8 - CGKB - PAPA

Romance Completed 24182

Tersenyum-senyum Qisha seorang diri... Manakan tidak... Lenalah tidur malam ni bermimpikan Isyraf Iskandar... Angau dah... Entah kenapa... Dengan Isyraf ni, berbeza sangat Qisha rasakan... Setiap kali berhadapan dengan Isyraf, dada Qisha akan berdebar-debar... Tapi tidak pada lelaki yang lain...

Entah kenapa perasaannya lain sangat saat bersama Isyraf... Wait a second! Isyraf... Lelaki yang sebelum ni terlanggar Qisha di kedai! Ya... Qisha pasti, itu Isyraf... Agak-agaknya, Isyraf pun macam Qisha ke... Angau, teringatkan Qisha...
Ke... Qisha syok sendiri... Takpelah... Asalkan Qisha bahagia...

Nada telefon berbunyi... Menandakan mesej masuk...

'Assalammualaikum Qisha...! Tengah buat ape, tu? Mesti tengah fikirkan saya, kan?'

Hah, siapa lak yang hantar mesej ni... Nombor dia pun Qisha tak kenal... Biar jelah...

'Qisha... Sampai hati awak tak balas mesej saya'

Ya Allah, siapa lak ni?

'Maaf, siapa awak ya? Mana awak dapat nombor saya? Saya kenal awak ke?'

Isyraf tergelak kecil... Dah tentulah Qisha tak tahu siapa yang hantar mesej ni... Nombor telefon Qisha nipun, Isyraf perasan masa buat report kat balai polis tadi...

'Sorry Qisha... Saya, Isyraf... Sorry, saya dapat nombor telefon awak ni dalam report tadi... Sorry kacau awak!'

'La... awak ni, Isyraf... Terkejut saya... Takpe... Sayapun lupa nak minta nombor telefon awak tadi...!'

'Ni dah dapat, kan...!'

'Awak dah makan... Dah mandi... ?'

'Amboi banyaknya soalan...!'

'Hahaha... Sorry, sorry! Excited dapat borak ngan awak!'

'Isyraf excited kat aku... Biar betik!' Getus hati Qisha... Tersengeh-sengeh Qisha baca wassup dari Isyraf...

'Qisha, saya call awak, ya!'

'Oh...Ok!'

Hampir setengah jam Qisha dan Isyraf berborak di telefon... Diselangi gelak ketawa yang agak comel je kedengaran... Macam orang bercinta je... Ibu yang mendengar gelak ketawa Qisha dari luar pintu bilik, sekadar tersenyum... Inilah kali pertama Qisha berbual panjang di telefon... Dan yang pastinya, tentu lelaki... Sebab Qisha memang tak punya ramai kawan yang mudah untuk diajak berbual... Lagi-lagi nak bergayut di telefon lama-lama begini...

Walaupun masih awal untuk membuat andaian, sebagai ibu, dia pasti Qisha sedang dilamun cinta sekarang ini... Dia bahagia melihat Qisha begini... Tapi, bagaimana jika Qisha ingin bernikah, berkahwin? Inilah satu benda yang amat merisaukan dan memeningkan kepalanya... Hubungan Qisha dengan bekas suaminya yang Qisha gelar Papa, sudah lama terputus sejak 15 tahun lalu...

Bagaimana Qisha hendak menemui Papanya? Tak mungkin bekas suami dan bekas madunya akan membenarkan Qisha menemui mereka... Lagi-lagi dengan apa yang telah bekas madunya lakukan pada mereka sekeluarga sebelum ini... Mampukah impian untuk melihat Qisha, satu-satunya anak perempuan mereka mendirikan rumahtangga dan dinikahkan oleh walinya yang sah?

Amat memedihkan hatinya bila teringat peristiwa lama yang berlaku... Kerana bila difikir, entah di mana silapnya, wanita yang mengaku sepupu suaminya, merampas Papa kepada anak-anaknya, hanya kerana harta pusaka. Dan yang menyedihkan, mereka telah bernikah senyap-senyap dan wanita itu dibawa pulang duduk bersama-sama... Entah, sihir apa yang digunakan, suaminya telah menghalau mereka 4 beranak... Penceraian tanpa kerelaan... Namun Ibu bersyukur... anak-ada ada bersamanya...

# Flashback

"Ria, aku ceraikan kau dengan talak tiga!" Berdesing telinga dan terkejut yang amat sangat saat mendengar Papa melafazkan talak pada Ibu... Bukan satu, bukan dua, tapi talak 3... Papa langsung tidak memandang ke arah Ibu. Hanya senyuman sinis yang kelihatan dari wajah perempuan yang tak tahu malu itu...

Tiada apa yang dapat dilakukan saat mendengar talak yang dilafazkan Papa... cukup menyedihkan... Menangis mereka 4 beranak... Entah di mana silapnya, Papa tiba-tiba menceraikan Ibu dengan talak 3... Puas Ibu merayu, namun hanya sia-sia... Papa seolah-olah telah diperbodohkan... Memang benarlah telahan orang sekeliling, Papa diberi makan benda yang tak elok...

Akhirnya, Ibu akur... Ibu percaya, jodohnya dengan Papa setakat ini sahaja. Seksanya hidup membesarkan anak-anak dan menyara hidup sendirian seorang diri... Ibu bersyukur sangat sebab anak-anak cukup memahami kesusahan yang mereka hadapi... Airul, Airil dan Qisha anak yang baik... Tidak pernah meminta-minta...

#Flashback end

'Haish....!'

"Kenapa ni, bu?" Along tiba-tiba menegur Ibu. Melihat Ibu tiba-tiba termenung memandang ke luar jendela.

"Eh, Along...! Tak tidur lagi!"

"Belum mengantuk lagi, bu. Ibu ok, ke? Along tengok, sehari dua ni, Ibu asyik termenung aje...! Ibu teringatkan Papa, ke?"

"Entahlah, Long. Teringat tu memang teringat... Berbelas tahun bersama, Long! Mana mungkin lupa macam tu aje!"

"Ibu, rindukan Papa, ke?" Ibu menggelengkan kepalanya.

"Habis tu? Apa yang Ibu fikirkan...?"

"Tak perlulah difikirkan hal orang tua, tu bu! Buang masa, je!" Angah ni, memang suka betul sergah-sergah macam ni! Bagilah salam ke... Hint ke!

"Angah ni...! Tak baik cakap macam tu, Ngah! Apapun berlaku, dia tetap Papa kita!" Along menegur Angah yang agak dingin bila bercerita mengenai Papa. Ibu sekadar mendiamkan diri.

"Memanglah Papa... Tapi, ada dia ingat kita...? Cari kita, adik-beradik...? Halau kita macam ape, je! Tak habis dengan tu, perempuan giler tu pulak kacau kita! Along rasa...?"

"Tak puas ke dah bodohkan Papa? Dah rampas Papa? Buat Papa ceraikan Ibu dengan talak 3?"
Apapun... Angah takkan maafkan Papa! Lagi-lagi Perempuan perampas tu!" Angah terus melajukan langkahnya menuju ke bilik.

Pengalaman sis dengan penceraian ibu bapa... amat memeritkan... sis ubah dari realiti yg sis hadapi ... harap diterima semua... enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience