5 - CGKB - KACANG HANTU

Romance Completed 24182

Gelisah Qisha malam itu... Macamana Rayyan boleh meluahkan perasaannya...? Macamana dia hendak mengadap Rayyan esok...? Pening kepala Qisha memikirkannya... Bolehkah Qisha menerima cinta Rayyan? Hakikatnya, memang dari kecil, Qisha menyayangi Rayyan... tapi, hanya sebagai sepupu kesayangannya... tiada perasaan lain yang timbul!

Memang benar, selama ini Rayyan yang selalu menemani kemana jua Qisha pergi... Pergi balik kolej... Kelas tambahan, kelas kick boxing... Belum lagi apabila kolej mengadakan majlis makan malam, perkhemahan. Rayyanlah yang sentiasa ada dengan Qisha... Susah senang Qisha juga, Rayyanlah penawarnya...

Namun, hati dan perasaan tak boleh dipaksa... Bagaimana Rayyan boleh benar-benar menyayangi Qisha sedangkan ramai teman-teman Qisha yang menyukai Rayyan...?

'Aduh... Pening kepala akulah, Rayyan!'

Bergema lagu Can't Fight The Moonlight, dendangan Lee Ann Times di handphone Qisha menandakan kemasukan mesej...

'Hai Qisha... Esok pagi, Ayyan jemput macam biasa, ya! Don't worry. Ayyan oklah!' Pesanan dari Rayyan yang sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran di hati Qisha.

****************************************

#
Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau di sisi

Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpuh mati
Di syurga tetap kau kunanti
Oh.....

"Wah, best jugak suara Ayyan, kan Qisha?" Ayyan memecah keheningan si pagi hari.

"Perasanlah Ayyan, ni!"

"Ayyan, Qisha minta maaf... Qisha..."

"Ala, rileklah Qisha... Ayyan oklah! Jangan risau, ya!"

"Yan... Sorry eh! Qisha belum mampu nak suka atau nak falling in love dengan mana-mana lelaki. Qisha tak tahu yang Yan sayang Qisha sampai macam tu... Qisha minta maaf, ya?"

"Qisha, Ayyan ok je... Ayyan faham... Ayyan tak boleh nak paksa Qisha... Cuma, Ayyan harap Qisha tak campak Ayyan jauh-jauh andai kata Qisha dah ada orang yang Qisha betul-betul sayang!"

"Ayyan, Qisha... Qisha tak nak sebab benda-benda macam nilah, perhubungan persaudaraan kita tergganggu, tergugat...! Qisha dah anggap Ayyan macam adik-beradik Qisha sendiri... Qisha sayang Ayyan macam Qisha sayang Along Angah... Ayyan fahamkan?"

"In shaa Allah, Ayyan faham sangat... Don't worrylah... Tapi, selagi hati Qisha tidak dimiliki sesiapa, Ayyan tetap nak jaga, nak sayang Qisha sampai bila-bila...! Bolehkan?"

Anggukan dan senyuman Qisha benar-benar mendamaikan hati Rayyan... Alhamdulillah...

As usual, sampai saja mereka di kolej...

"Morning Qisha! Rayyan!"

"Assalammualaikum, morning Encik Fikry...!" Agak kasar bunyi balasan dari Qisha.

"Wah, kau ni Qisha! Cubalah lembut sikit dengan aku! Garang sangat!"

"Dah cukup lembut dah ni... Kau nak aku lembut macamana lagi?"

"Cubalah kau jadi lemah-lembut, macam adik-adik junior tu!"

"Tak kuasa aku! Lagi-lagi dengan kacang hantu macam kau! Bawak-bawaklah bertaubat, Fikry!"

"Kacang hantu kau panggil aku, Qisha! Sombong kau Qisha kan! Aku dah cukup lembut dengan kau... Kau masih tak suka dengan aku... Apalagi yang aku nak buat supaya kau suka kat aku, hah!"

"Betul kau nak tahu?" Fikry laju menganggukkan kepalanya.

"Buat tak tahu! Bye! Rayyan... jom!"

"Takpe Qisha... Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku! Blahlah kau!" Marah sangat Fikry nampaknya...

"Qisha, kau betul ke tak sukakan si Fikry, tu?"

"Eh kau ni, Ayyan... Berapa lama kau kenal aku? Takkan kau tak percaya kat aku! Pernah ke selama ni aku tipu, kau?"

"Manalah tahu... Kot-kot kau sorok something dari aku...! Aku sedar... aku siapa!"

"Ya Allah, Rayyan Rizqy... Sumpahlah Yan! Aku takde simpan apa-apa perasaanlah kat mamat sepet, tu!"

"Takkan kau tak tahu aku memang tak gemar mamat-mamat mata sepet ni! Cerita drama Korea pun aku tak minat... Kau pernah nampak ke aku tengok drama korea...? Tak pernah, kan?"

Laju Rayyan menggelengkan kepalanya. Alhamdulillah, lega Rayyan rasakan. Sekurang-kurangnya, Rayyan masih berpeluang untuk mendapatkan cinta Qisha setakat ni...

New chapter updated... Maaf andai sedikit mendatar... Lenguh tgn lepas kena 2nd dose.... Kepala ting ting... enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience