Bab 30

Family Series 8576

Hari ketujuh kelahiran Muhammad Fahmi.

Muhammad Fahmi. Nama yang diberi sendiri oleh Imran. Kak Jannah pula sedang menjalani tempoh pantangnya bersama ibunya.

"Zureen." Ada seseorang memanggilku dari belakang. Aku menoleh.

"Laura?" Oh, Laura rupanya... Adik sebapa Imran. Anak abah dengan arwah isterinya. Kalau ikutkan memang tiada kaitan langsung denganku. Tetapi aku sendiri sudah menganggapnya sebagai adik. Kelihatan Laura mengendong seorang bayi lelaki. Anaknya. Anaknya dengan arwah Afiq.

"Izinkan Laura jumpa dengan abah...." pintanya lembut.

"Jumpalah. Tiada siapa pun yang halang...." balasku mesra.

Wajah Laura sembap seperti baru menangis. Aku tidak pasti mengapa.

Kasih Laura.

Tetapi, wajah Laura ni... Macam Aulia. Serupa. Entahlah. Diorang berdua ni macam adik beradik. Muka sama, perangai pun sama.

*

Restoran makanan segera.

Apa salahnya jika sekali sekala ingin aku makan fast food kan.... Ramai pula pelanggan hari ini. Sesak betul. Mesti kena beratur panjang.

Setelah membeli makanan, aku mengambil dulang yang berisi ayam goreng pedas kegilaan ramai serta minuman anggur berkarbonat yang baru aku membelinya sebentar tadi.

Sekali sekala tak mengapa kan...

Alah, tiada tempat duduk pulak... Asal lah hari yang aku pergi barulah ramai orang nak datang....

Mataku melilau-lilau mencari jika masih ada tempat yang kosong. Namun tiada satu pun tempat yang kosong.

Aha! Ada pun.

Ada pun tempat kosong yang aku cari. Meja yang kecil sahaja untuk berdua cukuplah untuk aku yang berseorangan. Agak bersepah mungkin kerana orang sebelumnya baru sahaja pergi dan pekerja restoran belum sempat mengemaskannya. Pedulikanlah. Yang penting ada tempat daripada bawa pulang, sejuk pula ayam ini.

Aku duduk di atas kerusi bar di tempat yang aku jumpa. Di sudut hujung restoran. Walaupun hujung, masih ramai juga orang yang berebut tempat duduk.

Tiba-tiba...

"Siapa awak ni?" seorang lelaki menegurku yang sedang menikmati hidanganku. Terkejut aku dibuatnya.

"Eh, kenapa?"soalku kembali. Peliklah. Tiba-tiba sahaja bertanya siapa aku. Tak mahulah aku jawab. Silap-silap orang jahat ke...

Tulah Zureen. Keluar lagi seorang diri.

Kalau ikutkan, aku mahu ajak siapa? Dilla dengan Aulia mana ada disini... Kak Jannah sedang berpantang. Imran? Hish, dia mestilah perlu jaga baby dia tu... Lagipun, tak manis jika aku keluar dengannya berdua..

"Ni tempat saya. Awak ni siapa?" soal lelaki itu lagi. Eh, senang-senang pula dia kata ini tempat dia.. Tak ada pun tulis 'reserved' apatah lagi nama.

"Siapa awak ni? Orang VVIP ke? Kenapa awak kata ini tempat awak?" soalku beranikan diri. Nak kata VVIP, macam tak je...

"Hello, tak nampak ke ni saya punya?..." katanya sambil menunjukkan makanannya yang masih berbaki. "Saya pergi basuh tangan tadi... Awak ingat saya ni suka membazir macam awak? Saya ni dah lah makan fast food setahun sekali je tau....." ceramahnya.

Ewah-ewah mamat ni..... Siapa suruh tinggalkan sisa-sisa makanan dia ni. Ingat dia anak datuk ke boleh booking-booking tempat suka hati! Aku pun setahun sekali makan fast food jugak! Tak pasal-pasal kena ceramah dengan lelaki yang wajahnya macam Imran ni!

Macam Imran? Yes, I'm serious. Salin tak tumpah seperti Imran.

Sabar Zureen. Tiada sebab untuk marah.

Tapi kalau betul dia anak Datuk, macam mana?...

Kalau dia anak Datuk, tak mungkin dia makan fast food setahun sekali...

Atau, dia menipu tak....

Hish, apa-apa sajalah. Relaks. Jangan marah.

"Err.. Awak... Saya nak duduk sini ok. Awak pergi cari tempat lain." balasku. Aku mahu menamatkan perang mulut antara kami. Malu lah dengan orang yang asyik melihat kami dari tadi...

"It's okay... Awak duduk lah sini. Kita duduk berdua ya...." jawabnya dengan begitu mesra sekali. Ah, hatiku bagai dipanah panahan asmara. Mengapa aku bagaikan jatuh cinta kepada lelaki ini? Biasalah, dia cuma cakap dengan lemah lembut dan sopan, bukannya ada meluahkan kata cinta pun...

Aku tersedar ke alam realiti. Malunya... Tahulah tiada tempat namun mengapa mesti dia duduk berhadapan denganku sedangkan banyak lagi kerusi kosong di meja yang hanya ada lelaki. Mengapa dia harus pilih aku?... Sudah seperti orang bercinta pula! Malu ini hanya tuhan saja yang tahu...

Setelah makan, aku bangkit meninggalkan lelaki itu sendiri. Tidak mahu berlama-lama dengannya. Nanti apa pula orang kata. Sudahlah aku tidak kenal dengannya. Entah-entah orang jahat ke.... Manalah tahu...

"Nah. Bisnes kad saya. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya, boleh lah call..." ujar lelaki itu sambil menghulurkan kad kecil yang tertulis nama dan nombor telefonnya. Hish, nak call? Jangan mimpilah. Apapun, aku terima sahaja kad kecil itu lalu memasukkan ke dalam poket seluarku dan berlalu pergi.

*

Setelah wanita itu pergi, Luqman perasan sesuatu. Wanita itu tertinggal dompetnya. Lalu dibelek dompet milik wanita itu lalu dibuka isinya. Hanya ada sekeping not RM20, sekeping not RM5, sekeping gambar keluarga dan sebuah kad pengenalan. Dibeleknya kad pengenalan itu lalu dibaca satu persatu perkataan yang tertera di kad pintar berwarna biru itu.

Zureen Maisara binti Alias. Warganegara, Islam, perempuan. Huh, nasib baik perempuan tulen. Bukan seperti maknyah di luar sana tu...

Dibaca pula nombor 12 digit yang tertera. Oh, baru 19 tahun rupanya... Muda lagi.... Sangat sesuai dijadikan sebagai calon isteri. Lalu dibeleknya gambar keluarga yang turut dijumpai di dalam album tersebut.

Sebuah gambar potret keluarga yang diambil semasa hari raya aidilfitri. Semuanya lengkap serta cantik manis berbaju kurung dan segak berbaju melayu berlatarbelakangkan sebuah rumah kayu. Rumah kayu yang sangat dikenalinya. Cuma yang bezanya gambar ini bukanlah digantung pada dinding, tetapi dicetak pada sekeping kertas.

Ditenungnya satu persatu wajah yang ada. Tiba-tiba air matanya mengalir perlahan....

"Imran......" bisik Luqman seorang diri. Lalu diambil semula kad pengenalan milik wanita tadi. Oops. Remaja tadi.

"Jadi... Dia ni... Anak...... Makcik Khairiah?....."

Persoalan yang tidak terjawab. Mahu dipulangkan dompet kulit berwarna hitam ini kepada tuannya tetapi dia sudah balik pula. Hendak telefon, tidak tahu pula nombornya...

14 tahun kau pergi... Kini Allah hantarkan seorang manusia untuk menemukan dikau kembali...

*

Ya Allah... Aku tertinggal dompet aku di sana...... Macam mana ni... Sudahlah aku sudah sampai rumah... Pasal duit tu mungkin tak berapa kisah, tetapi ic aku ada dalam tu....

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Kad bisnes lelaki itu. Mungkin aku boleh menelefon dia...

"Kau nak curi pun curilah duit tu... RM25 je kot... Yang penting, aku nak ic aku balik."

Dibaca satu persatu patah perkataan yang ada di kad kecil itu. Oh, nama lelaki itu Muhammad Luqman bin Radzi. Macam pernah dengar je nama ni... Ah, tidak kisahlah. Aku mendail nombor yang tertera lalu menekan butang bergambar telefon yang berwarna hijau.

Bismillahirrahmanirrahim....

Jantungku berdebar-debar bagaikan hendak tercabut. Aduh, sekarang ni pulalah hendak rasa begitu. Apapun, aku tetap mengumpul kekuatan untuk berbicara dengannya.

Panggilan dijawab. Aku memulakan bicara. "Assaamualaikum awak... Saya perempuan tadi yang duduk depan awak dekat restoran tu... Err... Awak ada perasan tak saya tertinggal dompet...."

"Imran?" aku mendengar suaranya. Terkejut aku dibuatnya dengan reaksi lelaki itu. Mengapa dia sebut nama Imran pula ni.... Dah kenapa? "Imran, kau ada tak?"

"Err... Awak... Ni saya... Yang duduk depan awak masa dekat restoran tadi..." Aku mengulangi ayat itu. Aku bersangka baik. Mungkin lelaki itu ingat aku ini kawan atau client dia agaknya...

"Awak adik Imran? Awak Zureen Maisara?" Tersentak aku dibuatnya. Bagaimana dia boleh tahu pula ni? Mungkin dia sudah baca kad pengenalan aku agaknya... Tapi, bagaimana dia tahu aku ni adik Imran? Memang aku ada letak sekeping gambar keluarga kami di dalam dompet itu. Beramai-ramai pula tu. Satu nama pun tiada tulis.

"Err... Ya.. Saya Zureen Maisara. Awak ada ambil ke dompet saya? Atau awak pulangkannya ke balai polis?" soalku serius.

"Ya, saya ambil. Awak nak kita jumpa dekat mana? Cakap je. Saya pergi. Lagi satu, saya ada sesuatu hendak bincang." balasnya dalam nada yang serius juga.

Ah sudah, apa pula yang dia mahu bincangkan......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience