BAB 56 - CGKB - KEMBAR 3

Romance Completed 24182

Hampir 2 jam pembedahan berjalan. Isyraf yang ditemani Ibu, Along, Angah dan Kak Ngah, setia menanti di luar bilik pembedahan.

Kedengaran pintu dikuak... Isyraf bingkas bangun dari duduknya.

"Alhamdulillah, Encik Isyraf... Puan Qisha dan babies dan selamat. Dalam sejam, nanti boleh melawat mereka di wad biasa ya..."

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor...!"

"Raf, doktor cakap tadi 'babies'... " Angah masih curiga setelah mendengar doktor menyebut 'babies'.

Raf hanya menyimpul senyuman...

Setelah menanti hampir sejam...

"Adik... anak Ibu! Alhamdulillah... Syukur Adik selamat..." Ibu mencium dahi Qisha...

"Sayang, terima kasih sayang sebab dah lahirkan anak-anak kita!" Wajah pucat Qisha diusap... Qisha masih lagi mamai akibat ubat tahan sakit yang diterimanya tadi.

"Raf, mana baby?" Angah mula menyoal...

"Kejaplah... Nak ambiklah ni!"

Raf hilang seketika... Masing-masing kelihatan bingung dengan sikap Raf... Tak lama kemudian, Raf masuk dengan menolak, troli baby...

"Hah!" Angah terkejut... Sebab bukan satu troli yang Raf tolak... Tapi dua troli...

"Kembar... Wah! Hebatnya kau Raf...!"

"Opss, nanti!" Raf keluar semula dan membawa satu lagi troli...

"Allahuakhbar... 3! Kembar 3! Alhamdulillah...!" Angah masih terkejut... Kak Ngah juga begitu...

Ibu dan Along terus menerpa ke arah kembar 3...

"Ya Allah! Subhanallah! Alhamdulillah! Tahniah Adik, Raf! Tak sangka rezeki korang... Dapat tiga sekali!" Ibu begitu teruja dengan kehadiran kembar tiga.

"Pandai korang simpan rahsia, ya?"

"Hihihi... Tak nak heboh-heboh! Biar dah keluar baru kami bagitahu... Tak sangka pulak, Qisha nak kena bersalin cepat...!"

Kak Ngah menghampiri salah satu kembar lalu mengendong salah seorang kembar...

"Adik, Raf! Mana satu yang keluar dulu... ?"

"Ini, yang pertama, boy, yang kedua, boy juga dan yang gegirl ni ke tiga." Terang Raf...

"Seronoknya... Tak sabar nak kahwin macam ni!" Keterujaan Along hingga terlepas cakap, mengundang ketawa Angah.

"Along! Along! Dah ada calon ke, long? Berangan jauh tu?"

"Ish kau ni, ngah! Jangan pandang Along sebelah mata, tau! Kau tu, bila lagi...?" Along membalas...

"In shaa Allah, kan Yang? Tengah usaha keraslah ni!" Ya Allah, malunya Kak Ngah! Tepuk dahi Kak Ngah dengan Angah.

"Si kembar tiga ni, dah ada nama ke?" Raf memandang Qisha... dan menganggukkan kepalanya...

"Alhamdulillah! Dah... Yang pertama, Muhammad Isyraq Irsyad, nombor dua, Muhammad Isyfaq Irfan dan yang gegirl, Qarmila Qasandra."

"Cantik nama si kembar? Eh, Raf, atok nenek?"

"Dah, bu! Raf dah call Rayyan suruh bawak atok nenek datang sini..."

"Mesti teruja atok ngan nenek tengok cicit mereka... Sekali 3, hah!" Ibu masih teruja...

"Along, Papa dah diberitahu ke?"

"Belum, ingat esok ke Along ambik Papa bawak sini...! Mesti Papa teruja dapat 3 cucu sekaligus!"

"Raf, berapa hari Qisha dalam wad ni?"

"In shaa Allah, dalam 3 hari, bu! Selagi babies dan Qisha ok... takde masalah... 3 hari... Lagipun Qisha bersalin secara ceaser..." Terang Raf lagi...

"Yelah... Yang penting semuanya selamat!"

"Raf! Lepas ni kena berpantang tau, 'puasa' 100 hari!"

"Tahu, bu! Nenek ngan atok dah beritahu pasal pantang tu... ! In shaa Allah, Raf ok! Tak tahulah Angah nanti macamana?"

"Wah! Makin berani lu, bro!" Tergelak-gelak Along dan Raf melihat Angah yang nampak kepanasan. Kak Ngah dan Ibu hanya tersengeh-sengeh.

"Abang..."

"Ya, sayang! Sayang nak air, ke?" Qisha menganggukkan kepalanya.

"Adik nak makan, Ibu ada bawakkan Adik makanan orang berpantang."

"Kejap lagilah bu... Adik cuma haus je."

"Yelah! Nanti Adik dah lapar, makan ya...! Babies macamana? Dah menyusu ke...?"

"Belum, bu! Qisha kan baru sedar...! Kejap lagi Qisha dah betul-betul sihat, baru boleh susukan babies."

"Rasa-rasanya, kena standby susu formula ni Raf! Takut tak cukup... Maklumlah 3 orang ni...! Kena lagi, baby boy ni... Kuat minum susu..!" Sambil mengusap pipi gembol Isyraq Irsyad dan Isyfaq Irfan....

"Ya, bu! Doktor pun ada sarankan benda yang sama... Nanti kejap lagi, Raf cari... Tak sampai hati nak tinggalkan Qisha ngan babies sendirian..." Tersenyum Ibu memandang wajah menantu lelakinya... Sayangnya Raf pada Qisha tak perlu diragui...

********************************

"Assalammualaikum sayang-sayang Papa!" Pipi Qisha diciumnya berkali-kali.

"Abang..." Rimas Qisha dicium bertalu-talu... Begitulah sikap Raf selepas kelahiran si kembar tiga...

"Hai, triplet! Papa dah balik...! Sayang-sayang Papa buat apa tu?"

Terkedek-kedek si triplet berlari ke arah Papa mereka... Sedar tak sedar, sudah 4 tahun usia si triplet... Isyraf cukup bahagia dengan keluarga kecilnya... Begitu juga Qisha... Kelahiran kembar 3 ini cukup bermakna buat mereka.

"Papa balik! Papa balik! Yeah! Yeah! Papa balik!" Teriak si gegirl, Qarmila Qasandra... Qarmila, perwatakkannya tak ubah seperti Qisha yang manja tapi, masih ada kelembutannya ...

Berbeza dengan yang sulung, Isyraq Irsyad, agak tegas orangnya, namun masih terserlah sifat penyayangnya sebagai anak yang sulung dan sebagai pelindung adik-adiknya... Isyfaq Irfan, mendominasi sikap Papa dan Mamanya... Tegas dan manja...

"Kembar Papa main apa... Kacau Mama tak hari ni?" Dipeluk-peluknya si kembar tiga... Si kembar juga tak melepaskan peluang...

"Tak... Tak kacau Mama, pun... Kami baik, kan, Mama?" Si gegirl memang keletah sikit mulutnya berbanding si abang...

"Ya, anak-anak Mama, baik hari ni... Tak kacau Mama, pun!"

"Dah, meh! Kita minum petang...! Qarmila, turun sayang... Papa penat, tu!"

"Isyraq, Irfan... lepaskan kaki Papa! Meh kat Mama...!"

"Tak nak! Tak nak! Nak ngan Papa! Nak ngan Papa!"

Macam tulah si kembar tiga... Dengan Raf, mereka memang manja... Qisha agak tegas dengan mereka... Si gegirl di dukungan Raf... Isyraq memeluk kaki kanan Raf, manakala Irfan memeluk kaki kiri Raf...

"Ya Allah! Sudahlah tu... Turun dulu... Papa penat, tu!" Qisha masih berusaha memujuk anak-anak kembarnya...

"Takpelah Sayang! Kesian kat dorang... Lagipun, sayang tentu penat jaga dorang, kan? Jadi biar Abang take turn jaga pulak, ya?"

"Abang, kan penat?"

"Penat memang penat! Tapi bila dah ngadap sayang ngan anak-anak, hilang penat Abang!" Tersenyum simpul Qisha.

Raf memang suami yang baik... Sepanjang Qisha berpantang, Raflah yang banyak berkorban masa, demi menjaga Qisha berpantang... Pergerakkan Qisha terbatas lantaran akibat kesan pembedahan. Jadi, Raflah yang bertanggungjawab sepenuhnya...

Raf tak pernah merungut sekalipun... Walau tidurnya diganggu, walaupun masih terasa kesakitannya akibat kemalangan dulu... Raf tetap bersemangat menjaga Qisha dan kembar tiganya... Dengan bantuan Ibu dan nenek, Raf mampu melakukannya...

Waktu menyusu, cukup mencabar Qisha dan Raf sebagai suami isteri... Si kembar tiga akan menangis serentak bila waktu nak menyusu... Qisha hanya mampu menyusukan seorang dalam satu masa... Jadi, Raf terpaksa menyediakan susu formula untuk dua orang lagi... Begitulah mereka bergilir-gilir waktu menyusukan si kembar...

Memang mencabar dan memenatkan... Namun, itu semua ditolak tepi... Ini semua pengalaman yang sangat berharga buat mereka berdua.. Anugerah dari Ilahi yang tidak ternilai.

"Sayang minum dulu... nanti Abang join... Abang nak gomol dulu si kembar ni!" Qisha merenung Raf dan anak-anaknya. Terjerit-jerit si kembar akibat digomol Papa mereka...

Alhamdulillah, bukan 2 tapi kembar tiga... rezeki Allah, kan? Along dah teruja nak kahwin... Ada 2 bab including epilog... Sis akan tamatkan hari ini... Stay tuned.... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience