Bab 36

Family Series 8576

"Zureen. Kalau saya tanya boleh awak jangan marah?"

"Tanyalah. Belum tanya belum tahu...." balasku.

"Awak nak ke jadi isteri saya?" soalnya malu-malu. Dia langgar janji.... Dia langgar janji...

"Awak langgar janji kita?" soalku sinis.

"Saya minta maaf tapi.... Saya betul-betul sayangkan awak sepenuh hati saya. Trust me." Jujurnya. Aku tiada kata. Terdiam. Sama ada ini main main mahupun luahan ikhlas yang datang dari hati, aku berdebar-debar. Aku tak pasti apa yang bakal berlaku.

Dua minggu kami tidak bertemu. Jujur, aku rasa seperti kehilangan. Mungkin kerana hubungan persahabatan kami yang agak rapat. Aku sebenarnya....

Takut akan kehilangan dia.

Walaupun aku tidak mencintai dia, aku sayangkan dia sebagai sahabatku. Sahabat selamanya. Forever and ever.

Meskipun dia sudah berkahwin nanti...

Eh, apa ni... Kalau dia sudah berkahwin nanti, pastilah kami tidak boleh lagi berkawan... Nanti isteri dia sangka aku ini skandal dia pula....

"Awak.... Saya......" ujarnya malu-malu.

Aku diam. Biarlah. Malas hendak marah. Mungkin itu fitrah kejadiannya. Suka bergurau dan menceriakan orang.

"Awak..... Cantik tak....." katanya sambil menghulurkan sekotak baldu kecil berwarna merah kepadaku lalu dibuka isinya. Tengok kotak pun sudah tahu itu kotak apa. Dan aku harap bukanlah.. Bukan benda itu... Aku masih....

Ianya sebentuk cincin. Seperti yang aku sangka. Aku tiada perasaan sekarang. Benarkah aku di alam realiti? Cincin ini, untuk siapa?... Takkan untuk aku kot?

"Marry me....."

Ya Allah, benarkah? Aku masih menampar-nampar pipiku. Mengapa? Mengapa dia....

Dia lamar aku?

Dia lamar aku di waktu umurku 19 tahun?

Biar betul?

Aku masih tak percaya. Soalan yang sama masih bermain-main di benakku. Mengapa? Mengapa aku?

"Zureen Maisara binti Alias... Are you hear me?..." soalnya. Aku terdiam. Tiada jawapan. I'm sorry Luqman... Aku belum bersedia.... "Awak pakailah... Nak test muat ke tak...."

Mahu tak mahu aku mencuba juga cincin emas itu. Muat. Sepadan dengan jari manisku.

Bagaimana dia boleh tahu.....

Aku rasa bersalah. Mengapa aku sarungkan juga cincin itu jika aku tak mahu... Aku bukan tak mahu, tetapi aku terlalu terkejut. Bagaimanakah penerimaan mama nanti... Aku pasti mama sepuluh kali ganda lagi terkejut. Luqman adalah sepupu Imran, anak saudaranya sendiri. Kini dia...

Melamarku?

Oh ya, aku teringat sesuatu. Ini mesti kerja mereka!

*flashback*

Dua minggu lalu.

"Pinjam jari sat na...." Kak Jannah mengambil sehelai kertas yang dipotong panjang lalu melilit jari manisku. Tak tahu untuk apa. Tiba-tiba sahaja ni... Macam ada sesuatu tak kena saja...

Kak Jannah menghulurkan kertas itu kepada Imran lalu membisikkan sesuatu. Kelihatan mereka berdua ber'high-five' seperti budak tadika. Aku semakin hairan. Mereka ini seperti ada merancang sesuatu tanpa pengetahuanku sahaja...

Entahlah. Biarkanlah. Malas aku mahu siasat.

*end flashback*

Memang sah. Ini kerja mereka lah ni... Pasti mereka yang bersubahat dengan si Luqman ni. Aku sendiri pun berbelah bahagi. Aku sebenarnya tak mampu. Aku sayang dia sebagai sahabat, bukanlah sebagai teman lelaki. Lagipun, mama pula macam mana. Aku belum bersedia untuk berumahtangga. Kalau aku menolak, kasihan pula aku kepadanya. Penat membeli cincin ini kepadaku. Cincin emas ni. Kaya betul dia.

*

Alias dan seorang lelaki berjabat tangan tanda setuju. Wang ringgit sudah diberikan, apa lagi.

"Aku nak kau cari ex-wife aku dan anak aku. Aku nak rujuk dia balik. Lagi cepat kau dapat, lagi banyak kau dapat duit." ujar Alias kepada orang suruhannya.

"Yelah yelah boss. Janji duit kena masyukk tau. Apa apa je." balas lelaki itu. Apa-apa sahaja tugas tidak kiralah bahaya, susah, senang sanggup dilakukannya. Tujuannya hanya satu, demi menikahi kekasih hatinya. Ini kerana teman wanitanya meminta RM15,000 sebagai wang hantaran. Tidak mahu dilengah-lengahkan, lelaki bernama Haizi ini sanggup melakukan apa-apa tugasan yang diberikan sehinggalah terjebak dengan urusan-urusan membahayakan diri ini. Kali ini bukan membahayakan, namun agak sukar. Malaysia ini luas. Mana mungkin dapat mencari individu itu dengan mudah.

Namun upahnya yang begitu lumayan membuatkannya tertarik. RM10,000 sebagai upah. Cukup banyak. Jika misi ini berjaya, bolehlah dia cepat-cepat menghalalkan hubungannya dengan teman wanitanya.

"Gila talak punya orang tua. Dah cerai, lepastu minta balik. Takpelah, janji ada duit. Kalau bukan sebab tu, dah lama aku maki lelaki jenis macam ni. Orang nak kumpul duit kahwin, dia sibuk nak ceraikan bini pastu nak balik." bisik Haizi di dalam hatinya. Lantaklah. Gila talak pun gila talaklah. Ada duit, semua jalan.

Haizi memecut motosikalnya ke tempat biasa. Tempat biasa dirinya boleh bertemu si permaisuri hatinya. Silap, bakal permaisuri hatinya.

Pusat membeli belah. Tempat biasa. Bangku yang berbentuk melengkung berwarna hitam menjadi pilihan mereka berdua untuk bertemu.

"You... I nak duit boleh... Duit I dah habis lah...." rayu Syadurra atau lebih mesra dipanggil Syad.

"You ni, asyik minta duit, duit, duit. Macam mana kita nak kahwin kalau duit I asyik habis?" bentak Haizi geram.

"Ooo, you tak sayang I lah ni? Kita break lah." balas Syad sambil pura-pura merajuk.

"Syad... I sayang you tapi please... I kerja siang malam untuk you... Janganlah bazirkan duit you untuk perkara yang tak berfaedah...." ujar Haizi.

"Tak berfaedah you kata? I shopping barang-barang I lah... You... Hidup ini sentiasa perlukan duit lah... No money, no chance dear... And you ingat, you kena tanggung dengan apa yang you buat dulu...." Ujar Syad sinis.

Haizi terdiam. Ya, memang silapnya dahulu. Tetapi sekarang dirinya hendak berubah. Mahu menikah dengannya agar dapat menebus kesalahnnya yang lalu. Semakin ditangguh, semakin berat rasanya mahu memikul dosa ini.

"You ingat, even I tak pregnant, you dah calarkan maruah I, you dah usik makhkota kesayangan I, so, you kenalah tanggung. I tak suruh you nikah dengan I pun sebab I tahu you ni jenis tak mampu. I nak you belanja hidup I, mewahkan I dengan harta je...."

"Sebab tu I nak tebus kesalahan I... I rasa bersalah dengan apa yang I buat dekat you...."

"Bersalah? Tahu pun nak bersalah. And one more, I nak cakap. I taknak kahwin dengan you. I cuma nak my loved cousin even dah lama tak jumpa dia. Entah ingat tak ingat itu tepi cerita. Yang pasti, I nak dia."

Tersentak Haizi mendengar kata-kata Syad. Disangkakan 14 tahun sudah pergi dapat menghilangkan lelaki itu daripada mindanya namun ianya salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience