16 - CGKB - CINTA PANDANG PERTAMA

Romance Completed 24182

"Along rasa sedikit ketegangan di sini! Sure ke semua ok?" Along cuba nak serkap jarang.

"Kenapa Along ni? Apa yang tegang ni?" Along masih dengan gelak kecilnya. Baik Isyraf, mahupun Rayyan... Wajah kedua-duanya nampak sedikit malu dan tegang saat ini.

"Ya Allah, Adik ni...! Takpelah...! Along ni lelaki, dik! Dahlah! Pergilah sana! Shuh... Shuh... Shuh!" Along menghalau Qisha. Qisha masih blur!

"Maaf, Makcik, Along. Kami nak ke balai polis. Nak dapatkan keterangan dari pihak sana!" Isyraf rasa sedikit canggung dengan situasi itu, lantas meminta diri.

"Oh... Along lupa! Adik pergi dengan Isyraf, ya! Along nak masuk pejabat ni! Ada meeting tergempar!" Qisha menganggukkan kepalanya. Sementara, Rayyan sekadar memandang dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan.

"Ok, Along! Makcik, kami pergi dulu, ya! Assalammualaikum!"

"Waalaikumussalam...! Baik-baik! Jangan balik lambat Adik, Isyraf!"

"Baik, Ibu!"

"Rayyan, meh kita makan! Kang Ibu story morry kat kamu... Dari A-Z...! Eh...Kamu tak masuk kelas ke?"

"Emph... Malaslah, bu! Qisha takde! Lagipun, hari ini kelas biasa je... Tak menarik!" Muka dah cemberut. Along tersengeh melihat Rayyan. Tahu sangat Rayyan cemburu dengan kehadiran Isyraf.

'Nasib koranglah! Nak rebut Adik aku, kan! Pandai-pandailah korang. The best men win!'

************************************

"Ok... Sekarang ni macamana? Apa keputusan Qisha?" Tanya Rayyan selepas kedua-duanya selesai mendengar keterangan dari pihak polis.

"Emmpphh... Entahlah... Qisha tak tahu! Kalau ikutkan Qisha memang tak puas hati. Tapi... bila difikirkan semula... Qisha pun ada salahnya..."

"Kenapa...?"

"Sebab Qisha cabar Fikry!"

"Cabar... Cabar apa?"

"Dia selalu kacau Qisha kat kolej... Pastu, suka paksa Qisha jadi girlfriend dia... Memang taklah...!"

"Kenapa lak, tak nak? Tak suka ke, bangga apa ada orang suka kita?"

"Suka tu memanglah suka, tapi tak bermaksud boleh nak paksa-paksa orang! Lepas tu, kacau Rayyan, selagi Qisha tak setuju jadi girlfriend dia. Annoyinglah!"

"Lepas tu, dia cabar Qisha waktu kelas taekwando... Hah, mendapatlah! Ambik, kau! Nak sangatkan? Hihihi... Kelakarlak bila difikirkan..!"

"Qisha pun bukan sengaja nak malukan dia! Dah asyik mencabar je! Qisha terimalah cabaran dia! Takkan nak diam je!

"Seramlak saya...!" Usik Isyraf.

"Eh! Apasal lak? Qisha bukan bunuh anak orang tau? Ingat Qisha ni psycho, ke?"

"Takdelah saya fikir macam tu... Cuma, kalau saya buat salah ni... Silap haribulan memang kenalah dengan awak!"

"Eeeii, awak ni? Malaslah nak layan!" Ayo... Qisha merajuk...

"Ok... Ok... Sorry! Saya gurau jelah! Jangan marah ya, nanti tak cantiklah!" Ceh! Gedikssss... Korang ni memangkan... Nak buat sis menyampah sangat! Qisha yang tadi macam nak merajuk... Sis ulang ya... macam nak merajuk... terus tak jadi merajuk, tersipu-sipu malu.

"Ok, sekarang ni, marah lagi, tak?"

"Tak lagi... Cuma perut ni sakit sikit... Kena tendang dengan mamat semalam tu!" Adu Qisha, manja sambil menggosok perut kempisnya. Ngadalah tu!

"Sakit eh? Sikit je, kan? Qisha kan kental?" Qisha menjeling ke arah Isyraf yang sedang tersengeh.

"Macam ni... Kita jumpa dulu dengan Fikry dan ibu bapanya...! Kita dengar dari pihak dorang pulak! Apapun keputusan Qisha selepas ni, saya ikut!" Kepala diangguk.

"Eh, awak...! Awak, awak tak masuk ofis, ke?"

"Saya masuk lambat sikit!"

"Takpe ke?"

"Takpe! Untuk Qisha!"

"Kenapa lak untuk saya?" Qisha is blur... Qisha dan blurnya memang tak dapat dipisahkan...

"Sebab, saya suka awak!" Jawapan berani mati dari Isyraf. Qisha tergamam... Terkejut...! Isyraf masih memandang Qisha yang tertunduk menahan malu. Merona wajah Qisha. Tangan Qisha digenggam.

"Qisha... Sudi tak jadi girlfriend saya?" Memang selamba badak betul si Isyraf ni. Takde dolak-dalik! Straight to the point. Allah, nak terkeluar isi jantung Qisha saat ini. Cepat-cepat Qisha mengalihkan pandangan matanya... Malu giler, memang giler...

'Bodoh...! Memang bodoh kalau tolak permintaan Isyraf tu, Qisha!'

Peluang keemasan ni! Rezeki jangan ditolak! Musuh jangan dicari! Kan... Rezeki ni...Dapat abang hemsem. Giler nak tolak!

"Qalisha Qadeeja... pandang sini... Awak tak jawab lagi soalan saya?" Malu giler Qisha... Wajahnya yang tadi cerah, kini merona kemerahan... Comel je! Macam buah tomato, pipi Qisha.

Perlahan Qisha mengalihkan wajahnya, cuba merenung pandangan Isyraf. Isyraf masih menantikan jawapan dari bibir comel Qisha.

"Saya tahu masih terlalu awal... Kita baru je kenal... Baru beberapa bulan. Tapi, jujur saya katakan, saya memang dah sukakan awak dari hari pertama kita bertembung!" Qisha mengerutkan dahinya sesaat... 'bertembung!'

"Wait! Jadi, betullah, awak yang saya langgar kat depan kedai?" Qisha cuba mendapatkan kepastian. Isyraf menganggukkan kepala lalu tersenyum. Pergghh! Dia senyum pulak... Nak masuk icebox... Nak cair dah ni...! Sis yang sewel... Penat mulut nak senyum! Dek pasal dua ekor ni, haishhlah...!

"Qisha percaya tak, pepatah yang menyebut, cinta pandang pertama." Qisha menggelengkan kepalanya. Kepala ditunduk sambil merenung tangan kecilnya yang digenggam Isyraf. Rasa taknak lepas dah... Balik nanti tak nak basuh tangan! Boleh tak macam ni! Biol!

"Itu yang terjadi pada saya! Sejak pertemuan pertama, saya tak lena tidur... Puas saya tunggu awak, hari-hari... Tapi awak tak muncul! Saya tunggu lagi... Awak tak muncul jugak! Sampailah awak kena rompak dua minggu lepas. Lega saya, tau dapat jumpa awak..." Berkerut semula dahi Qisha... Qisha kan blur...

"Tapi, saya cuak juga masa tu, tengok perompak tu ada pisau kat tangannya! Takut apa-apa terjadi kat awak! Tawakal jelah... Yang penting, awak selamat!"

"Then, Tuhan ketemukan kita dalam keadaan awak sekali lagi memerlukan bantuan saya. See, I'm a hero... Betul, tak?" Ala... Eksen je...! Tahulah dah selamatkan Qisha... Masuk bakul angkat sendiri tau!

"Qisha, penat tau saya bebel! Awak tak bagi sebarang reaction pun kat saya. Awak tak kesian kat saya, ke? Awak tak suka saya, ke? Awak...!" Tak sempat Isyraf menyambung butir bicaranya, Qisha meletakkan jari runcingnya ke bibir Isyraf.

"Awak ni... Asyik bercakap je... Tak penat eh, mulut tu asyik bercakap. Mengalahkan perempuan!" Belum sempat Qisha menarik jarinya dari bibir Isyraf, Isyraf terlebih dahulu menarik jari-jemari Qisha. Digenggam dan diciumnya. Qisha dah macam tak tentu arah dibuatnya... Tak tahu mana nak sorok wajah comelnya ketika ini. Rasa dah macam udang kena bakar.

Isyraf tergelak dengan aksi comel Qisha. Rasa macam nak dicium-cium pipi Qisha. Comel sangat. Lagi-lagi waktu dia malu! Dahlah tu! Sis penat ni. Pipi sis dah gembul asyik senyum sengeh sorang-sorang! Letih tau nak senyum je.

"Qalisha Qadeeja... Sudi tak? Answer my question... Just answer yes or no!" Ya Allah, Isyraf masih nak dengar jawapan dari mulut Qisha sendiri.

"Or" Isyraf terkejut dengan jawapan Qisha. Dia tahu Qisha main-main. Qisha melarikan diri ke taman bersebelahan balai polis. Ah, Sudah! Nak kena nyanyi lagu Hindustan pulak macam ni! Dah lari ke taman.

Isyraf tersenyum riang melihat Qisha gembira begini. Harap kegembiraan ini berpanjangan. Moga Allah panjangkan jodoh mereka. Itu impian Isyraf.

"Qisha... Stop! Penatlah nak kejar awak! Awak tak jawab lagi. Saya nak dengar either yes or no! Tu aje!"

"Qisha, please! Saya faham kalau awak tak dapat terima saya." Kendur je pertuturan Isyraf kali ini.

Pipi kanan Isyraf, Qisha pegang. Dengan perlahan, Qisha menganggukkan kepalanya.

"Ya, saya sudi!"

"Alhamdulillah... Thank you, sayang!" Lagilah Qisha cair... Baru cakap sudi dah dipanggil sayang! Giler tak sayang! Mana lagi nak disorok wajahnya pun, Qisha dah tak tahu.

"Semalam saya dah janjikan... Hari ni saya nak jadi Guardian of Love awak!"

"Awak...!" Dah cair sangat dah ni! Dah tak tahu nak cair macamana lagi... Sis pun dah meluat dengan dorang ni! Cukuplah tu! Sis dah nak muntah hijau ni... Haish, mak kau hijau betullah! Tolong! Nak muntah! Hihihi!

"Sebenarnya banyak yang saya nak tahu pasal awak, pasal family, kerjaya awak! Harap saya tak tertinggal satu, pun!"

"In shaa Allah... Saya akan ceritakan semuanya... Tapi, jom, ikut saya. Saya nak masuk ofis sekejap. Nanti Raymond, Gary tertunggu-tunggu kat ofis tu!"

"Ofis... Saya boleh masuk, ke? Dorang tak marah ke? Awak bawak saya?"

"Marah... Kenapa pulak? Berani dorang nak marah saya?" Qisha menunjukkan wajah blurnya...

"Takpe, jom! Nanti Qisha tahu sendiri!" Tangan Qisha ditarik. Sepanjang perjalanan, tangan Qisha digenggam dan sesekali diletakkan dibibirnya. Malaslah sis nak tulis lagi. Penat nak senyum sorang-sorang. Lantak korang lah!

Password dipintu ditekan. Bunyi Bib! Daun pintu dikuak... Sunyi, hanya kelihatan work station yang kosong. Menerusi beberapa laluan... Banyak bilik. Sampai di satu pintu bilik yang agak besar, sekali lagi password ditekan... Pintu ditolak... Kelihatan Raymond, Gary dan 7 orang lagi pekerja... 3 orang perempuan dan selebihnya lelaki...

"Morning bos!" Mereka bangun sambil memberi tabik hormat pada Isyraf. Tergamam mereka melihat seorang gadis comel bersama bos mereka. Mengejutkan! Selama ini, Isyraf tak pernah bawak, mana-mana wanita kecuali arwah Ibunya yang telah meninggal dunia beberapa bulan dulu.

"Morning guys!" Tangan Qisha ditarik. Qisha agak terkejut bila Isyraf dipanggil 'Bos'. Qisha melihat kelilingi ruang pejabat. Besar giler, ruang pejabat tu. Terdapat beberapa bilik. Ruang besar ni, penuh dengan dokumen.

"Eh, Qisha pun ada!"

"Hai Raymond, Gary!" Qisha sekadar melambaikan tangan ke arah mereka.

"Kenalkan. Ini Qalisha Qadeeja. Just call her Qisha!"

"Assalammualaikum... Hai!" Qisha melambai mereka. Pada kaum wanita, Qisha menyalami mereka.

"Raf, macamana dengan kes semalam?"

"So far ok! Tunggu respon dari ibu bapa budak tu! Qisha pun tak nak panjangkan hal ni!"

"Emmpphh... Eloklah tu! Tapi kena bagi pengajaran sikit! Jangan ingat dia anak Dato', sesuka hati je nak bagi arahan pukul anak orang!"

"Betul tu! Dorang ni asal VIP, VVIP je, boleh buat sesuka hati je! Buat hal, lepas tu, selesai dengan guna nama mak bapak! Lastly, kes close! Aku cukup takleh terima"

"Itu kau jangan risau! Tahulah aku nak buat apa! Qisha duduk kat sofa tu dulu, ya! Bagi Raf settlekan kerja sikit!" Qisha mengikut arahan

'Raf' ... Pendek je panggilannya... But sweet, kan! Melihat Isyraf sibuk membuat kerja, Qisha mengeluarkan handphone. Ig dibuka... Nak tengok kot-kot ada berita menarik. Akaun Ig Qisha, ada kemasukan mesej baru... Kelihatan dua tapak tangan dicantumkan dan nama Qisha ditag... 'Maafkan saya, Qisha! Maafkan saya!' dan Qisha pasti, itu tentu Fikry. Akaun tu tak pernah Qisha lihat.

Lantas Qisha menunjukkan gambar Ig Fikry pada Isyraf. Berkerut dahi Isyraf.

"Awak...!" Qisha menghulurkan handphone yang tertera gambar dan tulisan di gambar tersebut.

"Siapa ni?"

"Fikry, see! Dia letak gambar tangan minta maaf, lepas tu letak caption, Maafkan saya, Qisha!"

"Jadi...!"

"Awak...!"

"Yelah... Yelah! Takpe, yang penting sekarang ni... Kita kena jumpa ibu bapanya, face to face dengan dia... Kita tunggu permohonan maaf dari Fikry... Itupun dah cukup! Tunggu pihak polis call, ya!"

"Emmpphh... Ok! Sorry!"

"Sebab...?"

"Sebab, kacau awak!" Qisha tersenyum. Senyuman terukir di bibir Isyraf.

'She's so adorable! Atok, nenek! Raf nak kahwin!'

Cinta Pandang Pertama... pernah alami tak? Entahlah, sis tak pernah alaminya... Apepun, sis bahagia ada suami ada 4 orang... ada kembar lagi... whatever...! Letih tau pipi gembol sis ni nak senyum sepanjang masa... nak bagi feel, kena jugalah layan si dua ekor gediksss ni... Hahaha... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience