Bab 13

Family Series 8576

31 Disember. Esok tahun baru. Bermula hidup baru buatku. Tiada lagi sekolah. Aku belum merancang apa-apa lagi untuk meyambung pelajaran atau sebaliknya selepas mendapat keputusan. Yang pasti, aku boleh fokus dengan hidupku dahulu sekarang.

Oh ya, baru aku ingat sesuatu. Aku mahu sangat bertanya mama tentang gambar yang aku jumpa beberapa hari lalu. Sebenarnya aku masih belum habis lagi membaca segala isi kandungan album itu, tetapi hari ini aku pasti dapat mengkhatamnya.

Pasti, pasti tapi tak habis juga kan? Hihihi..

Aku menyelak helaian ketujuh. Tetapi tidak boleh buka. Seperti telah digam. Aku mencuba membukanya.

"Alamak, terkoyak!" Habislah... Sudahlah curi barang orang, ini merosakkan pula.

Ada tulisan dan beberapa keping gambar. Gambarku dan gambar kak Zehra semasa kecil, gambar seorang kanak-kanak perempuan dan gambar seorang kanak-kanak lelaki. Aku yakini mereka berdua ialah Syifa dan Imran, adik beradik seibuku.

'Mama harap satu hari nanti keempat-empat anak mama dapat bersatu semula. Zehra dan Zureen, mama bukan berniat untuk berahsia tetapi mama masih belum bersedia. Satu hari nanti pasti Zehra dan Zureen akan tahu juga. Mungkin bukan sekarang waktunya, mungkin adalah hari-hari esok yang mendatang. Hari-hari mama sentiasa berdoa agar ada peluang untuk mama bertemu dengan anak teruna mama. Mama sayang Imran. Mama sayang Syifa. Mama sayang Zureen dan Zehra.'

Inilah jawapan segapa pertanyaanku. Ia berada di sini. Segalanya berada di sini.

Helaian kelapan.

Sama seperti sebelumnya, ada gambar dan tulisan. Kali ini gambar keluarga yang tidak dikenali, sama seperti gambar di helaian kelima. Tetapi yang membezakannya hanyalah latar belakang gambar tersebut. Gambar sebelumnya berlatar belakangkan alam semulajadi, gammbar ini pula berlatar belakangkan sebuah bas. Pelik kan.

'Gambar inilah gambar terakhirku dengan anakku Syifa dan Imran. Selepas itu, kami tidak berjumpa lagi. Aku terlalu rindu padanya. Kemalangan memang tak disengajakan, tetapi luruhnya hati seorang ibu apabila mengetahui ianya dirancang. Hanya kerana dendam, tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja untuk membalas dendam hingga melibatkan nyawa anak kecil yang tidak bersalah ini. Mengapa? Mengapa tuhan mengujiku begini?'

Helaian kesembilan, yang terakhir.

'Biarlah album ini menyimpan segala kenangan manis bersama anak-anakku. Kasih sayang seorang ibu itu akan kekal selamanya meskipun terpaksa meluahkannya di dalam album yang bisu. Tiada orang akan faham. Tetapi Allah sentiasa mendengar rintihan hati hamba-hambanya, bukan? Kasih itu akan sentiasa wujud walaupun ianya berjauhan.'

*

1 Januari. Tahun baru.

Pukul 12 malam. Banyak bunyi mercun kedengaran. Ramai juga yang masih menyambut tahun baru walaupun telah dilarang ya..

Tatkala itu ada seorang lelaki benama Imran sedang mundar-mandir di dalam rumahnya. Kalau hari ini 1 Januari, bermakna tinggal 18 hari sahaja lagi. Debaran semakin terasa.

18 hari sahaja hari yang tinggal sebelum statusnya berubah daripada bujang ke suami orang. Tinggal 18 hari sahaja masa yang berbaki untuk merubah perangai bujangnya. Tinggal 18 hari sahaja lagi dia boleh ke mana-mana tanpa memikirkan ada seseorang di sebelahnya. Semuanya berlalu dalam sekelip mata.

"Im nak sangat... Mama datang..... Majlis Im....." ujar Imran secara tiba-tiba.

Ramli memandang siling. Rasa bersalah pula terhadap anaknya. Dia tidak sepatutnya memisahkan kasih seorang ibu kepada anaknya. Ini bukan masalah benci lagi. Ada hati yang perlu dijaga.

"Im rindu kat mama... Im akan sentiasa sayang mama walau apa sekalipun yang terjadi. Im tak pernah simpan secebis rasa dendam pun kepada mama..." kata-kata Imran membuatkan Ramli tersentuh. Khairiah dan Ramli. Mereka berpisah sejak usia Imran tiga tahun lagi. Angkara khianat. Kerana dendam yang mengusai jiwa. Si Azizul! Bukan dia tidak tahu, Azizul lah yang menghancurkan rumahtangganya dengan menghantar sesuatu 'makhluk' lain untuk melakukannya. Selepas tamat iddahnya, Khairiah berkahwin lain pula. Setahun selepas itu, dia pula memutuskan untuk berkahwin dengan Sofia dan mendapat Aulia dan Laura. Tetapi Allah telah mengaturkan, jodohnya dengan Sofia hanya bertahan tiga tahun sahaja. Sofia telah menemui penciptanya saat sedang melahirkan anak kedua mereka yang bernama Laura. Kini, Aulia diambil sebagai anak angkat oleh Suri Nazlin dan Ramlee, pasangan yang tidak mempunyai anak. Laura pula, diambil oleh pasangan kaya dan tinggal berjauhan daripada sini.

Perpisahan itu sedikit sebanyak mengubah hidup anaknya Imran. Namun Syifa ada sebagai kakak yang setia bersama adiknya.

Namun pada tujuh tahun selepasnya, mereka diuji dengan satu lagi musibah. Kemalangan berlaku. Ramai nyawa yang terkorban termasuk anak sulungnya Syifa. Sejak itu, Imran menjadi seorang kanak-kanak yang pendiam. Mungkin kerana trauma yang dialami. Tiada lagi penceria buatnya. Yang tinggal hanya kenangan. Khairiah pula, langsung tidak bertemu anaknya sejak kejadian itu.

Mungkin kerana Khairiah telah terikat dengan perjanjian antara si Azizul psiko itu. Takkan seorang ibu tidak sayang anaknya, kan? Ataupun diugut oleh suaminya. Atau... Hmm, macam-macamlah ataunya.

"Abah...."

Ramli memandang wajah Imran. Entahlah. Jiwanya buntu. Yang hanya mampu dia lakukan hanyalah berdoa. Berdoa agar wanita bernama Jannah itu akan membuatkan anaknya bahagia dan menceriakan kembali hidup mereka yang suram. Harap dapat memberikan nafas baru serta kehidupan baru buat anaknya Imran. Kehidupan rumahtangga pada awalnya memang merupakan sebuah cabaran, namun jika bijak menanganinya, ia akan menjadi suatu memori terindah dalam kehidupan yang hanya sementara ini.

*

"Lepas keluar result, kau tak nak sambung belajar kat mana-mana ke?" tanya Aulia kepadaku. Dah agak. Pasti akan ditanya soalan ini.

"Belum lagi..." jawabku. Kami bertiga bertemu semula. Zureen-Aulia-Dilla. Tetapi bukan di sekolah, ia di sebuah taman rekreasi yang sederhana besar. Tak dinafikan, memang kami rindukan suasana di sekolah. Apatah lagi ia banyak menyimpan memori manis antara kami bertiga. Kita tetap sahabat selamanya. Walaupun mungkin selepas ini kita mungkin menjauh.

Hari ini, 2 Januari, pelbagai ragam yang kita dapat lihat di sekolah. Kalau di sekolah rendah pastinya sesak dengan ibubapa yang menemani anak mereka saat pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang bernama sekolah. Ada juga yang menangis merengek kerana takut dan pelbagai lagi ragam manusia.

Sungguh, aku rindu zaman itu. Sebaliknya, masa lalu telah pergi meninggalkan kita tanpa kita sedari. Rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu. Andailah dapat diputarkan masa, ingin aku kembali pada masa lalu. 16 hari lagi, usiaku bakal mencecah 18 tahun. Aku mengakui, hidup sebagai seorang dewasa ini jauh lebih sukar daripada hidup sebagai seorang budak sekolah.

Oh ya, baru aku teringat. Aku mahu menceritakannya kepada sahabatku. Tentang rahsia yang aku jumpa...

"Korang... Korang nak tahu tak?..."

"Apa? Bagitahulah." Jawab Aulia dan Dilla sambil memandangku.

"Haritu, aku jumpa......" Aku menceritakan segalanya kepada dua sajabatku ini dari awal hingga akhir. Terkejut juga mereka mendengarnya. Kalau mereka pun terkejut, apatah lagi aku ini.

"Serius la? Ustaz Imran tu abang kau?"

"Tak pasti. Tapi.... Banyak sangat bukti yang kuat mengatakan dia anak mama. Kalau nak betul-betul kepastian, kena tanya mama sendirilah." jawabku. Aku sendiri pun tidak tahu mahu cakap apa. "Lagi satu, dekat gambar tu ada ramai. Nama kau pun ada Dilla."

"Nama aku? Biasalah, kan ramai orang nama Syadilla sekarang, nama moden kan katanya...." balas Dilla. "Tunjuklah album tu dekat kami, kami nak tahu juga...."

"Ye lah, kitorang pun nak tengok juga... Macam tak percaya ustaz 'hot' tu abang kau...." Giliran Aulia pula bersuara.

"Memang aku bawa pun...." Aku terus mengeluarkan barang yang diminta oleh Aulia dan Dilla lalu menunjukkan kepada mereka. "Ni dia..."

Aulia dan Dilla ralit memerhati semua gambar dan tulisan yang terkandung di dalam album tersebut. Cuma reaksi Dilla seperti lain. Tak tahulah nak cakap lain yang bagaimana.

"Kejap... Aku nak... Balik kejap..." ujar Dilla lalu merampas album tersebut sambil berlari. Eh, kemana pula dia hendak bawa album tu pula.... Sudahlah mama punya. Hish, kurang asam punya Dilla!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience