Bab 33

Family Series 8576

"Tolong! Tolong!"

Aku dan seisi keluarga tersedar daripada lena. Ada orang menjerit. Aku segera keluar dari bilikku dengan cemas. Risau sekiranya ada apa-apa kecemasan yang berlaku.

Suara itu datangnya dari bilik Laura. Kami membuka pintu biliknya lalu melihat Laura yang sedang mengigau.

"Laura.... Astaghfirullahalazim... Kenapa ni.... Laura.... Ya Allah..." Abah cuba mengejut Laura daripada igauannya.

"Abah?"

"Kenapa dengan Laura ni... Laura asyik jadi pelik dua tiga hari ni... Nasib baik Laura pulang ke kampung tahu tak... Kalau tak siapa yang nak jaga Laura di bandar tu.... Kalau Laura tak sihat cakap... Kita pergi klinik ye nak....." ujar abah lembut.

Kata-kata abah membuatkan aku tersentuh. Sungguh aku rindu untuk dibelai dan disayangi dengan penuh kasih oleh seorang insan yang bernama ayah.

Tapi papa? Ke mana?...

Dengan bini mudanya?....

"Panas..." Mama menyentuh dahi ibu muda itu. "Zureen, tolong ambil kain basah..." pinta mama kepadaku. Aku mengikuti suruhan mama.

Aku menghulurkan kain tuala muka yang sudah dibasahkan dengan air lalu meletakkannya di dahi Laura.

Jam 12.30 malam.

Hampir semua orang masih lena diulit mimpi.

*

Luqman cuba melelapkan matanya namun sukar. Mungkin kerana terlalu teruja. Esok adalah harinya. Beginilah perasaan seseorang yang sedang dilayari keindahan asmara?

Sabar, belum halal lagi....

Entahlah. Mungkin kerana gurauan menjadi igauan agaknya.

Mengakui, dirinya begitu cemburu dengan sepupunya Imran yang mempunyai isteri dan zuriat sendiri. Tetapi bukan kerana itu dirinya 'jatuh' kepada gadis itu.

Kerana sifatnya sendiri. Lemah lembut, ayu, sopan santun dan peramah membuatkannya lebih tertarik kepadanya.

Dia lain.

Lain daripada yang lain.

Luqman tersengih sendiri. Dirinya sedang hanyut dibuai asmara. Hatinya berbunga-bunga memikirkan tentang si dia.

*

Jam 8 pagi.

"Assalamualaikum..." laung Luqman. Dari awal pagi dirinya dan ibunya sudah bersiap sedia untuk ke rumah lama ini. Rumah yang penuh memori.

Zuraida merenung rumah yang dibina menggunakan kayu itu. Tidak banyak yang berubah. Hampir sama seperti dulu.

"Waalaikumussalam...." Khairiah membuka pintu kayu itu sambil menjawab salam. Membulat matanya melihat seseorang yang berada di hadapannya sekarang.

"Zuraida?..."

"Khairiah?..."

Mereka saling berpelukan. Luqman sebagai anak bahagia melihat ibunya dan ibu saudaranya kembali bertemu. Namun, dirinya ada satu misi lagi yang perlu dilakukan.

'Mana pulak budak tu....' bisiknya di dalam hati. Sabar menanti si dia.

"Luqman!"

Luqman menoleh. Imran.

"Hish, terkejut lah..."

"Awat usya tu...." ujar Imran sambil ketawa kecil.

Luqman hanya membalas dengan jelingan tajam. Macamlah tidak tahu.

"Luahkan je perasaan yang terpendam... Jangan simpan-simpan... Nanti kena kebas orang baru nak menangis tak berlagu...." ujar Imran lagi.

"Belum bersedia kot...." balas Luqman.

*

"Laura... Bangunlah...." Aku cuba mengejut Laura. Laura asyik tidur mati sahaja. "Laura..."

Aku menggoyang-goyangkan badannya lagi. Tiada respon. Aku memicit ibu jari kakinya pula.

Tidak bangun.

Diriku mula cemas. Aku memeriksa nadinya.

Masih berdenyut. Lega. Namun aku perlu memberitahu orang lain. Keadaan Laura semakin teruk.

Sedang itu aku mendengar suara yang riuh dari luar rumah. Segera aku keluar daripada rumah lalu melihat mama berpelukan dengan seorang wanita yang baya-bayanya juga.

Dan disaksikan oleh Imran dan....

Lelaki itu.

Luqman.

Dia seperti terkejut melihatku. Aku cuba untuk tidak melihat wajahnya.

Yang aku perlu sekarang ialah meminta tolong mama. Aku betul-betul risaukan Laura.

"Mama... Laura....." kataku kepada mama lembut. Mama dan wanita itu melepaskan pelukan sesama sendiri lalu mama masuk ke dalam rumah untuk melihat anak tirinya.

"Laura kenapa sayang... Tolonglah bangun... Jangan tinggalkan Aiman..." Aku melihat air mata mama menitis.

"Aulia...." Hanya suara itu yang kedengaran dari mulut Laura. Aulia. Nama sahabatku.

Kejap, apa kaitannya?

"Tolong cari Aulia...." pintanya lemah.

"Aulia yang mana?" soalku kepadanya.

"Nur Aulia Dania." balas Laura.

Nur Aulia Dania. Nama sahabatku. Sama dan serupa. Oh ya, baru aku perasan nama penuh Laura dan Aulia hampir sama.

Dan wajah pun sama.

"Nur Aulia Dania tu... Yang mana?.."

"Jagakan Aiman untuk Laura...." pintanya. Jantungku berdegup kencang. Ya Tuhan, janganlah kau ambil nyawa dia...

Tidak putus-putus hatiku berdoa. Aku semakin risau jika ajalnya telah tiba.

"Laura, kita pergi hospital, sayang....." Mama terus mendukung Laura lalu masuk ke dalam kereta. Luqman, Imran dan wanita tadi memandang kami pelik. Tiada masa untuk beritahu mereka ke mana kami pergi. Laura lebih penting.

*

Di jalan raya.

Aku yang duduk di kerusi penumpang belakang bersama Laura cuba melihat ke belakang. Aku rasa tidak sedap hati. Terasa seperti ada seseorang mengekori kami daripada tadi. Namun aku diam sahaja dan tidak memberitahu mama supaya mama tidak cemas.

Aku masih tidak dapat mengecam siapa yang mengekori kami. Risau sekiranya orang jahat.

'Ya Allah, selamatkanlah kami....' doaku di dalam hati. Sepatutnya kami membawa seorang lelaki menemani kami.

Aku mencuba-cuba melihat ke belakang. Takut.

*

Laura disahkan koma. Itulah apa yang doktor itu berkata pada kami sebentar tadi. Mama menangis seolah-olah Laura itu anaknya sendiri.

Aku masih rasa seperti ada orang mengekori kami. Mungkin perasaan agaknya. Kadangkala aku cuba menoleh ke belakang namun,...

Entahlah.

Aku mencuba lagi menoleh ke belakang.

Eh?

Mama sudah hilang. Mama sudah meninggalkan aku. Aku cuba mencari mama namun tiada.

Aku tersesat di bangunan hospital yang besar ini.

Aku cuba mencari jalan keluar tetapi... Entahlah.

Aku cuba untuk bertahan. Aku bukannya budak kecil untuk menangis. Papan tanda keluar berwarna hijau telah cuba ku cari.

Aku masih rasa ada seseorang sedang mengekori diriku. Aku takut. Aku sedang takut.

"Zureen!" Ada seseorang memanggilku. Suara lelaki.

"Zureen Maisara!" Suara itu kedengaran lagi. Kali ini dengan nama penuhku. Aku takut. Tak berani hendak menoleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience