"Abang..."
"Ya sayang..." Wajah kesayangannya diusap... sedih melihat wajah comel itu dipenuhi dengan luka-luka akibat perbuatan jantan jahanam...
'Kau tunggulah! Aku akan balas apa yang dah kau buat pada kesayangan aku!
"Abang... Ibu...?"
"Sayang nak cakap dengan Ibu?" Qisha menganggukkan kepalanya. Lemah...
"Nanti abang call Along...! Sayang jangan bimbang ya...! Sayang rehat dulu!"
Malam itu juga, beberapa orang pegawai polis melawat Qisha dan Bella di hospital setelah dihubungi Rayyan. Keterangan kedua-duanya, Qisha dan Bella, perlu diambil...
Hampir setengah jam keterangan diberi, pihak polis berpuas hati...
"Terima kasih Cik Qalisha dan Cik Bella... Kami akan membuat siasatan berdasarkan keterangan dari cik berdua...! Semoga cepat sembuh! Terima kasih sekali lagi!" Kepala diangguk.
"Tuan Isyraf dan Tuan Rayyan, terima kasih kerana membantu pihak polis menyelesaikan kes ini. In sha Allah, kami akan berusaha keras agar si pelaku ditangkap secepat mungkin! Terima kasih tuan!"
"Terima kasih tuan!"
Setelah berpuas hati dan memastikan tiada lagi pegawai polis di situ, Rayyan melepaskan keraguannya...
"Raf, takpe ke kita cakap macam tu...! Penculik-penculik tu dah terlepas... Padahal dorang kat markas...?"
"Rayyan, awak jangan risaulah! Inikan tugas kami... Lagipun, ini bukan kali pertama, kami berhadapan dengan masalah sebegini."
"Aku bimbanglah, Raf!"
"Rayyan! Aku tahu apa yang aku buat! Yang penting sekarang ni, kita kena dapatkan 'ketua' jahanam tu dulu!"
"Sekarang ni, yang lebih penting keselamatan Qisha dan Bella!"
"Kau bawaklah Bella balik rumah atok nenek. Terangkan pada atok nenek, ya! Jangan risaukan aku dengan Qisha...! Orang-orang aku ada berjaga kat sini...! Bella, awak balik dulu, ya!"
"Baik tuan!"
"Baik, aku bawak Bella dulu...! Qisha, jaga diri, ya... Cepat sembuh! Maaf Qisha, aku tak tunaikan janji nak jaga kau" Qisha hanya mampu tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
"Empphh, kau nak aku call Ibu ke?"
"Jangan Rayyan! Jangan call, dulu! Nanti aku slow talk dengan Along... Aku tak nak dorang terkejut! Lagi-lagi Ibu!"
"Kalau camtu, aku ngan Bella balik rumah atok nenek dulu ya!"
Memandangkan kecederaan Bella, tidak seteruk Qisha, Bella dibenarkan pulang. Sementara Qisha ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Qisha ditempatkan diruang VIP... Jangan tanya macamana dapat wad VIP... Kali ni, Isyraf menggunakan kuasa veto yang ada padanya...
Wajah lesu diusap... Sakit hati, pedih, marah semua ada saat bertemu Qisha di dalam rumah usang itu... Badan terikat, bibir Qisha pecah dan berdarah, luka-luka di wajahnya dengan kesan lebam dan kemerahan... Belum lagi dengan pakaian Qisha direntap dan mendedahkan dada putihnya...
Pilu hatinya... Dan sebab itu juga, Isyraf melepaskan kemarahannya pada jantan jahanam, tu! Lunyai dikerjakan... Namun masih belum dapat meredakan kemarahnnya... Takpe, tunggulah sampai di markas nanti...
"Abang..."
"Ya sayang...? Sayang nak air...?" Air mata Qisha mula mengalir...
"Hei... Kenapa ni? Sayang ok tak?"
"Qisha minta maaf... Qisha tak dengar cakap abang... " Air mata Qisha semakin lebat...
"Shu... Shu... Shu! No, bukan salah sayang...! Abang yang salah! Abang tak jaga sayang!" Isyraf memeluk tubuh Qisha... Terhinjut-hinjut tubuh kecil Qisha... Diusap lembut belakang Qisha... Dibiarkan Qisha menangis di dada bidangnya... Biarlah basah bajunya... Asalkan dapat meredakan kesedihan kekasih hatinya...
"Sayang tak salah... Abang minta maaf sebab tak jaga sayang."
"Tak mu nangis... Sayang tak sihat lagi...!" Pelukan dieratkan... Qisha dibaringkan. Begitu juga Qisha yang membalas pelukan Isyraf... Tangan Raf masih tidak dilepaskan.
"Abang jangan tinggalkan Qisha... Jangan tinggalkan Qisha lagi...!" Bergetar-getar suara Qisha menahan kesedihan...
"Tak! Tak! Abang tak tinggalkan sayang... Abang janji...! Sayang rehat dulu...! Abang nak call Along... Nanti abang video call Ibu, ya...!" Qisha anggukkan kepalanya. Qisha melepaskan tangan Isyraf. Matanya seakan mahu terlelap.
Telefon dicapai, nombor telefon Along dicari...
"Assalammualaikum... Along..." Hampir setengah jam berbual di telefon... Segala-galanya telah Isyraf sampaikan pada Along... Tak mahu ada satu maklumat pun yang tertinggal...
"Along, aku video call, ya... Boleh bagi Ibu tengok Qisha...?"
"Tunggu, bagi aku 3 minit..."
"Ok...!"
"Assalammualaikum... Adik...!" Saat menatap wajah dan mendengar suara Ibu, Qisha menangis...
"Ibu..."
"Allah, anak Ibu...!" Ibu tak dapat tahan dirinya dari menangis... Luluh hati seorang Ibu melihat wajah anak kesayangannya penuh dengan kesan luka dan lebam... Qisha hanya mampu terbaring... Tubuhnya masih lemah...
Begitu juga dengan Along dan Angah... Riak wajah kedua-dua menggambarkan betapa marahnya mereka pada jantan-jantan yang dah melukakan adik kesayangan mereka...
Hampir 15 minit di talian...Isyraf meminta izin untuk meletakkan telefon, memandangkan Qisha sudah keletihan...
Apa jua perkembangan akan Isyraf sampaikan pada mereka... Isyraf tak mahu mereka tergesa-gesa ke sini, memandangkan Isyraf sudah berjanji akan membawa Qisha pulang selepas Qisha dibenarkan keluar dari hospital.
"Abang..."
"Ya sayang... Sayang nak apa...?"
"Qisha nak air..."
"Sekejap ya!" Habis segelas air diminum Qisha...
"Dah...?" Kepalanya dianggukkan.
"Ok, sekarang ni, sayang rehat. Cuba tidur... Lelapkan mata, ya!" Isyraf nak ke toilet, tapi, Qisha menarik tangannya...
"Jangan...!"
"Tak... Tak... Abang tak tinggalkan sayang... Abang nak ke toilet je...!" Melihat air mata Qisha seakan nak meleleh...Isyraf matikan dulu niatnya... Tangannya masih dipegang Qisha...
"Ok.. Ok... Abang tak pergi mana-mana...! Abang temankan sayang tidur ya...!"
Air mata Qisha diusap.
"Sayang rehat... Ubat dah makan, kan?" Kepala dianggukkan.
Isyraf duduk di sisi Qisha yang terbaring lesu. Lengannya masih tidak dilepaskan.
Tentu Qisha dalam ketakutan. Barangkali trauma. Trauma diculik, dipukul dan ditinggalkan. Perasaan takut andai dirinya diculik lagi...
"Cepat sembuh ya, sayang, abang...! Abang rindu dengan senyuman sayang, gelak tawa sayang...! Cepat sembuh ya...!" Wajah lesu itu diusap... Bibir yang terluka dan kelihatan pucat diusap perlahan... Dikucup sekilas bibir kesayangannya...
"Abang sayang Qisha..." Setelah dipastikan Qisha benar-benar telah melelapkan matanya, Isyraf membuat satu panggilan telefon.
"Ray, pastikan dapatkan bantuan dari agen-agen. Cari maklumat dari 4 jahanam tu... pastikan mereka buka mulut! Edarkan gambar si lakhanat tu pada semua agen...! Anything let me know!"
"Pastikan juga rakam segala percakapan mereka!"
"Roger"
Keluhan dilepaskan. Bagaimanalah agaknya keadaan Qisha dan Bella saat menerima pukulan dari jantan-jantan bangsat tu?
Andai kata, dia lambat sampai menyelamatkan Qisha dan Bella, entah apa akan berlaku hendaknya... Tak dapat dibayangkan saat itu!
Wajahnya diraup.
'Kau tunggu, Fikry! Sikit hari lagi kau akan jatuh ke tangan aku...! Berani kau usik Qisha...! Kau belum kenal aku siapa!'
'Berdoalah agar kau tak menemui aku!'
'Kau bermain dengan api, Fikry!'
Qisha mengalami trauma... Tapi, in shaa allah, she's fine... Terima kasih mendoakan... Enjoy reading...
Share this novel