Bab 27

Family Series 8576

"Zureen. Mama ada sesuatu hendak beritahu.." ujar mama lembut. "Zureen tahu tak Imran tu abang Zureen..."

Bagus. Mama jujur. Maksudnya betullah apa yang aku jumpa.

"Sebelum ni, mama pernah berkahwin dan dapat dua anak dengan suami lama mama. Imran dan Syifa."

Aku terdiam. Tiada sebarang komen. Mendengar sahaja apa yang mama akan cakap.

"Zureen tahu kan, Zureen tak boleh kahwin dengan dia?" kata mama sambil ketawa kecil. Ish, orang tengah serius mama boleh ketawa pula.

"Makcik... Tolong carikan kak Durra... Dilla nak sangat jumpa dengan dia...." rayu Dilla kepada mamaku.

"Insha-Allah Dilla...." jawab mama lembut.

"Assalamualaikum!" suara memberi salam kedengaran dari luar rumah. Perbualan kami bertiga terhenti.

"Waalaikumussalam..." Mama membuka pintu lalu menjemput papa masuk. Kelihatan papa membawa seorang perempuan muda. Cantik. Siap berpegang tangan pula tu.

Mama? Sudah pastilah cemburu. Melihat anak matanya pun sudah tahu. Tak mungkin perempuan itu ahli keluarga papa. Kalau ahli keluarga sekalipun, tak mungkin berpegangan tangan seperti orang baru kahwin. Melekat.

Orang baru kahwin?..

"A.. Abang... Siapa perempuan tu..." soal mama dengan suara yang terketar-ketar. Cemburu. Aku faham perasaan mama. Cemburu ini bukanlah cemburu antara kekasih, tetapi cemburu suami isteri.

"Isteri baru akulah!" jawab papa kasar. Kami bertiga tersentak. Isteri baru. Tepat sekali sangkaanku. Air mata mama menitis menahan peritnya sakit ini.

"Siapa dia? Bila masa abang nikah lagi?" soal mama sambil menangis. Kami bertiga berpelukan. Aku, Dilla dan mama.

"Di Thailand. Seminggu lalu. Khairiah binti Yusuf, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Ya Allah.

Papa sudah ceraikan mama?

Serius lah?

Papa dan mama bukan lagi suami isteri?...

"A... Abang... Kenapa abang.... Kenapa..." Air mataku juga menitis. Aku tertanya-tanya soalan yang sama. Mengapa? Mengapa segalanya terjadi? Mengapa segalanya terlalu cepat berlaku. Mengapa papa melakukan tindakan yang terburu-buru? Sebelum ini tiada tanda-tanda langsung papa main kayu tiga.

"Kenapa? Ni apa?" Papa menujukkan beberapa gambar daripada telefon pintarnya. Gambar mama dan seorang lelaki. Bukan satu, tetapi banyak. Dalam belas-belas begitulah.

Lelaki itu... Lelaki itu ialah...

Aku mengambil album yang masih dipegang mama lalu menyelak satu persatu mukasurat yang ada. Helaian kedua. Gambar perkahwinan mama dan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dan lelaki itu ialah...

Lelaki yang sama dalam dua gambar ini.

Pelbagai persoalan pelik mula muncul di mindaku. Aku ni, anak siapa sebenarnya... Anak papa, atau anak lelaki ini?... Kalau lelaki ini ialah bapaku, sudah pastilah di kad pengenalan tertulis namanya. Tetapi tidak. Aku dibintikan dengan papa.

"Abang... Tolonglah... Dengar penjelasan saya dulu...." mama merayu kepada papa. Aku dan Dilla hanya boleh memerhati sahaja drama ini. Ini bukan drama. Ini realiti. Papa dan mama...

Bukan lagi suami isteri. Bukan lagi.

Papa masuk ke dalam bilik untuk mengambil barang-barangnya lalu keluar dengan sebuah beg yang besar bersama dengan perempuan yang dibawanya. Berpegangan tangan.

Pada hari ini, aku dapat menyaksikan sendiri perpisahan mama dan papaku. Sedih. Hanya kerana fitnah. Hanya kerana beberapa keping gambar.

Pada hari ini, aku sudahpun mencapai usia 18 tahun. Aku telah mencapai usia dewasa. Namun perasaan kecewa dan sedih itu tetap ada. Mama dan papa, yang mendidik dan mengasuhku dengan penuh kasih sayang, yang menjagaku bagai menatang minyak yang penuh sudah berpisah.

Satu-satu semua orang meninggalkan kami. Kak Zehra, kemudian papa. Kalau mama pergi satu hari nanti, bagaimana dengan diriku? Hidup terkontang-kanting? Bagaimana?

Mengapa segalanya terlalu cepat berlaku?... Rasa seperti berada di dalam mimpi. Bagaimanalah perasaan Imran apabila ibu bapanya bercerai pada usianya 3 tahun? Pada usia yang belum mengenal dunia lagi. Pada usia 12 tahun, dia diuji sekali lagi. Mama langsung tidak pernah berjumpa dengannya apatah lagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Kuatnya dia. Membesar sendiri dengan seorang bapa. Dan bapanya ialah lelaki ini. Lelaki di dalam gambar ini.

Eh kejap, mengapa aku puji dia pula? Bukankah aku telah berjanji untuk melupakan dia? Ah, sudahlah. Semua ini mengarut.

Dia abangku. Tak boleh untuk buat apa.

Persoalannya, mengapa mama tidak mahu berjumpa anaknya? Mama tidak pernah cerita pun sebabnya. Mengapa mama tidak mahu berjumpa dengan Imran sedangkan mama begitu sayang padanya?

Pasti ada sebab.

Melihat papa sudah berlalu pergi, mama bersuara; "Kita pindah sayang........"

Lamunanku terhenti. Pindah? Pindah ke mana?...

"Zureen, ambil semua baju Zureen. Mama nak bawa adik ke satu tempat."

"Tempat mana mama?..." soalku.

"Tempat yang jauh daripada sini... Kemas semua baju dan barang-barang adik." arah mama dalam esakan.

Tempat yang jauh itu... Di mana?...

"Zureen, peluk Dilla. Lepas ni mungkin kita tak akan kembali lagi ke sini...."

Tak akan kembali lagi? Bagaimana dengan keputusan SPM aku? Siapa mahu ambil?

Aku memeluk tubuh sahabatku. Mungkin buat kali yang terakhir. Sahabat sejati. Dilla turut mengalirkan air mata melihat kami berdua.

"Aku faham perasaan kau Zureen. Mak dan abah aku sudah meninggal dunia........." ujar Dilla. Meniggal dunia. Itu lebih menyedihkan. Tak mungkin akan jumpa lagi manusia itu di dunia.

Sama seperti Imran yang kehilangan kakaknya, dan mama yang kehilangan Syifa.

Kerana sebuah tragedi yang tidak dirancang. Kerana sebuah kemalangan maut yang tidak terduga oleh sesiapa.

Qada' dan qadar Allah. Hebatnya perancangan Allah. Tiada sesiapa yang boleh tandingi.

*

Jannah mengucup tangan suaminya sebelum membiarkan suaminya pergi. Sebak untuk meninggalkan lelaki yang baru dinikahi itu. Walaupun jauh di mata, dekat di hati kan...

Sebelum berangkat pulang, Imran menyalami tangan kedua ibu bapa mentuanya Asmah dan Husin. Dua manusia inilah yang membenarkan dan merestui perkahwinan mereka berdua. Ikatan perkahwinan, bukanlah satu permainan.

Tiba-tiba ada sebuah kereta Perodua Myvi hitam masuk ke perkarangan rumah sebelahnya. Rumah kampung Imran.

"Abang, kereta siapa pula tu?" soal Jannah kepada Imran. Kereta itu memarkir di kawasan lapang rumah usang yang telah lama ditinggalkan itu.

"Entah. Abang pun tak tahu. Mungkin dia tumpang parking je kot..." jawab Imran. Siapa pula yang mahu menumpang parkir di rumah kampungnya. Tetapi kereta itu,.. Seperti pernah dilihat sebelum ini.

Dua orang perempuan keluar daripada kereta tersebut. Khairiah dan anaknya, Zureen.

"Mama?..."

*

Aku membuka pintu kereta. Sudah sampai ke destinasi yang hendak dituju. Sebuah rumah usang. Aku tidak pernah ke sini. Tetapi mama, tidak tahulah.

Kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita dari ruanh sebelah merenungku. Lelaki itu...

Tak payah sebutlah namanya. Lelaki ini lagi... Mengapa aku selalu terjumpa dengan dia? Hish, macam mana hendak move on. Di kampung yang sunyi ini pun aku boleh terjumpa dengannya.

Perempuan yang di sebelahnya pula sudah pastilah Jannah. Kali ketiga aku melihatnya di hadapan mataku. Sabar jelah...

Hmm, ni rumah siapa sebenarnya?... Dan mengapa dia ada di sini? Di Kuala Kangsar yang jauh daripada Kuala Lumpur ini. Buat apa?...

Sama Kuala, tetapi lain belakangnya. Dan lain suasananya.

Mereka berdua menuju ke arah kami berdua. Oh tidak, apa yang perlu aku lakukan sekarang?.. Aku tak sanggup melihat senario suami isteri itu...

"Mama...."

"Imran...."

Mama dan Imran saling berpelukan. Rindu sesama sendiri. Biarlah. Aku tak kisah. Ibuku adalah ibunya juga.

Aku bertentang mata dengan wanita itu. Kali pertama. Entah mengapa aku cemburu. "Akak ni... Kak Jannah..." soalku. Aku cuba memberanikan diri menegur wanita itu.

"Awak ni... Zureen?"

Eh, dia kenal aku? Bagaimana dia tahu? Aku hanya mengagguk.

"Awaklah adik abang Imran........" ujarnya dengan teruja.

"Ya, saya tahu....." balasku. Tiada perasaan. Entah kenapa perempuan ini melayanku dengan baik. Sedangkan aku...

Membenci dirinya..

Menyimpan dendam terhadapnya...

Adakah aku patut buang segala perasaan itu?...

Wajarkah?...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience