Bab 8

Family Series 8576

Ahh, rindunya... Sudah terpisah pula dua orang ini. Satu di utara satu lagi di selatan. Tetapi tidak mengapa, minggu hadapan mereka berdua akan pulang semula ke Kuala Kangsar untuk meminang anak dara pujaan hatinya itu.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Imran bakal bergelar tunangan orang. Sebentuk cincin belah rotan sudah tersedia untuk diberi pada si bakal tunang. Kalau ianya terletak pada jari manis runcing milik Jannah, sudah pasti ianya lebih manis kan?

Berangan je lebih!

*

Hari ini kehidupanku kembali seperti biasa. Lupakan sahajalah mimpi buruk tu. Mimpi kan hanya mainan tidur.

Tetapi, hal keluargaku masih belum selesai lagi. Aku masih belum tahu siapa sebenarnya budak lelaki di dalam gambar tersebut. Nak tanya mama, macam takut pula.

Semua murid sudah berkumpul di dataran sekolah untuk majlis perhimpunan mingguan setiap hari Isnin. Kami semua perlu berdiri, manakala guru-guru pula duduk di atas kerusi. Mana aci ni...

"Dia dah muncul dah...."

Lelaki berkot hitam dan berseluar slack hitam serta bersongkok duduk di kerusi barisan belakang pengetua serta beberapa penolong kanan lain. Sememangnya semua guru lelaki diwajibkan memakai kot sewaktu perhimpunan.

"You are so cute today.... Dengan kot ketat yang pelik tu..."

Perasaanku tidak tertahan. Rasa hendak meletus sekarang juga. Entahlah, rasa cinta itu semakin kuat sejak tempoh hari. Mungkin kerana papa dah beri lampu hijau agaknya...

Tetapi tidak apalah. Aku perlu lupakan seketika 'cinta' itu. Pelajaran lebih penting. Aku takut aku terleka dengan cinta hingga mengabaikan pelajaran. Memang SPM boleh diulang, tetapi siapalah yang nak ulang kan?...

*

Hari Sabtu yang dinanti pun tiba. Rombongan dari pihak lelaki sudah sampai ke perkarangan rumah makcik Asmah dan pakcik Husin. Keluarga tiri pun, keluarga tirilah. Janji ada rombongan.

Dua buah kanopi sudah siap terpasang di halaman rumah. Sementara pihak bakal pengantin perempuan dan pihak bakal pengantin lelaki berbincang di dalam, Imran masih menanti di luar rumah. Menunggu dirinya dijemput masuk ke dalam majlis tersebut.

Kedua-dua bakal mempelai sungguh cantik dan sama padan. Jannah memakai baju kurung chiffon bermanik dan Imran pula mengenakan baju melayu berwarna ungu, bersampin serta bersongkok.

Imran melangkah masuk ke dalam rumah dengan penuh berhati-hati. Nervous juga. Sabar, sabar. Ni baru tunang tau. Belum nikah lagi. Entah-entah boleh tercabut jantung nanti.

Tiba masanya untuk menyarungkan cincin. Cincin belah rotan berwarna emas sudah kemas disarungkan pada jari manis Jannah manakala cincin perak berbatu ungu disarungkan pada jari manis Imran.

"Photo-time!"

Jannah dan Imran disuruh duduk di atas mini pelamin yang telah ditempah oleh makcik Asmah untuk bergambar. Rasa gembira seorang emak tidak dapat disembunyikan lagi. Berharap dengan pilihan anaknya ini akan membuatkan dia bahagia.

Okey, ini baru makcik Asmah. Kalaulah mama Imran tahu anaknya sudah bertunang, mesti dia lebih gembira kan?

"Sweetnya. Mesti tak sabar nak nikah tu...." ujar salah seorang ahli keluarga Jannah. Walaupun Imran tidak mengenalinya, Imran tahu dia adalah ahli keluarga Jannah kerana pernah datang ke sini juga dahulu.

Jannah hanya membalas dengan senyuman manis. Memang tak sabar pun. Lantas Jannah melihat wajah bakal suaminya itu. Imran memandang Jannah malu-malu kucing. Tidak disangka, jirannya ini bakal menjadi isterinya.

"Awak, awak dah buat pilihan yang tepat ke untuk kahwin dengan saya?" soal Imran kepada Jannah separa berbisik.

"Insha-Allah awak. Saya akan jadi isteri yang terbaik untuk awak..." balas Jannah. Kedua bakal mempelai sudah gembira. Tidak sabarnya menunggu tahun hadapan. "Sebelum itu, saya nak tanya awak. Awak memang tak jumpa langsung ke mak awak?"

Wajah Imran yang ceria tiba-tiba berubah. Silap Jannah juga, siapa suruh sentuh tentang mak Imran.

Imran menggeleng sebelum memulakan bicaranya. "Tak... Saya dah lama cari, tapi tak jumpa pun..."

"Ooo... Saya minta maaf... Kalau saya nak kenal dengan keluarga awak boleh? Awak ceritalah.. Sebenarnya apa yang dah berlaku dan siapa yang dah meninggal dan siapa yang masih hidup. Saya nak tahu..." rayu Jannah kepada tunangnya itu.

"Boleh. Nantilah saya cerita." jawab Imran. Di mana harus dia mula. Memang Jannah sudah tahu tentang kemalangan yang berlaku 12 tahun lalu itu, tetapi hanya keluarga mereka sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada mereka.

*

Hari Rabu, pukul 3 petang.

Tiga sahabat sedang berehat di port lepak biasa, gazebo yang terletak di taman sekolah. Aulia-Dilla-Zureen. Sahabat setia yang akan bersama setiap masa walau apa sekalipun yang terjadi.

Lagi 30 minit sahaja kokurikulum akan bermula. 30 minit inilah yang digunakan oleh tiga sahabat ini intuk menyiapkan segala kerja sekolah.

Di sudut hujung taman itu, ada seseorang yang sedang memerhati mereka bertiga. Menunggu masa yang sesuai sahaja untuk memberitahu perkara yang sebenar.

'Patutkah aku pergi sekarang? Mereka sedang bertiga tu.. Tapi, apa pula orang kata nanti. Mereka tidak tahu apa sebenarnya hubungan antara kami....' bisik hati Imran. Adakah ini masa yang sesuai? Kalau tak, bila pula hendak beritahu perkara yang sebenar yang tersimpan ini?

"Ustaz." Tegur seorang murid lelaki dari belakang.

"Oh, kamu Ghadafi. Kenapa?" tanya Imran kepada anak muridnya itu.

"Ustaz, saya nak tanya ni..." Ghadafi menunjukkan sebuah buku kepada Imran.

"Ooo, kita bincang di sanalah." Imran dan Ghadafi beredar dari situ.

"Ni macam mana?" tanyaku kepada Aulia dan Dilla. Asyik mereka sahaja yang bertanya soalan kepadaku, biarlah aku pula yang tanya mereka.

"Tak tahu. Tanyalah ustaz kesayangan kau tu. Ada kat sana tu." Dilla mengangkat bahunya lalu menunjukkan ke arah tiang besar. Memang tadi Ustaz Imran ada di situ, tetapi sekarang dah tiada pula. Kalau ada pun, tak mahulah aku tanya kepadanya. Banyak lagi ustazah untuk ditanya.

"Tak ada pun."

"Tadi ada...." Dilla menoleh. Betul aku cakap, sudah tiada. Tak percaya...

"PENGUMUMAN!! PELAJAR YANG MENGHADIRI KOKURIKULUM SILA BERKUMPUL DI DEWAN SEKOLAH!!"

"Ha, dengar tu. Jomlah pergi dewan. Nanti lambat kena denda pula." Kami berkemas lalu bergegas pergi ke dewan sekolah. Tidak mahu didenda kerana lewat.

Dewan.

"Beratur ikut persatuan masing-masing..." Arah guru yang bertugas. Kami bertiga menyertai Kelab Doktor Muda, jadi kami beratur di barisan keempat.

Kami semua dibawa ke tempat berkumpul biasa. Aku terkejut apabila melihat Ustaz Imran turut berada di sini. Janganlah kata dia jadi guru penasihat pula.... Ini tak boleh jadi!!!

"Zureen." Ada suara halus memanggilku. Aku tidak pasti siapa.

"Korang ke panggil aku?" tanyaku pada Aulia dan Dilla.

"Tak. Tak panggil pun." Jawab Aulia. Dilla turut berkata perkara yang sama. Kalau bukan mereka berdua, siapa?..

"Zureen. Aulia. Dilla." Suara itu muncul lagi. Kali ini memanggil kami bertiga. Aku yakin ini suara orang lain.

'Ish, budak ni kan... Orang panggil tak dengar pula...' gerutu Imran di dalam hati. Pelan yang dirancangnya asyik tidak menjadi sahaja. Mengapalah jadi begini... Adakah memang takdir tuhan untuk menyembunyikan dahulu rahsia ini?...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience