Bab 25

Family Series 8576

Media sosial. Aku dan media sosial berpisah tiada. Saat bosan melanda diri, media sosial lah yang menjadi penghilang bosan. Apa lagi selain melayan Fac. Tak Fac, Instagram lah. Skrol, skrol, skrol. Itu je kerja. Nak kerja result pun tak keluar lagi.

Namun hari ini, hatiku tergerak untuk mencuba nasibku. Selalunya pasangan pengantin akan meletak hashtag kan? Okey, aku cuba cari. Walaupun idea ni tak berapa nak bernas, tapi apa salahnya cuba.

Jariku menaip perkataan itu. Perkataan keramat yang....

Yang apa eh?... Yang menyakitkan hatiku lah, senang cerita.

#ImranXJannah.

Perkataan itu. Walaupun ianya perit dan menyakitkan namun tetap aku perlu melakukannya. Demi memuaskan hatiku. Siapa sebenarnya perempuan yang bernama Jannah ni... Hebat sangatkah dia...

Bismillahirrahmanirrahim... Aku menekan butang 'search'. Pelik kan caraku? Pelik tak pelik, inilah ideaku yang kurang cerdik. Tak mengapa, sudah dijangka pun tiada hasilnya...

Namun....

Ah, gambar ini...

Gambar yang sama dengan gambar yang Dilla menunjukkan sesuatu. Gambar ini...

Gambar pasangan mempelai yang sedang bersanding di atas pelamin. Pengantin lelakinya ialah....

Ustaz Imran!

Dan isterinya ialah....

Wanita yang aku terjumpa semasa menemani kak Rose cuci keretanya dan di kubur. Jannah namanya. Aku masih ingat! Aku tak sangka, segalanya berlaku begitu cepat. Mereka sudah berkahwin.

Mereka sudah berkahwin.

Aku mesti terima.

Tiada lagi peluang untuk diriku untuk menjadi miliknya. Menjadi cinta hatinya. Menjadi kekasih hati sepenuh masanya. Menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Tiada lagi. Takkan ada lagi.

Tetapi, kalau dia belum kahwin pun, aku tetap takkan boleh berkahwin dengannya kan?... Kerana pertalian darah.

Tetapi itu belum pasti, bukan?....

Ya Allah, bantulah diriku yang lemah ini... Aku tak mampu melihat semua ini. Semua orang sangka perasaan cintaku hanya main-main, tetapi sebenarnya tidak!

*

"Im... Jannah...." Ramli menegur anak dan menantunya lembut. Tinggal sehari lagi masa yang berbaki untuk menantunya tinggal di rumah ini. Selepas ini Jannah akan kembali ke rumah ibunya di Kuala Kangsar.

"Ya abah...." jawab mereka berdua sambil memandang wajah abah mereka. Inilah wajah orang yang membesarkannya sendiri sejak ditinggalkan oleh ibu kandungnya. Dialah ibu, dialah ayah.

"Sebenarnya abah ada sesuatu hendak beritahu...." jujur Ramli. Anaknya yang sedang hamil itu perlu diselamatkan. Anak kandungnya hasil perkahwinannya dengan Sofia. Nur Laura Dania binti Ramli namanya. Berumur 17 tahun dan mempunyai seorang kakak yang berusia 18 tahun yang masih belum dijejaki sehingga kini.

Laura, gadis malang yang dicampak daripada keluarga angkatnya. Bernikah pada usia 15 tahun demi menutup malu. Tetapi siapa sangka, lelaki itu menikah dengannya bukan kerana menutup malu, tetapi hanya kerana untuk memuaskan nafsu sendiri. Segala nafkah dan tanggungjawab tunggang langgang. Semuanya ke laut. Yang cukup hanyalah nafkah batin. Itu sahaja yang diketahui. Huh.

"Laura. Im ingat lagi?" soal Ramli.

"Laura? Anak abah?" soal Imran kembali.

"Iya....."

"Abah dah jumpa dia?"

"Dah... Dia perlukan pertolongan kita...."

"Maksud abah... Pertolongan apa?...."

*

Satu gambar.

Dua gambar.

Tiga gambar.

Empat, lima, enam, tujuh hingga ke sepuluh gambar.

Gambar mereka berdua bersanding di atas pelamin. Lengkap dengan persalinan songket beserta aksesori asas yang menambah lagi seri pengantin. Bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan.

Ah, manisnya... Bersemut aku melihatnya. Aku tak tahan!!!

Aku skrol ke bawah. Gambar di atas pelamin yang sama, yang membezakannya hanyalah pakaiannya. Kali ini pula mereka berdua memakai baju serba putih. Aku pasti, ini ialah gambar nikah.

Nikah. Ya, nikah.

Gambar seterusnya.

Gambar pengantin lelaki sedang menyarungkan cincin kepada isterinya. Aku tak sanggup tengok. Sumpah. Terus aku campak telefon pintarku di atas katil. Nasib baiklah tilamku lembut. Kalau tidak, pasti sudah retak telefon pintar berlogo epal yang dihadiahkan oleh papaku kerana mendapat keputusan PT3 cemerlang dua tahun lepas.

Air mataku gugur jatuh ke bumi. Sungguh aku sakit. Aku tak kuat... Ianya menyakitkan... Saat orang lain sedang bergembira, aku pula menitiskan air mata. Namun, bukan salahmu kak Jannah. Aku yang salah. Aku yang merelakan cinta itu tanpa usul periksa. Semakin lama aku biarkan, semakin menebal perasaan itu. Bermakna semakin sukar untuk aku tinggalkan dan lupakan.

Kerana cinta itu buta. Tidak pernah mengira umur mahupun taraf. Sesiapa pun boleh dijodohkan dengan sesiapa sahaja. Ada juga gadis muda berumur 20 tahun yang sanggup mengahwini dengan lelaki tua berumur 70 tahun. Sudah jodoh, tiada siapa yang boleh pertikaikan. Begitu juga Laura. Siapa sangka ketika usia 15 tahun dirinya diperkosa dan diugut kahwin. Tetapi itulah jodohnya. Aku bersimpati kepada mereka.

Tiada satu pun wanita yang sanggup berkongsi. Tetapi ramai yang mencuba dan terus mencuba untuk reda. Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah. Bermadu itu menyakitkan kecuali jika tiada lagi kasih sayang dan cinta. Bagi mereka bertiga, mungkin tiada lagi erti cemburu sesama sendiri. Mungkin tiada lagi kes terlalu sayang pada laki.

Wanita yang sanggup bermadu itu, pastinya dia seorang yang kuat. Mungkin satu dalam seribu....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience