Kini, Qisha dan Rayyan sudah memulakan tugasan mereka di syarikat milik Isyraf... Alhamdulillah, tiada lagi persengketaan antara Rayyan dan Isyraf... Rayyan sudah menerima hakikat, Qisha bukan untuknya... Dan Rayyan dengan rela hati menyerahkan Qisha pada Isyraf...
Segala tugas yang diamanahkan kepada mereka berdua, ternyata berbaloi... Isyraf menghela nafas lega melihat ofisnya kini teratur... Qisha dan Rayyan banyak membantu dan memberi buah fikiran dalam susunatur pejabat...
"Alhamdulillah, thanks Qisha, Rayyan! Lega tengok ofis dah macam ofis sebenar!"
"Ofis sebenar! Habis tu sebelum ni bukan macam ofis ke?"
"Kau ni Qisha! Kang aku cakap kau bengong, kau marah! Maksud Raf, ofis ni nampak teratur, kemas!"
"Oh...!"
Bukti ketukan di pintu mengejutkan mereka. Kelihatan pembantu-pembantu Raf masuk mengadap!
Dalam beberapa orang yang masuk, ada seorang yang menarik perhatian Rayyan... Dengan pakaian polos dan berseluar jeans gelap, rambut paras bahu dilepaskan... ditambahkan dengan cekak di kepalanya, nampak sangat comel! Tak ubah seperti Qisha... Oppsss!
Gaya penampilan Bella, benar-benar memukau pandangan Rayyan...
'Tak dapat Qisha, dapat macam Qisha pun takpelah!'
"Ehem...!" Terhenti terus lamunan Rayyan. Ish, potong, ah!
"Dah tu, Rayyan...! Jangan nak tenung lama-lama! Anak orang tu!"
Qisha memandang dengan wajah berkerut.
'Apa sajalah dua ekor ni!'
"Rayyan... Kenapa, berkenan ke...?" Isyraf cuba mengusik.
"Kau nak kenal dengan dia, ke?" Isyraf cuba memancing...
"Hah... siapa?"
"Yang kau pandang tadi tu...!" Tersengeh-sengeh Rayyan.
"Awek yang kau pandang tu, Nabilah namanya...! Tapi, kat sini, kami panggil dia, Bella je!"
"Bella, siapa?" Qisha dengan blurnya memang takleh nak dipisahkan.
"Ish, kau ni Qisha! Takde apalah!" Seraya itu jari Rayyan naik ke bibir dan memandang ke arah Isyraf... Nak suruh Isyraf tutup mulutlah tu!
Tergelak kecil Isyraf dengan gelagat Rayyan... Takpelah kalau Rayyan nak kenal dengan Bella. Lega sikit hatinya... Sekurang-kurangnya Rayyan dah tak simpan hati kat Qisha lagi...
Isyraf merapatkan dirinya dengan Rayyan dan dalam separa berbisik...
"Kau berkenan ke dengan Bella...? Kalau nak kenal dengan dia, nanti aku kenenkan..."
"Seganlah, Raf! Nak ke dia...?"
"Belum cuba belum tahu... Kau nak ke tak nak?"
"Wait... Wait! Berapa usia Bella tu...?"
"Ala... Kau ni Rayyan! Dia sebaya kau, je! Nak tak? Tak nak, melepas...!"
"Bolehlah...! Tapi, janganlah cakap dengan Qisha...! Ni rahsia antara kita, tau?"
"Yelah... Aku tahulah!"
Seketika, Bella mengetuk pintu bilik Isyraf... Bagai pucuk dicita ulam mendatang... Rayyan tak melepaskan peluang menatap wajah comel Bella... Isyraf sekadar menggelengkan kepalanya sambil tersenyum dengan gelagat Rayyan...
"Boss, ni fail dari Tuan Raymond...! Dia minta saya serahkan pada Boss!" Bella menghulurkan fail berwarna kuning pada Isyraf.
"Fail apa ya, Bella?" Saja je Raf nak melengahkan Bella dari bergerak dari mejanya. Nak kasi peluang Rayyan menatap wajah comel Bella... Sportinglah Raf, ni!
"Fail Dato' Malik sekeluarga...! Raymond minta Bos check sebelum apa-apa keputusan dibuat." Terang Bella... Isyraf memerhatikan Rayyan... Tak berkelip mata Rayyan memandang Bella...
"Oh... Ok... Nanti saya check...! Emph, by the way Bella... ini, Qisha, dan ini Rayyan... Pekerja baru kita...!" Bella menghulurkan tangannya ke arah Qisha... Dan saat bersalaman dengan Rayyan, Bella jadi tak keruan... Rayyan sedikitpun tak mengalihkan pandangannya dan masih tak melepaskan tangan Bella...
Qisha yang melihat situasi itu, memandang Isyraf yang tersengeh-sengeh melihat gelagat Rayyan... Aduhai, Rayyan... Angau dah ni!
"Rayyan, sudah tu...!" Qisha mengusik... Cepat-cepat tangan Bella dilepaskan... Malu Bella dibuatnya...
"Bella, Qisha dan Rayyan ni, sebaya awak je...!"
Bella menganggukkan kepalanya... Seraya memandang Rayyan yang masih tak berkedip memandang ke arahnya... Merona wajah Bella...
"Bella, Rayyan ni single lagi tau! Dia sepupu saya..."
"Jangan risau, dia memang takde makwe... Dan tak pernah bercouple dengan sesiapa pun." Qisha berterusan mengusik Rayyan... Isyraf dah menggelengkan kepalanya...
"Qisha...! Kau ni...!" Tergelak Qisha...
"Err, Boss! Saya keluar dulu, ya!" Dengan cepat Bella meminta izin keluar... Merona wajahnya saat ini... Qisha dan Raf tersengeh-sengeh memandang Rayyan yang masih tersipu-sipu...
"Ish, kau ni Rayyan... Gatal kau, kan?"
"Apalak... Dah mata ni tak nak bergerak ke tempat lain... Aku nak buat macamana...?"
"Tapi... Bella comel, kan?" Ok... Rayyan dah start angau... Berjangkit dengan sepupu dialah ni...
"Amboi... Menjadi-jadi pulak dia...! Takpelah Rayyan... Asalkan kau bahagia...!" Usik Qisha lagi.
"Aku cabar kau, Rayyan... Kalau kau anak jantan, kau tackle Bella... Tanpa bantuan orang lain!"
"Baik, aku terima cabaran kau, Raf!"
"Rayyan, biar betik! Kau berani ke? Selalukan kau tak hairan dengan awek-awek ni...?"
"Kau ni Sha...! Lambatlah...! Itu dekat kolej, lain...! Ini lain...!"
"Apalak yang lainnya...? Perempuan jugak kan? Bukan alien kot?"
"Ya Allah, kau ni Sha! Memanglah bukan alien...! Sekarang ni, kau faham tak dengan istilah, cinta pandang pertama?"
"Cinta pandang pertama...? Macam pernah dengar... tapi...?" Melihat Qisha seolah-olah cuba memikirkan ayat bersaka itu, Raf menyampuk...
"Sayang... lupa ke... Raf pernah cakapkan pasal tu..?" Qisha is blur...
"Oh... korang pun samalah ya...? Jatuh cinta pada pandangan pertama...!" Raf tersengeh-sengeh...
Qisha dah tertunduk malu...
"Hah, macam tulah rasanya...! Qisha... Qisha... ! Kau dengan perangai blur kau ni, memang tak boleh dipisahkan, ya?"
"Nasib kaulah, Raf... Dapat buah hati, blur!"
"Eh, kau ni Rayyan... Suka hati je kan...!"
"Tapi, Raf, aku dapat apa kalau dapat tackle Bella?" Berkerut dahi Isyraf.
"Dapat apelak? Kau dapat Bella, lah!"
"Ala... Kau ni Raf! Kau cabar aku, kan...! Kalau aku berjaya tawan hati Bella, aku dapat apa... Takkan kau tak faham lagi...?"
Isyraf berfikir seketika... Dagunya diusap perlahan... Qisha memandangnya dengan kerutan di dahi...
"Ok, fine! Kau berjaya tackle Bella, aku ambik kau kerja tetap kat sini." Melopong mulut Rayyan.
"Serius Raf? Betul ke ni? Kau tak main-main, kan?" Bergoyang-goyang badan Isyraf digoncang Rayyan. Semangat betul dapat tawaran kerja dengan Raf... Dapat dekat dengan Bella...! Hahaha!
"Awak... Takkan Rayyan je? Qisha, macamana...?" Soalan mengada Qisha, seakan-akan merajuk je suara Qisha.
"Ish, sayang Raf, mestilah dengan Raf... Takkan Raf nak bagi Qisha kerja dengan orang lain...!" Tangan Qisha digenggam... Eleh... Mengada kau kan!
"Kot ya, pun! Lepaslah tangan Raf! Aduh, kau ni...!
Semangat ya kau dengar nama Bella?" Qisha menggosok kiri kanan lengan Isyraf... Seronoklah si Raf ni...
"La... Kau ni Qisha... Bagilah aku chance... Kau dah ada Raf... Bagilah aku cari teman sejati aku sendiri..."
"Hek eleh... Nak sedih-sedih... ! Tak jantanlah macam ni...! Hahaha...!" Qisha dan Isyraf sama-sama dok gelakkan Rayyan... Padan muka kau, Rayyan...!
Sudahnya, Rayyan malu sendiri... Emosi ah kau Rayyan...! Nasib takde orang nampak...
Rayyan dah berjangkit dari Qisha... penyakit angau... Raf pun lega sangat...Sebab Rayyan tak simpan perasaan lagi kat Qisha... Enjoy reading
Share this novel