Bab 6

Family Series 8576

"Cuti ni abah ingat nak ajak Im balik kampung Kuala Kangsar. Dah lama kita tak balik. Abah nak Im tenangkan fikiran dulu. Kalau suasana kampung yang indah pasti boleh membuatkan Im tenang kan?" Ajak Ramli kepada anaknya. Ayah manalah yang tak sayang anak. Pastinya risau melihat keadaan anak yang runsing dan tertekan sepanjang hari ini. Kalau dibiarkan lama, nanti boleh kemurungan dibuatnya. Yelah, pelan yang dirancang asyik tak menjadi je...

"Kuala Kangsar? Rindunya... Sanalah satu-satunya tempat yang banyak kenangan Im dengan mama." Imran begitu gembira dengan ajakan ayahnya itu.

"Baguslah. Tenangkan diri dulu. Abah nak Im lupakan dulu masalah-masalah tu. Kesian anak abah tahu tak.."

"Okey. Tapi Im kecewa lah. Pelan asyik tak menjadi je. Dah berhari-hari dah Im cuba tapi tak jadi jugak. Diorang bertiga tu sangka Im tengah pilih calon isteri pulak. Tapi kan, Im sorang je ke yang kenal diorang? Diorang memang langsung tak kenal Im ke?"

"Aduhai. Kelakar juga. Macam manalah nak kahwin... Kalau dengan adik Durra tu bolehla. Im pasti ke tu betul-betul diorang? Nanti salah orang macam mana? Bukan kali pertama dah Im salah orang." tanya Ramli sambil ketawa kecil.

"Pasti abah... Im ingat lagi lah diorang. Kali ni tak salah. Keluarga kita...." kata Imran bagi meyakinkan abahnya. Tahulah dulu sudah pernah banyak kali tersilap orang, tetapi kali ini dia yakin tak silap.

"Betul?" Soal Ramli kepada anaknya.

"Betullah. Tapi sampai sekarang Im tak dapat tegur lagi diorang. Mungkin kena cuba satu lagi cara kot. Kena mintak nak relief kelas 5 Firdaus tu." ujar Imran.

"Suka hatilah. Kalau Im rasa cara tu akan berkesan. Abah pun kalau ikutkan nak jumpa diorang jugak. Siapalah yang tak rindu dengan anak sendiri... Lagi-lagi Aulia. Kalau abah dah takde kamu boleh jadi wali dia tau."

"Wali? Kenapa pulak? Bukannya adik beradik kandung pun." Soal Imran. Oh, ya lah. Kalau ikut turutan wali, nombor keempat ialah adik beradik lelaki sebapa kan... Macam manalah itu pun boleh lupa... Banyak makan semut agaknya.

"La, tak ingat ke turutan wali nikah?" soal Ramli kehairanan. Takkan anaknya yang bijak pandai ini boleh lupa pula...

"Ingat, ingat, ingat. Yang pertama, bapa kandung. Yang kedua, datuk sebelah bapa. Yang ketiga, adik beradik lelaki seibu sebapa. Yang keempat, adik beradik lelaki sebapa. Yang ke atas Im dah tak ingat." jawab Imran sambil tersenyum.

"Ha, ingat pun. Baguslah tu. Abah sebenarnya rindu dekat Aulia. Lagilah rindu kat Umi Sofia." Kata Ramli kepada anaknya Imran.

"Im lagilah rindu dekat mama Im. Lebih tepat, mama kandung Im. Im sikit pun tak sedih bila abah kahwin dengan Umi Sofia sebab umi layan Im dengan baik. Tapi takkan ibu kandung Im tak sayang Im langsung kan?..." Itulah rintihan hati dua beranak ini. Rindu pada seseorang yang telah lama pergi kerana kemalangan bas yang tak disengajakan 12 tahun lalu.

*

"Abang, baru balik dari surau ke?" tanya mama sambil menjemput masuk suaminya iaitu papaku ke dalam rumah.

"Iya lah. Sayang, tadi kan kat surau ada ustaz baru jadi imam. Nama dia Imran. Muda... 22 tahun. Suara dia sedap tau. Kalau jadi menantu kita cun kan? Jadilah laki Zehra ke, laki Zureen ke, kan bagus..." Kata papa sambil sambil tersenyum.

Mulut mama terlopong. Biasalah, asal sebut nama 'Imran' je akan jadi macam tu. 'Imran' yang bukan Ustaz Imran pun sama. Jakun sangat. "Im... Imran... Jadi imam kat sini??..."

"Ye lah. Dia duduk sini je. Rasanya blok F kut. Abah rasa nak jodohkan dia dengan Zehra lah. Kalau Zureen tahun depan baru boleh. Lambat sangat tu. Nanti kena kebas orang." Aku yang mencuri-curi dengar perbualan mereka rasa tercabar. Apasal kak Zehra? Aku yang nak weyyy...... Aku takkan biarkan kakakku sendiri yang merampas cinta hatiku. Lagipun kak Zehra dah ada teman lelaki kan?... Tetapi, nampaknya betullah berita yang disampaikan oleh Dilla itu. Sah!

Mama yang mendengar menggeleng laju. Eh, kenapa pula ni? Tak setuju ke?

"Eh, takkan kakak kot papa? Kakak kan ada boyfriend pa... Lagipun kakak muda lagi. Baru 18 tahun. Takkan nak kahwin pulak?" Kak Zehra tidak setuju dengan kata-kata papa. Bagus kak. Good sister. Dia milik aku! Bukan kakakku. Aku tak mahu dia jadi abang iparku, tetapi 'abang' suami. Ahh, sweet gitewww..

"Boyfriend kakak tu bukan serius pun. Tak pernah pun mengajak ke arah hubungan yang lebih jauh. Silap-silap esok hari kamu bunting pulak. Macam mana? Siapa nak tanggung malu? Papa dengan mama juga. Kalau kamu kahwin dengan Imran, kamu nak bunting pun suka hatilah. Dah halal kan. Nanti bagi papa dan mama timang cucu. Lagi satu, baguslah kahwin muda. Nanti esok dah 50 tahun dah boleh jadi nenek. Kalau dah umur 30 tahun baru nak kahwin, esok dah 50 tahun kena jaga anak lagi macam kami." Wah, panjang lebar ucapan papa. Bunting? Mengandungkan anak Imran? Cannot fikir this!!!! This is NO!!!!!!!! Aku cemburu ke tak? Eh, sudah tentulah cemburu! Aku yang sepatutnya mengandungkan anak dia! Eh, eh, eh.. Ingat, aku bawah 18 tahun lagi ye.... Jangan pikir benda bukan-bukan.

"Tak nak.. Bagilah kat adik tu." balas kak Zehra.

"Okeylah, papa bagi kat adik lah. Tahun depan. Kamu tu jangan menyesal. Adik pun satu, tak payah nak 'angau' sangat. Fokus pada SPM dulu." Oh, yes!!!! Abah dah beri lampu hijau! Good dad...

Tetapi yang peliknya adalah mama. Mama seperti memberikan isyarat mata tetapi aku tidak faham maksudnya. Aku semakin curiga. Kenapa dengan mama ni? Lain macam.

*

"Abah, ada beg lagi ke?" tanya Imran kepada abahnya. Mereka berdua sudah bersedia untuk pulang ke kampung. Berharap dengan perjalanan 2 hari 1 malam ini dapat menenangkan diri sendiri yang gundah gulana.

"Takde. Dah, jomlah bertolak. Baca doa naik kenderaan dulu." kata Ramli sambil masuk ke dalam kereta Proton Persona berwarna gangsa itu. Memang begitulah gaya hidup Imran dan Ramli, dididik dengan agama sejak kecil supaya tidak liat mengamalkannya apabila sudah besar.

"Bismillahirrahim....." Mereka berdua membaca doa menaiki kenderaan lalu bertolak ke tempat yang ingin dituju...

Setelah beberapa jam perjalanan...

"Alhamdulillah. Sampai pun." Imran memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah kayu di hadapan dan batu di bahagian dapur. Nampak sudah lama ditinggalkan, tetapi dijaga dengan baik oleh Mak Cik Asmah jiran sebelah.

"Jom minta kunci dekat mak cik Asmah." ajak Ramli. Mereka berdua turun dari kereta lalu bertandang ke rumah jiran mereka iaitu mak cik Asmah dan pak cik Husin di sebelah rumah. Merekalah yang menyimpan kunci rumah usang itu.

"Assalamualaikum..." Ramli dan Imran memberi salam. Mak Cik Asmah yang sedang mengutip buah rambutan di halaman rumah menjawab salam mereka berdua.

"Waalaikumussalam. Siapa tu?" Apabila mak cik Asmah menoleh ke belakang, terkejut dibuatnya wanita separuh usia itu. Orang yang sangat dikenalinya!

"Ni kami, Imran dengan abah. Mak Cik ingat lagi tak?" Suara itu amat dikenali oleh mak cik Asmah. Anak jirannya, Imran. Sudah lama dia tidak bertemu dengan anak muda itu.

"Ingatlah... Imran... Kenapa lama tak balik sini? Seronok sangat ke merantau kat Kuala Lumpur tu sampai dah tak ingat nak balik?" Soal mak cik Asmah. Mak cik Asmah sudah menganggap Imran sebagai anak sendiri kerana dari dulu teringinkan anak lelaki namun dia tidak boleh mengandung lagi selepas melahirkan anak perempuan tunggalnya.

"Hihi. Maaflah makcik..." jawab Imran.

"Abang, ambilkan air. Ada tetamu ni..." jerit makcik Asmah kepada suaminya yang berada di luar rumah. "Ha, dah alang-alang ni, mai la minum dulu..." pelawa makcik Asmah.

"Eh, tak apalah makcik. Buat susah-susah je." Imran menolak pelawaan wanita separuh usia itu. Tetapi demi menjaga hati, diturutkan jua permintaan makcik Asmah.

"Nah." Pakcik Husin datang dengan membawa sejag air oren sejuk dan beberapa buah gelas lalu meletakkannya di gazebo rumah itu. Rumah itu kelihatan moden berbanding rumah usang arwah Pak Rahmat.

"Minumlah. Jangan segan segan, anak Khairiah, anak makcik juga..." Wajah Imran berubah apabila disebut nama 'Khairiah'. Makcik Asmah yang melihat perubahan wajah Imran rasa bersalah. Bukannya dia tidak tahu tentang apa yang berlaku pada jirannya itu.
"Maafkan makcik..."

"Tak apalah..." Jawab Imran sambil tersenyum. Disebalik senyuman manis Imran, siapalah yang tahu isi hatinya yang sebenar.... Hanya Allah yang tahu perasaan rindu anak kepada ibu itu macam mana.

Seorang gadis tidak bertudung keluar dari pintu rumah makcik Asmah. Keempat-empat pasang mata memandang ke arahnya. Gadis itu terkejut dipandsng begitu. Alamak, ada tetamu. Terbuka auratku...

"Jannah! Berapa kali ibu nak pesan, kalau keluar rumah pakai tudung!" Kesian. Kena 'sound' dengan mak sendiri.

Jannah terus masuk ke dalam rumah lalu mengambil selendang yang boleh dililit menjadi tudung. Ada sepasang mata masih memerhatikannya. Dia kenal lelaki itu. Imran kan? Muhammad Imran bin Ramli. Jirannya yang sudah lama meninggalkan kampung ini.

"Ha, Imran. Kenapa tu? Dah berkenan ke?" soal makcik Asmah apabila melihat Imran asyik memandang anak daranya itu. Kalau berkenan pun, bagus juga. Lelaki seperti Imran ini layak dibuat menantu. Ramli pula, bagus juga kalau jadi besannya.

"Eh, takdelah makcik." Imran mengalih pandangannya. Tak pasal-pasal dapat dosa melihat aurat gadis itu. Rambutnya yang panjang mengurai itu sungguh membuatkan dirinya terpikat pada gadis itu. Seingatnya, namanya Jannah kan?

"Kalau berkenan, jangan segan-segan nak masuk meminang. Makcik rasa Imran okey kalu jadi suami si Jannah tu." ujar makcik Asmah.

Lega. Sudah diberi lampu hijau oleh bakal mertuanya. Gadis itu sungguh menawan. Tu baru rambut. Kalau bahagian lain, mesti cantik kan... Eh, gatal! Kahwin pun belum! Kalaulah Zureen dapat tahu ni, pasti dia kecewa. Aih, nak kecewa pun pasai apa? Bukannya boleh kahwin pun.

Jannah yang berada di dalam rumah mencuri-curi dengar perbualan mereka. 'Lelaki itu nak jadi suami aku? Jangan harap.' bisik hati Jannah sendiri.

"Okeylah, kami pergi dulu tau." Imran dan Ramli meminta diri untuk beredar dari situ.

"Ha, nah kuncinya. Kalau takde kunci, datang ke sini baliklah kamu berdua ni." kata makcik Asmah sambil menghulurkan kunci rumah kepada mereka berdua.

Imran mengambil kunci yang dihulurkan makcik Asmah. Kunci ini sudah selalu bertukar tangan dan pernah berada di tangan mamanya juga. Ada satu sentuhan keibuan di situ. Imran menggenggam kunci kecil itu.

"Im, marilah duduk di tangga ni dulu." Ramli mengajak anaknya duduk dahulu di tangga untuk menikmati keindahan suasana kampung.

Imran duduk di tangga itu seperti yang disuruh oleh abahnya. Teringat kembali memori lama berbelas-belas tahun lalu. Pada malam hari raya Aidilfitri. Pelita sudah siap terpasang di sekeliling rumah. Suara kanak-kanak riuh rendah. Sanak saudara saling berkumpul. Betapa gembiranya masa itu. Andailah waktu dapat diundurkan kembali......

***from Ardeena Safiyya***
Sengaja Deena buat cerita suasana kampung ni. Deena sendiri pun rindu nak balik kampung hihi sebab sejak kecil memang raya kat kampung je.. Tahun ni first time raya di bandar (T_T)...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience