Bab 22

Family Series 8576

Aku tak puas hati dengan kejadian semalam. Otakku ligat memikirkan siapakah gerangan wanita tadi. Memang aku tak puas hati. Adakah dia tunang Ustaz Imran?.. Atau...

Isteri?..

Dahlah. Berhentilah fikir semua benda ni. Walaupun belum pasti, Ustaz Imran tu pasti ada kaitan keluarga denganku. Hatiku amat yakin dan pasti.

Tapi aku tak sanggup melihatnya... Aku tak sanggup...

Mengapalah aku boleh terpikat dengannya sedangkan aku tahu aku tidak layak... Perjalanan aku masih panjang. Banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi.

Kalau benarpun, mengapa harus aku cemburu? Itu hak dan pilihannya untuk memilih siapa bakal isterinya. Aku tak layak untuk menentukannya.

Lagi satu, mengapa Ustaz Imran ke blok E? Papa kata rumahnya di blok F? Pelik juga..

Sedang aku asyik berfikir, mama pula membuka pintu hendak keluar rumah. Bertudung sarung labuh dan membawa beg jerami kecil. Besarnya boleh memuatkan buku nota kecil macam tu lebih kuranglah.

"Mama nak pergi mana?" tanyaku. Aku curiga. Selama ini mama tidak pernah pun mengenakan tudung labuh seperti itu. Sebelum ini hanya memakai tudung yang sekadar menutupi dada sahaja. Hanya diriku dan kak Zehra sahaja yang memakai tudung labuh. Itu pun di sekolah sahajalah.

"Tak pergi mana-mana pun..." jawab mama ringkas lalu keluar dari rumah.

Pelik. Sejak kebelakangan ini, aku perasan mama seperti lagi banyak menyembunyikan sesuatu. Adakah sebelum ini pun sama? Adakah kerana aku belum tahu?

Aku cepat-cepat menyarungkan hijabku lalu mengekori mama secara senyap-senyap. Aku mahu tahu, ke mana mama hendak pergi. Cari kak Zehra? Macam tak...

*

"Abang, siapa tadi tu? Kenapa abang macam kenal je dia..." soal Jannah kepada suaminya. Pelik juga dengan perempuan tadi. Nampak muda dalam belasan tahun begitulah. Perempuan itu juga memandang suaminya seperti terkejut. Nak kata cemburu, macam tak...

"Ooo, dia kan,... Sebenarnya adik abang..." jawab Imran. Jannah terkejut. Adik? Adik tang mana pula ni... Bukan ke Imran anak bongsu? Adik siapa pula ni...

"Adik? Sejak bila abang ada adik?" soal Jannah lagi.

"Ingat tak apa yang abang cakap haritu.. Abang kan ada... Adik beradik tiri..."

"Ooo... Adik beradik tiri... Anak abah ke anak mama?"

"Anak mama... Lagi satu, haritu sayang tanya kan, kenapa abang pilih tempat ni. Itulah salah satu sebabnya." jawab Imran.

"Oooo.. Itu ke sebabnya.... Jom lah.. Kata nak pergi kubur..."

"Cantik lah isteri abang ni pakai baju kurung macam ni...."

"Mana ada lah...."

*

Aku terus mengekori mama. Akhirnya sampai juga ke tempat yang hendak dituju. Tetapi tempat itu begitu mengejutkanku.

Tanah perkuburan.

Patutlah mama bertudung labuh sakan, rupanya hendak ke kubur... Tapi, kubur siapa? Tak pernah lagi ada antara keluarga kami yang meninggal dunia ditanam di sini..

Sementara mama memasuki ke dalam kawasan tanah perkuburan, aku pula mengekori mama senyap-senyap. Kalau mama menoleh ke belakang, aku akan acah-acah menziarahi kubur orang lain supaya mama tidak perasan.

Cantik tanah perkuburan ni. Tersusun dan ada nombor. Batu nisan dan kepok pun cantik dan kemas. Al-maklumlah, bandar kan... Bukan macam kubur kat kampung tu, sudahlah dalam hutan, tidak tersusun pula tu.

Eh, apa mengutuk kubur ni... Tak baik, berdosa tau.

Aku dapat lihat dari jauh mama seperti membaca sesuatu. Mungkin surah yasin agaknya. Aku menunggu sahaja sehingga mama selesai baca.

Beberapa minit kemudian.

Ha, sudah. Mama sudah hendak pulang. Bolehlah aku tengok kubur siapa yang mama pergi. Mama sudahpun keluar dari kawasan tanah perkuburan tanpa menyedari aku mengekorinya.

Aku bergegas pergi ke kubur yang mama ziarahi sebentar tadi. Nombor B,102. Pasti ada yang tanya, tak takut ke seorang diri di kubur ni.. Sebenarnya aku tak seorang, adalah beberapa orang lain yang menziarahi kubur ahli keluarga mereka.

Kalau aku seorang pun, pasai apa nak takut? Esok-esok mai sini jugak. Gelap. Sendiri. Forever alone.

Lainlah kalau mati beramai-ramai dan ditanam satu liang lahad...

Aku membaca nama yang tertera di batu nisan marmar berwarna putih itu. Ada tulisan jawi dan rumi. Itu bukanlah masalah kerana di sekolah sudah biasa menggunakan tulisan jawi.

'Nurul Syifa binti Ramli. Lahir pada.......... Dan kembali ke rahmatullah pada...........'

Nurul Syifa binti Ramli? Mengapa aku macam pernah dengar nama ni?....

Oh ya, ini kan.....

*

Usai memberi salam, pasangan suami isteri itu melangkah masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan.

Perlahan-lahan mereka berdua melangkah masuk. Mencari kubur seseorang. Jannah yang tidak tahu apa-apa hanya membuntuti suaminya. Ikut sahaja ke mana dia hendak pergi.

Setapak demi setapak dilangkah.

Asalkan jangan melangkah kubur sudah.

"Ni dia." Imran dan Jannah duduk melutut di tepi pusara itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada seorang perempuan di sebelahnya.

Perempuan itu menoleh.

*

Aku terkejut sangat. Dalam hatiku berdebar-debar. Siapa pula lelaki yang duduk bersebelahan denganku pula ni... Bersentuhan pula tu. Tak pasal-pasal berdosa tahu tak....

Aku menoleh untuk melihat wajahnya. Sebaik sahaja aku menoleh, lelaki itu juga terkejut melihatku. Aku? Lagilah. Ingin saja aku melatah namun aku harus menjaga tutur kataku kerana ini kawasan tanah perkuburan. Nak tahu dia siapa?

Ah, lelaki ini lagi...

Mangapa harus aku bertemu dengannya....

Mengapa...

Aku tak mahu bertemu dengannya lagi!!!

AKU TAK MAHU BERTEMU DENGANNYA LAGI!!!!

Lebih parah, lelaki itu membawa seorang wanita yang aku pernah nampak. Semalam. Di dalam kereta. Berduaan. Eh, tak... Bertiga, tetapi mereka berdua sama-sama duduk di barisan hadapan.

This is no!!!!

Aku segera beredar dari situ. Niatku untuk mengorek rahsia terbatal. Mengapa pula dia berada di situ? Mengapa? Cukup menyakitkan hatiku. Kalau ini bukan tanah perkuburan, sudah lama aku lari. Aku benci untuk mengenangkan kisah lama yang menyakitkan ini...

Aku terus pulang ke rumah. Mengapa aku asyik terjumpa si dia? Jikalau benarlah dia adalah abangku, tak mungkin aku terjatuh hati padanya! Aku takkan percaya semua ini melainkan mama yang memberitahuku sendiri.

Dan.. Siapa wanita itu... Sudah dua kali aku melihatnya bersama Ustaz Imran. Kalau tunang, macam tak... Melebih sangat dah tu... Duduk dekat-dekat... Ini lain. Lain macam. Macam dah kahwin...

Apa? Dah kahwin?

Aku menampar-nampar pipiku. This is the nightmare. Cuma mimpi buruk. Aku yakin. Ini semua tak mungkin terjadi.

Tak, ini realiti, bukan mimpi!!

Rumahku.

Bagaimana aku boleh lupa kubur 'siapa' yang aku pergi... Aku lupa... Itu kan kubur Syifa, sudah tentulah adiknya mahu menziarahi pusara kakaknya....

Jadi, bermakna apa yang aku jumpa di dalam album tersebut adalah benar?...

Aku tak fahamlah. Aku pening. Yang mana satu yang betul yang mana satu yang salah ni...

Ya Allah, bantulah aku.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience