Bab 29

Family Series 8576

Setahun kemudian....

Kain rentang atau banner berwarna merah dan kuning yang bertulis 'sewa/jual" itu aku renungi. Rumahku dahulu. Rumah yang pernah menjadi mahligai cinta mama dan papa. Rumah ini menyimpan banyak kenangan antara kami. Mama, papa, Zureen dan Zehra. Sebuah keluarga kecil tetapi besar maknanya. Walaupun yang tinggal hanyalah kenangan, aku tetap bahagia.

Tiba-tiba telefon pintarku berdering. Tertulis nama Imran di skrin. Hatiku semakin berdebar-debar. Adakah masanya telah tiba?..

"Hello abang Im..." Aku memulakan bicara. Kak Jannah sendiri yang menyuruhku memanggilnya abang Im.

"Kak Jannah dah kena tahan dekat wad...." ujar Imran dalam panggilan. Benar sekali sangkaanku. Aku terus menuruni tangga lalu bergegas memandu keretaku pulang ke kampung. Memang sepatutnya aku pulang sekarang pun. Esok hari Isnin dan aku perlu bekerja. Kerja kedai makan je. Tetapi yang istimewanya aku bukanlah bekerja di kedai orang, tetapi kedai kami sendiri.

Siapa 'kami' yang aku maksudkan? Jawapannya ialah aku, mama, abah, kak Jannah, abang Im, makcik Asmah dan pakcik Husin. Segalanya atas usaha kami bertujuh.

Kejap, siapa pula abah?

Ok, abah ialah ialah ayah tiriku dan ayah kandung Imran dan Syifa. Mereka berkahwin lima bulan lepas. Hanya majlis nikah dan kenduri kesyukuran yang diadakan. Tentang papa? Aku pun tak tahu. Kak Zehra pula, sudah setahun aku tidak berjumpa dengannya. Aku rindu kepadanya. Aku rindu gelak tawanya, aku rindu gurau sendanya, aku rindu untuk bergaduh dengannya. Ke manalah perginya kakakku... Dan bagaimana dia mahu bertahan untuk hidup tanpa sesiapa.

Aku risaukan dia...

Tanggal beberapa minggu lalu, aku sudahpun mencapai usia 19 tahun. Keputusan SPM aku? Tak perlu tanyalah. Biasa-biasa je... Dilla dan Aulia pula, mereka memilih untuk sambung belajar. Aku mendoakan mereka berjaya. Tetapi tidak diriku. Aku hanya menumpukan ke bisnes yang kami usahakan sekarang. Bisnes kedai makan dan katering.

Tadi Imran menelefonku untuk memberitahu aku bahawa kak Jannah sedang ditahan di wad. Ini bermakna tidak lama lagi pasangan suami isteri itu bakal menjadi ibu bapa muda kepada zuriat sulung mereka.

*

Tanggal hari ini, kak Jannah telahpun selamat melahirkan anak lelaki mereka. Imran sendiri yang mengazankan dan mengiqamatkan bayi kecil yang baru lahir ke dunia itu. Ramai keluarga kami yang datang melawat termasuk Dilla dan keluarga angkatnya.

"Macam muka siapa budak ni?" soal makcik Asmah kepadaku.

"Macam... Muka ayah dia lah... Comel..." jawabku. Mengakui, bayi itu sangat comel dan wajahnya iras-iras bapanya yang kacak itu.

"Kan... Macam muka Imran...." balas makcik Asmah. Aku renungi wajah suci bayi itu. Alangkah indahnya jika aku juga punyai zuriat yang comel begitu....

Eh, jangan merepek. Kahwin pun belum, ada hati mahu anak!

Pasal kahwin? Ok, aku ni masih muda dan luas lagi perjalanan. Takkan mahu kahwin pula... Lagipun, dengan siapa?...

*

"Ye sayang mama... Nak susu ke....." Laura memujuk anaknya yang sedang menangis itu. Aiman Izzhan diberi nama buat bayi yang berusia lima bulan itu. Walaupun bayi itu langsung tidak mengenali bapanya, kasih sayang seorang ibu itu sudah cukup untuk menggantikan ayahnya. Kalaulah anak ini mengenali siapa bapanya, pasti dia terkejut juga...

Soal pendaftaran mungkin tak ada masalah kerana Afiq sempat mendaftarkan pernikahan mereka sebelum dia pergi. Pergi mana? Err.. Pergi menghadap ilahi.

Mungkin Allah lebih sayang kepadanya...

Kerana manusia itu sentiasa berubah-ubah.. Dan tiada satu pun manusia yang sempurna di muka bumi ini..

Semua manusia punyai peluang untuk bertaubat, bukan... Kerana pintu taubat itu luas dan tidak pernah tertutup... Dan kerana Allah itu maha pengampun dan maha penyayang...

"Abang.... Fisya... Yana.... Laura rindukan kamu semua....." rintih hati Laura. Afiq bin Azizul, lelaki yang pernah bergelar suaminya dan juga pernah menyakitinya satu ketika dahulu, sudah pergi bertemu ilahi dalam perjalanan ke masjid kerana dilanggar kereta. Meninggal dunia dalam keadaaan yang mahu mengerjakan perintah Allah yang maha esa....

Tentang Nafisya dan Ilyana? Entahlah. Selepas Afiq menceraikan mereka berdua, mereka tidak lagi muncul. Bukan dirinya tidak sanggup bermadu, tetapi mereka yang melarikan diri.

Laura menyarungkan sepasang baju kurung dan sehelai tudung bawal berwarna hitam lalu keluar daripada rumah sewanya untuk menuju ke suatu tempat.

Tanah perkuburan.

Batu nisan marmar berwarna putih dipegang erat. Tiba-tiba air matanya menitis. Mengingatkan kembali memori pahit manis kehidupan mereka.

"Abang... Damailah abang di sana......" bisik seorang ibu muda bernama Nur Laura Dania. Bayi berusia lima bulan itu dikendong erat, lalu didekatkan tapak tangan kecil itu ke batu nisan tersebut. "Aiman... Inilah ayah Aiman... Ayah Aiman dah pergi tinggalkan kita....."

Meskipun bayi itu masih tidak faham apa-apa jauh lagi bertutur dengannya, Laura sebagai ibu tetap mahu si anak mengenali bapanya.

Kenangan hanya tinggal kenangan. Apa sekalipun yang Afiq telah dilakukan padanya, namun hati ini bisa memaafkan.

*flashback*

"Abang nak minta maaf kepada sayang.... Abang tahu abang banyak buat salah dulu... Abang sendiri tak boleh bayangkan apa yang pernah berlaku dulu, apa yang abang pernah buat kat sayang... Abang jadikan sayang, Nafisya dan Ilyana sebagai hamba nafsu abang... Abang tak percaya semua itu..." ucap Afiq kepada isteri pertamanya.

"Tak apalah... Berapa kali abang nak minta maaf... Sayang dah maafkan pun.... Yang penting, abang dah berubah sekarang... Sayang nak ucap terima kasih dekat abang sebab daftarkan pernikahan kita..." balas Laura.

"Sayang jaga diri dan baby kita tau... Abang nak sangat tengok baby kita keluar... Maafkan abang sebab abang suruh gugurkan baby pertama kita...." ucap Afiq lagi.

"Insha-Allah abang... Tak apa, semua dosa abang dekat sayang, sayang dah maafkan...." Laura memandang wajah suaminya dengan penuh keikhlasan. Lelaki inilah yang pernah memperkosakan bukan sahaja dirinya malah ramai lagi anak dara di luar sana telah berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Yang dulunya hanya membiarkan dirinya serta madu-madunya tinggal di bangsal yang gelap serta kotor, kini tidak lagi.

"Sebab abang takut... Sayang tak ampunkan dosa abang....." rintihnya. Afiq terus memeluk isterinya dengan erat sekali. "Izinkan abang.... Buat kali yang terakhir.........."

Laura mengangguk. Kali ini bukan lagi perlakuan yang perlu disaksikan oleh orang lain dalam satu bilik, tetapi hanya mereka berdua. Terus lampu dipadam dan saat indah bermula......

*

Keesokan harinya.

Afiq menghidupkan enjin motosikalnya lalu memecut laju ke masjid berdekatan rumah sewa mereka. Sejak kebelakangan ini, dirinya rajin pula ke masjid.

Laura hanya membiarkan sahaja suaminya ke masjid setiap hari. Baguslah begitu. Sejuk hati melihat suami yang semakin ke arah kebaikan. Dirinya pula perlu menyiapkan sarapan pagi untuk suaminya. Dijanji akan memasak menu kegemaran suaminya iaitu nasi goreng cina. Lantas Laura ke dapur untuk memasak hidangan sarapan.

Tiba-tiba....

Prank!

Bunyi pinggan kaca jatuh menyembah bumi. Pecah.

Tok tok tok!

Bunyi ketukan pintu yang kuat kedengaran. Siapa pula yang datang pagi-pagi buta pula ni... Lantas Laura membuka pintu. Figura dua orang lelaki kelihatan.

"Puan..... Maafkan saya...." Segala yang berlaku telahpun dijelaskan. Kelihatan air jernih membasahi pipi Laura.

*

Laura menggoyang-goyang jasad suaminya yang sudah tidak bernyawa itu. Kaku. Tidak bergerak.

Dia sudah tiada. Tiada lagi di dunia ini.

"Abang.... Bangunlah........ Jangan tinggalkan Laura sendiri dengan baby kita.... Abang........" Ingin saja Laura menjerit semahunya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi.

Patutlah semenjak dua menjak ini Afiq banyak memohon maaf kepadanya. Rupanya ianya satu tanda bahawa dia sudah mahu meninggalkan dunia ini....

*end flashback*

"Terima kasih abang... Sebab pernah hadir dalam hidup Laura... Terima kasih Allah sebab pernah pinjamkan seorang lelaki dalam hidup Laura...... Terima kasih Allah sebab pernah menghadirkan kak Nafisya dan Ilyana sebagai bekas maduku........."

Cinta.
Membawa ke syurga.
Tulus setia hingga ke hujung nyawa.
Tetapi cinta Allah adalah lebih dari segalanya.

~Bukan yang terakhir okey....~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience