Bab 17

Family Series 8576

"Awak... Terima kasih..." hanya itu yang mampu diucapkan oleh Khairiah kepada bekas suaminya. Tak boleh lebih-lebih, nanti apa pula orang kata. Apapun, dia masih tetap isteri orang.

"Tolonglah sayangi Imran... Itu je yang saya minta sebagai balasan. 12 tahun Imran hidup tanpa kasih seorang ibu... Sepanjang bersekolah pun selalu kena ejek anak yatim.. Tinggal 15 hari sahaja lagi, dia dah nak...." Tidak sempat Ramli menghabiskan kata-katanya, Khairiah terlebih dahulu menyampuk.

"Tolonglah... Saya buat ada sebab.... Saya minta maaf...." ujar Khairiah.

"Sebab apa? Lagi satu, macam mana awak boleh kena culik?" soal Ramli kepada Khairiah. Dua soalan yang berbeza, namun jawapannya sama.

"Saya pun tak tahu..... Awak boleh tolong saya, selamatkan tiga orang tu... Diorang tu madu tiga. Dapat suami tak guna... Kesian diorang...." Khairiah cuba mengubah topik bagi mengelakkan dirinya ditanya soalan itu.

"Kenapa dengan diorang?" soal Ramli.

"Tolonglah selamatkan diorang dari dunia ni...."

"Dunia apa?"

Laura, Nafisya dan Ilyana berjalan menuju ke dua orang yang sedang bersembang itu. Khairiah dan lelaki yang tidak dikenali siapa. Mungkin suaminya.

"Ha, ni pun diorang.... Nama dia Laura, Nafisya, dengan Ilyana...."

"Laura?" Mata Ramli memandang wajah gadis itu. Terasa seperti dikenali. "Sofia......"

Laura terkejut disebutnya nama 'Sofia'. Itulah nama ibu kandungnya seperti yang diberitahu oleh ibu bapa angkatnya yang kini telah membuangnya. Adakah lelaki ini mengenali ibunya? Atau hanya kebetulan sahaja..

"En... Encik... Ni... Kenal ibu saya ke?" tanya Laura dengan takut-takut. Dia harus memberanikan dirinya.

"Siapa kamu ni? Apa nama penuh?" soal Ramli kepada Laura.

"Errr....." Laura serba salah. Dia yang mulakan dulu.

"Tak apa Laura. Jawab jelah..." Khairiah meyakinkan Laura supaya menjawab soalan Ramli.

"Nur Laura Dania binti Ramli..." jawab Laura perlahan.

Mendengar jawapan tersebut, mata Ramli terbeliak. Kejap-kejap, betul ke ni?...

*

"Kenapa kau panggil aku datang?" soal Aulia padaku. Hatiku tengah resah. Kakak Zehra tiada, papa outstation di luar negara, mama pula entah kemana. Dari siang tadi tak muncul-muncul lagi. Kata hendak beli barang dapur sekejap sahaja, tetapi lama pula.

"Aku risaulah. Kak Zehra dengan mama tak balik-balik lagi... Aku takut jadi apa-apa...." luahku pada Aulia dengan berharap sahabatku akan memahami. Pasal Dilla, jangan ceritalah. Segala call semua tak dijawab.

"Biasalah... Mungkin mama kau pergi shopping agaknya..." balas Laura.

"Kalau pergi shopping, takkanlah lama sangat... Dari pagi sampai dah pukul empat tak balik-balik lagi... Kak Zehra pun sama." Aku memberitahu perasaan risauku pada Aulia. "Lagi satu, aku call banyak kali tak angkat... Aku risau jadi apa-apa kat diorang...."

"Ye ke? Habistu sekarang kita nak buat apa? Nak cari ke?" soal Aulia kepadaku. Takkanlah mahu cari kot? Bandar ni luas. Kalau mama ada kat sini pun tak mungkin dapat jumpa.

"Takkan nak cari kot? Agak-agaklah... Aku pun tak tahu. Aku rasa macam mama dalam bahaya...."

"Sabar Zureen. Jangan bersangka buruk... Kejap lagi mama balik lah tu...." Aulia cuba menenangkan diriku. Tetapi benar, memang aku punyai naluri. Nak kata naluri keibuan, eh, tak mungkin. Nak kata naluri keanakan, tak pernah wujud pula perkataan itu. Apa-apa jelah!

"Pelik lah hari ni... Kenapa dengan Dilla tu? Macam ada sesuatu tak kena.. Dari tahun lepas lagi berlaku semua benda-benda pelik ni. Semuanya bermula semasa Ustaz Imran tu tanya nama aku..." ujarku.

"Entahlah. Kau jangan marah tau bila aku cakap..."

"Cakaplah. Belum cakap lagi mana tahu aku nak marah?"

"Aku rasa la... Baik kau tanya mama dan Ustaz Imran sendiri, apa sebenarnya kaitan semua benda ni. Ini semua demi kau. Aku sebagai sahabat, tak sanggup tengok sahabat sendiri macam ni..." kata Aulia jujur.

"Kenapa?..." soalku. Pertama kali aku melihat Aulia benar-benar serius dan tegas.

"Sebab... Kau lain... Aku rasa macam kawan dengan manusia lain... Kau dah tak macam dulu. Kau selalu sangat serius. Kau selalu tiada perasaan, bimbang, kecewa..." kata Aulia tegas.

"Kenapa kau cakap macam tu Aulia?" Aku benar-benar tersentak mendengar kata-kata Aulia. Memang aku sedari, sejak semua ini berlaku, persahabatan ini macam sedikit kurang. Bukanlah renggang, namun ada sesuatu yang hilang.

"Carilah keyakinan diri kau semula, Zureen...."

"Maksud kau Aulia?..."

"Please.... Itu je yang aku minta.. Aku sayangkan persahabatan kita.. Aku taknak persahabatan kita musnah disebabkan semua ini...." balas Aulia lalu berlalu pergi meninggalkan aku sendiri.

Aku tak faham. Apa sebenarnya yang Aulia maksudkan?... Aku menutup pintu rumahku lalu masuk ke dalam bilik.

Air mataku mengalir bak hujan lebat. Aku tak faham mengapa semua ini terjadi. Kenapa aku rasa seperti semua orang sedang berahsia denganku? Aku rasa bagaikan aku seorang sahaja yang masih belum tahu.

Jiwaku terasa kosong. Hari ini aku menyendiri. Tiada lagi keluarga, tiada lagi sahabat yang setia menolongku. Aku sunyi.

"Assalamualaikum..." suara seseorang memberi salam. Suara mama. Aku terus membuka pintu. Rindu pada mamaku.

"Waalaikumussalam... Mama...." Aku terus memeluk tubuh mamaku. Air mataku masih belum berhenti mengalir.

"Kenapa ni sayang?..." soal mama lembut sambil mengusap kepalaku. Rupanya ada lagi manusia yang masih menyayangiku...

"Tak ada apa-apa mama....." jawabku. Ingin sahaja aku memaksa mama jujur namun hatiku masih berkata tidak.

Tetapi, sampai bila aku perlu tangguh? Sampai bila? Sampai bila-bila?

"Ada sesuatu yang adik perlu tahu......." kata mama kepadaku. Ayat itu tergantung. Aku harap ianya tentang itu. Tolonglah....

"Apa mama?.." soalku lembut.

"Sebenarnya adik dan kakak ada......" Tidak sempat mama menghabiskan kata-katanya, kak Zehra muncul dari belakang. "Ya Allah Zehra kenapa ni?"

Pertanyaan itu tidak dijawab. Kak Zehra hanya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Tidak tahu mengapa.

"Bagitahu mama, apa yang sudah jadi?" soal mama kepada kak Zehra. Kak Zehra bukan menangis kesedihan, tetapi seperti menangis ketakutan.

Senyap. Tiada jawapan.

"Kakak.... Jujur dengan mama...."

Aku melihat pakaian yang dipakai oleh kak Zehra. Baju dan seluarnya sedikit terkoyak.

"Ada orang buat kakak?"

Kak Zehra hanya menggeleng. Kakak macam menyembunyikan sesuatu daripada kami berdua. Mama dan diriku.

"Jangan tipu mama. Mama tahu."

"A.. Afiq...." Satu perkataan sahaja yang keluar daripada mulut kak Zehra. Afiq. Siapa Afiq? Apa yang telah dibuatnya pada kakakku?

"Siapa Afiq?" soal mama tegas.

Kakak Zehra masih menangis. Aku tak tahulah mengapa.

"Apa yang dia dah buat dekat kakak? Cerita dekat mama sekarang!"

"Kakak minta ampun mama......" Kak Zehra terus memegang kaki mama. Dah kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience