Bab 20

Family Series 8576

Imran menarik tangan isterinya memasuki bilik pengantin yang sudah berhias itu lalu menguncinya. Melarikan diri sebenatar daripada tetamu yang hadir. Nasib baik tidak lari jauh. Kalau tidak, jadi pengantin lari culik isteri lah jadinya!

"Kenapa dengan awak? Awak... Nampak resah.." soal Jannah kepada Imran.

"Call me... Abang..." balas Imran sambil tersipu malu.

"Err... Abang.... Kenapa?.."

"Ingat tak janji abang?" soal Imran.

"Janji apa?"

"Janji nak cerita tentang keluarga abang...."

"Ingat, tapi takkan lah nak cerita sekarang... Kita lari daripada tetamu ni..." balas Jannah. Tidak pasti benar atau tidak tindakan suaminya.

"Sebab tu lah abang lari."

"Maksud abang?...."

"Sebab sayang ni isteri abang, abang akan beritahu sayang je. Jangan beritahu ibu atau ayah."

"Kenapa? Rahsia ni besar sangat ke?"

"Ye lah... Abang kecil hati tau..."

"Kecil hati dengan ibu dan ayah?"

"Tak... Dengan tetamu..."

"Jadi, apa kaitannya?.."

"Abang kecil hati para tetamu asyik tanya pasal mama abang je.. Abah pula, tutup cerita kata abang ni anak yatim...." luah Imran kepada isterinya.

"Takkan itu pun nak kecil hati..." balas Jannah. Macam budak kecillah suaminya yang bernama Imran ini. Sikit-sikit mahu merajuk.

"Sebab diorang tak tahu apa yang terjadi...." ujar Imran sambil menunduk. "Abang jemput mama datang, tapi tak datang pun.... Haritu pula......" kata-katanya terhenti di situ.

"Kenapa?..." Jannah dapat melihat suaminya sedang menakung air mata. Sebentar sahaja bakal jatuh titisan-titisan jernih itu. Eh, hendak menangiskah dia?

"Tak ada apalah...." Imran menutup matanya bagi menghalang air mata tersebut jatuh lagi. Kali ini dia bertekad untuk takkan menangis lagi. Bagaimana hendak membimbing seorang wanita yang bergelar isteri yang lebih lembut jiwanya jika tidak mampu menangani masalah dirinya sendiri.

"Abang kan kuat...." balas Jannah sambil tersenyum manis.

Imran merenung wajah isterinya. Senyuman itu sungguh menawan! Buatkan hatinya tertawan! Inilah wanita yang bernama isteri. Bidadari yang setia menemani disaat susah dan senang. Disaat pahit dan manis. Terus dikucupnya dahi isterinya. Inilah kucupan 'halal' paling berharga. Ikatan perkahwinan yang dibina dengan penuh kasih sayang.

*

"Kak...." Aku menolak pintu bilik kakakku. Kak Zehra hanya termenung sendirian. Mungkin kerana rahsianya sudah bocor.

"Betul cakap papa, kan?..." kak Zehra tiba-tiba sahaja bersuara. Aku tak faham apa yang dimaksudkanya.

"Apa maksud kakak?.." soalku.

"Kakak menyesal... Tapi menyesal pun tak guna... Dari dulu papa dah pesan suruh tinggalkan si Afiq tu...."

Aku memegang bahu kakakku untuk menguatkan kembali semangatnya.

"Setiap peraturan yang digubal pasti ada sebabnya kan..." ujar kak Zehra.

"Adik tak faham..." balasku. Memang aku langsung tidak faham. Mengapa tiba-tiba disebut tentang peraturan pula?..

"Adik... Ada sebab sekolah kita buat peraturan 'jaga ikhtilat' tu..."

"Rasanya hampir semua pun sekolah menengah agama buat peraturan macam tu... Tapi adik tak ikut pun... Tapi adik baru faham kenapa..." Ya, memang betul peraturan itu memang wujud di sekolahku namun tidak diperketatkan seperti sekolah lain. Yang lelaki bebas bercintan-cintun dengan lelaki, yang perempuan sibuk berdua-duaan dengan lelaki. Aku baru sedar semua itu mengundang dosa. Mungkin kerana dulu aku masih belum faham dengan semua itu.

"Sebab takut jadi macam kakak....."

"Kenapa kakak cakap macam tu?.."

"Entahlah. Kakak rasa hidup kakak macam dah gelap. Takkan ada cahaya lagi...." ujar kak Zehra.

"Allah kan sentiasa buka pintu-pintu taubat untuk hambanya..... Kakak janganlah cakap macam tu... Masa depan kita panjang lagi....." balasku. Aku sendiri tak pasti bagaimana aku boleh berkata begitu.

"Memang Allah akan sentiasa buka pintu-pintu taubatnya, tetapi manusia yang penuh dengki... Kakak rasa takkan ada orang yang mahu kahwin dengan kakak...." ujar kak Zehra.

"Mengapa?" soalku ingin tahu. Sebenarnya dah tahu.

"Siapalah yang nak kahwin dengan orang yang dah tak ada dara?...."

"Kak...." Aku kehilangan kata-kata. Setiap manusia takkan pernah lari daripada ujian....

"Maafkan kakak... Lepas ni kakak akan mendiamkan diri... Dan kakak akan berpindah jauh daripada sini.... Kakak akan cari kerja.... Mungkin kakak takkan jumpa lagi adik, mama dan papa. Semua ini demi memadam trauma yang melanda...." kata kak Zehra sambil meninggalkan diriku sendirian di dalam bilik itu.

Aku terdiam. Aku tak sangka kakak yang ceria, peramah dan mesra ini akan berubah 360 darjah. Aku mahu menghalang kak Zehra, tetapi aku tak mampu...

Beg bagasi yang besar telahpun tersedia di hadapan pintu. Kami bersalaman bagaikan tidak akan jumpa lagi. Aku tak pasti. Aku harap kali ini bukanlah kali terakhir untukku berjumpa dengan kakak kandungku. Hanya dia seorang kakakku. Tiada yang lain. Kalau anak mama tu pun, dia bukan kakakku! Aku tak mahu ada yang lain!

Kak Zehra menyalami tangan mama. Mereka berpelukan. Aku bagaikan tiada perasaan. Aku macam tak kisah pula kak Zehra mahu lari. Entahlah. Aku rasa seperti bukan berada di alam dunia ini.

Kereta grab yang ditempah kak Zehra telahpun menunggu di hadapan tangga utama. Aku cuma boleh melambaikan tanganku daripada balkoni rumahku sahaja.

*

Jam 11.30 pagi.

"Cantiknya isteri abang..." puji Imran apabila melihat Jannah sudah siap berpakaian pengantin sekali dengan veil yang labuh sehingga paras pinggangnya.

"A... Abang pun... Hensem juga...." balas Jannah malu-malu kucing sambil membetulkan tanjak di kepala suaminya.

"Apa awak cakap...."

"Abang.... Pun... Hensem juga...." kata Jannah sambil tersenyum nampak gigi.

"Ulang lagi." arah Imran. Sengaja mahu bergurau dengan isterinya.

"Abang.... Pun... Hensem juga....."

"Good girl... Inilah isteri yang abang sayang...." kata Imran sambil mencubit hidung Jannah yang berwarna kemerah-merahan kerana telah disolek dengan pemerah pipi. "Nah, pegang bunga tangan ni. Ingat pesan akak photographer tu.. Pegang satu tangan je.. Jangan jadi macam semalam, nervous punya pasal, terpegang dua tangan."

"Lagi satu tangan, nak pegang apa?" soal Jannah.

"Pegang abanglah.... Merajuk abang nanti kalau sayang tak nak pegang tangan abang...." kata Imran dengan gaya manjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience