Bab 16

Family Series 8576

Khairiah terdengar suara beberapa orang perempuan di dalam bangsal gelap itu. Mungkin mereka sedang berbual agaknya. Matanya sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan yang gelap itu.

Tidak pasti apa yang dibualkan oleh mereka, namun dia dapat rasakan mereka bukanlah orang jahat. Ingin saja dia meminta tolong namun risau jika sangkaannya tidak tepat.

"Cuba dululah. Baru tahu..." bisik Khairiah sendiri. Kali ini dia perlu mencuba nasibnya saat Azizul dan pembantunya tidak ada. Mungkin inilah satu-satunya jalan untuk dia lari tetapi itupun jika nasibnya baiklah.

"Ada sesiapa di sana?" soal Khairiah dengan nada yang sedikit nyaring. Di dalam hatinya tidak henti-henti berdoa agar perempuan ini bukanlah ahli subahat Azizul dan dapat menyelamatkannya.

"Si.. Siapa tu?..." Ketiga-tiga gadis itu terkejut. Mereka berpelukan sesama sendiri. Suara seperti seorang wanita. Adakah hantu? Eh, mana mungkin ada hantu di siang hari. Namun, tempat ini gelap. Mungkin juga ada hantu yang bersembunyi.

"Saya... Kena culik.... Awak semua boleh tolong saya?" pertanyaan mereka bertiga dijawab. Kena culik? Oh ya, tadi Afiq ada pesan suruh beri makan kepada 'orang yang kena ikat di sana'.. Tak sangka dia perempuan rupanya.. Jangan-jangan, perempuan itulah bakal madu keempat mereka bertiga tak?

"Fisya. Kau pergi dululah. Aku takutlah..." bisik Ilyana kepada Nafisya.

Lalu Nafisya membalas; "Aku pun takutlah..."

"Kalau macam tu biar akulah yang pergi...." balas Laura pula. Berani pula budak ni.

"Korang, kita pergi bertiga lah... Kalau apa-apa jadi, at least kita bertiga...." ujar Nafisya. Mereka bertiga memegang tangan sesama sendiri lalu menuju kearah suara tadi.

"Adik... Tolong makcik boleh....." pinta Khairiah lemah.

Terkejut dibuatnya si madu tiga. Perempuan yang disangkakan bukanlah perempuan 'hot' yang diculik Afiq untuk memuaskan nafsunya, tetapi seorang wanita separuh usia.

"Err... Makcik ni sebenarnya siapa?" soal Ilyana terlebih dahulu sebelum membuka ikatan pada tangan dan kakinya.

"Makcik ni... Kena culik... Sebab.... Emm, kamu bertiga ni siapa?" balas Khairiah dengan bertanya soalan yang sama kepada mereka bertiga.

"Kami... Ni............"

*

"Dah puas makan?" tanya Aulia kepadaku. Kenyang sungguh. Sedap pun sedap. Seumur hidupku pertama kali aku menjamah piza pada waktu pagi. Kalau mama tahu ni, mesti dia marah.

"Dah la..." balasku.

"Kalau dah kenyang tu, tak cakap apa-apa ke?" soal Aulia lagi.

"Alhamdulillah...." ucapku tanda kesyukuran kepada yang maha esa. Bukan senang hendak dibelanja oleh kawan sendiri.

"Aik, alhamdulillah je? Hmm... Merajuk la kita...." kata Aulia sambil mencebik. Mengharapkan ucapan terima kasih daripada rakannya itu, namun lain pula yang diucapkan.

"Habistu, nak cakap apa?" Soalku kembali. Saja mahu permainkan sahabatku ini. Bukan tak tahu, dia mahu aku mengucapkan terima kasih padanya.

"Alaaa....." Aulia membuat muka itiknya. Melihat sahaja muka itiknya, aku rasa ingin ketawa. Aulia ni, macam budak tiga tahun tau!

"Yelah-yelah.... T-H-A-N-K-Y-O-U. Puas hati anda?" soalku sambil ketawa kecil.

"Puas....Puas sangat!!!"

"Ha, baguslah tu. Jom balik."

"Yelah. Jom. Dilla takde tak best pulak." balas Aulia.

"Dilla? Entah apalah yang dia nak buat dengan album tu. Curi tiba-tiba je...." ujarku.

"Tak payah fikirlah dulu..." Kami terus berjalan pulang.

*

"Kenapa kamu semua buat pilihan untuk berkahwin?" soal Khairiah kepada tiga perempuan itu.

"Sebab.... Kami tiada pilihan lain...." jawab mereka bertiga.

"Maksud kamu?... Kamu kena paksa?" soal Khairiah lagi. Bunyinya kedengaran serius.

"Eh, tak... Kami bukan kena paksa... Semua ni atas pilihan sendiri... Tetapi dalam keadaan yang mendesak..." jawab Laura, Nafisya dan Ilyana.

"Kami,.. Selalu cuba untuk lari... Tetapi tak pernah menjadi...." ujar Ilyana.

"Sebab... Kami tiada duit... Kalau ada duit dah lama kami lari ke luar negara. Kalau lari tiada duit, nak pergi mana? Nak sewa bilik pun tiada duit...." luah Laura.

Khairiah menyeluk tangannya ke dalam poket seluar palazzo yang dipakainya. Ha, ada duit! Bijak juga tindakannya. Bukan semua duit diletakkan di dalam dompet. Sekarang dompet itu pun telah hilang.

"Err, nah. Makcik ada 50 ringgit je. Harap cukuplah untuk beli apa keperluan kamu..." kata Khairiah sambil menghulurkan not RM50 kepada madu tiga itu.

"Ya Allah betul ke ni makcik? Betul ke duit ni untuk kami? Banyaknya... Kami minta sepuluh ringgit je... Untuk beli UPT je..." Laura, Nafisya dan Ilyana terkejut. Tidak sangka, wujud rupanya manusia berhati mulia yang sanggup membantu mereka bertiga.

"Ambil lah... Simpan duit ni. Semoga satu hari, kamu bertiga dapat lari dari dunia ni... Kalau makcik ada duit lagi, bolehlah makcik bagi lagi banyak... Tapi, dompet makcik pun hilang.... Sekarang ni, boleh tak tolong makcik balik..." balas Khairiah mesra.

"Terima kasih makcik....." Air mata tiga gadis itu menitis. Disangkakan telah pupus manusia seperti ini, rupanya masih ada lagi. Terharu dibuatnya.

Allahu akbar... Allahu akbar...

"Eh, dah azan? Cepatnya..." Jam menunjukkan pukul 1.20 tengahari. Sudah masuk waktu solat zohor.

"Makcik, kejap ye..." Laura mengundur diri daripada perbicaraan mereka lalu keluar daripada bangsal tersebut.

"Kau nak pergi mana tu Laura?" soal Nafisya dan Ilyana kepada Laura.

Laura terus keluar tanpa menghiraukan mereka berdua. Pergi ke sumber air untuk mengambil wudhu.

"Entah. Biarlah dia."

Selang beberapa minit kemudian, Laura kembali dengan baju yang sedikit basah kerana percikan air.

"Kau mandi ke?" tanya Ilyana.

"Tak.... Aku masuk bilik dululah..." Laura terus meninggalkan Nafisya dan Ilyana bersama makcik Khairiah di luar.

Beberapa minit kemudian...

"Lambatnya Laura. Apa dia buat dalam bilik tu?..." omel Nafisya sendiri. "Yana, kau tunggu dengan makcik Khairiah kejap, aku nak pergi tengok Laura. Asal lama sangat dalam bilik tu..."

"Ha, yelah..." balas Ilyana.

Nafisya terus menuju ke bilik kecil yang dijadikan bilik tidur mereka berempat. Sebenarnya bukan bilik pun, hanya sebuah stor yang dijadikan bilik. Nafisya menyelak langsir yang dijadikan sebagai pengganti pintu besi yang telah tercabut disebabkan Afiq.

"Laura?..." Perlahan-lahan nama itu dipanggil.

Panggilannya tidak dijawab. Sebaliknya hanya seorang perempuan bertelekung kemas sedang solat di dalam bilik itu.

"Laura... Solat?..."

"Assalamualaikum warahmatullah...." salam kedua diberi. Laura menoleh ke arah suara yang memanggilnya tadi.

"Laura......"

"Kenapa Fisya?" soal Laura kembali.

"Hinanya aku berbanding kau.... Walaupun kita hidup macam ni kau tetap masih setia sujud pada yang esa... Tak macam aku....." Nafisya memandang Laura yang masih bertelekung.

"Taklah... Kita manusia semua sama je...." balas Laura sambil meletakkan jarinya ke bibir mungil Nafisya.

"Laura, macam mana kau tahu solat? Aku ni, nak baca surah Al-Fatihah pun tak pandai...." rintih Nafisya.

"Sebenarnya... Memang dari dulu lagi aku solat.. Cuma.. Aku selalu solat senyap-senyap supaya Afiq tak tahu...." ujar Laura. "Aku ni, dari kecil memang dididik dengan ilmu agama, tapi...."

"Tapi apa....."

"Tapi... Aku kena buang dari hidup diorang... Aku kecewa bila aku tahu aku ni sebenarnya anak angkat..."

"Tak apalah Laura... Aku faham perasaan kau. Kita bertiga ni sama je...." balas Nafisya sambil memegang bahu madunya. "Aku doakan satu hari nanti kau jumpa ayah kandung kau...."

"Terima kasih... Aku nak sangat jumpa dia.... Agaknya orangnya macam mana ye... Seorang yang penyayang atau... Panas baran seperti Afiq...." kata Laura sambil membuka telekungnya.

"Lagi satu, makcik Khairiah nak pinjam telefon. Ambil jelah telefon Afiq yang tertinggal kat atas meja tu..."

"Emm.. Boleh ke ni... Dah la nombor ni yang selalu scam orang..."

Mereka berdua keluar dari bilik itu lalu menghulurkan telefon pintar itu kepada Khairiah.

'Alah, nak telefon siapa ni... Alias kat oversea. Mana boleh tolong...' kata Khairiah di dalam hati. Dia sedang buntu.

Tiba-tiba teringat kembali beberapa hari lalu. Nombor yang asing menelefonnya. Diangkat panggilan tersebut dan didengari suara di dalam talian itu.

"Rasanya masih ingat lagi nombor dia tu..." Khairiah perlahan-lahan mendail nombor tersebut. Mungkin ini jalan terakhir baginya. Tetapi pelik kan, bagaimana pula dia boleh hafal nombor itu?...

*

Imran melihat kalendar meja yang diletakkan di atas mejanya. Hari yang sudah dilalui ditandakan pangkah. Tinggal 15 hari lagi. Debaran semakin terasa.

Kini dia tidak boleh menghubungi atau berjumpa dengan Jannah bagi menjaga darah manisnya. Rasa macam tidak percaya, tetapi itulah realitinya.

Kad jemputan semua telah diedarkan kepada sahabat dan kenalan serta orang kampung. Tinggal menunggu tarikh sahaja lagi.

"Im dah tak sabar ke?" soal Ramli sambil mengusap kepala anaknya lembut.

Imran hanya membalas dengan senyuman. Perasaan bercampur baur. Boleh kata ada perasaan bahagia, sudah tentulah. Sedih, takut, gugup semua ada tau.

"Abah, betul ke pilihan yang Im buat? Abah tolong restui perkahwinan Im..." soal Imran sambil memandang abahnya. Meminta restu daripada orang tuanya.

"InshaAllah betul Im... Kalau dah jodoh tak ke mana... Abah restu perkahwinan Im...." kata Ramli bagi meyakinkan anaknya.

"Terima kasih abah... Doakan kami bahagia..." pinta Imran.

"Abah akan sentiasa doakan anak abah bahagia hingga ke jannah. Macam nama bakal isteri kamu." kata Ramli sambil ketawa kecil.

Tiba-tiba, satu bunyi menghentikan perbualan mereka.

"Abah, tu ada orang call. Jawablah." Ramli terus menuju ke biliknya lalu mengangkat telefon yang berbunyi sejak tadi.

Nama yang tertera pada skrin telefon itu langsung tidak mengejutkannya malah lebih menggembirakannya. Aduhai, tak menyesal lagi scammer ni... Nombor itu telah disimpan sebagai 'scammer'.

"Ha, nak apa lagi?" soal Ramli dalam nada gurauan. Namun, suara yang membalasnya......

"A.... Awak...."

"Siapa tu abah..." soal Imran. Siap ber'awak-awak' lagi ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience