Bab 4

Family Series 8576

Waktu rehat.

"Wah, hebatnya kau. Bukan senang ustaz tu nak tegur. Ini pulak sampai tanya nama ni. Hebat..." ujar Aulia. Soalan nilah paling aku tak mahu. Mesti ada peluang budak berdua ni nak menyakat aku.

"Hmm, tah tah dia nak jadikan kau calon isteri kot.." teka Dilla. Dilla, siapalah yang tidak kenal dengan mulut lancangnya.

"Calon isteri? Tanya nama je kot. Apa salahnya..." jawabku. Ah, pelik juga.. Kenapa pula dia mahu tanya namaku.. Kenapa tak orang lain yang ditanya.. Malu aku.

"Alalala... Sebenarnya malu, tapi mahu kan?... Macamlah aku tak tahu hati kawan aku ni macam mana..." Aulia dengan Dilla ni sama je. Semua jenis suka perhatikan aku.

"Mana ada..." balasku. Geram sungguh dengan dua rakanku ini. Ada sahaja idea mahu menyakatku.

"Iye lah tu. Aku tahu kau cemburu. Aku perasan kau curi-curi pandang ustaz tu masa dia tengah cakap dengan Aimy. Ingat aku tak nampak ke... Tengok mata kau pun dah nampak kau cemburu.." Eh Aulia ni, macam mana dia boleh perasan pula... Menyibuk betullah. "Mata tak pernah menipu Zureen. Mengaku jelah kalu suka. Kitorang simpan rahsia kau."

"Tak, aku tak pernah ada perasaan kat ustaz tu.." Aku masih mahu menegakkan benang yang basah. Memang terang-terangan hatiku sudah kata suka, sukalah. Eh, terbagitahu pula. Yelah yelah, memang aku mengaku, aku suka. Cinta itu tak pernah mengira umur...

"Eleh, ingat kitorang tak tahu isi hati kau? Dari haritu aku tengok kau muka kau berubah bila Ustaz Imran lalu." Dilla pun tahu. Mengapalah aku masih simpan rahsia ini. Mereka kawan baikku. Merekalah sahabat dunia akhiratku.

"Yelah. Mengaku.." Jawabku tanda mengalah. Mengalah jelah dengan dua orang ni. Kalau tidak, sampai bila-bila pun aku akan dipaksa jujur.

"Oh, yes! Kitorang dah agak dah..." Gembira betul Aulia dan Dilla mendengar penjelasanku. Tak mengapalah. Kali ini aku mengalah.

"Hmm, korang happy lah aku mengaku?" Soalku kepada dua orang sahabatku.

"Happy tu happy lah, tapi langsung tak terkejut sebab kita orang dah lama dah tahu isi hati kau tu."

"Korang, aku rasa kan, kalau aku tengok muka ustaz tu dekat-dekat, aku rasa macam pernah nampak. Tapi kat mana ye...." Ujar Dilla. Kali ini bunyinya kedengaran serius.

"Entahlah. Aku pun rasa macam pernah tengok. Tapi kat mana ye...." Aulia pun bercakap benda yang sama. Sama seperti dua rakanku ini, aku juga rasa seperti pernah lihat ustaz ni.

"Lagi satu, korang perasan tak muka ustaz ni ada iras-iras muka kau Zureen." Kata Aulia sambil menghalakan jari telunjuknya ke arahku.

"Eh, kau merepek apa ni Aulia? Tak sama pun... Kan dalam dunia ni ada tujuh orang yang sama muka dengan kita..." Balasku. Kalau ikutkan, ada benarnya kata Aulia. Sama tu takdelah sama sangat tapi macam ada iras-iras.

"Oh ya lah, betul juga.. Boleh ke kahwin dengan orang yang sama muka ni?" tanya Dilla.

"Bolehla.. Bukan ada kaitan keluarga pun. Yang tak boleh, kalau kau ada kaitan keluarga dengan ustaz tu." jawab Aulia. Dah mula dah, topik pasal kahwin-kahwin ni.. Tadi elok je berhenti...

"Ooo, macam tu..."

*

3.00 petang. Waktu pulang.

Tamat sudah pelajaran hari ini. Masa untuk pulang ke rumah bagi merehatkan diri. Macam biasa, kami tidak terus pulang. Lepak dulu kat gazebo yang terletak di taman sekolah. Kami akan menyiapkan dahulu segala kerja sekolah sebelum pulang ke rumah. Jika sudah siap kerja sekolah, kami akan isikan masa lapang kami dengan mengulangkaji pelajaran.

"Harini aku tak boleh lama-lama lah dekat sini. Hari ini mama aku yang akan ambil aku. Mama kata pukul 3.30 dia sampai. Jadi aku boleh setengah jam je dekat sini." kataku kepada Aulia dan Dilla.

"Ooo, tak apalah. Kalau kau nak balik, kami pun nak balik jugalah. Tak best la kalau buat kerja sekolah tak ada kau. Tak boleh nak menyakat." Balas Aulia dan Dilla.

"Lagi 10 minit je pun. Dah la, jom tunggu dekat bus stop tu. Bukan sempat belajar pun kalau 10 minit je tinggal." Kami berpegangan tangan menuju ke perhentian bas yang biasa kami menunggu bas. Biarlah orang pandang sinis pun. This is friendship only, not more than that.

"Zureen, tu kan kereta mama kau." Aulia menunjukkan jarinya ke arah sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam. Aku kenal sangat kereta tu. Kereta mama.

"Ok bye, sahabat-sahabatku. Jumpa esok. Tapi kalau nak datang rumah buat study group pun boleh je." kataku lalu meninggalkan mereka berdua.

Aku masuk ke dalam kereta. Tak sabar nak cerita tentang hari ini kepada mamaku. Walaupun dah besar gajah, perangai tetap macam budak darjah satu! Hihihi.

"Mama..." Mamaku masih melihat ke luar tingkap. Aku berasa pelik. Kenapa pula ni?

Kebetulan pula, Ustaz Imran sedang lalu di situ...

"Im.. Im.. Imran.. Betul ke tu Imran..." Eh, macam mana mama boleh tahu pula ni nama ustaz tu Imran.. Tapi yang peliknya, mama macam hendak menangis.

"Macam mana mama tahu nama ustaz praktikal tu?" Pelik betullah. Tadi di sekolah, Ustaz Imran ada cakap wajahku ada iras-iras mamanya, mama pula jadi pelik bila nampak Ustaz Imran. Apa sebenarnya yang dah berlaku ni? Aku sendiri tak faham.

"Ooo, ustaz praktikal ke... Tapi, dia tu macam....." Kata-kata mama terhenti di situ. Perasaan curigaku semakin membuak-buak naik. Aku rasa dua orang ini kenal sesama sendiri. Mungkin pernah jumpa kut.

"Macam apa mama?" tanyaku. Hari ini sungguh pelik. Aku tak faham dengan semua yang terjadi. Adakah hanya kebetulan? Atau ada rahsia yang tersimpan disebalik semua ini...

"Macam.... Mama kenal." jawab mama. Aku tak rasa itu ialah jawapan sebenar. Kalau betul, kenapa pula mama macam hendak menangis? Kalau setakat kenal, takkan sampai begitu sekali. Atau kerana, sudah lama tak berjumpa?

"Ooo... Tadi kan, ustaz tu ada tanya nama adik tau. Siap tanya nama penuh adik lagi tau. Dia kata... 'Hmm, ye lah, kamulah orangnya!' Lepas tu dia kata lagi, 'Kamulah a....' Sampai situ je. Pelik kan?" Ceritaku pada mama.

"Imran, kau ingat lagi ya......" Air mata mama menitis. Eh, kenapa menangis pula ni?... Apa sebenarnya yang dah jadi ni? Kenapa tiba-tiba nak menangis pula ni?....

"Mama, kenapa mama menangis?..." Tanyaku lembut.

"Imran......." Hanya sepatah perkataan yang dijawab oleh mama.

Aku hendak tahu juga. Apakah ada rahsia yang tersimpan di sebalik semua ni....

*

"Abah, Imran rasa Imran dah jumpa siapa yang abah nak cari." ujar Imran kepada ayahnya. "Tapi jumpa tiga sekaligus."

"Biar betul? Tak mungkinlah. Diorang dah lari jauh daripada kita. Takkan diorang ada dekat-dekat sini je..." Lelaki tua berumur 50-an bernama Ramli itu kehairanan. Tetapi jauh disudut hatinya begitu bersyukur jika benar apa yang dikatakan oleh anaknya.

"Iya abah. Jumpa tiga sekaligus. Tapi satu jelah yang Im sempat tegur. Yang lagi dua, Im tak sempat tegur. Tapi tu baru tiga. Berpuluh-puluh lagi kita nak cari abah..." ujar Imran lagi.

"Im jumpa siapa?" Lelaki tua itu sudah tersenyum. Berharap agar orang yang dimaksudkan oleh anaknya itu ialah bekas isterinya. Biarpun sudah bergelar 'suami orang lain' hampir 20 tahun, tetapi apa yang dia mahu ialah berjumpa dengannya agar dapat menemukan kembali keluarga yang telah hilang sejak 12 tahun lalu ini.

"Im jumpa Zureen, anak makngah yang Im tak ingat nama tu dengan lagi seorang, anak abah dengan umi Sofia tu." jawab Imran.

"Zureen? Mak dia jumpa tak? Anak makngah yang mana? Durra ke? Anak abah dengan umi Sofia yang mana satu, Laura ke Aulia?" Bertubi-tubi soalan ditanya kepada anaknya, Imran.

"Ermm, banyaknya soalan abah. Im jawab dari mulalah. Okey, yang pertama, memang Zureen. Zureen Maisara binti Alias. Takkan abah tak ingat. Yang kedua, mak dia Im tak jumpa, tapi rasa macam TERnampak." Sengaja ditekan perkataan 'ter' bagi memahamkan orang tua yang berada di hadapannya itu. Imran menarik nafas sebelum menyambung semula bicaranya. "Tapi abah jangan lupa, mak dia, mak Imran juga tau. Soalan ketiga, anak makngah yang mana, Im tak pasti. Durra tu kakak kan, sebab seingat Im, Durra tu kan sebaya dengan arwah kak Syifa... Jadi, mungkin adik dia kut. Im tak ingat nama dia apa. Soaln seterusnya, anak abah dengan umi Sofia tu, Aulia rasanya. Sebab muka dia ikut abah. Laura kan muka dia ikut Umi Sofia..."

"Maaflah. Panjang pulak soalan abah. Tak pasal-pasal anak abah ni kena jawab panjang-panjang." Ramli ketawa kecil. Kesian pula dengan anaknya yang terpaksa menjawab soalannya yang bertubi-tubi itu.

"Tak apalah, cuma Im nak cakap, Im rasa Im ada ternampak mama. Tak tak pasti lah betul ke tak sebab Im nampak dari jauh je."

"Ye ke? Abah rindu mama Im. Im tak rindu ke?" tanya Ramli.

"Mestilah rindu. Sejak kejadian tu, mama langsung tak jumpa kita dah. Walaupun mama dah kahwin lain, Im ni tetap anak kandung mama tau."

"Im..... Im kata Im nak lupakan kejadian tu... Kenapa cakap pasal tu lagi. 12 tahun dah berlalu dah pun.... Kak Syifa pun dah tak ada." Kata Ramli sambil tertunduk ke lantai. Mengingatkan kembali kisah 12 tahun lalu yang membuatkannya trauma sehingga kini.

"Im tak boleh lupakan. Im trauma. Ramai ahli keluarga kita yang pergi sebab kejadian tu. Yang masih hidup pun, semua dah berpecah belah. Ni baru jumpa tiga. Banyak lagi yang nak kena cari. Im rindu kak Syifa. Im rindu mama. Kalaulah semua ini tak berlaku..."

"Im, ni kan qada' dan qadar Allah. Im kena redha setiap apa pun yang berlaku. Im kena yakin, setiap apa yang berlaku ini ada hikmahnya... Kemalangan itu kan tak disengajakan. Tiada siapa pun yang merancang semua ini." ujar Ramli. Dia tahu, bukan mudah untuk melupakan kenangan lalu yang meragut nyawa ramai ahli keluarganya meskipun sudah 12 tahun berlalu.

"Tahu... Tapi...... Im rindu sangat kat mama. Im yakin mama hidup lagi. Kenapa mama tak nak cari Im? Kalau mama tak nak jumpa abah sekalipun, carilah Im. Im nak sangat berbakti kepada mak sendiri..." Air mata jantan Imran menitis. Siapalah yang tak sedih jika terpaksa berpisah dengan ibu kandung sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience