Bab 32

Family Series 8576

"Kau biar betul Luqman?" Imran terkejut mendengar mendengar penjelasan Luqman sebenatar tadi.

"Should I or... Should I not Im? Aku buntu...." ujar Luqman. Meluahkan perasaan yang terpendam kepada sepupunya.

"Hihi... Aku ni tumpang gembira cuma aku nak cakap, alam perkahwinan ini tak semudah yang disangka, Luqman. Segalanya penuh liku dan cabaran. Bukan seperti kau main kahwin-kahwin dengan si Durra tu...." balas Imran.

"Jangan sebut nama nama dia lagi!" Tegas Luqman. Begitu dalam perasaan marahnya kepada Nur Syadurra. Bukanlah benci jauh lagi menyimpan dendam, namun perasaan marah dan meluat itu masih ada.

"Maaf. Tak sangka kau masih benci dekat dia....." balas Imran bersalah.

"Tak mengapalah... 14 tahun pun dah berlalu... Hasil doa aku semasa kecil dahulu kini tertunai... Namun, dengan cara yang begini... Allah turut pisahkan kita..." ujar Luqman.

"Sebab Allah nak uji sekuat mana kesetiaan persahabatan dan keluarga kita dan sekuat mana kita mampu bertahan tanpa mereka di sisi..... Sekurang-kurangnya kau masih beruntung, Man..."

"Kenapa?" soal Luqman.

"Kau masih ada ibu dan ayah yang masih setia sayangkan kau dari kecil hinggalah kini...." jawab Imran.

"Kenapa? Kau masih ada mama dan abah kau...."

"Memang aku masih ada... Tetapi hidup aku dulu tak seindah sekarang... Kau pun sedia tahu, mama dan abah bercerai saat aku belum mengenal apa-apa, belum mengenal satu sen pun tentang dunia... Selepas itu mama dan abah berkahwin lain pula dan dapat anak sesama pasangan baru mereka. Walaupun abah tidak mengabaikan aku langsung apatah lagi membezakan anak antara isteri dan bekas isteri, aku rasa hidup aku dah mula lain. Tak seindah dulu. Tapi kak Syifa sentiasa ada untuk aku.... Sentiasa jadi peneman hidupku..."

Luqman hanya mendengar segala yang diluahkan sepupunya. Berat ujian itu. Lebih berat daripada dirinya....

"Memang dulunya aku benci semua anak-anak tiri mama dan abah seolah-olah mereka ini semua perampas bahagia kami berempat. Tetapi aku salah. Siapa pun mereka, mereka tetap adik beradik aku. Masa lampau takkan boleh diputar semula.... Zureen, aku pernah benci dia satu ketika dahulu tetapi sejak aku kenal dia, aku rasa lain. Zureen sangat humble, baik hati dan penuh sifat ingin tahu...."

Imran melepaskan keluhannya berat. Kesan luka masih terasa pedihnya. Luqman pula masih setia mendengar.

"14 tahun lalu, family reunion tu sangat bermakna bagiku. Sebab mama dan abah berjanji tak mahu bawa adik-adik tiri aku... Ibarat sebuah perjumpaan semula bagi mama dan abah. Hanya kita. Keluarga kita tanpa satu pun orang luar. Tapi aturan Allah itu maha sempurna.... Dia uji kita dengan kehilangan. Kehilangan dua benda. Kehilangan kasih dan nyawa....."

Khairiah yang berada di situ tersentuh mendengar luahan hati anaknya. Itukah perasaan sebenar anaknya? Kalau ia benar, dirinya benar-benar diselubungi rasa bersalah.

"Maafkan diriku, wahai anakku... Aku tak mampu jadi ibu yang baik untukmu......."

*

"Uwek! Uwek!" Suara bayi menangis. Anak Laura. Laura masih lena diulit mimpi. Aku cuba menenangkan bayi yang bernama Aiman itu tetapi biasalah, dia hanya mahukan ibunya.

Tidak sampai hati diriku mahu mengejut Laura. Laura demam. Lena betul tidurnya sehingga bayi menangis pun tidak tersedar.

"Laura....." Aku menggoyangkan badannya perlahan sambil menyeru namanya.

Ibu muda itu tersedar dari mimpinya. "Saya kat mana ni?..." soalnya kehairanan lalu memujuk anaknya yang sedang menangis itu. Tidak sampai seminit hilang segala bunyi tangisan bayi itu. Betapa hebatnya pujukan seorang ibu.

"Awak dekat rumah saya. Awak pengsan masa tengah berbual dengan abah....." jelasku.

"Kak... Macam mana kita nak jumpa orang yang dah pergi?... Laura rindu....." soalnya kepadaku.

"Entahlah. Orang yang dah pergi memang takkan kembali Laura... Laura janganlah sedih... Kesian dekat suami dalam kubur tu... Kalau Laura rindu, carilah Allah... Allah sentiasa ada dengan hamba-hambaNya..." balasku. Aku mengerti siapa 'orang' yang dimaksudkan.

Bukan mudah untuk melupakan, apatah lagi diambil dalam saat yang paling bahagia.

Benarlah kata orang memaafkan itu mudah tetapi melupakan itu susah... Sukar...

"Laura rasa seperti tak guna dah hidup... Laura hilang arah... Laura pernah rasa seperti mahu menamatkan sahaja riwayat sendiri......." luah Laura kepadaku.

"Janganlah macam tu... Laura tahu kan, bunuh diri itu satu dosa besar. Tak masuk syurga tahu tak... Kalau Laura pergi, siapa mahu jaga Aiman? Laura sanggup lihat Aiman membesar seperti Laura? Lagipun, suami Laura tentu tidak suka Laura hidup dalam keadaan begini... Sampai bila hendak sedih?...." Aku cuba memujuknya. Aku tahu, diriku juga bukan sekuat itu. Aku juga lemah.

"Terima kasih akak... Andai Laura pergi satu hari nanti, tolonglah jagakan Aiman......" pesannya padaku.

"Janganlah cakap macam tu... Tak baik...." Aku menepuk bahu Laura.

*

1001 cara untuk memikat hati wanita.

Buku setebal kamus dewan itu sudah dikhatamnya. 1001 itu cukup banyak, namun satu cara pun dirinya masih belum mampu melakukannya.

"Muhammad Luqman Al-Hafiz bin Radzi... Buat apa tu? Tak tidur lagi? Sudah pukul 12 malam tahu tak...." Tegur Zuraida apabila melihat anak terunanya masih belum ke alam mimpi.

"Kejap lagi ibu....." balas Luqman sambil memandang wajah ibunya.

Zuraida pula melihat buku tebal yang berada di atas meja belajar anaknya. Buku itu... Macam kenal....

"Buku siapa Man ambil tu?" soal Zuraida lagi.

"Errr... Man jumpa dekat bilik bacaan..." jawab Luqman tergagap-gagap. Kantoi.

"Kenapa Man baca buku ni? Best sangat ke?"

Sudah... Luqman buntu memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada ibunya. Nak jujur, macam terlalu awal pula...

"Ke.... Man nak cuba cara-cara ni?..." ujar Zuraida sambil tersengih nakal. Cuba membaca isi hati anak terunanya.

"Eh, tak lah....." balas Luqman. Jantungnya beedegup kencang. Betullah kata orang, ibu ini punya naluri yang hebat sehingga boleh bau apa sebenarnya yang berlaku.

"Iyalah tu... Cuba Man buka mukasurat pertama sekali..."

Luqman hanya menuruti arahan ibunya. Dibuka mukasurat pertama yang mengandungi beberapa baris perkataan.

I love you Luqman, Durra.

Terus dikoyakkan mukasurat pertama itu. Bengang sangat nampaknya. Zuraida pula sudah agak akan perbuatan anaknya.

"Sejak bila dia tulis ni ibu?" soal Luqman kepada ibunya.

"Man tak ingat siapa yang bagi buku ni?"

"Tak...."

"Arwah makngah Rokiah yang bagi...... Lepastu Durra contenglah..."

"Ooo.... Arwah makngah ke yang bagi....."

"Man, kenapa Man benci sangat dekat Durra?" soal Zuraida.

"Man tak benci.... Cuma... M.E.L.U.A.T dengan perangai dia....." jujur Luqman. "Oh, lagi satu... Man dah jumpa Im dan pakcik dan makcik."

"Apa?" Zuraida tercengang mendengar kata-kata anaknya. Namun di hatinya tidak henti-henti bersyukur kepada yang maha esa andai kata-kata anaknya itu benar.

"Ye betul ibu.... Diorang sebenarnya ada dekat dengan kita... Diorang dekat kampung je....." ujar Luqman.

"Dekat... Kampung?.. Diorang tak pindah langsung dari dulu?..." soal Zuraida betul-betul ingin tahu.

"Tak... Diorang duduk situ baru setahun lepas. Lagi satu, Im dah kahwin."

"Dah kahwin? Dengan siapa? Mudanya..."

"Betul ibu... Dengan Jannah. Ibu ingat lagi tak? Diorang dah dapat anak pun...."

"Biar betul ni? Boleh bawa ibu jumpa mereka?... Ibu pun rindu diorang...." pinta Zuraida.

"Boleh ibu... Esok kita pergi....."

Perbualan jam 12 malam itu diakhiri dengan indah. Esok hari mereka ada sebuah misi yang besar untuk menemukan kembali keluarga yang telah hilang ini tetapi Luqman punyai misi yang lebih besar daripada itu. Lampu dipadam dan semuanya lena dibawa ke alam mimpi....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience