19 - CGKB - CEMBURU

Romance Completed 24182

"So, macamana... Ok tak lepas jumpa family Fikry?" Tanya Isyraf selepas melangkah keluar dari balai polis.

"Emmpphh, lega rasanya. Alhamdulillah, semuanya dah selesai...!"

"Isyraf, terima kasih sebab bantu kami. Raymond, Gary, thanks again... !" Along menghulur tangan mengucapkan terima kasih pada abang-abang hero.

"Ya, Bro! Kau dah banyak tolong kami. Tak terbalas jasa-jasa korang." Giliran Angah pula.

Ibu yang memandang Along dan Angah, sekadar tersenyum saat mengalihkan padangan matanya ke arah Isyraf.

"Apalah sangat... Tolong menolong sesama manusia, je kan!

"Makcik, Along, Angah, Qisha... Kami nak masuk office ni... Ada kerja yang perlu diselesaikan. Minta maaf sebab tak dapat ajak minum..."

"Eh, tak payahlah Isyraf... Kami dah sarapan kat rumah tadi. Nak makan minum, belum lapar lagi... Terima kasih banyak Isyraf... Terima kasih banyak sebab tolong Qisha, tolong kami sekeluarga... Kawan-kawan Isyraf juga.. Terima kasih banyak... Moga Tuhan balas semua kebaikan yang kalian buat...!"

"Takde apa makcik!"

"Macam nilah... Nanti malam minggu, Isyraf bawak kawan-kawan ni, makan malam kat rumah ya... Makcik buat makan-makan sikit... Kita-kita je... Jemput datang, ya!"

"In shaa Allah, makcik!"

"Baik makcik, terima kasih atas jemputan tu." Gary menjawab bagi pihak Raymond.

"Jemput datang Isyraf, Raymond, Gary!" Along mengingatkan mereka.

"Kalau macam tu, kami minta diri dulu. Makcik, Along, Angah, Qisha... Assalammualaikum...
Bye Qisha!"

"Waalaikumussalam..." Qisha masih lagi melambai tangannya ke arah Isyraf. Gatal kau kan! Tiga beranak tadi, dok pandang Qisha yang tersengeh-sengeh macam kerang busuk.

"Woi! Udah-udahlah tu... Asap kereta pun dah takde! Gatal kau ya, dik!" Angah mengusik.

"Eleh... Jealouslah tu!"

*********************************

Seperti yang dijanjikan, makan malam di rumah Qisha. Turut berada di situ, Rayyan... tetamu tetap dalam rumah tu. Lepas mengetahui segala yang berlaku, Rayyan memang selalu singgah rumah Qisha walaupun takde kelas. Rayyan umpama penyelamat Qisha... Pergi dan balik Qisha, Rayyan akan pastikan selamat... Entahlah, rasanya Qisha yang jadi penyelamat dia... Hahaha!

Macam-macam juadah yang Ibu sediakan. Macam nak sambut menantu, lak! Bakal menantulah tu!

"Assalammualaikum...!"

"Waalaikumussalam... sekejap, ya!" Qisha berlari untuk membuka pintu. Kelihatan Rayyan dah menanti di pintu.

Saat melihat Qisha dengan baju kurung, terkesima Isyraf. She's so cute... Malu lak, Qisha bila ditenung begitu. Gediksssss...

Tergamam Rayyan melihat Isyraf ditemani dua lelaki yang agak tegap, non muslim rasanya... di belakang Isyraf.

'Eh! Mamat ni... Bawak bodyguard lagi!'

"Eh, Raf, Raymond, Gary, jemput masuk. Rayyan, kenapa tak ajak tetamu masuk? Kau ni!"

Rayyan masih memandang tepat ke arah Isyraf. Tangan dihulur dan genggaman tangan kedua-duanya cukup padat dan seolah-olah nak tunjuk siapa lebih kuat atau dalam erti kata lain, 'Jangan mimpi nak dapatkan Qisha!'

'Boleh eh, macam tu?'

Dan sekali lagi Along memerhati situasi yang sama berlaku sebelum ini. Kali ni, Along mencuit Angah. Mengajak Angah sama-sama menyaksikan aksi perebutan adik mereka. Along dah menceritakan segala-galanya pada Angah apa yang berlaku. Yelah, kembar, kan? Mana boleh berahsia sangat! Jadi, mereka sekadar menjadi pemerhati dari jauh.

"Rayyan, Isyraf, sudah tu! Kenapa korang berdua, ni?" Qisha meleraikan tangan kedua-duanya.

Raymond dan Gary juga berkerut dahi menyaksikan situasi tadi.

'Kenapa ni? Siapa lak mamat ni?' Agaknya macam tulah, kot!

"Ok... Enough! Rayyan, tetamu tu. Jangan buat perangai macam tu." Angah mengusik.

"Come, Isyraf, Raymond, Gary! Makanan dah siap, kan, Adik?"

"Dah! Dinner is ready!"

"Jom, jemput semua! Raf, Raymond, Gary! Rayyan, jomlah!" Nampak macam ada ketegangan di situ. Cepat tangan Rayyan ditarik.

*********************************

"Seronok dapat makan ramai-ramai macam ni. Makcik masak pun sedap sangat!" Ujar Isyraf.

"Emmpphh, kalau macam tu, nanti datang selalu, boleh kita makan sama-sama." Ajak Ibu.

"Maaf Isyraf, makcik nak tanya... Ibu bapa Isyraf ada lagi... ? Isyraf tinggal kat mana?" Isyraf menundukkan kepalanya.

"Mama baru meninggal 4 bulan lalu akibat kanser. Papa dah hampir 2 tahun meninggal dunia. Saya dibesarkan atok dan nenek. Tapi sekarang ni, saya tinggal sendirian, tak jauh dari sini." Sayu Isyraf.

"Maaf ya Isyraf. Makcik tanya soalan macam tu."

"Takpe makcik..."

"Raymond, Gary?"

"Kami stay kat aparment taman sebelah je. Rumah bujang..."

"Oh...! Semua bujanglah ni!" Ketiga-tiga mereka menganggukkan kepala. Rayyan macam tak puas hati je. Dok asyik pandang Isyraf yang leka merennung Qisha.

"Ibu, Ayyan nak nak balik dulu, ya?"

"Eh, tak tidur sini ke? Esokkan cuti..."

"Takpe, bu! Lain kali ya. Ayyan ada kerja nak buat esok." Selepas menyalami Ibu, Rayyan melangkah pergi tanpa menoleh ke arah yang lain. Panaslah tu!

"Baik-baik Ayyan...!"

"Ya, bu!"

"Apasal tu, tiba-tiba nak balik? Selalunya sibuk je nak tidur sini kalau cuti."

"Entahlah, bu! Takpela agaknya Ayyan ada kerja kot!"

"Huish... Panasnya... Along, kau tak panas ke?" Angah mengusik... Along dah tersengeh-sengeh.

"Adik, buat air sejuk sikit dik. Bagi tetamu ni. Panas agaknya!" Angah dah tepuk dahi, Along tergelak sama.

"Korang ni kenapa, tersengeh, tergelak berdua-dua ni? Apa yang kelakarnya? Tahulah kembar, takkan gelakkan nak kena sama!" Ibu menyoal saat melihat si kembar macam orang kurang siuman... Dok tersengeh, tergelak...

Memangpun si kembar ni, tahulah muka seiras, tapi, takkan gelakkan sama-sama! Kali pertama Isyraf bertemu dengan Along dan Angah, memang dia terkejut... Sama giler muka dorang! Dah namapun kembar seiras, kan!

"Isyraf... Rasanya kau faham, kan...?" Isyraf menggosok tengkuknya yang sememangnya tak gatal... 'Aduh, malunya!'

Conflict akan timbul sikit demi sikit... Rayyan ni, haishhh, macamana nak cakap ya... Cemburu sangat... Qiha kan dah beritahu, cinta dan hati tak boleh dipaksa... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience