Bab 31

Family Series 8576

Luqman memandu keretanya ke tempat yang ingin dituju. Sebuah kafe pencuci mulut menjadi pilihannya memandangkan Zureen tidak kisah. Lagipun bukan sahaja dirinya mahu memulangkan dompet miliknya tetapi ada sesuatu yang lebih berat untuk dibincangkan.

Dirinya melangkah ke dalam kafe tersebut. Kelihatan Zureen sudah menunggunya di dalam. Segera dirinya mengambil tempat di hadapan wanita itu.

"Waiter." Luqman memanggil pelayan untuk memesan sesuatu. Lalu pelayan datang ke meja mereka berdua. "Brownies with ice cream vanila dua, chicken pie dua, chocolate ice blended dua."

"Eh, saya tak nak..." tolak Zureen.

"Tak apa... Saya belanja. Kita bukan sekejap di sini. Banyak benda saya nak tanya dengan awak." balas Luqman.

"Banyak benda? Benda apa tu?..."

*

"Banyak benda? Benda apa tu?..." soalku. Apa sebenarnya yang lelaki di hadapanku maksudkan?....

"Tentang keluarga kita." balasnya ringkas.

Keluarga kita? What? Dia nak kahwin dengan aku ke? Kau jangan main-main Luqman, aku takut ni...

Eh tak, tak mungkin... Jangan fikir yang mengarut....

"Maksud awak?..." soalku penuh tanda tanya.

"Awak adik Imran? Betul?" Soalan itu ditanya lagi.

Aku hanya mengangguk. Kalau ikutkan aku mahu cepat-cepat pulang. Takut juga dengan lelaki ini. Takut juga jika dia berniat jahat kepadaku. Sudahlah aku seorang diri pula...

"Boleh bawa saya jumpa dengannya?" pinta Luqman. Siapa lelaki misteri ini sebenarnya? Dan siapa Imran baginya? Kawan lamanya?

"Siapa awak ni?" soalku kepadanya. Aku betul-betul perlu tahu.

"Saya adalah sepupu Imran. Anak paksu. Awak pernah tengok gambar ni?" Ujarnya sambil menunjukkan sekeping gambar kepadaku.

Gambar ini. Kejap, berapa banyak salinan yang ada? Mama ada, Dilla ada, Imran ada dan lelaki misteri ini juga ada?... Gambar keluarga berlatar belakangkan sebuah bas. Gambar terakhir yang sempat dirakam sebelum kemalangan itu berlaku. Kata mamalah.

Aku mengangguk lalu mengeluarkan sebuah album lusuh dari beg sandang kecil yang aku bawa. Album ini. Yang pernah menjadi punca tiga sahabat tidak bersua muka lagi. Yang menyebabkan diriku tertanya-tanya dan kini aku telah tahu segala jawapannya.

Namun, tidak pernah mama atau Imran menceritakan tentang kanak-kanak lelaki yang kelihatan hampir sebaya dengannya ini.

Aku mencari gambar yang serupa dengan gambar yang ditunjukkan oleh Luqman. Pelik kan, bagaimana pula aku boleh terbawa album ini. Entahlah. Tiba-tiba sahaja tergerak hati untuk bawa.

"Ini saya." ujar Luqman sambil menunjukkan dirinya yang berdiri bersebelahan Durra, kakak kandung Dilla. Aku merenung wajah Luqman.

"A... Awak... Luqman?...."

"Yes, I am..."

"Awak kenal kami?"

Luqman mengangguk.

"Please... Bawa saya jumpa Imran dan mama awak."

"But why?..."

"Saya dah cakap kan, saya sepupu dia... 14 tahun kami tak jumpa... Please... Ke awak nak saya kahwin dengan awak baru awak boleh bawa saya jumpa dia......" rayunya.

Benci betullah main gurau sensitif ni... Bukannya kelakar pun. Ingat kahwin ni main kahwin-kahwin ke?...

"Jangan main-main boleh tak.... Saya tengah serius awak sempat lagi main-main...." balasku.

"No, I'm serious. Saya rela kahwin dengan awak asalkan saya dapat jumpa Imran...." rayu lelaki itu lagi.

"Okey, saya bawakan awak jumpa dengan dia... Tapi, dengan satu syarat. Please... Jangan bergurau sensitif okey...." pintaku. Kasihan pula aku melihatnya. Merayu bagaikan separuh mati.

"Okey... Terima kasih... Kalau ada sejadah dah lama saya sujud syukur...." balas Luqman.

Kami terus keluar dari kafe lalu memandu kereta masing-masing. Luqman hanya mengikuti aku dari belakang.

Akhirnya, sampai juga ke destinasi yang hendak dituju. Kampung halamanku.

Belum sempat aku keluar dari kereta, Luqman yang keluar dulu seolah-olah sudah biasa dengan tempat ini. Luqman terus berlari anak ke pintu rumahku serta abah dan mama.

Aku lekas keluar dari kereta lalu pergi ke arah lelaki itu.

"Siapa yang duduk di rumah ini sekarang? Saya sangka rumah ini sudah tidak berpenghuni...." soalnya kepadaku.

"Saya, mama dan abah." jawabku ringkas.

"Where's Imran? Awak tipu saya! Saya kahwin dengan awak baru tahu!" ujarnya dalam nada bergurau.

"Ehem ehem... Awak janji apa tadi?..." soalku sinis.

"Okey... Jujurlah pada saya.... Di mana Imran?"

"Di sana." kataku sambil menuding jari ke arah sebiji rumah yang agak moden berbanding rumah ini.

"Dia buat apa dekat rumah Jannah?" soal Luqman lagi. Banyak tanya betullah mamat ni...

"Eh, awak kenal Jannah?"

"Kenallah, rumah yang awak duduk sekarang ni, rumah kami dulu tau." balasnya.

"Buat pengetahuan awak, kalau awak belum tahulah..." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Luqman memotong kata-kataku dulu.

"Apa? Cakaplah......." rayunya sambil membuat wajah paling comel. Terlalu comel... Cair hatiku.

"Awak ni boleh sabar tak? Saya tengah cakap ni......" Geram pula aku. Nahas aku jika ditakdirkan jodohku dengannya. Banyak mulut sungguh!

"Okey... Cakaplah... Abang dah tak sabar ni...." balas Luqman. Aku tidak pasti sama ada sengaja atau tidak dia membahasakan dirinya sebagai abang, namun yang aku yakin lagi pasti geli tekak aku dibuatnya.

Aku merenungnya. Tajam.

"Saya tak sengaja. Sorrylah. Tapi okey jugak. Saya still single tau...."

Tengok, dia main-main lagi. Dia punya janji tu tak boleh pakai langsung!

"Okey... Jangan marah... Nanti cepat tua....."

Krik krik krik. Sunyi. Tiada jawapan. Wajahku yang ceria bertukar merah padam.

"Apa yang awak nak cakap tadi.... Cakaplah...." rayu Luqman.

"Buat pengetahuan awak, Imran dah kahwin dengan Jannah. Diorang baru je dapat anak tujuh hari lepas." ujarku.

Mata Luqman membulat mendengar kataku. Mungkin kerana terkejut.

"Imran kahwin dengan Jannah? Dah dapat anak? Sejak bila?" soalnya ingin tahu. Sudah aku duga akan mendapat soalan begini daripada Luqman. Dan jawapannya pula, sudah tersedia di dalam benakku.

"Sejak setahun lepas."

"What? Asal tak jemput aku... Sampai hati kau Imran...." kata Luqman kepada dirinya sendiri.

"Nak jumpa dia ke? Dia ada dekat rumah kak Jannah." ujarku.

Tanpa mengucapkan terima kasih atau apa-apa, Luqman terus berlari ke rumah jiranku kak Jannah untuk berjumpa sepupu dunia akhiratnya itu.

*

Sedang itu Imran pula sedang duduk di gazebo rumah mentuanya itu. Seorang lelaki berlari ke arahnya. Cuba diamati wajah lelaki itu. Seperti dikenali.

'Tak mungkin itu Luqman....' kata Imran di dalam hati bagi menenangkan dirinya. Semakin lama semakin tebal perasaan rindu itu sehinggakan orang yang sedang berlari juga disangka sepupu kesayangannya.

Tiba-tiba lelaki itu terus memeluk dirinya. Terkejut Imran dibuatnya. Siapa lelaki ini? Gila ke tiba-tiba sahaja mahu peluk?

"Siapa kau ni?" soal Imran kepada lelaki yang memeluknya dengan kuat sekali. Lemas dibuatnya. Ini bukan pelukan erat isteri tercinta tetapi pelukan kuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Imran, kau lupa?...."

Suara itu begitu dikenalinya. Namun berkali-kali cuba menenangkan hati sendiri agar tidak meletak harapan. Takut kecewa. Kebarangkalian untuk kecewa itu lebih tinggi. Tak mungkin seseorang yang telah lama meninggalkan dirinya akan muncul kembali.

Secara tiba-tiba pula tu. Tak mungkin. Jangan kerana rindu itu menyebabkan dirinya berfikir sesuatu yang mustahil akan berlaku.

Tetapi di dunia ini tiada yang mustahil, Imran... Kecuali manusia yang sempurna.

"Luqman... Are you.... Siapa pun awak, tolong lepaskan saya..." Imran meronta ingin dilepaskan. Masih tidak dapt dilihat wajah sebenar pemilik suara itu.

"Ingat pun... Ingat kau lupa...." Perlahan-lahan Luqman melepaskan pelukannya. Ditatapi wajah sang sepupu yang sudah lama tidak dilihat. 13 tahun. Masuk tahun ini, sudah 14 tahun. Satu tempoh yang cukup lama. Bukan mudah untuk melaluinya.

"Luqman?"

"Imran, aku..."

"Aku rindu kau Luqman.... Mana kau pergi.... Kenapa kau tinggalkan aku.... Aku dah jadi anak tunggal tahu tak lepas kak Syifa meninggal....." luah Imran kepada sepupunya itu. Kalau ikutkan, segalanya mahu diluahkan. Kalau begini, sampai lusa pun belum tentu habis.

"Aku pun sama... Lepas tiga adik aku pergi, aku jadi anak tunggal juga... Hanan, Hajar dan Sarah dah tak ada...." luah Luqman.

"Kita senasib..........." Air mata mereka berdua menitis. 14 tahun hilang di mata. Namun hati, tidak pernah sekali.

Kaulah sahabat, kaulah sepupu. Tidak kiralah berapa lama pun dikau hilang, hati ini tetap masih setia bersama. Merindukan saat-saat indah yang pernah mereka alami dulu.

"Im... Boleh tak aku nak beritahu sesuatu...."

"Apa? Cakaplah."

"Aku kan... Sebenarnya........."

***Sedikit nota dari author***

Ralat untuk bab 30 : 14 tahun bukan 12 tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience