Bab 37

Family Series 8708

Cincin emas itu aku belek lagi. Aku tahu aku perlu beritahu mama tetapi aku masih takut. Entahlah. Agak-agaknya mama boleh terima ke?... Aku pun,... Macam berbelah bahagi.

Dalam jutaan perempuan di dunia ini, mengapa seharusnya dia pilih aku sedangkan banyak lagi yang lebih cantik anggun dan lebih matang daripadaku. Apa yang membuatkan diriku istimewa di matanya. Bagiku, aku cuma wanita biasa-biasa yang membesar di bandar dan berhijrah ke kampung setelah habis sekolah. Nak kata cantik, lagilah tidak.

Luqman, Luqman, Luqman.

*

"Nah, ambil ni. I rela bagi you sejuta tapi please... Nikah dengan I....." Ujar Haizi sambil menghulurkan lima keping not RM100 kepada Syad.

"Thanks babe. Itupun kalau you mampulah." balas Syad sinis.

"Tak apa. I dah buat kerja. I janji I mampu bagi hantaran tinggi you."

"Kerja apa? Jangan cakap you buat kerja terlarang..."

"Tak mungkin I nak buat kerja terlarang... I buat kerja tukang cari orang je..."

"Cari orang?"

"Ye, cari orang...."

Syad ketawa. "You ni pandai ke...."

"Belum cuba belum tahu...."

"I harap you berjaya. One more thing, you tahu kan I hanya nak sepupu I, bukan you... Nak berkawan is ok, tapi bukan kahwin."

"But Syad... Please... Give me a second chance.... I takkan jadi bodoh macam dulu. I nak kita bahagia bersama...." rayu Haizi.

"Bahagia bersama? You ingat I boleh percaya ke? Dengan apa yang you buat dulu? You letak 'benda' tu dalam minuman I... I ni tak sebodoh you lah... You ni suka gunakan I... At least sepupu I pun tak macam you..."

"Syad! Stop it! Ye, memang salah I dulu! Tapi sekarang tak! I nak berubah! I nak bertaubat dengan dosa yang I dah buat!"

"Bertaubat?" Syad ketawa lagi. "Bertaubat dear? Sorry, I tak percaya..." Syad terus berlari meninggalkan Haizi sendiri.

"SYAD!"

*

Luqman memandu keretanya ke sebuah pusat membeli belah. Hatinya masih memikirkan tentang Zureen. Tidak sabar mahu menunggu keputusan daripada gadis itu. Harap-harap yang baguslah...

Setelah memarkir kereta, Luqman masuk ke dalam bangunan setinggi empat tingkat itu lalu menuju ke suatu kedai.

Sebuah restoran makanan segera. Yang menjadi tempat pertemuan pertama antaranya dan Zureen. Kerana pertemuan merekalah yang menyebabkannya dan sepupu kesayangannya bertemu kembali. Kerana sebuah dompet kulit dan sekeping gambar.

Kini dirinya tertarik pula kepada gadis itu. Kerana gurauan yang menjadi kenyataan. Tidak dinafikan, Zureen mempunyai banyak keistimewaan berbanding anak-anak gadis di luar sana.

Sedang matanya ralit memerhati bahagian dalam restoran itu, tiba-tiba,...

Dum!

Seseorang melanggarnya. Luqman mengangkat mukanya lalu memerhati lelaki yang melanggarnya.

Sangat dikenali lelaki itu.

*

Haizi berjalan pantas kerana geram dan marah. Tiba-tiba ada seseorang melanggarnya lalu dirinya terjatuh. Lelaki itu merenungnya. Cuba diimbas kembali memori di mana pernah bertemu jejaka itu.

Luqman. Rakan sekolahnya. Mereka bersama-sama satu sekolah di pondok.

"Luqman?" soalnya.

"Haizi?"

"Tak sangka kita jumpa lagi... Ingat lepas habis sekolah dah tak jumpa dah..." kata Haizi kepada Luqman lalu mereka berjabat tangan.

"Haizi.... Kau kenapa? Macam marah je ni...." soal Luqman kepada Haizi.

"Tak lah... Girlfriend aku tu... Buat hal...." balas Haizi.

"Siapa girlfriend kau? Dia buat apa sampai kau marah macam ni?" soal Luqman lagi.

"Syad. Syadurra."

Membulat mata Luqman mendengar nama itu. Jangan tanyalah nama siapa.

"Kau kenapa Luqman? Macam lain macam je ni....." soal Haizi kehairanan meihat reaksi Luqman yang agak pelik.

"Eh taklah... Tak ada apa-apa...." balas Luqman. Nama yang sama. Tetapi tidak mungkin orang yang sama. Biasalah nama sama.

"Aku kecewa sebab dia langsung tak sayang aku... Aku tahu aku banyak buat dosa dulu.... Aku buat dosa besar Luqman.... Jadi aku nak nilah dengan dia... Semakin aku lewatkan semakin aku rasa berdosa.... Tak tahu nak letak muka ni kat mana.. Sampai nak sujud pun rasa malu...." luah Haizi.

"Tak apa Haizi... Semua orang ada buat kesilapan... Dan semua orang ada peluang untuk bertaubat.... Ingatlah, kesilapan lama bakal jadi rama-rama...." ujar Luqman sambil tersenyum untuk menenangkan sahabat lamanya itu.

"Ya... Tapi dia asyik cakap dia nakkkan sepupu dia je... Nama dia Luqman juga kot... Katanya sudah empat belas tahun tak berjumpa...."

Luqman tercengang. Syadurra yang dikatakan oleh Haizi ialah....

Syadurra yang itu?

Musuhnya sejak azali?

Ba... Bagaimana?...

"Luqman?"

"Eh, sorry Haizi. Fikiran ni sudah terbawa ke lain pula." Luqman menggelengkan kepalanya. Tak... Tak mungkin...

"Kau ke orangnya?...." Soalan itu membuatkan Luqman terdiam.

Luqman mengangguk perlahan. "Syadurra. Sepupu aku.. Kau buat apa dengan dia?"

"Kenapa? Kau masih sayangkan dia?" soal Haizi serius.

"Tak. Langsung tak. Dia tu annoying. Macam mana kau boleh suka dia pula?"

"Tak... Sebab aku... Pernah.... Letak.... Sesuatu.... Dalam... Minuman... Dia.... Masa tu zaman kejahilan aku... Aku terleka dengan dunia...." jawab Haizi lemah.

"Aku minta maaf.... Aku tak tahu.... Apa benda yang kau masukkan?" soal Luqman lagi.

"Da... Da... Dadah...." Haizi menerangkan segalanya kepada sahabatnya. Tidak mampu disimpan lagi walaupun terpaksa membuka pekungnya sendiri. "Boleh tak kau simpan rahsia ni... Aku tak nak sesiapa tahu."

Luqman mengangguk tanda faham. Rahsia ini besar. Tidak boleh diceritakan kepada sesiapa.

"Lagi satu Luqman, kau kenal tak ni siapa?" soal Haizi sambil menunjukkan beberapa keoing gambar. Luqman melihat gambar itu.

"Bakal isteri aku dan mak saudara aku? Lagi satu ni, siapa?...." Gambar itu ditenung lama. Sudah pasti dia mengenali setiap satu wajah yang berada di dalam gambar itu selain seorang gadis ini. Serupa wajahnya dengan Zureen.

"Bakal isteri?..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience