Tiga bulan kemudian....
"Alhamdulillah, dah settle dah bab tempahan. Tinggal payment je lagi." kata Imran kepada ayahnya.
"Baju kahwin Im dah cari ke?" tanya Ramli kepada anaknya. Lebih kurang tiga bulan sahaja lagi, anaknya bakal melangsungkan perkahwinan dengan suri hati pilihannya yang bernama Jannah.
"Tak payah cari. Kan makcik Asmah dah cakap, Jannah dah tempah pakej all-in, baju, mekap ke katering ke apa-apa jelah semua include." jawab Imran. "Yang Imran kena fikir, pasal duit je. Itupun makcik Asmah dah cakap, hantaran seikhlas hati, tetapi Im taknak lah kecewakan bakal isteri Im. Pakej perkahwinan zaman sekarang ni paling murah pun sepuluh ribu. Im taknak berhutang nanti tak berkat perkahwinan."
"Betul tu. Im dah cuba jalan terakhir untuk beritahu perkara sebenar kepada Zureen?"
"Belum... Macam biasalah, pelan tidak menjadi..." ujar Imran sambil ketawa kecil. Tak mengapalah, mungkin itu takdir tuhan agaknya.
"Hmm, tak apalah. Satu hari nanti, diorang akan tahu juga. Tunggu masa je." Ramli memandang wajah anaknya Imran. Biarlah.
"Hmm...." Imran memandang lantai mozek rumahnya. Tak tahulah hendak cakap apa. Terlalu rindu pada seseorang yang diyakini masih hidup tetapi telah meniggalkannya.
*
"Mana perginya album tu?.." Khairiah menyelongkar segala laci dan almari di dalam biliknya. Seingat dia, dia meletakkan di atas meja sisi di tepi katilnya. Tetapi, hari ini hilang pula.
'Abang ke yang ambil...' bisik hati Khairiah. Memang suaminya sudah tahu tentang rahsianya, tetapi ada lebih banyak rahsia yang disimpan di dalam album itu. Kalaulah rahsia tersebut dibocorkan, mesti nyawa Zureen dan Zehra dalam bahaya.
Teringat kembali apa yang berlaku 12 tahun lalu.... Peristiwa pahit yang mahu dilupakan kini kembali berlegar di dalam kepala...
*flashback*
"Azizul! Kau nak apa lagi! Dah tua bangka pun nak buat jahat lagi ke! Tak takut ke esok nyawa kena tarik tak sempat bertaubat!" Khairiah menjerit sekuat hati. Tangan dan kakinya berikat. Dia tidak boleh kemana-mana. Suasana gelap gelita. Hanya diterangi dengan lampu suluh besar yang dibawa oleh Azizul dan beberapa orang konco-konconya.
"Kau diam, perempuan! Kau tak faham! Aku tak suka tengok keluarga korang bahagia! Aku nak pecah belahkan keluarga kau!" Balas Azizul kasar. Lelaki ini psiko.
"Tak cukup ke kau dah buat aku dan Ramli bercerai talak tiga? Tak cukup ke kau dah bunuh anak aku Syifa? Apa sebenarnya yang kau nak dari aku? Duit? Harta? Emas?" Air mata yang bergenang akhirnya jatuh jua. Entah apalah salahnya kepada Azizul sampai dia sanggup dihukum begini? Walaupun anaknya Syifa mati disebabkan kemalangan, namun dia yakin ini semua angkara Azizul gila ini.
"Tak cukup! Aku nak tengok keluarga kau berpecah belah! Memang aku pun yang rancang kemalangan tu! Aku rancang nak bagi korang semua mampus je! Tapi hidup pulak dua tiga orang tu! Hampeh!" Kata Azizul sambil tersenyum sinis lalu duduk berhadapan Khairiah. "Kau tahu aku nak buat apa dengan kau?" tanya Azizul sinis.
Khairiah hanya menggeleng. Sebenarnya sudah tahu, tetapi takut untuk memikirkannya.
"Biar aku tunjukkan......" Azizul mengusik telinga di belakang rambut panjang Khairiah.
"No!!!" Khairiah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Tangan dan kakinya berikat. Nak menepis pun dah tak boleh. Hanya tinggal satu senjata sahaja lagi. Menggigit tangan liar Azizul.
"Tahu pun takut.... Okey, aku tak buat... Aku boleh lepaskan kau... Tapi, dengan satu syarat. Kau jangan sekali-kali jumpa anak lelaki kau dengan si Ramli tu. Aku akan sentiasa 'stalk' hidup kau. Kalau aku tak buat sendiri, aku pasang perisik. Oh, lagi satu syarat. Kau jangan beritahu sesiapa tentang perjumpaan dan perjanjian kita kat sini. Kalau tak....." Kata-kata Azizul terhenti di situ.
"Kalau tak?....."
"Kalau tak,.. Ni!" Azizul menunjukkan sekeping gambar kepada Khairiah. Gambar dua anak perempuannya. Zehra dan Zureen. "Aku bunuh diorang ni!" Mendengar perkataan 'bunuh', Khairiah menelan liur. Tolonglah, buatlah apa sahaja yang kau mahu buat, Azizul. Tetapu jangan sekali-kali libatkan anak kecil yang tidak berdosa ini.
"Tolonglah Azizul, kau buatlah apa sahaja yang kau nak buat kat aku, tapi jangan libatkan anak-anak aku! Diorang tak berdosa!" kata Khairiah separa menjerit.
"Tak berdosa? Innocent? Sebab dosa yang keluarga kau buat, anak kau kena tanggung dosa engkau!" kata Azizul sambil ketawa sinis.
"Apa dosa diorang dekat kau? Kalau aku boleh tebus dosa tu, biar aku yang tebus." tanya Khairiah kepada Azizul. Dia sanggup buat apa sahaja demi anaknya. Tidak mahu lagi kejadian sama berulang kembali. Cukuplah hanya nyawa Syifa yang menjadi taruhan. Usia 12 tahun, masih muda lagi. Banyak lagi jalan perlu ditempuhi. Bukan tidak mahu menerima ketentuan takdir tuhan, tetapi terlalu kecewa. Mengapalah anak yang belum tahu apa-apa itu menjadi mangsa...
"Kau tanya benda yang sama. Rasa macam dah beribu kali aku jawab soalan kau ni. Kau sendiri tahu, adik aku dihukum mati sebab bekas mentua kau yang bodoh tu!" jawab Azizul marah. Tidak dapat dikawal lagi perasaan amarah yang sedang membara ini. Benci! Dendam itu takkan pernah hilang. Sampai bila-bila.
"Adik kau dihukum mati sebab dia buat salah! Dia dah bunuh orang! Kau pun sama! Bekas mentua aku tu jalankan tugas dia je!"
"Hei, kau tak tahu! Adik aku tak pernah buat salah! Dia jadi kambing hitam je! Dia sanggup korbankan nyawa sendiri demi wang RM50,000! Demi arwah mak aku yang sakit! Kau tak faham perasaan aku sebagai abang dia!" bentak Azizul.
"Kalau betul dia tak buat salah, kenapa dia kena tangkap? Kau fikir polis Malaysia ni bodoh sangat ke?"
"Sebab diorang licik!"
"Kalau macam tu, apa salahnya aku dan Ramli?"
"Kau tanya lagi? Aku dah bagitahu dah. Ke.... Kau nak aku....." Azizul menunjukkan sekeping gambar lalu ditikamnya dengan pisau.
"Okey... Okey..." Khairiah terpaksa mengalah.
"Sekarang, kau nak bebas ke nak duduk sini?..."
"Aku nak balik!!" jerit Khairiah.
"Okey, aku hantar kau balik sampai depan rumah. Tetapi ingat, kalau aku tahu kau beritahu orang lain, anak kau jadi mangsa. Tak kisahlah dia berdosa ke tak berdosa..... Hahahahaha!!" Eh, gelak pula dia ni. Orang psycho path memang macam ni ke?
Perlahan-lahan ikatan dibuka. Khairiah ada dua pilihan. Sama ada hendak lari atau ikut sahaja kehendak si Azizul ini. Yang mana satu lebih baik? Tolonglah wahai tuhan, hamba-Mu yang lemah ini sedang buntu...
"Masuk dalam kereta ni!!" Arah Azizul. Khairiah terpaksa ikut. Perlahan-lahan Khairiah melangkah masuk ke dalam kereta bertinted gelap itu.
Setelah beberapa minit perjalanan...
"Dah sampai. Kau bebas. Tapi ingat, sekali kau bagitahu orang lain, anak-anak kau jadi korban!" kata Azizul sambil tersenyum sinis.
Khairiah keluar dengan berhati-hati. Ini rumahnya. Tetapi sudah diketahui oleh Azizul. Bila-bila masa sahaja bahaya bakal menanti. Nak tak nak, terpaksa diajak suaminya pindah ke tempat lain. Tetapi itu tak bermakna dia dapat lari daripada Azizul.
Melihat kereta Azizul sudah berlalu pergi, Khairiah membuka pagar rumah teres dua tingkat itu. Tiba-tiba, dia terasa pening amat. Matanya terasa begitu berat. Dunia jadi gelap gelita.
*
"Ya Allah, sayang....." Alias yang baru pulang daripada kerja serta mengambil dua anaknya dari tadika terkejut melihat isterinya terbaring di luar rumah dengan penuh darah. Apa yang sudah jadi ini sebenarnya?...
Zehra dan Zureen yang masing-masing berumur 6 dan 5 tahun itu juga terkejut melihat ibu mereka terbaring kaku di depan rumah mereka.
Alias yang cemas itu terus menelefon ambulans. Dia masih perlukan seorang isteri untuk menjaga dua permata hatinya ini. Dia tidak mahu kehilangan suri hatinya sekarang. Dia masih belum bersedia...
*
Alias menggenggam erat tangan isterinya Khairiah. Sejuk. Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa agar isterinya tersedar secepat mungkin.
"A... Abang?..." Mata Khairiah perlahan-lahan terbuka. Pelik. Dia berada di mana ni?
"Sayang...." Alias melepaskan keluhan berat. Namun jauh di sudut hatinya sangat bersyukur diberikan peluang kedua untuk bertemu sang isteri tercinta. Tentang itu, biarlah dahulu. Mungkin tiada rezeki kali ini agaknya.
"Abang, kita dekat mana? Mana Zehra dan Zureen?" tanya Khairiah kepada suaminya. Mana pula perginya mereka berdua? Teringat kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Janganlah apa-apakan mereka...
"Zehra dengan Zureen ada dekat luar. Mak dan ayah yang jagakan. Biarlah mereka kat luar dulu dengan atuk dan nenek diorang. Yang penting awak. Apa sebenarnya yang terjadi? Baru keluar hospital dah masuk hospital balik.." ujar Alias.
"Tak ada apa-apalah. Awak tak payah risau... Sampai saya nak jumpa anak saya sendiri pun abang tak bagi..." kata Khairiah sedikit emosi. Memanglah benar, baru sahaja keluar daripada hospital beberapa minggu lalu, kena masuk semula. Suami mana yang tak risau. Lagipun, tujuan dia ikut sekali percutian perjumpaan semula keluarga (reunion) belah bekas suaminya itu tiada niat lain selain untuk berjumpa anaknya.
Alias sedar, tak sepatutnya dia memarahi isterinya yang baru keguguran itu. Tiada siapa pernah jangka, kemalangan akan berlaku. Itu semua takdir tuhan. "Sorry sayang... Abang minta maaf. Awak berpantang di rumah mak ye..."
Berpantang? Otak Khairiah ligat berfikir. Berpantang apa pula ni? Sejak bila dia ada melahirkan anak? Mengandung pun tidak. "Berpantang apa?"
"Baby kita... Dah tiada........."
Baby? Sejak bila ada baby?
"Mungkin ini bukan rezeki kita agaknya......" kata Alias sambil memegang perut Khairiah.
Oh ya, baru Khairiah teringat semula. Dua hari lalu. Sebelum dia diculik oleh Azizul. Dirinya asyik berasa mual dan loya. Alat penguji kehamilan yang baru dibelinya dibuka kotaknya. Seperti biasalah, tidak perlu baca arahan pun sudah tahu caranya.
'Nanti-nantilah. Takut Alias masih belum bersedia.' kata Khairiah di dalam hati. Takut juga suaminya tak dapat menerima kehadiran insan baru ini. Maklumlah, mereka berdua asyik bergaduh sejak kemalangan itu berlaku. Alias sendiri masih dapat belum terima keadaannya yang masih bersedih atas pemergian anaknya Syifa.
"Sayang......"
Lamunan Khairiah terhenti. Dia telah kembali ke alam realiti.
"Dah tu, jangan fikir sangat.... Abang minta maaf sebab marah-marah dekat sayang... Abang memang tak tahu pun sayang pregnant..." Tiba-tiba Alias teringat semula apa yang hendak disoalnya sebentar tadi. "Sayang, cuba sayang cakap. Apa sebenarnya yang dah berlaku?"
"Tak ada apa-apapun...." jawab Khairiah. Terpaksa menipu suaminya.
"Betul ke? Kenapa ada kesan ni?" Alias menunjukkan pergelangan tangan Khairiah yang kemerahan. Dia mengesyaki sesuatu. Mesti ada sesuatu yang sudah terjadi.
"Kesan ni? Hmm, sebab pakai gelang ketat kut..." Itu sahaja jawapan yang terfikir di otak Khairiah. Harap jawapannya diterimalah oleh suaminya. Harap juga suaminya tidak mengesyaki apa-apa.
"Gelang ketat? Sejak bila sayang pakai gelang? Jangan tipu abang. Abang tahu, ini kesan orang pegang dengan kuat. Jujur dengan abang. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Ada orang cuba nak buat jahat dekat sayang?" soal Alias.
Khairiah menggeleng. Dia sedang buntu. Tidak tahu mahu jawab apa. Adakah Alias sudah tahu tentang ini? Oh, tolonglah jangan....
*flashback tamat*
'Abang.... Sayang minta maaf... Sayang tiada niatpun mahu tipu abang.. Tetapi keadaan yang memaksa....' Tanpa disedari air jernih menitis laju.
***from Ardeena Safiyya***
Maaf bab ini terpaksa guna bahasa kasar/mencarut ya...... Sila buang yang keruh, ambil yang jernih ya... Selamat hari raya aidilfitri buat semua yang sudi membaca kisah ini....
: )
Share this novel