Bab 21

Family Series 8576

Bunyi kompang membingitkan suasana menandakan pasangan mempelai sudah tiba. Pasangan pengantin tampak manis sekali bagai pinang dibelah dua. Di sebelahnya sudah pastilah ada pengapit yang setia bersama. Bagaikan raja. Tetapi sehari je lah.

Imran dan Jannah berjalan perlahan-lahan menuju ke dalam rumah yang menempatkan pelamin. Diikut arahan jurukamera agar berjalan perlahan-lahan dan jangan terlalu laju. Nanti menyesal. Perkahwinan hanya sekali kan...

Tetapi dalam banyak-banyak tetamu, pasti ada satu atau dua yang bermulut tiada insurans kan... Mana mana majlis perkahwinan sekali pun, takkan pernah lari daripada makcik-makcik bawang yang sedia mengumpat dan menyakitkan hati. Lauk tak sedaplah, nasi tak masaklah, baju tak cantiklah, hantaran murahlah, macam-macamlah! Namun kali ini, bukanlah makanan yang menjadi bualan jauh sekali hantaran.

"Kahwin tanpa restu lah tu, sebab tu lah ibunya tak datang..." bisik seorang wanita yang berumur 50-an kepada wanita yang baya-bayanya juga.

Tanpa disedari, pasangan mempelai yang sedang berarak itu turut mendengari perbualan mereka. Menipu jika langsung tidak terasa hati. Terasa ditusuk-tusuk hatinya.

Tapi sampai bila kau mahu bersabar Imran? Sampai bila? Terimalah hakikat Khairiah binti Mohammad yang melahirkan kau tak mampu untuk menyayangi kau lagi.

Terimalah.

Majlis perkahwinan ini sepatutnya menjadi hari bahagia, bukan hari untuk berlinangan air mata. Ada Jannah yang sentiasa di sebelahmu. Yang kau perlu bimbing dia ke syurga.

'Mama.... Im terlalu rindu pada mama...."

*

"Abang...." Jannah cuba memujuk suaminya. Segala cerita pahit yang dijanjikan telahpun dibongkarkan kesemuanya. Dirinya begitu faham akan perasaan Imran. Kehilangan seorang kakak dan ibu kandung bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi ibu kandungnya bukanlah 'hilang' untuk selamanya, namun...

Ianya terlalu pahit untuk dikongsi.

"Ye sayang...." jawab Imran.

"Lepas ni, kita duduk sama atau pjj?" soal Jannah. Menantikan jawapan daripada suaminya sama ada dirinya perlu ikut sekali ke Kuala Lumpur atau perkahwinan jarak jauh.

"Awak nak ikut abang ke?" soal Imran semula.

"Saya okey je...." jawabnya.

"Lepas abang grad nanti baru kita duduk sama tau. Lagipun rumah abang tak ada apa-apa pun. Macam rumah orang baru kahwin. Cuma, cantik sikitlah..."

"Perasan!" ujar Jannah sambil ketawa kecil.

"Tak percaya? Tengok ni...." Imran menunjukkan gambar rumahnya yang disimpan di dalam telefon pintarnya.

Jannah memerhati gambar yang ditunjukkan oleh Imran. Ini bukan calang-calang rumah. Cantiknya!!!

"Biar betul ni rumah awak?" soal Jannah terkejut.

"Betullah.... Kenapa? Cantik? Ingat lelaki tak pandai deko-deko ke?"

"Ke awak ambil dari Mr. Google ni...."

"Betullah! Tak percaya? Saya bawa awak sekejap. Nak?"

"Nak!" balas Jannah seperti kanak-kanak. Teringin juga hendak tahu bagaimanakah rumah suaminya. Kalau benarlah gambar-gambar yang ditunjukkan tadi, bermakna lelaki ini bukan calam-calam lelaki! Satu dalam seribu!

"Nanti kita nak ada berapa anak ye?.." soal Imran kepada isterinya. Tidak sabar hendak menjadi seorang bapa. Dan isterinya pula, bakal menjadi seorang ibu.

"Ikut abanglah. Abang nak berapa?"

"Kalau nak sepuluh, boleh?" soal Imran dalam nada gurau.

"Hish, banyak sangat tu... Ingat beranak tu tak sakit ke...."

"Abang gurau je lah... Tapi best kan kalau bunting pelamin?"

"Tak cepat sangat ke?..."

"Cepat... Tapi ada yang tak best nya juga... Kalau awal sangat, nanti tak ada masa kita nak berdua..."

"Sayang teringin nak anak kembar... Tak kisahlah kembar jantina apa, tapi kalau dua dua sama lagi best. Tengok dia membesar bersama..." ujar Jannah.

"Kalau triplets lagi best!" balas Imran. Melahirkan kembar tiga memang seronok, namun banyak risikonya... Ada yang membawa maut kepada si ibu juga.

"Tapi, siapa antara kita yang ada keluarga yang kembar? Kalau macam tu agak susah nak dapat..." ujar Jannah lagi.

"Tu lah... Tapi kalau anak satu pun abang sayang...."

"Kalau anak satu, kesian kat dia... Dah la anak tunggal, lepastu tiada langsung sepupu pula tu... Mesti dia bosan..."

"Takde sepupu? Siapa kata?"

"Maksud abang?"

"Abang ada adik beradik tiri lah... Kiranya adik beradik jugalah. Ada empat. Dua daripada mama dan bapa tiri dan dua daripada abah dan mak tiri. Tapi setakat ni, tiga jelah yang baru dikesan..." jelas Imran.

"Kenapa dalam banyak-banyak tempat, abang pilih tempat tu untuk beli rumah?" soal Jannah.

"Ada banyak sangat sebabnya... Antaranya... Emm, sayang abang ni kena ikut abang dululah. Nanti baru boleh tunjuk...."

*

Hampir seminggu kak Zehra pergi meninggalkan kami. Mamapun tak banyak bercakap lagi. Mama asyik menyendiri. Kadang adalah juga mama tercari-cari 'album', namun aku buat tidak tahu sahaja. Rasa bersalah pun ada. Tetapi apalah yang aku mampu buat... Kalau aku jujur pada mama, agaknya mama marah aku tak?

Sudah pastilah mama marah! Aku mengambil album itu tanpa kebenaran. Sekarang Dilla pula yang mengambilnya. Mengambilnya, bukan meminjam.

"Assalamualaikum..." Suara orang memberi salam. Aku terus membuka pintu.

"Waalaikumussalam. Eh, kak Rose..... Jemputlah masuk... Kenapa kak Rose datang?" Oh, rupanya kak Rose yang datang bertandang. Jiranku dan juga kawan baik kak Zehra semasa sekolah rendah. Sebaya dengan kak Zehra. "Tapi kak Zehra tak ada...."

"Tak apalah... Rose bukan nak ajak kak Zehra hang pun.. Rose nak ajak hang lah, mai la teman Rose basuh kereta...." ajak kak Rose.

"Basuh kereta? Kereta siapa pula?" soalku.

"Kereta Rose lah... Ibu dan ayah Rose baru beli dua minggu lepas sempena birthday Rose... Tapi dah kotor... Jom lah teman Rose basuh..." rayu kak Rose.

"Dua minggu lepas? Wow.... Dapat hadiah kereta? Sejak bila kak Rose ambil lesen?" soalku. Hebatnya. Hadiah hari lahir dapat kereta? Aku pun mahu... Hmm, yelah, hari lahir kak Rose kan seminggu sebelumku... Tetapi yang bezanya kak Rose menyambut hari lahir ke 19, aku pula menyambut hari lahir ke 18.

"Tahun lepas... Nanti senanglah kak Rose nak cari kerja..." jawab kak Rose.

"Oo.. Yelah-yelah..."

"Nah, ambil span ni. Pegang." Melihat sahaja barangan yang dipegang kak Rose, aku sudah dapat agak ini perlu cuci di mesin cuci kereta layan diri ni... Penatnya nak gelek-gelek cuci... Ahh..

"Jomlah.." Kami berdua terus menuruni tangga lalu masuk ke dalam kereta baru kak Rose. Tak adalah kotor sangat pun. Rajinnya nak basuh...

Kak Rose terus memandu ke tempat cuci kereta layan diri yang terletak berhadapan taman permainan dan jalan utama. Sesampai sahaja kami lantas turun dari kereta untuk memulakan kerja kami.

"Aku dah masukkan duit. Tepi sikit. Aku nak siram ni." kak Rose menyuruhku ke tepi untuk menyiram kereta kesayangannya dengan air pancut.

Tetapi aku tidak berganjak sedikit pun. Kak Rose terus menyiram keretanya termasukku sekali. Basah lencun!

"Kak Rose......" Geramnya aku... Tak boleh ke sabar..

"Tu lah, Rose dah cakap ke tepi dia nak jugak duduk situ, kan dah basah....." ujar kak Rose kepadaku sambil ketawa melihatku yang sedang basah lencun.

"Ok, sorry...."

"Gosok-gosok... Gosok-gosok.... Yeah..."

"Orang tengah cakap dengan dia, dia seronok bergelek pula! Huh! Merajuk lah kalau gini...." kataku sambil mencebik.

"Nak cuci ni. Tahu tak. Dah kotor ni...."

"Ye lah tu. Tak kotor sangat pun. Tahulah kereta baru...." Biarkan jelah kak Rose ni. Dia suruh teman je. Bukan suruh basuh sekali pun. Hihihi...

Tempat cuci kereta itu hanya di tepi jalan utama menuju ke blok-blok sahaja. Asalnya tapak ini merupakan kotak tempat letak kereta pelawat namun jaranglah pelawat mahu letak kereta di sini. Di sana pun banyak kosong lagi. Jauh.

Ada kereta lalu.

Hatiku berdebar.

Entah mengapa.

Alah, kereta lalu je kot.

Kereta Proton Persona baru berwarna gangsa.

Warna yang aku suka.

Aku memerhati nombor plat kereta yang sedang bergerak tersebut. Aku yakin aku pernah nampak. Tapi, di mana ya....

Tingkap terbuka. Aku dapat melihat wajah pemandunya. Tetapi, lelaki itu...

Membuatkan aku terkejut sekali!

Ada tiga orang di dalam kereta itu.

Tetapi hanya satu yang aku kenali.

Pemandunya.

Ialah....

Ustaz Imran!!

Ada seorang perempuan di sebelahnya dan seorang lelaki yang agak tua di kerusi penumpang belakang.

Persoalannya, siapakah mereka?...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience