Bab 34

Family Series 8576

Aku memberanikan diri untuk menoleh. Aku terkejut melihat lelaki itu.

"Awak?"

Lelaki itu adalah Luqman. Entah apalah yang dilakukannya di sini. Aku rasa mungkin dia yang mengekori kami tadi.

"Awak pergi mana jalan seorang diri? Awak tak takut ke sesat? Bangunan hospital ni bukannya kecil, Zureen. Kalau awak hilang, macam mana?..." ujarnya serius. Marah.

Dia marah aku. Dia marah aku.

Aku diam. Tiada apa yang hendak dikatakan. Memang benar, aku sesat. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke hospital ini. Kali pertama semasa melawat kak Jannah yang sedang bersalin.

"Awak tak sayang diri sendiri ke?" soalnya. Eh, siapa dia ni hendak ambil tahu tentang aku. Baru semalam aku mengenali dia dan aku belum kenal dirinya sepenuhnya.

Aku tak mampu bertentang mata dengannya.

"Saya risaukan awak."

Saya risaukan awak. Saya risaukan awak. Saya risaukan awak. Perkataan itu terngiang-ngiang di telingaku.

"Kenapa awak perlu risaukan saya? Awak sebenarnya siapa?" soalku kepadanya. Geram menahan sakit hatiku.

"Tolonglah... Jangan macam ni Zureen..." pintanya. Aku terdiam. Mengapa seharusnya dia mengambil berat tentangku? Perlukah sedangkan dia masih belum mengenali aku. "Jom kita balik......"

Aku memberanikan diri mendongak untuk melihat wajah suci lelaki itu.

"Kalau awak tak sayangkan saya, tolong sayangkan diri sendiri....." ujarnya. Ayat cliche drama waktu maghrib. Aku tak suka dia main-main pasal benda macam ni. Jadi betul-betul baru tahu!

"Kenapa saya perlu sayangkan awak?"

Dia diam. Padam muka. Tiada jawapan lah tu. Aduh, habis drama kami ini disaksikan oleh jururawat-jururawat yang bertugas.

*

Dia bawa aku pulang menaiki keretanya. Malu betul. Kereta mama ada mengapa harus aku menumpang keretanya. Benci betullah mamat ni.

Nasib baik aku hanya duduk di kerusi penumpang belakang. Tak adalah dekat sangat jarak antara kami. Itu pun aku masih marah kepadanya.

Berlagak hero konon. Ala-ala dalam kisah dongeng. Perasantan. Apapun, aku bersyukur kerana aku tidak sesat. Tentang Laura, biarlah dahulu. Esok mungkin kami boleh melawat lagi.

Tiada maknanya dia hendak menjadi prince charming yang menyelamatkan puterinya. Tiada makna dan aku bukan puterinya.

"Awak marah lagi?" soalnya kepadaku. Aku malas hendak menjawab. Aku marah dan geram. "Awak janganlah marah marah, nanti cepat tua tau...."

Aku cuba memekakkan telingaku daripada mendengar gurauan tak kelakar daripada lelaki itu. Dia ingat lawak sangat ke?

"Hmm... Orang perempuan ni suka apa ye... Susahnya nak faham orang perempuan ni... Sikit-sikit merajuk. Macam arwah adik-adik saya." ujarnya.

Arwah? Adik-adik saya? Aku pasti mereka ialah Hanan, Hajar dan Sarah.

"Saya tak pernah ada seorang perempuan dalam hidup saya melainkan ibu saya dan adik-adik saya... Tapi mereka meninggalkan saya dulu sebelum mereka...." luahnya.

Aku mendengar sahaja tanpa memberi respon mahupun membalas apa-apa. Biarkanlah dia ingin meluahkan perasaannya.

"Tiga sekaligus. Siapa yang tak sedih? Saya bersekolah di sekolah pondok yang semua lelaki je.... Tapi Alhamdulillah dapatlah juga menyambung pelajaran ke universiti... Memang saya tak pernah kenal mana-mana perempuan pun dalam hidup saya... Tapi awak... Lain. Awak lain."

Jangan percaya sangat dengan lelaki ini. Penuh dengan janji manis. Luqman dan janji manisnya berpisah tiada. Percayalah...

"Kalau ada peluang... Awak sudi ke jadi suri hati saya?..." soalnya. Ok, soalan macam ni yang aku tak suka. Agak-agaklah kalau nak main-main sekalipun...

Aku memandang tingkap. Sudah pastilah tiada jawapan. Jangan jawab Zureen... Aku yakin dia hanya bergurau.

Tiba-tiba aku perasan aku telah dibawa ke tempat lain. Bukan jalan menuju ke rumahku. Alamak, ke mana dia mahu bawa aku.... Ke mana....

"A... Awak nak ke mana ni... Ni bukan jalan pulang...." soalku cemas. Takut. Aku mengenali lelaki ini baru dua hari. Aku masih belum tahu latar belakangnya sama ada jahat atau baik.

"Ke suatu tempat...." jawabnya mesra.

*

"Im... Mana Luqman dah bawa Zureen pergi?.." soal Khairiah cemas kepada anak keduanya.

"Tak apa mama... Jangan risaulah... Dia okey je tu... Sebenarnya........." Imran membisikkan sesuatu kepada mamanya.

"Oh... Kenapa tak cakap.... Tak apalah kalau macam tu...." balas Khairiah. Lega mendengar penjelasan anaknya.

*

Aku turun dari kereta. Kami berada di sebuah taman tasik.

"Apa yang tercegat lagi tu? Tak nak ke tengok pemandangan indah ni...." katanya sambil memandang wajahku.

"Yelah.... Yelah...." Aku mengikuti jejak langkah Luqman dari belakang. Aku membiarkan ada jarak sedikit antara kami. Malu untuk terlalu dekat.

"Cantik tak tasik tu?" soalnya sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah sebuah tasik yang indah.

"C-cantik..." Balasku acuh tidak acuh.

"Best tak kalau kita naik bot macam tu?" katanya lagi sambil menunjukkan sepasang pasangan suami isteri yang sedang menaiki bot kayuh berdua.

Aku diam lagi. Sudah tentulah seronok tapi bukan dengan lelaki ini. Aku dan dia bukanlah ada hubungan apa-apa...

"Best... Tapi kalau nak naik kita naik bot asing-asing ya...." jawabku.

"Tak mengapalah, kalau bukan hari ini, mungkin satu hari nanti...."

Ada maksud tersiratkah kata-katanya. Lain macam saja bunyinya...

Aku bukan bercinta dengannya. Aku pasti. Aku langsung tidak pernah terjatuh cinta padanya.

"Pernah awak bayangkan, satu hari nanti kita kahwin dan dapat ramai anak?..." soalnya kepadaku.

Dah mula dah topik mengarut dia tu... Ini yang aku tak mahu ini...

"Kenapa awak kata macam tu?" soalku kembali.

"Sebab saya sayang awak... Saya nak halalkan awak...."

Aku terkejut. Tolonglah.... Jangan bergurau... Aku tak pandai membezakan yang mana satu gurauan mahupun kata yang ikhlas daripada hati.

Mungkin kerana kecewa yang berkali-kali yang menyebabkan diriku begini.

"Well, kita baru kenal dua hari... Nak gurau pun agak-agaklah...." balasku.

"Saya tak gurau macam semalam. Saya serius."

*

Uwek! Uwek!

Aiman menangis lagi. Sudah puas kami bertiga memujuknya. Susu botol sudah kami beri namun Aiman tetap menangis lagi.

"Aiman Izzhan sayang..... Ala bucuk-bucuk...." Mama pula cuba memujuk bayi berusia lima bulan itu.

Tiba tiba telefonku berbunyi. Segera aku mengangkat panggilan. Daripada nombor....

Nombor yang pernah aku telefon semasa aku tertinggal dompetku. Luqman. Dia ni lagi. Sudah petang-petang pun mahu call ke....

"Hello... Kenapa awak call?"

"Tak ada apa-apalah....."

"Cepatlah cakap...." tegasku.

"Saja je...." balasnya.

"Betul-betullah kalau tak ada apa nak cakap saya letak..." tegasku lagi.

"Memang tak ada apa-apapun.... Saja je...."

Eh eh eh dia ni.... Tak boleh ke sehari tak main-main? Tak boleh ke sehari aku bebas tanpanya?...

Talian ditamatkan. Menyampah betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience