BAB 33 - CGKB - TANGISAN

Romance Completed 24182

Isyraf kelihatan lebih sihat dari malam tadi... Ubat miliknya juga telah dijumpai di dalam beg baju... Selepas menunaikan solat Subuh, Qisha meminta izin atok nenek utuk mencari ubat Isyraf di dalam beg pakaiannya...

Hari ini, solat subuh diimamkan atok... Isyraf masih belum sihat sepenuhnya, jadi Isyraf sekadar menjadi makmum...

"Atok, Araf ingat, nak balik KL, esok pagi...! Hari ni, Atok nenek kemas apa yang patut, ya...! Boleh tak?"

"Araf dah sihat betul ke...? Nenek bimbang Araf sakit lagi nanti... Jauh ni Raf... !"

"Takpe nek, kami bertiga ada... Rayyan, Qisha, Bella, semua boleh pandu kereta... semua ada lesen kereta... Kami boleh bergilir-gilir nanti... Nenek tak yah risau, ya...?"

"Baiklah kalau dah cakap macam tu...! Yelah, nanti atok nenek kemas apa yang patut...!"

"Sekarang ni, macamana...? Kalau boleh, nenek ngan atok datang terus rumah Qisha... nak terus jumpa dan bincang dengan keluarga Qisha... dengan Ibu, Ayah..."

Mendengar perkataan ayah, membuatkan Qisha terdiam membisu...

"Qisha, kenapa cu...?" Isyraf, Rayyan, Bella memandang wajah mendung Qisha...

"Nenek, atok... Qisha minta maaf... Qisha minta maaf tak terus terang dengan nenek, ngan atok..."
"Terus-terang apa, Qisha?"

"Sebenarnya, Ibu dan Papa Qisha dah lama berpisah... dorang bercerai sejak Qisha kecil lagi..."

"Sampai hari ni, Qisha tak pernah bertemu dengan Papa...! Qisha..." Belum habis ayat yang hendak diungkapkan, Qisha sudah pun mengalirkan air matanya...

Isyraf dan Rayyan hanya sekadar diam membisu. Walaupun mereka tahu apa yang berlaku... Inilah Qalisha Qadeeja. Bila bercerita pasal Papa, Qisha pasti menjadi lemah dan air mata akan menjadi penemannya...

Perasaan simpati mula menerjah hati tua nenek...

"Papa Qisha masih ada?" Kepala dianggukkan... Kepala Qisha diusap.

"Qisha rasa, Qisha ingat tak wajah Papa, Qisha...?" Sekali lagi Qisha menganggukkan kepalanya...

"Qisha sayang, walaupun Ibu dan Papa Qisha berpisah... tapi sebagai anak, Qisha perlu cuba cari Papa."

"Bukan untuk perkahwinan aje Qisha... Tapi, pertalian antara Ibu, Papa dan anak-anak tidak akan terputus Qisha... Darah Ibu darah Papa mengalir dalam tubuh Qisha selama ini..."

"Ya, Qisha tahu, nek! Sebelum ni dah banyak kali Ibu bawak kami jumpa Papa, tapi hanya kata hina, makian yang kami terima... Bukan aje dari Papa, tapi dari mulut perempuan jahat tu jugak!"

"Qisha, tak baik cakap macam tu...!"

"Maaf nek, selama ini Papa tak pernah ambik tahu pun pasal kami anak- beradik... Dari umur Qisha 7 tahun, Qisha hanya ada Ibu, Along, Angah dan Rayyan... Qisha takde kawan... sampailah Qisha jumpa abang..."

"Papa halau kami sehelai sepinggang...! Tiada perasaan belas kasihan...! Sampai sakit-sakit Qisha... Ibulah yang selama ini bersusah payah membesarkan kami, sekolahkan kami selepas Papa ceraikan Ibu..."

"Bayangkan Ibu takde wang yang cukup untuk sekolahkan kami, nak bagi kami makan... Papa halau kami anak-beranak tanpa satu sen pun duit kami terima..." Air mata Qisha semakin mencurah-curah... Hari ini segala-galanya akan diluahkan... Biarlah nenek atok tahu kebenarannya. Malah dia dah tak kisah orang lain melihat tangisannya...

"Apa yang Qisha kesalkan... sangat Qisha kesalkan... perempuan giler tu, rupa-rupanya, sepupu papa sendiri... Makcik Qisha sendiri...! Patutlah selama ini, tiada seorang pun saudara mara dari sebelah Papa yang berusaha mencari kami... Bila Ibu meminta tolong, kami juga turut dihina, dicaci...! Perempuan giler tu dah hasut semua...! Perempuan tu dah perbodohkan Papa!"

"Sabar Qisha... Sabar sayang...!" Isyraf cuba memujuk. Bahu Qisha diusap lembut.

"Qisha, bawak bertenang..." Rayyan sebagai sepupunya pula memujuk.

"Semua perempuan giler tu kebas...! Hanya kerana harta pusaka, Papa diperbodohkan dan dia paksa Papa ceraikan Ibu dengan talak 3! Talak 3, nek... Adilkah buat Ibu? Buat kami adik-beradik?" Qisha masih dengan juraian air mata yang tidak henti-henti...

"Qisha benci papa, nek! Qisha benci papa!"

Sayu memandang wajah Qisha yang masih dengan tangisannya... Tiada siapa dapat memujuk Qisha kali ini. Nenek hanya mampu mengusap belakang Qisha...

Isyraf, sabar ya! Jangan nak buat pasal... Mahu saja dipeluk Qisha bagi meredakan kesedihan, takut diketuk atok ngan nenek... Sabar jelah ya Isyraf...

Tiba-tiba Qisha bangun... Air matanya dilap dengan lengan baju...

"Qisha nak keluar kejap..." Qisha terus melangkah keluar dari rumah. Baik Isyraf, Rayyan, Bella, atok dan nenek, masing-masing berpandangan sesama sendiri..

"Sayang, jangan macam ni...! Sayang! Tunggu Raf...!" Kaki Qisha semakin laju melangkah...

"Raf, bagi kami ikut Qisha...! Kau tak sihat lagi...!"

"Ya, Boss! Bagi kami follow Qisha... ! She needs time...! Saya akan follow dia...!"

"Takpe, kita gerak sama! Atok nenek tinggal dulu ya... ! Araf takut Qisha lari...!"

Berlarilah mereka bertiga mengejar Qisha yang membawa hatinya yang sedang sedih... Inilah kali pertama Qisha merajuk sebegini...

Laju jugak Qisha melangkah... Isyraf mengejar Qisha dalam keadaan kepalanya masih sakit...

"Qisha, tunggu Qisha...!"

"Qisha sayang... tolong sayang... tunggu Raf!"

Qisha seolah-olah memberontak... Kakinya terus melangkah tanpa memikirkan bahaya yang sedang menanti...

"Qalisha Qadeeja... berhenti...!" Tangan Qisha ditarik Rayyan... Terhenti langkah Qisha...

"Qisha, jangan macam ni, Qisha...! Kau buat orang lain susah hati , Qisha! Kau tak kesian ke nenek, atok yang risaukan kau... Macamana aku nak cakap dengan Ibu, dengan Along Angah, kalau apa-apa berlaku pada kau? Tolong jangan fikir diri kau sendiri... Jangan fikirkan marah kau aje...!"

"Kau taukan Raf tengah sakit...? Kau memang nak dia bertambah sakit ke...? Kau tak sayangkan Raf, ke? Kau tak kesiankan Raf ke? Dia risaukan kau, Qisha!" Raf! Tiba-tiba Qisha terasa seolah-olah baru tersedar. Kepalanya tercari-cari Isyraf...

"Mana Raf? Mana dia? Rayyan, mana Raf...?" Qisha tercari-cari Isyraf... Raf dengan lemah melangkah ke arah Qisha...

"Abang...! Raf...!" Qisha mendapatkan tubuh lemah Raf yang sudah lemah longlai... Isyraf dah terjelepuk ke tanah! Tubuh Isyraf didakap erat...

"Abang, maafkan Qisha! Maafkan Qisha...! Maafkan Qisha sebab tinggalkan abang!" Tangisan Qisha semakin kuat...

"Sayang, abang ok...! Jangan buat macam ni lagi, ya? Abang tak mampu nak kejar sayang! Jangan tinggalkan abang!" Pelukan mereka dieratkan... Dengan tangisan yang masih bersisa...

"Abang sayang Qisha... Jangan tinggalkan abang...!" Pelukan makin dieratkan.

"Tak! Tak! Qisha tak akan tinggalkan abang...!" Qisha takkan tinggalkan abang!"

Bella yang menyaksikan situasi yang meruntun hati, cepat-cepat mengalihkan pandangannya... Tak mahu Rayyan nampak air matanya mengalir. Selepas beberapa minit, suasana semakin baik... tiada lagi kedengaran tangisan Qisha...

Rayyan, Bella membantu Isyraf dan Qisha bangun dan mereka bergerak menghala kerumah atok nenek... Kesian wajah kedua orang tua kesayangan Isyraf... Sedih hati mereka melihat keakraban mereka berempat... Kasih sayang antara Isyraf dan Qisha...

'Isyraf dan Qisha perlu dinikahkan segera'

Bella berjalan seiring Rayyan di hadapan Isyraf dan Qisha... Manakala Isyraf memeluk tubuh Isyraf membantunya berjalan...

Sebelum mereka tiba di simpang rumah atok nenek, sebuah van hitam berhenti betul-betul di sebelah mereka... Dua orang lelaki berbadan besar, yang menutup separuh wajah mereka, menolak Isyraf dan Rayyan. Bella dan Qisha ditarik masuk ke dalam van tersebut...

Pada mulanya berlaku bergelutan antara mereka berempat. Namun, Isyraf dan Rayyan terpaksa melepaskan Qisha dan Bella, saat terlihat sepucuk pistol dihalakan ke kepala Qisha... Terjerit-jeritlah Bella dan Qisha di dalam van hitam tersebut...

"Woi, lepaslah! Lepaskan kami! Apa yang kau nak, hah!" Qisha berusaha melepaskan dirinya dari dipegang mamat-mamat sado itu.

"Lepaslah jahanam...! Lepaskan kami! Siapa korang, hah! Lepaslah setan!" Kali ini Bella
melepaskan amarahnya...

"Woi! Korang pekak ke? Lepaskan kamilah!"

"Bob! Kau tutup mulut dorang ni! Memekak je! Sakitlah telinga aku!" Salah seorang dari mereka bernama Bob... Bob mengikut arahan... Mulut Qisha dan Bella ditutup dengan plaster besar...

Urm! Urm! masih lagi kedengaran suara kedua-duanya walaupun mulut sudah diplaster...

Sementara...

"Qisha! Bella! Qisha!" Jeritan Isyraf tak dapat menghalang penculik-penculik tadi melarikan Qisha dan Bella...

"Sayang...!" Isyraf terjelepuk jatuh ke tanah...

Atok dan nenek yang melihat kejadian penculikan itu, berlari perlahan ke arah Isyraf dan Rayyan...

"Raf, sabar Raf...! Kita pergi buat report ya! Jom Raf...!"

"Araf...!"

"Nenek! Atok...! Qisha nek! Qisha!"

"Sabar ya cu...Sabar! Kita cari jalan ya macamana nak selamatan Qisha dengan Bella...! Sabar ya..!" Nenek tahu Araf kuat!"

"Atoknya, tolong cucu awak ni...!" Atok mendapatkan Isyraf yang masih lemah dengan bantuan Rayyan...

"Aku call polis!" Rayyan memberi idea...

Siapa yang culik Bella dan Qisha...? Adakah rancangan Fikry atau memang penculik yang mencari mangsa untuk kerja-kerja jahat mereka?

Agak-agak apa yang akan berlaku pada !isha dan Bella? Fikrykah yang merancang semua ini atau orang lain...? Sama-sama nantikan episod yang akan datang... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience