Bab 39

Family Series 8576

Sudah hampir tiga bulan aku bergelar tunangan orang. Ini bermakna lebih kurang sebulan lagi kami akan berkahwin.

Hari ini kami keluar berdua bagi menyelesaikan urusan majlis perkahwinan kami yang bakal berlangsung lebih kurang sebulan lagi. Macam biasalah, aku kena fitting baju, dan banyak lagilah.

Kami berdua tiba di sebuah butik pengantin. Butik pengantin yang sama dengan Imran dan kak Jannah semasa mereka berkahwin tahun lalu.

Kami berdua melangkah masuk ke dalam.

Kelihatan sepasang baju pengantin songket berwarna hijau zamrud dipakaikan pada patung model. Baju itu aku sangat kenal. Pastilah baju persandingan Imran dan kak Jannah. Masih ada sehingga kini.

"Ha, awak nak baju macam tu ke? Lama tenung tu..."

"Hmm.. Boleh je. Tapi takkanlah nak yang sama. Nanti apa pula orang kata...." balasku.

"Apa salahnya... Tapi kita ambil yang 'advance' sikit..." kata Luqman kepadaku.

"Advance? Apa tu?" soalku kehairanan.

"Kalau baju macam ni, cuma baju kebaya biasa kan... Awak bolehlah ambil baju kebaya mermaid ke... Banyak lagi pilihan... Asalkan menutup aurat..." jawabnya. Pelik aku. Selalunya orang lelaki memang malas hendak ambil tahu tentang semua ini. Aku sendiri pun tidak tahu... Mermaid? Apa tu? Yang aku tahu hanyalah baju kurung Kedah, baju kurung Pahang, baju kurung Johor dan baju kebaya je.

"Mermaid? Apa tu?" soalku lagi.

"Mermaid tu maksudnya dress yang kembang di bahagian lutut hingga ke kaki. Macam ni." terang Luqman sambil menunjukkan beberapa pasang baju 'mermaid' kepadaku. Pelayan butik itu pun tersenyum kerana tidak perlu lagi dia menerangkan kepadaku yang jahil tentang bab-bab begini.

"Ooo.. Ni cantik..." Kataku sambil menunjukkan sepasang baju pengantin songket berwarna nude.

"Hmmm... Tak sama warnalah dengan depa...." ujar Luqman mengada-ngada. Sama seperti tempoh hari di kedai kad kahwin.

*flashback*

"Encik dan cik nak design yang readymade atau custom?" soal pelayan kedai itu kepada kami.

"Saya nak custom." Tidak sempat aku menjawab tetapi Luqman menjawab dulu. Luqman meminta agar designnya seperti kad yang bercerai-berai.

Sama seperti kad kahwin Imran dan Jannah yang aku koyakkan. Hebat kan?

*End flashback*

"Tapi saya suka warna ni... Cantik..." balasku.

"Kalau macam tu saya ikut awak jelah..."

*

1 Januari. Tahun baru dan hari yang bakal menjadi hari bersejarah buatku.

Sebenarnya lagi 18 hari sahaja aku bakal menginjak 20 tahun tetapi tidak mengapalah. Di sijil nikah pasti tertulis 19 tahun. Aduhai tidak mengapalah....

Seperti biasalah, yang menyiapkan aku ialah Laura yang menjadi tukang solek tidak berbayar kepadaku. Aku mengenakan sepasang baju kurung berasaskan chiffon berwarna krim dengan tambahan jahitan beberapa biji manik dan lace. Tudung pula tudung shawl berwarna krim serta veil labuh yang menutupi wajahku serta digandingkan dengan tiara kecil yang menjadi perhiasan kepala.

Aku masih belum pasti benar atau tidak keputusan yang aku buat. Aku masih teragak-agak walaupun sudah tiba masanya.

Entahlah. Aku melepaskan nafas berat.

"Zureen...." Mama memasuki bilik pengantinku lalu duduk di tepi katil bersebelahan denganku. Aku lihat mama sebak. Aku pun turut sebak juga.

"Mama....." Aku cuba menahan air mataku daripada jatuh. Tidak elok jika aku menangis... Nanti kelihatan sembap pula.

"Nanti adik jadi isteri yang baik ya... Jangan lawan cakap suami.... Jangan jadi macam mama... Mama jahil....."

Aku memeluk mamaku. Sebak aku mendengar ucapannya. "Janganlah cakap macam tu mama......" kataku sambil tersenyum.

Air mata mama menitis membasahi tudungku. Ibu mana yang tidak sedih untuk melepaskan anak kandungnya sendiri. Sama seperti papa. Hari ini papa datang ke majlis nikahku untuk menjadi waliku. Macam mana boleh jumpa papa? Entah. Aku pun tidak tahu. Katanya kawan Luqman yang uruskan.

Aku tahu papa sebenarnya mahu rujuk mama kembali. Tetapi apakan daya, sudah terlambat. Aku sayang papa tetapi biarlah ia menjadi pengajaran buat papa.

*

Perlahan-lahan aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu rumahku. Pengantin lelaki sudah pun berada di situ. Luqman memandangku sambil tersenyum. Aku malu. Aku memegang erat tangan aunty Aida semasa di pelamin.

Setelah selesai khutbah nikah dan beberapa soalan lain, tiba masanya untuk memulakan upacara akad nikah. Aku berdebar-debar. Gugup sangat.

"Bismillahirrahmanirrahim.... Muhammad Luqman bin Radzi......." tok kadi itu memulakan bicara.

"Saya...." jawab Luqman. Aku hanya memerhati dan mendengari bicara mereka. Aku tahu sebentar lagi statusku bakal berubah......

"Aku nikahkan dikau dengan Zureen Maisara binti Alias berwalikan bapanya kepadaku dengan maskahwinnya lima ratus ringgit tunai.........."

Luqman menarik nafas sedalam-dalamnya. Debar di dada jangan katalah. Tidak berhenti seketika pun.

"Aku terima nikahnya Zureen Maisara binti Alias dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai......."

"Sah?"

"Sah." jawab beberapa orang saksi sambil mengangguk. Alhamdulillah... Semua orang menarik nafas lega termasukku. Dengan sekali lafaz, aku telahpun sah menjadi isteri Muhammad Luqman bin Radzi.

Ya Allah.....

Selesai bacaan lafaz taklik, Luqman datang kepadaku untuk menyarungkan cincin. Aku merenung anak matanya.

Dia suamiku yang sah.

Dia mencium dahiku. Dia mencium dahiku buat kali pertama. Ya Allah....

Jurukamera pula sibuk mengambil gambar kami berdua. Aku malu dicium begini meskipun hanya pada dahi kerana ramai tetamu yang memerhati termasuk sahabat-sahabatku Aulia dan Dilla.

Aku menutup mata. Inilah detik paling terindah bagiku. Terima kasih Ya Allah.......

Terima kasih kerana memberiku anugerah terindah ini....

Aku berjanji, aku akan menjadi isteri yang terbaik buatmu, abang Luqman.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience