Bab 11

Family Series 8576

Tiga minggu lagi. Aku mesti lupakan semua itu. Tiga minggu lagi aku bakal menempuhi segalanya. Aku tak mahu lagi mengingati semua ini. Aku tak mahu lagi terjumpa dan mencuri-curi pandang si lelaki yang bernama Imran. Aku sendiri tak pernah terduga semua ini akan berlaku.

Tapi aku tak boleh... Aku tak kuat....

Mungkin ini sebuah ujian bagiku. Mungkin juga untuk menjadikanku lebih kuat dan matang untuk menempuhi masa hadapan yang lebih sukar dan mencabar. Ini baru sedikit. Manalah tahu suatu hari nanti akan ada ujian yang seribu kali lebih berat daripada apa yang berlaku beberapa minggu lalu.

Aku cuma manusia biasa, ingin mencintai dan dicintai. Walaupun aku tahu belum masanya lagi buatku. Perasaan cinta itu pasti akan hadir tepat pada waktunya, kadang langsung tidak terjangka.

Ramai yang sudah perasan akan perubahanku termasuk dua sahabatku dan juga ahli keluargaku sendiri. Aulia dan Dilla memang sudah tahu, tetapi keluargaku, aku masih belum ada keberanian untuk melakukannya.

Aku terus mencapai sebuah album lama milik mamaku yang terletak di atas meja belajarku. Kalau sebelum ini aku hanya sempat melihat tiga mukasurat sahaja, kali ini aku akan membongkarkan segalanya.

Helaian keempat.

'Family reunion. Apa yang kita rancang tak semuanya indah. Percutian yang dirancang menjadi kenangan manis yang bertukar tragedi malang yang menjadi ingatan buat selamanya. Takkan pernah aku lupakan, pada tarikh hari ini anakku yang lahirkan Nurul Syifa binti Ramli telah menghadap ilahinya. Bukan hanya anakku, tetapi sebahagian ahli keluargaku sebelah bekas suamiku telah bertemu kembali kepada yang maha esa, pada tarikh yang sama dan masa yang sama. Kerana perancangan tuhan itu lebih indah daripada segalanya. Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...'

Helaian kelima.

Gambar keluarga. Ramai jugalah. Siap ada nama sekali. Biar aku baca satu persatu.

'Barisan hadapan dari kiri; Syadilla, Syadurra, Hajar, Luqman, Syifa, Imran, Hannan, Hajar, Sarah. Barisan belakang dari kiri; Khairiah, Rokiah, Hisham, Ramli, Rahmat, Noraini, Ropie, Aziah, Zuraida, Radzi.'

Wah, banyaknya. Mama pun ada. Eh kejap, Imran? Aku memerhati gambarnya. Barisan hadapan, nombor enam dari kiri. Ya Allah, benarkah apa yang aku lihat ini?... Aku tak faham....

Aku menampar-nampar pipi gebuku. Benarkah aku sedang di alam realiti? Atau di dalam mimpi? Sekali lagi, aku tidak percaya apa yang aku lihat.

"Maksudnya... Ustaz Imran tu.... Keluarga mama lah?..."

Aku menyelak helaian pertama yang mengandungi gambar mama dan seorang kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki.

"Apa?... Aku tak percaya semua ini...."

*

Beberapa minggu kemudian..

Tamatlah sudah segala perjuangan bagi semua yang mengambilnya. Hari ini, hari merdeka! Ada juga yang membuat konvoi di jalan-jalan raya sempena hari 'merdeka' yang tidak diiktiraf ini. Tak juga ada yang sujud syukur kepada yang maha esa. Macam macam kelakuan pun ada. Ada juga yang pasrah sahaja tanpa membuat apa-apa.

Sama seperti orang lain, aku, Aulia dan Dilla juga tak lupa untuk menyambut hari merdeka ini. Tetapi tidaklah berlebihan, hanya sekadar majlis makan-makan kecil di rumah Aulia sebagai tanda kesyukuran kepada yang maha esa. Turut dijemput beberapa rakan sekelas kami untuk memeriahkan lagi majlis kecil ini.

"Keputusannya, kita tawakkal pada Allah. Kita sudah buat yang terbaik. Kita sudah usaha, berdoa dan berikhtiar. Insha-Allah akan dapat yang terbaik.." ujar aunty Suri, atau nama sebenarnya Suri Nazlin, ibu Aulia.

"Insha-Allah aunty Suri." jawab Aimy. Aimy, si peramah yang menjadi ketua kelas 5 Firdaus. Aimy, siapalah yang tidak kenal kan...

"Kalau macam tu, marilah kita makan. Aunty ada masak nasi tomato ni. Ni makanan kegemaran anak aunty, Aulia. Jemput makan, jangan malu-malu. Buat je macam rumah sendiri." pelawa Aunty Suri. Kami semua terus duduk di meja makan lalu menikmati hidangan yang disediakan. Sedap, macam makan di restoran. Maklumlah, Aunty Suri bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran berdekatan kawasan perumahan ini.

Selesai menikmati hidangan, kami semua bersalaman dengan Aunty Suri lalu meminta diri untuk pulang.

Rumahku.

"Assalamualaikum.." Aku memberi salam sambil memusing tombol pintu rumahku.

"Waalaikumussalam. SUPRISE!!!" Salamku dijawab oleh mama, papa dan kak Zehra sambil membawa beberapa biji belon. Belon? Ingat aku ni budak-budak ke main belon lagi?

"Tahniah anak mama.... Adik dah berusaha bersungguh-sungguh.. Sekarang, tinggal tawakkal pula." ujar mama lalu disambung lagi kata-katanya; "Mama ada masak sikit. Ringkas-ringkas je.. Mama tahu adik dah makan kenyang-kenyang dekat rumah Aulia tadi. Adik makan sikit pun tak apa.."

"Okey mama...." jawabku lalu duduk di meja makan. Bukan makanan berat seperti di rumah Aulia, sebaliknya hanya pencuci mulut sahaja. Ada juga pencuci mulut kegemaranku, kek coklat lava yang dibuat oleh mama sendiri. Rasanya tidak perlu tanyalah, sudah tentu lebih sedap daripada beli di kedai! Air tangan ibu sendiri kan katanya...

*

"Betul ke Im nak buat hari ni? Berani? Tak takut? Tak takut kena halau dengan suami mama?" Soal Ramli kepada anaknya. Risau juga. Ini berani mati namanya.

"Betul. Tak apa, Im kenallah pakcik Alias tu macam mana. Dia pun kenal Im. Tapi dia langsung tak kenal siapa sebenarnya Im. Lagipun, buat apa nak takut. Takkanlah mama langsung tak sayang Im kut?" jawab Imran. Hari ini dia bertekad, untuk menyerahkan sendiri kad kahwin tersebut kepada mamanya di rumah mereka dan menjelaskan perkara yang sebenar kepada mereka.

Tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja majlis itu bakal berlangsung. Ini juga waktu yang sesuai untuk megedarkan kad jemputan terutama kepada tetamu yang jauh. Mama bukan tetamu, tetapi keluarga.

Pukul 5 petang.

Blok C, tingkat 2, nombor 6. Lokasinya sudah dikenalpasti. Mungkinkah ini waktu yang sesuai? Tak kisahlah.

"Assalamualaikum..." Imran memberi salam. Huh, berdebar juga ye. Tahu pun takut. Tadi acah-acah berani konon. Yelah, rumah orang kan.. Sudahlah main terjah je tak beritahu.. Tetapi niatnya tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk menyerahkan sendiri kad undangan perkahwinannya dan berjumpa dengan ibu kandungnya. Kalaulah ditakdirkan ini kali yang terakhir pun, tidak mengapalah.

"Waalaikumussalam." Salam dijawab lalu pintu dibuka dari dalam rumah. Wajah si penjawab salam sangat dia kenali. Bukan setakat dikenali, tetapi amat dirindui sekali!

Itulah Khairiah. Ibu kandungnya. Yang melahirkannya. Yang menyusukannya. Yang menidurkannya setiap malam pada suatu masa dahulu. Beberapa titisan air mata gugur. Rindu ini, hanya tuhan yang tahu bagaimana.

"Imran? Imran? Biar betul ni?" Khairiah menggosok-gosok matanya. Tidak pasti sama ada dia sedang bermimpi atau sebaliknya.

"Mama.... Mama ingat lagi kat Im?.." Soal Imran. Beberapa titisan jernih membasahi pipinya. Terharu. Gembira. Semua ada.

"Imran? Kalau betullah kamu Imran, balik! Mama minta, Im balik!" Imran terkejut. Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi. Mengharapkan detik ini menjadi kenangan manis yang berakhir dengan linangan air mata kegembiraan akhirnya bertukar tragedi halau-menghalau pula. Bukan dihalau oleh si bapa tiri, tetapi oleh si ibu kanding sendiri.

"Mama, Im minta maaf kalau mengganggu. Tapi Im cuma nak bagi ni je...." kata Imran sambil menghulurkan sampul kecil yang berisi kad undangan majlis perkahwinannya dengan Jannah.

"Imran, balik! Tolonglah Imran, balik!" Kali ini suara Khairiah semakin kuat. Bukan niatnya mahu menghalau anaknya, tetapi keadaan yang memaksa. Bukan dia tidak tahu perisik-perisik upahan Azizul masih setia mengekorinya sehingga kini. Kini dia tidak boleh lari. Dia sudah terjerat dengan ugutan ini.

"Mama, Im minta maaf sekali lagi kalau Im mengganggu mama. Im tak kisah kalau mama dah taknak jumpa Im lagi lepas ni. Tetapi satu je Im minta, tolong restui........."

"IMRAN, BALIK!!" Suara paling maksimum dikeluarkan. Biarlah apa jiran-jiran mahu kata sekalipun. Itu semua tidak penting. Nyawa lebih penting dari segalanya.

Sampul yang berada di tangan Imran dijatuhkan ke lantai lalu beredar dari situ. Betapa kecewa dan remuknya hatinya jangan tanyalah. Terlalu kecewa dan hampa. Mengapalah dunia ini terlalu tidak adil?...

Tanpa disedari, ada manusia yang mendengari perbualan mereka berdua. Bukanlah dari awal hingga akhir, tetapi sedikit sahaja di bahagian akhir. Manusia itu bernama Zureen Maisara.

"Mama, siapa yang datang tadi tu?"

"Tak ada siapa-siapa lah...." jawab Khairiah lalu berjalan pantas menuju ke biliknya sambil memegang sekeping sampul putih kecil.

Perasaan curiga Zureen semakin bertambah. Pelik sungguh.

Khairiah menutup pintu biliknya lalu menguncinya dari dalam. Tidak mahu ada sesiapa yang ingin bertemu dengannya. Dia perlu bersendirian. Sampul kecil itu diletakkan di atas meja sisi katilnya tanpa sempat dibaca satu patah perkataan pun. Terasa kesal dengan apa yang dikatakannya tadi. Air matanya masih tidak berhenti mengalir sejak tadi. Orang yang mahu sangat dijumpa akhirnya dihalau begitu sahaja.

***from Ardeena Safiyya aka Deena***
Maaf harini lambat update. Harini dah penat mengarang panjang-panjang tapi masa menaip tertekan butang home. Tak save. Habis hilang semua. Buang masa je tulis panjang berjela-jela.. (T_T) Kalau yang dah biasa tulis novel mesti faham kan?... Tak percaya, anda boleh cuba sendiri. Bukan kali pertama tapi yang ni paling banyak hilang.. Sadissss....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience