BAB 49 - CGKB - MELEPAS

Romance Completed 24182

"Morning Ibu!" Tubuh dipeluk dari belakang.

"Wah, pengantin, awal bangun!" Kebetulan Along turun selepas Qisha dan Raf.

"Lena ke tidur malam tadi?"

"Along...?" Ibu mengerling.

"Sorry, bu!" Qisha menjelirkan lidahnya... Padan muka.

"Ibu masak apa? Nak Adik tolong?"

"Adik buat air je, ya! Ibu dah nak siap masak dah ni!"

"Ok, bu!"

"Eh, Angah tak turun lagi?" Raf dah berpandangan dengan Qisha... Along pandang Qisha...

"Biarlah, dorang penat agaknya!" Habis je Ibu bercakap, Kak Ngah pun muncul.

"Morning bu! Maaf, bu, Lia lambat turun..."

"Takpe Lia..."

"Tadi dah bangun... lepas tu tertidur balik! Perut Lia tak selesa sangat. Maaf ya, bu! Lia tak tolong siapkan sarapan! Sorry, dik!" Along mendengar, memalingkan wajahnya ke arah Qisha dan Raf, sambil tersenyum.

"Takpe, Kak Ngah... Small matter! Adik dah tolong Ibu." Kak Ngah melemparkan senyuman buat Qisha.

"Morning semua...!"

"Amboi, lambatnya bangun! Mengalahkan pengantin baru...!" Along mengusik. Wajah Angah dah kemerahan... Padan muka...

Tiba-tiba, Along merapatkan wajahnya...

"Amacam, malam pertama, ok tak? Ke melepas?" Angah menjeling Along yang duduk bersebelahan dengannya...

Flashback #

"Yang, jom tidur!"

"Emm..."

"Yang...?"

"Emm..."

"Kenapa ni?"

"Sakit perut..."

"Sakit perut, salah makan ke?"

"Tak, sayang periodlah!"

"Hah, period!"

Melepas! Hahaha!

Flashback end #

"Hah, dah kenapa termenung tu...? Makan... Tak elok termenung depan rezeki, ngah!" Ibu sedikit terkejut melihat Angah hanya senyap pagi ni...
Selalunya kalau tak menyakat orang, memang tak sah!

"Takde apa, bu!"

"Ini mesti kes 'melepas' malam tadi! Hahaha!"

"Along!"

"Sorry, ibu!"

Angah menjeling ke arah Qisha dan Raf yang masih tergelak...

"Tulah, kacau orang lagi...! Padan muka Angah!" Qisha dan Raf sambung gelak...

******************************

Sudah sebulan usia perkahwinan Qisha dan Isyraf. Dan Alhamdulillah, setakat ini tiada gangguan dari Fikry. Qisha dan Raf kini menetap di kondo Raf selepas nenek dan atok pulang ke kampung. Orang tua, kan... Tak betah nak tinggalkan rumah mereka lama-lama.

"Sayang..."

"Emm..."

"Sayang...! Abang nak masuk ofis sekejap..."

"Ala, abang ni... Kenapa nak kena pergi kerja...?"

"Sayang... Abang pergi sekejap, je!"

"Abang, kita dah sebulan kahwin... Patutnya kita pergi honeymoon, kan?"

"Emm, honeymoon... Bagus jugak idea tu...!"

"Kan, bang!"

"Tapi, kan yang... Abang ingat kita settlekan dulu masalah kita dengan Fikry, ya? Selagi tak selesai masalah ni, hati abang tak tenteram... Nanti, kalau dah selesai, abang bawak sayang keliling dunia, nak?"

"Betul ni?"

"Betul, in shaa Allah! Sayang doakan ya?"

"Ish, abang ni... takde maknanya... Qisha main-main jelah...! Abang dah ada dengan Qisha ni pun, Qisha dah bahagia sangat!" Tubuh Raf dipeluk.

"Kenapa manja sangat ni...? Sayang ni kenapa?"

"Abang ni... Memang Qisha macam ni, kan...?"

"Ya, ya! Abang saja, je..." Raf rasa semacam sangat.

"Abang, Qisha ingatkan, Qisha nak makan ABC, lah! Qisha teringin sangat... Nanti balik, abang belikan, ya?"

"ABC?"

"Emm, tapi..."

"Tapi..."

"Abang kena hati-hati ya? Entah kenapa, dua tiga hari ni, Qisha rasa tak sedap hati, je."

"Kenapa tak cakap dengan abang?"

"Qisha tak nak abang risau... Lagipun takde apa-apa, kan yang berlaku?"

"Are you sure?" Kepala Qisha anggukkan. Tubuh suaminya didakap erat. Ya, dah dua tiga hari dia rasa tak sedap hati... Namun, Qisha memilih untuk tidak memikirkannya... Tak nak serabutkan kepalanya...

Dahlah dua tiga hari ni kepalanya sedikit berpusing... Pertukaran hormon agaknya... Agaknyalah!

"Kalau macam tu, abang pergi dulu, ya?"

"Baik, abang. Abang hati-hati, ya! Nanti dah sampai, abang call Qisha, ya?"

"Ok... Sayang jaga diri, ya... Abang pergi sekejap je..."

"Ok, bang!" Tangan Raf diciumnya... Sedikit kerutan di dahi Raf... Kenapa Qisha ni? Raf baru nak melangkah keluar dari bilik...

"Abang!"

"Kenapa sayang?"

"Nak peluk!"

"Come...!" Tubuh Qisha dipeluknya... Qisha mengeratkan pelukan... Seolah-olah tidah mahu melepaskan Raf. Raf semakin pelik... Namun, di dalam hatinya, berdoa agar dilindungi insan yang disayangi...

*****************************

Raf masih di dalam kereta selepas tiba di pejabatnya... Entah kenapa, kata-kata Qisha sedikit sebanyak membuatkan dia terfikir...

'Kenapa Qisha cakap macam tu...?'

Telefon bimbitnya dicapai...

"Bella?"

"Boleh tolong ke kondo saya, temankan Qisha...?

"Ok, thanks Bella!"

Talian dimatikan... Raf bersandar di kusyen keretanya... Qisha rasa tak sedap hati 2 - 3 hari... Raf sendiri rasa semacam... Sedikit kebimbangan di rasakan...

Namun, cepat-cepat Raf beristighfar... Buang perasaan tu jauh-jauh... Walaupun hakikatnya Raf sentiasa berdebar-debar...

Kenapa, mengapa, sebab apa... Qisha dan Raf rasa sesuatu... Qisha rasa tak sedap hati... Raf rasa berdebar-debar... Tunggu untuk episod akan datang... Stay tuned... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience