7 - CGKB - DAG DIG DUG

Romance Completed 24182

Hari ini tugas Qisha bekerja... Menggantikan rakannya yang bercuti...

"Hai Qisha...!"

"Hai Zira...!"

"Qisha hari ni jadi cashier, ya?"

"Boleh aje!"

"Zira nak masuk dalam ofis dulu, ya... Nanti perlukan bantuan, panggil je...!" Qisha sekadar menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

Bunyi di pintu menandakan kedatangan pelanggan... Qisha memandang sekilas di cermin. Terdapat dua orang pelanggan lelaki.
Qisha sekadar memerhati pelanggan tadi... Nampak mencurigakan... Dalam masa yang sama, Qisha cuba menyibukkan diri menyusun barang-barang yang terdapat di situ.

"Ya, boleh saya tolong...?" Qisha merasakan sesuatu akan berlaku saat melihat kedua-dua pelanggan lelaki tadi bergerak ke arah kaunter bayaran...

"Keluarkan semua wang, kalau tak nak cedera!" Pisau dihulurkan ke arah Qisha. Qisha sudah mengagak... Pelanggan tadi rupa-rupanya perompak... Dalam bahasa kasarnya, penyamun...

"Aku tak nak cakap banyak...! Keluarkan semua wang yang ada... Kalau tidak, aku cederakan kau!"

"Macam nilah, encik-encik berdua... Saya tak boleh nak bagi duit ni...! Encik takde kerja lain ke dari nak merompak!" Qisha memberanikan diri melengah-lengahkan keadaan dan mengalihkan pandangan mangkuk 2 ekor tu... dan sepantas kilat juga, butang kecemasan ditekan Qisha... Bantuan diperlukan... Loceng kecemasan mula berbunyi ...

''Berani kau, perempuan! Kau nak kena, ke?" Sambil pisau di tangannya dihulurkan ke arah Qisha... Qisha berjaya mengelak...

Penyamun 2 ekor tu masih belum mahu mengalah...

"Sebelum polis sampai, encik-encik berdua keluarlah dari sini... Saya jamin, encik berdua takkan ditangkap."

"Kau ingat kami takut ke...hah, perempuan!" Sejurus kemudian, Zira, tiba-tiba keluar dari ofis akibat terdengar bunyi agak bising... Namun, akibat kecuaian Zira, perompak-perompak itu dapat menahan Zira...

"Qisha... Tolong aku!" Qisha tak sempat menarik Zira ke arahnya. Salah seorang perompak itu menarik tangan Zira dan menghalakan pisaunya ke arah Zira.

"Kalau kau tak bagi duit-duit tu, aku cederakan kawan kau ni!" Ugut salah seorang dari perompak itu.

"Sabar encik...Sabar! Jangan buat apa-apa kat kawan saya! Lepaskan kawan saya!" Qisha merayu.

"Aku akan lepaskan dia kalau kau serahkan semua duit dalam mesin tu!"

"Tapi... dalam mesin ni takde duit... Duit semua boss nak ambik!"

"Kau jangan nak tipu! Takkanlah kedai 24 jam ni takde duit!"

"Ada... memanglah ada! Tapi, tadi boss kami dah datang ambik sebab kami memang tak boleh simpan duit banyak dalam kedai!" Qisha dengan loyar buruknya memang tak lari.

"Takpe... Kalau kedai takde duit korang... Meh sini! Apa saja yang korang ada... bawak sini...! Letak dalam beg ni!" Perompak tadi mengarah sambil menghulurkan beg kecil berwarna hitam ke arah Qisha...

"Nanti... Aku tak percaya budak ni! Mat, kau pergi
ambik apa yang patut...!" Akibat kelekaan perompak dua ekor tu, memberi Qisha peluang menyelamatkan Zira dari menjadi tawanan mereka... Sepantas kilat, tangan Zira di tarik...

"Zira, lari....! Masuk dalam ofis! Kunci!" Lintang-pukang Zira melarikan dirinya ke dalam ofis lalu dikunci.

"Woi, betina! Kau memang nak kena ya?"

"Mehlah, kalau kau lelaki!" Cabar Qisha... Namun Qisha bijak... Dia cuba menarik kedua lelaki itu keluar dari kedai serbaneka tersebut.

"Sial, kau! Siap kau! Aku dapat kau, memang kau kena!" Marah benar perompak tu!

Rasanya perompak tu, memang bodoh... senang-senang aje, dorang ikut Qisha keluar... Bongok!

Qisha lega sebab mangkuk 2 ekor tu, buta-buta ikut dia keluar... Dan, nasib baik tiada orang yang lalu-lalang di kawasan itu waktu ini... So, Qisha memang benar-benar bersedia nak membelasah jantan bongok tu! Siap korang!

"Berani kau cabar kita orang, ya! Kau ingat kau hebat ya... Meh sini sayang... Aku kerjakan kau cukup-cukup!" Wah... Macam hebat sangat, nak ugut-ugut orang!

Salah seorang dari mereka cuba menarik tangan Qisha... Jangan pandang Qisha sebelah mata, ya...! Qisha sempat mengilas tangan jantan tu ke belakang! Sambil kaki Qisha menendang belakang badannya...!

Buk! Jantan bongok tu terjatuh tersungkur ke lantai jalan...

"Wah... Kau ingat kau terror! Aku tikam kau...!"

Buk! Satu sepakan terkena pada wajah perompak tadi! Tersembam jantan bongok tu! Qisha agak terkejut... Sebab bukan dia yang sepak... Qisha belum sempat naikkan kakinya...

Pandangan Qisha terpaku pada wajah lelaki yang telah membantu Qisha dari sepakan perompak tu...Qisha masih terkaku di situ... Ada gak yang kena sepak jap lagi ni! Leka lak dia pandai orang tu... Tahulah hemsem... Pan-Asian kot... Eh... Ya ke?

"Awak ok tak? Cedera tak?" Wajah Qisha disentuh... Tangan Qisha dipegang... Kuat jantung Qisha berdegup... Dag... Dig... Dug... Di dalam dada... Eh... lagu Haiza tu... Hihihi... Sorry, sis over lak!

"Awak...! Awak...!" Terkejut Qisha... Tersentak Qisha dari lamunan.

"Ok, tak ni?"

"Emm...Ok...Ok!"

"Betul ok ni?"

"Emmphh, betul... Saya ok. Terima kasih tolong saya!" Pemuda itu tersenyum. Ya Allah... Manisnya... Manisnya senyumanmu... Lagu lagi... Meltingnya...

"Ada tali, tak? Kita ikat dorang dulu sebelum call polis!"

"Ada, sekejap... saya ambik kat dalam!" Qisha berlari ke dalam ofis... Nasib Zira dah call polis terlebih dahulu.

Selang 10 minit, polis tiba dan kedua-dua perompak tadi ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran. Qisha dan pemuda tadi diminta ke balai memberi keterangan.

"Saya, Isyraf Iskandar!" Tiba-tiba tangannya dihulurkan ketika mereka dalam perjalanan ke Balai Polis. Isyraf mengajak Qisha ke balai menaiki keretanya. Yelah, Qisha mana ada kereta... Selalunya Along yang hantar, takpun Qisha akan berjalan kaki. Takdelah jauh sangat pun dari rumah Qisha...

"Qisha, Qalisha Qadeeja..." Qisha memperkenalkan diri.

"Nice name!" Malu Qisha...

"Lepas ni Qisha nak ke mana?"

"Tak kemana kot! Lagipun shift Qisha dah habis. Tadi dah call boss, explain everything... Bos benarkan balik." Terang Qisha lagi.

"Qisha tinggal kat mana?"

"Tak jauh dari sini dari kedai... Kawasan yang sama jugak...!"

"Kalau camtu, sudi tak ikut saya makan dulu...? Nanti saya hantar Qisha balik sampai depan rumah! Saya laparlah!"

"Emmpphh... Bolehlah... !" Rugi tolak... Rugi nak malu-malu!

"Tapi, janji... Hantar saya balik ya...? Nanti Ibu risaulah...!"

"Promise!" Ok... Rasa nak duduk dalam peti ais juga... Tak larat nak mencairkan diri lagi... Bila Isyraf tersenyum... Aduhai...

Hampir sejam kemudian, Isyraf menghantar Qisha pulang ke rumahnya...

"Assalammualaikum... Ibu... Oh, Ibu! Adik balik ni!"

"Waalaikumussalam, ya dik! Ibu ada ni!" Ibu tergesa-gesa membuka pintu... Terkejut juga Ibu saat melihat ada pemuda tampan bersama-sama Qisha.

Isyraf dijemput masuk dan segala yang berlaku telah Isyraf ceritakan pada Ibu, Along dan Angah yang kebetulan berada di rumah waktu itu.

"Saya minta maaf tadi saya bawa Qisha temankan saya makan. Maafkan saya!"

"Takpelah Isyraf... Isyraf tolong hantar Qisha balik rumah nipun, makcik dah syukur sangat. Tadi tolong selamatkan Qisha lagi...! Terima kasih sangat, ya! Makcik tak tahu macamana nak cakap lagi!"

"Takpe, makcik! Dah tugas saya, sesama Islam. Saya beransur dulu, ya! Makcik, Airul, Airil, Qisha!"

"Terima kasih bro, tolong Qisha tadi!" Along dan Angah. Tahulah kembar! Bolehlak serentak bercakap.

"Takde hallah! Saya minta diri, ya!"

"Isyraf, senang-senang nanti, jemput datang sini, ya! Boleh kita borak panjang, makan-makan... !"

"In shaa Allah, makcik. Terima kasih. Saya gerak dulu. Assalammualaikum. Bye Qisha!"

"Walaikumussalam...!" Serentak ... Macam koir lak.

"Bye!" Qisha masih tak henti-henti melambai ke arah Isyraf...

"Sudahlah tu! Isyraf dah pergi dah!" Angah mengusik. Malunya... Cepat-cepat Qisha naik ke biliknya... Qisha is angau...

Assalammualaikum... new chapter updated... Melting tak... letih nak buat scene tersengeh sorang-sorang ni... Apepun, sis mengharapkan penerimaan semua pihak dan sudilah meletakkan komen jika ianya mampu memberi kebaikan untuk menambahbaikkan apa yang kurang... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience