Bab 2

Family Series 8576

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Kem jati diri kepimpinan pengawas sekolah. Namun ada juga berbelas-belas orang murid biasa yang menyertai kerana kekurangan sambutan. Mungkin sudah bosan dengan yang sama setiap tahun.

"Okey, beratur ikut kumpulan masing-masing!" Arah seorang lelaki yang berbadan sedikit tegap. Siaapkah dia? Kami tidak kenalpun. Mungkin fasilitator undangan dari pihak sekolah agaknya.

Semua murid sudah bersedia dalam kumpulan masing-masing. Ada dua tiga orang sahaja yang masing tidak tahu dia kumpulan mana. Biarkanlah.

"Sekarang, kami akan bagi anda pen dan kertas mahjong, pilih nama kumpulan dan lukis logo anda. Oh, lupa pula, nama kumpulan yang anda pilih haruslah nama bunga ya." Ringkas tapi padat. Kumpulan kami, yang diketuai oleh Muhammad Ghadafi, memilih nama bunga ros sebagai nama kumpulan kami.

Kumpulan kami siap awal. Logo yang dilukis pun hanya sekadar ringkas. Corak bunga ros yang bercabang tiga dan berduri menandakan kami perkasa hadapi segala cabaran. Oleh itu, bolehlah kami intai kumpulan lain dulu.

Kumpulan 8. Kumpulan yang terakhir dan menempatkan Dilla serta sembilan orang lagi yang lewat mendaftar. Aku perhati sahaja kumpulan tersebut. Masing-masing menghadapi jalan buntu. Tidak tahu mahu menamakan kumpulan sendiri apatah lagi mereka logo.

Tiba-tiba ada manusia baik hati yang sudi membantu mereka. Berbaju melayu hijau bersongkok tidak bersampin. Al-maklumlah, baru sahaja pulang dari solat jumaat.

Dia ialah....

Ialah...

"Ustaz, ustaz ada idea tak?" tanya seorang lelaki yang berada di kumpulan itu lalu pertanyaan itu dijawab semula.

"Kekwa." Jawab Ustaz Imran. Arrrgh, kenapa aku cemburu pula ni... Nama bunga je pun. Atau.... Kerana idea bernas dari ustaz muda itu... Bukan hanya tolong mencadangkan nama, tetapi tolong lukis logo sekali. Dilla, beruntunglah korang...

'Eii, cemburunya. Patutlah logo diorang cantik. Mana aci ni...' gerutuku di dalam hati. Aku tidak henti-henti berharapan agar Ustaz Imran ke mari ke sini pula melawat kumpulanku.

Alhamdulillah, he is coming.

Aku cuba mengawal perasaanku. Gembira. Tetapi apa yang ku bayangkan tak selalunya indah..

What? Lalu je?

Hermm, punah harapan. Rupanya hendak menuju ke kumpulan 1 yang berada di hadapan kumpulanku. Kenapalah hanya kumpulan rakan-rakanku yang dia pergi... Inikah yang dinamakan cemburu?... Aku faham perasaan kau Dilla.

Eh kejap, perlukah aku cemburu?

Ah, itu tidak penting. Hatiku tetap cemburu. Entahlah. Ku tidak pasti mengapa. Jangan-jangan benar sangkaan Aulia dan Dilla. Aku sudah dilamun cinta!

Eh, tak mungkin. Zureen Maisara, jangan sesekali letak harapan, nanti diri sendiri yang kecewa. Kau takkan tahu apa yang terbuku di hatinya. Manalah tahu dah berbini ke, dah tunang ke, tak ke kau yang kecewa...

*

Malam yang indah disinari cahaya bulan yang terang. Semua peserta sudah berkumpul di surau sekolah bagi menunaikan solat maghrib. Ada lagi beberapa minit sebelum masuk waktu solat yang diisi dengan bacaan zikir.

Tirai berwarna mustard yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan diselak. Dapat juga kami melihat bahagian hadapan.

Allahu Akbar.. Allahu Akbar...

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib. Habis sahaja azan, kami perlu solat berjemaah.

"Rapatkan saf!" Suara itu datangnya dari hadapan. Tidak tahu milik siapa kerana dilindungi oleh pelajar lelaki. Namun, suara itu seperti aku kenali. Tapi siapa ya...

Usai solat, kami perlu mendengar takzirah ringkas pula. Semua pelajar dibenarkan duduk jadi kami yang di belakang ini dapatlah melihat siapa yang di hadapan. Ternyata orang itu ialah Ustaz Imran!

Dilla yang berada di sebelahku sempat lagi berbisik padaku. "Suka ke, future husband kau yang imamkan solat..." bisik Dilla sambil ketawa nakal.

"Siapa future husband aku? Setahu aku, aku ni bukan ada boyfriend pun." soalku. Siapa? Firdaus? Firdaus dah lama hilang dari mataku. Setahu aku Dilla tidak pernah tahu pun tentang Firdaus.

"Eleh, kau buat-buat lupa pula... Ustaz Imran lah." Ustaz Imran? What? Siapa kata dia future husband aku pulak ni... Tiber...

Tapi patutlah bacaannya sedap. Macam imam di mekah. Muka hensem, baca Alquran sedap, boleh imamkan solat. Fuyoh, siapa dapat jadi isteri ustaz ni mesti untung. Memang perfect lah. Memang layak jadi future husband aku.

Eh, apa aku merepek ni...

"Wabillahil taufiq wal hidayah wassaalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Tanpa ku sedari tamat sudah takzirah ringkas sebentar tadi. Cepat betul masa berlalu.

Oh, tidak bermakna ianya berakhir di sini. Ada satu lagi ceramah yang disampaikan oleh ustaz Hamid pula. Kali ini semua peserta terdiam kerana takut.

'Eh, ustaz nak pergi mana tu?' Bisikku dalam hati apabila melihat figura lelaki itu sedang keluar dari surau. Memanglah sesi takzirahnya sudah tamat, tetapi takkan tak mahu tunggu isyak, lagi 10 minit je pun.

Beberapa minit kemudian, Ustaz Imran kembali memasuki ruangan surau melalui pintu paling hadapan sekali. Tetapi kali ini agak pelik. Nak ketawa ke taknak ni...

'I love Melaka?' Hahaha. Menyempat ye tukar baju. Rasa hendak tergelak sekarang juga. Baju tu,.. Hahaha! Ingat nak mandi pandai ke pakai baju buruk macam tu. Kan elok je kalau pakai baju melayu hijau tadi... Barulah sama hijau. Al-maklumlah, aku memakai baju rumah sukan berwarna hijau...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience