Qalisha Qadeeja, nama yang cukup sesuai dengan kelincahan dan karakter gadis ini. Luaran, Qisha kelihatan seperti anak-anak gadis lain... Namun, hakikatnya, Qisha seorang yang lasak, kasar dan tidak betah mencintai mana-mana lelaki. Jangan fikir yang bukan-bukan! Baca sampai habis baru boleh buat spekulasi, tau!
Bukan membenci atau berdendam... Disebabkan kekejaman seorang lelaki bergelar papa yang mendera fizikal dan mental ibunya, hanya kerana kehadiran orang ketiga, cukup melukakan hatinya... Apatah lagi untuk mempercayai... Qisha tidak mahu lagi ibu dibebani dengan kesedihan dan kesakitan... Penceraian ibu dan papa umpama satu rahmat buat Qisha.
Kehidupan Qisha dibayangi dengan kehadiran dua orang abang kembar, Qhairil Qhaidir dan Qhairul Qhariz yang kadangkala over protective, membuatkan Qisha tidak betah mendampingi atau didampingi oleh mana-mana lelaki, melainkan bersama-sama sepupu kesayangannya, Rayyan Rizqy.
Kedua-duanya bergelar pelajar tahun akhir di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Qisha dalam jurusan Business Administration, manakala Rayyan dalam jurusan Teknologi Perkomputeran.
Memiliki kehebatan dalam seni mempertahankan diri, merupakan satu kelebihan buat Qisha... Tali pinggang hitam di dalam taekwando dan kick boxing... Hebatkan! Qisha juga antara pelatih terhebat di pusat latihan kick boxing. Abang kembar Qisha, Airil dan Airul, kedua-duanya juga pemegang tali pinggang hitam Taekwando. Sebab tu, Qisha nampak kasar.
Melindungi keluarga adalah keutamaan Qisha dan keselamatan dan kebahagiaan ibu adalah keutamaan mereka tiga beradik. Walaupun Qisha sibuk dengan pelajaran dan kick boxing, Qisha lebih gemar menghabiskan masanya di rumah. Menemani ibu, menghabiskan masa membuat sesuatu bersama-sama ibu, amat Qisha hargai.
Bermodalkan dengan wang simpanan ibu berjaya membuka sebuah kedai makan yang diidam-idamkan.
Termakbulkah impian Rayyan untuk memiliki hati sepupu kesayangannya? Atau Qisha sekadar menganggap Rayyan sebagai sepupu kesayangannya sahaja tanpa ada perasaan lain?
Assalammualaikum, salam Jumaat salam penghulu hari... Alhamdulillah, bertemu semula kita di novel baru NAR_tinta78 yang berjudul CINTA GADIS KICK BOXER... Moga novel ini diterima semua... Enjoy reading...
Share this novel