggam rapat.

Masuk sahaja ke dalam ruangan rumah Jannah, semua tetamu memandangnya. Oh, boleh tahan hensem juga ya pengantin lelaki ni....

Imran duduk di atas bantal nikah yang disediakan berhadapan dengan tok kadi yang bakal menikahkannya sebentar lagi. Jannah masih belum ada di situ.

Soalan gugup ke tidak, itu jangan tanyalah. Menipu kalau tak gugup langsung. Percayalah, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti akan merasai saat paling mendebarkan ini. Tetapi saat inilah yang bakal menjadi kenangan terindah seumur hidup yang takkan dapat dilupakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience