Bab 7

Family Series 8576

"Im?" tegur Ramli dari belakang. Kenapalah dengan anak terunanya ini... Asyik termenung, sambil tersenyum. Macam orang angau lah. Angau dekat Jannah ke?..

"Eh, abah... Im termenung jauh tadi..." jawab Imran. Huh, nasib baik tidak bocor rahsia. Mengakui, perempuan tu memang cantik belaka.

"Ye ke termenung jauh... Entah-entah ingat dekat Jannah tu. Macamlah abah tak tahu..." Aduhai, kantoi lah Imran. Kalau suka, cakap jelah suka. Tak perlulah berselindung. Esok dah dikebas orang, nanti siapa yang kecewa...

"Err... Mungkinlah. Dia cantik kan?" tanya Imran kepada Ramli. Jujur.

"Cantik, cantik sangat. Kalau suka, cakap. Kita masuk meminang. Makcik Asmah pun dah bagi lampu hijau kan..." Amboi, gembiranya si ayah jika menegetahui si anak sudah berkenan pada anak gadis orang...

"Sukanya abah. Im yang nak kahwin ke, abah yang nak kahwin?" tanya Imran. Alamak, tersebut pula perkataan 'kahwin' tu. Kantoi lah kau Imran...

"Maksudnya, Im memang suka lah kat Jannah tu?" soal Ramli kepada anaknya. Kali ini bunyinya serius.

Imran terdiam. Jawapannya, mestilah suka. Tapi, malulah kalau nak cakap dengan makcik Asmah dan pakcik Husin. Nanti terkejut pula diorang.

Lagipun, ini baru sehari tau. Takkan dah jatuh hati kut?

"Diam tu tandanya suka lah tu kan?..."

Senyap. Tiada jawapan. Imran mendongak ke langit. Nak jujur ke tak ni?...

"Kan?..."

"Assalamualaikum!" Suara orang memberi salam memecah kesepian. Imran yang sedang mendongak ke langit terus memandang gadis yang berada di hadapannya itu.

"Waalaikumussalam. Hai awak..." sapa Imran.

"Apa awak awak! Ingat aku ni awek kau?" Harap sahaja bertudung litup tetapi perangai mengalahkan lelaki. Ah, tak kisahlah. Itulah yang membuatkan dia lebih suka pada gadis itu.

"Terima kasih. Ok, bye-bye. I love you!" Imran sempat lagi memberi flying kiss kepada Jannah. Perempuan itu sungguh cantik menawan. Pertama kali dia menyebut perkataan tersebut kepada seorang perempuan. Ianya ikhlas datangnya dari hati!

"Takde maknanya!" Jannah sempat membalas sambil berlari ke rumahnya. Mungkin takut berhadapan dengan lelaki yang berkata 'I love you' ini.

Akhirnya sampai juga ke rumahnya. 'Hish, menakutkan lah lelaki tadi tu.' bisik hati Jannah. Kalau betullah Imran itu benar-benar ikhlas meluahkan perasaannya, apalah salahnya jika dia membalas cinta itu?

"Imran... I love you too...."

Tanpa disedari ada yang mendengar perkataan yang diucapkan oleh Jannah. Makcik Asmah.

"Ha, cakap apa tu? Ibu dah dengar dah pun." Gulp. Jannah menelan liur. Rasa hendak tarik balik sahaja perkataan yang disebut itu. "Kan ibu dah cakap, korang berdua ni memang suka sama suka.. Kalau dah suka, mengakulah. Ibu okey je kalau kamu nak kahwin dengan si Imran tu. Hensem pun hensem, perangai pun elok. Hormat orang tua."

Apa? Kahwin? Tidak, dia belum bersedia lagi untuk ketahap itu. Kenal pun baru sehari, ada hati nak kahwin. Eh, tak. Bukan baru kenal harini. Dah lama dah. Dari kecil lagi. Cuma tak serapat ini. Yelah, dulu Imran tu ada ramai sepupu-sepupu perempuan. Sekarang, satu pun tak muncul sejak kemalangan maut yang mengorbankan ramai nyawa termasuk kak Syifa. Tetapi, bukan semua yang dijemput ilahi pada hari itu. Jadi, ke mana perginya mereka?

*

"Astaghfirullah..." Aku beristighfar. Suasana masih gelap. Aku melihat ke tingkap. Malam yang sepi. Pemandangan dari tingkat 2. Aku tersedar kerana mimpi buruk. Aku bermimpi Ustaz Imran akan berkahwin. Bukan dengan kak Zehra, tetapi perempuan lain.

Aku tak boleh tidur apabila mengenangkannya. Bertenang, ini cuma satu mimpi. Mainan tidur. Tetapi, kalau ianya benar, macam mana?..

Aku menekan suis lampu bilikku. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Disaat semua orang masih dibuai mimpi, aku pula menuju ke bilik air untuk menunaikan solat isyak yang belum ku tunaikan lagi semalam dan beberapa solat-solat sunat. Tak apa, esok hari Ahad, tak sekolah.

Aku membentang sejadah ke arah kiblat. Usai solat, aku memandang rak buku yang besar di tepi katilku. Bermacam jenis buku ada. Tetapi ada satu naskhah yang membuatkan aku tertarik. Berkulit hijau dan bercorak emas.

"Ya Allah, lamanya aku tinggalkan kitab-Mu ini...."

Aku terus mengambil nashkah Alquran tersebut lalu meletakkannya di dadaku. Sudah berhabuk.

"Bismillahirrahmanirrahim...." Aku memulakan bacaan. Air mataku tiba-tiba menitis. Tidak pasti mengapa. Terkenang semula dosa-dosa lalu. Ya Allah, izinkan hamba-Mu yang kerdil ini bertaubat.....

*

Imran berjalan ke halaman belakang rumah untuk ke bilik mandi di belakang rumah. Segar betul udara di kampung ini. Tak seperti di bandar, penuh dengan pencemaran udara.

Kriuk....

Imran menolak pintu kayu lama itu lalu melangkah masuk ke dalamnya. Bilik air ini sudah lama ditinggalkan tetapi airnya ada lagi. Airnya berasal dari perigi yang digali pada masa dahulu yang masih ada airnya sehingga kini.

"Sejuk!!!!" Imran menjerit kesejukan. Sudah lama dia tidak dapat menikmati kesejukan mandi air perigi. Teringat kembali memori manis bersama sepupu-sepupunya sewaktu kecil dahulu.

*flashback*

"Ibu, nak mandi dengan Luqman dengan Imran!" pinta Syadurra atau nama panggilannya Durra, sepupu mereka.

Belum sempat Rokiah menegur anaknya, Syifa terlebih dahulu menegur sepupunya itu. "Kau ni Durra, tak malu ke? Dah sebelas tahun bukannya kecil lagi nak mandi dengan lelaki."

"Kenapa nak malu? Adik Luqman tu kan adik Durra jugak?" soal Durra kepada Syifa. Luqman dan Imran yang berumur sembilan tahun menggeleng melihat perangai kakak sepupunya yang tidak tahu malu itu.

"Bye kak Syifa dan kak Durra, kitorang mandi dulu..." Luqman dan Imran melambai tangan mereka kepada dua orang anak dara itu.

"Alaa... Ibu... Nak ikut!!!" Durra merengek. Rokiah menggeleng melihat keletah anaknya itu. Si Durra ni yang melebih-lebih. Adiknya Syadilla yang baru berusia empat tahun pun tak banyak meragam. Kalau benda lain tu tak apa, ini nak mandi dengan lelaki. Pelik betul permintaan si anak. Tahulah Durra rapat dengan Luqman tu, tetapi janganlah melampau.

"Tak boleh. Durra mandilah dengan Syifa, adik Dilla. Diorang kan ada... Kenapa nak mandi dengan Luqman jugak?" Rokiah serba salah. Patutkah dia simpan sahaja atau beritahu anaknya yang hampir meningkat remaja itu tentang akil baligh?

Inilah kesilapan ibu bapa baik zaman dulu atau zaman sekarang. Tak pandai nak mendidik anak sendiri. Esok dah jadi liar baru nak menyesal.

"Kenapa tak boleh?" tanya Durra.

Kali ini Rokiah perlu jujur dengan anaknya sendiri. Takkan mahu simpan sampai bila-bila. Sebagai ibu, tanggungjawabnya untuk mendidik anak. "Macam nilah. Durra pernah dengar tentang akil baligh?"

"Pernah." jawab Durra sambil mengangguk. Rokiah menerangkan segalanya dari awal hingga ke akhir. Luqman dan Imran turut menadah telinga mencuri-curi dengar. Dari situlah dia mendapat tahu segalanya termasuk batasan lelaki dan perempuan.

*flashback tamat*

"Luqman, Luqman. Mana kau pergi Luqman? Aku cari kau tak jumpa. Aku rindu kau... Kalau kaunak lari dari Durra gila tu sekalipun, janganlah lari dari aku. Aku sayang kau dunia akhirat Luqman...." Kata Imran kepada dirinya sendiri dengan berharap Luqman akan mendengari. Tetapi hajatnya tidak kesampaian. Mana mungkin Luqman yang berada jauh dari matanya itu akan mendengar rintihan hati si sepupu yang bernama Imran ini...

Kriuk...

Imran membuka pintu bilik mandi usang itu dari dalam. Seorang perempuan betul-betul berada di hadapannya sedang memetik sesuatu dari pokok. Ingin sahaja dia menjerit ahh kerana terkejut namun masih perlu menjaga kemachoannnya sebagai lelaki sejati.

"A.. Awak... Mengendap saya?...." Hish, nasib baik dia memakai pakaian dalam sewaktu mandi tadi. Kalau tak, kahwin free lah kau dibuatnya. Kau dah mencemari kesuciannya sebagai teruna!

"Eh, tak payah nak perasan sangat. Ibu suruh petik daun kari je. Memang dari dulu lagi keluarga aku petik daun kari belakang rumah kau. Arwah nenek kau yang suruh. Lagipun, rumah ni kan dah lama tak ada orang tinggal, jadi daripada daun kari ni terbuang je, baik aku ambil." Kata Jannah kepada Imran. Teruk sangat ke sampai dilabel 'pengendap'. Kalau ye pun, mana ada orang perempuan mengendap orang lelaki mandi?

"Ooo, terkejut saya..... Maaflah..." Kata Imran mesra. Di dalam fikirannya terlupa segala masalah yang melanda akibat dilamun cinta dengan perempuan yang bernama Jannah ini.

"Apa maaf-maaf? Dahlah, pergi masuk rumah. Tak malu! Lagi satu, nanti ibu aku bagi lauk. Tak payah beli." marah Jannah dalam nada bergurau. Sebenarnya sayang juga dia pada lelaki itu.

"Beli? Awak ingat, sebab saya lelaki, saya tak pandai masak ke?" Disebalik serius lelaki ini, ada juga perasaan cinta normal yang akan hadir kepada semua orang.

"Iyalah! Kalau awak tak pandai buat kerja rumah, jangan harap nak masuk meminang saya!" jerit Jannah. Kejap, awak? Saya? What? Sejak bila perkataan itu muncul?

"Saya pandailah. Jadi saya bolehlah masuk meminang awak?" Hati Imran sudah berbunga-bunga. Tak sabarnya menanti detik bahagianya dengan Jannah. "Kalau macam tu, biar saya nyanyikan lagu untuk awak."

"Lagu apa?" tanya Jannah kepada Imran.

"Kali pertama... Ku bertentang mata.... Kali kedua, ku memendam rasa kepadanya.... Kali ketiga... Ku rindu padanya... Kali keempat... Aku jatuh cinta....."

"Siang dan malam... Ku terbayang bayang... Hati tak tenang... Asyik memikirkan kau seorang. Mandi tak basah.. Tidurku tak lena... Kerna kau saja... Gadis yang ku puja...."

"Wah, sedap betul suara dia. Macam mana dia boleh tahu lagu kegemaranku pula? Kalau suara sedap ni, baca Alquran pun mesti sedap kan?...' bisik hati Jannah.

Imran menyambung lagi nyanyiannya. "Oh baby oh sayang oh kasih, sungguh aku cinta kamu... Oh kasih oh baby oh sayang, sungguh aku sayang kamu..."

"I LOVE YOU aku sayang kamu, I MISS YOU aku rindu kamu, I hate you jangan benci aku, cinta kasihku hanya untukmu....." Sengaja ditekan perkataan 'I love you' dan 'I miss you' bagi menyatakan perasaannya yang sebenar pada Jannah.

"Dah agak dah...." Tanpa mereka berdua sedari ada tiga orang di belakang mereka iaitu Ramli, makcik Asmah dan pakcik Husin.

Malunya. Terkantoi pula dah.

"Imran suka ke dekat Jannah? Kalau suka, eloklah dipercepatkan. Jom cari cincin."

Imran terpinga-pinga. Cincin?...

***from Ardeena Safiyya***
Siapa ternyanyi kita geng! XD
Tajuk lagu : I love you I miss you Ukays

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience