Bab 35

Family Series 8576

Luqman membelek album gambar setebal tiga inci itu. Diselak satu persatu muka surat yang ada. Tujuannya hanya satu, demi mencari gambar-gambar 'dia' yang ada.

"Jumpa pun..." ujarnya sambil ketawa kecil. Alahai, comelnya sehingga tidak terkata. Gambar Zureen dan kakaknya semasa berumur tiga tahun dengan senyuman nampak gigi sambil memeluk patung beruang.

"Ini kalau hantar kat dia ni... Mesti dia marah... Hihihi..." Gambar itu ditangkap lalu dihantar kepada Zureen. Sengaja hendak buat dia marah.

Eh kejap, Zureen ada kakak? Tak pernah nampak pun kakaknya... Mungkin sedang di kolej agaknya....

Dengan secepat kilat, mesejnya dibalas.

*

"Kurang asam boi punya Luqman. Mana pula dia dapat gambar aku ni..." Omelku sendiri. Siapa lagi kalau bukan kerana Luqman. Tidak habis-habis mahu mengacau diriku.

Terus aku menekan emoji marah untuknya. Kacau betullah. Nak hidup pun tak senang!

Tiba-tiba dibalas emoji berbentuk hati pula. Hish, apalah masalah lelaki ni...

LUQMAN £#@?!#/#(@&) : Jangan marah! :)

ME: @)£(_(_()@_)&))_&##!!

LUQMAN £#@?!#/#(@&) : Jangan mencarut! :)

Aku geram. Geram betul. Kenapa dengan dia ni....

ME: Awak sebenarnya nak apa?

LUQMAN £#@?!#/#(@&) : Nothing :)

Eh eh dia ni kan..... Nak rasa kut penumbuk ni...... Suka sangat kacau aku. Tengah tidur pun kacau.

ME : Kenapa awak suka ganggu saya?

LUQMAN £#@?!#/#(@&) : Sebab saya sebenarnya.....

Aku menanti sahaja jawapannya. Kalau tentang dia sepupu Imran, aku sudah tahu.

Jadi, apa sebenarnya yang ingin dia beritahu padaku?...

"Zureen!" Mama memanggilku. Aku segera keluar dari rumah.

*

'Nak jujur ke taknak ni....' bisik Luqman kepada dirinya sendiri. Berkali-kali difikir untuk tidak berbuat keputusan yang terburu-buru.

Beri maksud tersirat dahulu....

ME : Awak sayang saya?

Tidak dibaca. Hanya dua tanda kecil berwarna kelabu sahaja yang kelihatan.

"Eh budak ni, boleh pulak dia tak online sekarang ni...." rungut Luqman.

"Luqman sayang buat apa tu?..." soal Zuraida apabila melihat anaknya sedang ralit dengan telefon pintarnya.

"Tak buat apa-apa, ibu..." jawab Luqman terkejut.

"Ye ke... Kenapa macam nak sorok sorok dari ibu je ni....."

"Tak ada apa-apalah ibu.... Man nak tanya, kalau kita dah suka dekat seseorang, apa langkah seterusnya yang perlu kita buat?" soal Luqman kepada ibunya.

"Kenapa tanya macam tu? Man ada suka dekat seseorang?" soal Zuraida pula.

"Errr.. Taklah...."

"Jangan nak menipulah. Ibu tahu. Habis tu buat apa baca buku pelik-pelik tengah malam, senyum sorang-sorang.... Kan... Mesti Man dah ada berkenan dengan seseorang kan...." Zuraida sebagai ibu lebih tahu tentang anaknya sehingga perkara begini pun boleh dihidu.

"Errr......"

"Sebenarnya betul kan? Ibu takkan marah. Kalau kamu nak kahwin pun, apa salahnya. Belajar dah habis, kerja pun ada... Jadi, apa salahnya nak bagi ibu timang cucu kan..." ujar Zuraida.

"Jadi, macam mana nak lamar anak dara orang?" soal Luqman. Serius.

"Emm... Sebelum tu, boleh ibu tahu siapa? Ibu pun nak tengoklah bakal menantu ibu....."

"Ibu dah pernah tengok dah dia....."

"Bila? Siapa?"

Luqman tersenyum. Mungkin masa inilah yang paling sesuai....

*

"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Aiman Izzhan, happy birthday to you...."

Bulan ogos.

Tujuh bulan sudah berlalu. Cepat sungguh kan masa berlalu hingga aku tidak menyedarinya. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Aiman Izzhan, anak Laura dan arwah suaminya. Laura sudah lama sembuh tetapi penyakitnya masih misteri.

"Tiup lilin tu sayang..."

Sebatang lilin kecil telah terpadam kerana ditiup oleh anak kecil itu. Maka bergembiralah kami sekeluarga menyambut hari lahir si comel itu... Yang pastinya, Aiman ada geng. Fahmi la tu... Aiman tua setahun sahaja daripada Fahmi.

Tentang aku dan Luqman, tiada apa yang perlu dirisaukan. Hubungan kami tidak lebih daripada sekadar kawan baik untuk meluahkan perasaan. Sejak aku memberi amaran, tiada lagi kedengaran 'gurau tidak kelakar' daripadanya.

Kadang terbit juga rasa kecewa apabila mendapat tahu semua itu hanyalah gurauan. Tetapi bukanlah aku terlalu kecewa. Aku pun sudah tidak berani untuk meletak sebuah harapan lagi. Berkali-kali dikecewakan membuatkan aku serik.

Aku faham dia perlukan tempat untuk meluahkan perasaannya selain daripada ibunya dan Imran. Tak mengapalah, asalkan menepati syarat-syaratku, aku tidak kisah. Syarat-syaratku mudah sahaja, jangan bergurau sensitif, jangan mesej atau call tengah malam dan jaga batas pergaulan. Mudah kan?

Semakin lama aku bersamanya sebagai kawan, semakin aku rasa dihargai. Aku rasa disayangi dan dikasihi walaupun aku hanya menumpang sahaja. Dalam hidupku inilah kali pertama aku mempunyai kawan lelaki yang agak rapat tetapi tidaklah terlalu rapat.

Dia Luqman. Sepupu kepada Imran dan Dilla. Sudah pastilah Dilla mengenalinya. Kata Dilla, Luqman ni penyayang, pemurah, baik hati dan ceria tetapi satu sahaja pantang larangnya.

Durra. Kakak kandung Dilla. Aku tidak pasti mengapa. Durra tidak pernah menceritakan padaku apatah lagi Luqman sendiri. Hanya itu yang diberitahu.

*

"Ibu, ibu rasa tindakan Man ni betul ke?" soal Luqman kepada ibunya.

"InshaAllah betul Man... Tapi janganlah lama-lama begini... Cepat-cepatlah masuk meminang kalau dah sayang... Nanti apa pula orang kata...." jawab Zuraida. Sejak tiga empat bulan ini, lain pula perangai anaknya. Melihat orang yang sedang dilayari perasaan yang bernama cinta, teringat pula kisah cinta lamanya bersama suaminya Radzi. Semuanya terlalu indah untuk diulang kembali sehingga membuat dirinya hanyut dibawa oleh arus masa lalu.

Kini ialah giliran anaknya untuk mencari bakal isterinya juga bakal menantunya. Gembiranya seorang ibu tidak terkata apabila mengetahui anaknya sudah terpikat kepada anak gadis. Dan anak gadis tersebut merupakan anak kepada kakak iparnya sendiri, Khairiah tetapi bukan anaknya bersama dengan abang iparnya tetapi bekas suaminya Alias. Terkejut juga dirinya apabila mengetahui Khairiah sudah berpisah dengan bekas suaminya yang juga ayah yang bakal menjadi wali kepada bakal menantunya jika anaknya Luqman akan meneruskan rancangannya.

Kerana fitnah. Sama seperti dirinya dan suaminya Radzi. Yang bezanya dia dan suaminya tidaklah sehingga bercerai. Cuma bergaduh besar dan tidak tinggal bersama lagi.

"Ibu.... Ibu tak rindu ayah ke?" soal Luqman. Zuraida terkejut disoal begitu. Lenyap segala lamunannya sebentar tadi. Ditenung wajah anaknya itu.

"Man rasa, ayah rindu kita tak?..."

"Mestilah rindu. Sudah dua tahun kita tak jumpa ayah... Kenapa ibu gaduh dengan ayah....."

Soalan yang ditanya Luqman seperti soalan kanak-kanak lima tahun. Jujur dan lurus bendul. Zuraida terdiam. Baginya, soal rumahtangganya tidak perlulah diceritakan kepada anaknya agar tidak menganggu pelajaran anaknya semasa dahulu.

"Ayah sebenarnya sayang dengan kita... Cuma dia pergi jauh untuk melihat kita bahagia....." Hanya itu yang mampu diungkapkan dengan kata. Hakikatnya, diri sendiri masih tertanya-tanya bilakah suaminya akan pulang.

*

Majlis makan-makan kecil sudahpun selesai. Aku adalah menjemput Luqman tetapi dia tidak hadir. Sebenarnya sudah dua minggu lebih kami tidak berjumpa. Kadang terbit rasa risau di hatiku. Mesej pun hanya dibaca tetapi tidak dibalas.

Kadang aku rasa sunyi tanpa ditemani dia. Jujur. Tetapi tidak bermakna aku menyayangi atau mencintai dia. Kalau sayang pun, hanya sekadar sebagai seorang kawan. Tidak mungkin akan lebih daripada itu.

Aku mungkin jarang disayangi oleh seorang lelaki. Papa aku? Sampai sekarang batang hidungnya tidka kelihatan lagi. Kadang aku cemburu melihat Laura dilayani begitu manja oleh abah walaupun sudah bergelar emak orang.

Tetapi, apa yang perlu aku cemburu? Cuba bayangkan diriku di tempat Aiman. Ayahnya sudah pergi meninggalkannya sejak berada di dalam rahim lagi.

Kerana itu takdir yang telah ditentukan sejak azali lagi.

***From Deena***

Assalamualaikum awak semua yang sudi baca sehingga kini... Amacam? Jadi tak jadi father's day special ni? Kalau ikutkan memang penat sangat baru sampai dari kampung tapi gagahkan juga hihi... (Maaf untuk bab 35 ni ayat agak berterabur sedikit)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience